Followers

Tuesday 26 June 2012

Toxoplasmosis dan kehamilan



Toxoplasmosis disebabkan olih parasite Toxoplasma gondii. Ianya  merebak melalui ‘contact’ dengan najis kucing dan memakan daging yang separuh masak. Di UK, 20% wanitanya mempunyai immuniti. Insiden infeksi primer semasa hamil adalah 1 dalam 500

Apakah simtom-simtom infeksi Toxoplasma?

·         80% kes tiada simtom
·         Demam
·         Bengkak kelenjar

Bagaimana diagnosa infeksi Toxoplasma di buat?

Bagi ibu-ibu  yang di syaki dijangkiti, memerlukan ujian serologi dengan perbandingan sampel berpasangan iaitu semasa akut dan 28 hari selepas itu.

Ibu dijangkiti sekiranya:

·         Titre antibodi IgM amat tinggi
·         Titre antibody IgM dan IgG tinggi
·         Titre antibody IgG tinggi 4 kali ganda.

Bayi didalam rahim di jangkiti sekiranya:

·         Antibodi IgM terdapat dalam air ketuban atau darah bayi.

Nota: Majoriti bayi yang dijangkiti mempunyai ultrasound yang normal.

Apakah risiko kepada ibu?

Ibu yang sihat dan mempunyai immuniti yang normal-MINIMAL
Ibu-ibu yang immuniti-kompromi bolih mendapat chorioretinitis dan encephalitis.(jangkitan mata dan otak).

Apakah risiko pada bayi?

·         Keguguran semasa trimester pertama
·         Kecacatan jika berlaku infeksi primer adalah
o   Choriorenitis/masalah mata
o   Microcephaly(kepala kecil) dan hydrocephalus(otak banyak air)
o   Intracranial calcification( deposit kalsium dalam otak)
o   Mental retardation(terencat akal)



Rawatan.

Spiramycin semasa ibu mengalami infeksi dapat mengurangkan risiko  bayi dijangkiti.
Jika darah ibu menunjukkan kadar antibodi IgM yang tinggi,kandungan yang akan datang patut dilewatkan sehinggalah antibody ini rendah atau tiada.

Herpes dan Kehamilan



Herpes di sebabkan olih Herpes simplex (HSV) virus type 2 yang menyebabkan 70% infeksi genital. Ianya merebak melalui hubungan seksual.Masa inkubasi  adalah 2 hingga 7 hari. Walaupun seseorang tidak mempunyai simtom-simtom infeksi,tetapi mereka masih bolih menyebarkan virus ini kepada orang lain.

Apakah simtom-simtom primer infeksi HSV?

Jangkitan primer bermaksud jangkitan buat pertama kalinya. Secara amnya jangkitan virus buat kali kedua,ketiga dan seterusnya(jangkitan sekunder) adalah berlainan dan semakin lama samakin kurang simtom-simtom. Ini disebabkan olih immunisasi yang terjadi selepas jangkitan primer.
Jangkitan primer HSV adalah yang paling serius:
·         Demam sederhana  seperti mendapat selsema
·         Bengkak kelenjar limfatik di kelangkang
·         Radang bibir faraj dan menyakitkan dan bolih menyebabkan kesukaran kencing
·         Terdapat vesikel-vesikel kecil/gelumbung air dibahagian bibir faraj/vulva yang amat sakit.

Apakah risiko-risiko kepada ibu?

Semasa hamil,jangkitan primer bolih menjadi teruk kerana komplikasi:
·         Meningitis/radang otak
·         ‘Sacral radiculopathy’ yang menyebabkan tidak bolih kencing dan buang air besar.
·         Transverse myelitis
·         Infeksi merebak

Apakah risiko-risiko pada bayi didalam rahim?

Infeksi primer bolih menyebabkan:
·         Keguguran
·         Kelahiran pra-matang
Nota: Tidak dikaitkan dengan kecacatan kongenital

Apakah risiko-risiko neonatal?

Semasa hamil ,kadar transmisi virus kepada bayi adalah hampir 50% semasa bersalin normal. Ianya berkurangan(<5%) jika jengkitan ini berulang(recurrent). Herpes neonatal terjadi semasa 2 minggu pertama umur bayi dimana:
·         25% terhad kepada mata dan mulut sahaja
·         75% jangkitan akan merebak seluruh badan yang mana
o   60-70% akan meninggal
o   Survivors akan mengalami masalah jangka-panjang seperti kecacatan mental.
Rawatan:
1.       Ubat Aciclovir dapat mengurangkan ‘severity’ dan durasi jangkitan primer jika diberi dalam masa 5 hari bermulanya simtom.
2.       Jika bersalin berlaku dalam masa 6 minggu jangkitan primer, pembedahan  caesarean akan dilakukan dengan syarat air ketuban tidak melebihi 4 jam.
Bagi kes-kes berulang/recurrent ayng mempunyai vesikel-vesikel aktif,risiko-risiko pembedahan perlu di imbangi dengan risiko infeksi neonatal yang kecil

Episiotomi bagi memudahkan bersalin



Lebih dari 80% bersalin normal,ibu-ibu akan mengalami trauma pada bahagian perineum vagina dalam pelbagai darjah. Episiotomi adalah satu bentuk hirisan dibahagian perineum untuk meluas lubang vagina(introitus) bagi memudahkan proses bersalin. Segala keputusan sama ada seseorang itu perlu di lakukan episiotomi atau tida, bergantung kepada doktor atau jururawat yang menyambut kelahiran itu.

Episiotomi bukannya satu rutin yang wajib dilakukan keatas ibu-ibu bersalin tetapi satu prosedur yang perlu ada justifikasi sebelum melakukan. Bagi kami doktor yang menyambut kelahiran bayi,di saat-saat akhir perlu menilaikan sama ada tanpa episiotomi adakah proses bersalin ini akan lambat atau jika perineum koyak adalah ia akan koyak kedalam dubur dibelakang.Ini memerlukan pengalaman setelah menyambut ribuan bayi.

Bilakah episiotomy perlu dilakukan?

WHO mencadangkan episiotomy perlu dilakukan dalam situasi berikut:

Bersalin normal yang komplikated

  • Bersalin songsang
  •  Bahu bayi tersangkut/shoulder dystocia
  • Menggunakan forceps atau vakum semasa melahirkan.
Jika terdapat parut yang serius pada bahagian vagina

·         Kerana mutalasi genital perempuan yang diamal olih beberapa Negara di Afrika

·       Koyakkan perineum yang serius dan tidak pulih

Jika terdapat tanda-tanda anak lemas/distress

Nota: Pada pengalaman saya tidak kira sama ada anak pertama atau anak ramai pun,perineum tetap juga koyak walaupun perineum  jiga dengan baik. Anak sulong hampir semua memerlukan episiotomy kerana lubang vagina ketat dan menghalang kepala bayi dari keluar.

Apakah jenis-jenis episiotomy?

Terdapat 2 jenis episiotomy:

1.       Episiotomi mediolateral guntingan dilakukan bermula dari bahagian ‘fourchette’arah ke kiri ( pukul 7 hingga 8 mengikut jam).Cara ini dapat mengurangkan risiko trauma pada ‘sphinter’/injap anus/dubur. “Sphinter’ ini penting untuk mengawal najis dari terkeluar dengan sendiri.Kelemahan mediolateral adalah perdarahan dan hematoma mudah berlaku. Sakitnya lebih dari episiotomi midline.

2.       Epsiotomi midline yang guntingan dilakukan bahagian ‘fourchette’ ke arah lubang anus/dubur(pukul 6 mengikut jam).Kebaikan cara ini adalah kejadian perdarahan dan haematoma adalah rendah berbanding dengan mediolateral tetapi kejadian kecederaan pada ‘sphinter’ adalah tinggi.



Bagaimana episiotomy dilakukan?

1.       Jika ibu tidak mengambil epidural, episiotomy dilakukan selepas lignocaine(ubat pelali setempat) diberikan. Jika tidak sempat, episiotomy dilakukan semasa kontraksi maksimum dan ibu tengah meneran.
2.       Dua jari tangan kiri di letakkan diantara kepala bayi dan perineum. Ini bertujuan untuk mengelakkan kepala bayi tercedera.
3.       Gunting khusus untuk episiotomy di gunakan. Kebiasaanya hanya memerlukan satu guntingan sepanjang 3 -4 cm. Sebaik-baik guntingan dilakukan semasa kontraksi maksimum.


Nota:
·         Jika episiotomy dilakukan terlalu awal, perdarahan banyak berlaku.
·         Episiotomi mesti dijahit semula secepat mungkin
·         Pelalian akan diberi sekira ianya tidak diberi sebelum di gunting sebelum dijahit.
·         Pemeriksaan dubur dengan memasukkan jari kedalamnya dilakukan selepas episiotomy bagi mempastikan tiada terdapat ekstensi koyak kedalam anus.

Apakah komplikasi-komplikasi kecederaan dan episiotomy pada perineum?





·         Perdarahan
·         Hematoma/Darah beku di perineum
·         Sakit
·         Jangkitan kuman/infeksi
·         Parut
·         Sakit semasa seks
·         Fistula( terjadinya satu saluran yang menyambungkan lubang dubur dan vagina. Pesakit mendapati najis keluar dari vagina.)

Penjagaan Episiotomi selepas bersalin.




Penjagaan episiotomi amat mudah. Kebersihan di kawasan perineum amat penting. Pastikan selepas kencing atau buang air besar, perineum di bersihkan dengan air dan di lap kering. Anda tidak perlu menyapu apa-apa ubat seperti krim antibiotik. Badan anda sudah cukup mengawal segala infeksi yang datang dari dubur terutamanya. Jika najis melekat di episiotomi, maka infeksi akan terjadi. Olih itu pastikan anda keringkan perineum anda selepas kebilik air. Kalau anda selesa, anda bolih gunakan 'sitz bath" dimana anda bolih duduk dalam besin air yang bercampur dengan garam. Larutan garam dapat menarik sel-sel darah putih ketempat episiotomi bagi mengawal infeksi.Ambillah ubat 'painkiller' yang telah diberikan untuk beberapa hari. Sakit episiotomi bolih berpanjangan untuk seminggu dua tetapi sakit akan berkurangan setiap hari. Anda bolih gunakan ais untuk tuam pada episiotomi jika ianya bengkak. Saya akan bagi 'stool softener' untuk memudahkan ibu buang air besar.



Friday 22 June 2012

Hepatitis B dan Kehamilan


Assalamualaikum semua,

Salah satu dari ujian semasa hamil adalah pemeriksaan Hepatitis B. Anda juga sebelum ini mungkin pernah mengambil suntikan Hepatitis B . Pada masa sekarang,anak-anak semua akan diberikan suntikan vaksin Hepatitis dan  vksin ini termasuk dalam jadual vaksinasi yang wajib.

Apakah yang menyebabkan anak-anak sekarang di wajibkan mengambil vaksin Hepatitis B?

Penyakit Hepatitis adalah disebabkan olih virus Hepatitis B. Hepatitis  B merebak melalui darah yang tercemar,produk-produk darah dan kontak seksual. Inkubasi hepatitis adalah 2 – 6 bulan sebelum darah menunjukkan tanda-tanda tercemar.
Pesakit akan mengalami jaundis,gatal seluruh badan,hilang selera makan dan juga bengkak hati. Dalam jangka masa panjang ia akan menyebabkan sirrhosis hati,kegagalan hati dan kanser hati.Anda tahukan hati kalau rosak tidak ada rawatan kecuali pemindahan hati dilakukan.


Apakah makna setiap ujian Hepatitis itu?

·         HBsAg Positif-menandakan anda di jangkiti Hepatitis sekarang
·         HBeAg Positif-berlaku replikasi virus secara aktif
·         HBsAg Antibodi Positif-menandakan anda mempunyai immuniti sama ada dari jangkitan atau vaksinasi. 

Apakah risiko-risiko kepada ibu hamil yang jangkiti Hepatitis B?

·         65% yang subklinikal akan pulih sepenuhnya
·         25% akan mendapat penyakit hepatitis akut
·         10% menjadi pembawa Hepatitis B kronik
·         < 0.5% mendapat hepatitis yang serius yang bolih membawa kepada kematian.

Apakah risiko-risiko kepada bayi yang dikandung?

Transmisi virus kepada bayi biasanya berlaku semasa bersalin dan <5% berlaku semasa menandung kerana perdarahan pada uri. Jangkitan Hepatitis B kepada bolih membawa kepada kematian dan kebanyakannya menjadi pembawa kronik yang mempunyai risiko sepanjang hayat untuk mendapat sirrhosis hati dan kanser hati.

Risiko transmisi menegak/vertikal(jangkitan dari ibu ke bayi) semasa hamil bergantung kepada statuspembawa ibu semasa bersalin’
·         HBsAg dan HBeAg POSITIF- 95% risiko transmisi menegak
·         HBsAg POSITIF dan HBeAg NEGATIF-<15% risiko transmisi menegak

RAWATAN

1.       Saringan Hepatitis B secara rutin kepada semua ibu-ibu hamil
2.       Vaksinasi Hep B sebelum mengandung
3.       Bayi-bayi yang dilahirkan olih ibu-ibu yang jangkiti Hep B atau pembawa kronik Hep B, perlu mendapat suntikan Hep B antibody(IgG) dan vaksinasi Hep B dalam masa 24 jam selepas bersalin.Cara ini mungkin dapat mencegah 95% jangkitan Hep B semasa bayi.

Kesimpulannya jangkitan Hepatitis B mempunyai komplikasi kepada hati ibu dan juga bayi.Dengan kita mengetahui status ibu semasa hamil,persediaan seperti suntikan antibody Hep B bolih diberikan. Disamping itu doctor atau jururawat yang membantu and semasa bersalin bolih langkah pro aktif dari mereka dijangkiti Hep B.

Wednesday 20 June 2012

Part 2: Induksi Bersalin. Cara dan Komplikasi




Apakah petunjuk-petunjuk(predictor) untuk induksi yang sukses ?

Kami tidak bolih sewenang-wenangnya ‘induce ‘ pesakit tanpa sebab walaupun pada masa kini terdapat beberapa indikasi-indikasi yang bersifat social,kemahuan pesakit dan juga untuk kesenangan doctor. Kami juga mahu kalau yang ideal ialah kejayaan 100% sukses bersalin normal. Tetapi hakikatnya,sukses induksi adalah dalam 60-80% sahaja. Olih kerana pemilihan siapa dan justifikasi yang betul amat penting. Walaupun anda gagal dalam induksi dan diperlukan pembedahan,adalah berbaloi jika justifikasinya disebabkan masalah obstetric atau medical.

Apakah petunjuk-petunjuk ini?

1.       Usia kandungan semasa induksi dilakukan.

Jika induksi dilakukan pada kandungan pramatang,peratusan kegagalan yang menyebabkan caeserean adalah tinggi jika dibandingkan kandungan yang cukup 28 minggu.

2.       Bilangan anak.

Kandungan anak pertama mempunyai pintu servik yang rigid maka induksi mempunyai peratusan kegagalan yang tinggi dengan kandungan kedua dan seterusnya.

3.       “Keranupan’ pintu servik.

Istilah in saya ambil dari perkataan ‘ripeness’. Maknanya kalau pintu servik itu ranum maka tinggilah peratusan bersalin normal.

Kami menggunakan Carta Skor Bishop mengukur ‘keranupan’ pintu servik. Ianya lebih bersifat subjektif dan bukannya mutlak.

Carta Skor Bishop

Skor
0
1
2
Posisi Servik
belakang
tengah
depan
Panjang Servik
2cm
1cm
<1 cm
Konsistensi Servik
Keras
Lembut
Lembut dan anjal
Pembukaan servik
0
1cm
>2cm
“Station”(jarak dari kepala bayi ke-tulang ischeal.
-2
-1
0

Skor > 7 mempunyai kebarangkalian ynag tinggi untuk bersalain normal selepas di ‘induce’.

Apakah caranya untuk membuatkan pintu servik “ranum”

Secara semulajadi dekat bersalin,pintu servik akan melalui proses “ripening” dan seterusnya di ikuti olih kontraksi rahim.’Ripening’ ini pintu servik menjadi lembut dan menjadi pendek dan menipis. Dengan bantuan kontraksi, pintu servik mula terbuka.
Apabila induksi di rancang,tidak semestinya siap sedia atau ranum.

Ada beberapa cara untuk meranumkan pintu servik sebagai permulaaan induksi.

·         “Sweep and Stretch(S & S)”

Memisahkan selaput ketuban/membranes dari servik menyebabkan penghasilan hormone prostaglandin. Prostaglandin adalah hormone penting untuk peranuman pintu servik. Kaedah ini dilakukan dengan memasukkan jari kedalam pembukaan pintu rahim dan memisahkan membran tersebut dari servik. Ini bolih menyakitkan ibu.

·         Menggunakan hormone Prostaglandin(PG)


Ini adalah agen pilihan untuk induksi. Contoh PG yang digunakan secara meluas adalah PROSTIN(Prostaglandin F3 alpha). PG digunakan apabila skor Bishop <7. PROSTIN terdapat dalam dua bentuk iaitu gel atau tablet.Ianya dimasukkan jauh kedalam vagina. PG akan akan dilepaskan pada pintu servik dan menyebabkan ianya lembut dan dengan bantuan kontraksi yang terjadi,pintu rahim bolih terbuka,. Kadangkala kami perlu mengunakan 2 atau 3 PROSTIN baru berjaya.

·         Infusi Oxytocin.

Hanya digunakan sekiranya skor Bishop >7. Oxytocin sejenis ubat yang menyebabkan kontraksi berlaku.Ianya digunakan selepas air ketuban di pecahkan bagi mengelakkan embolisma air ketuban kedalam paru-paru ibu. Embolisma air ketuban mempunyai mortality yang tinggi. Oxytocin didapati dapat peningkatkan paras prostaglandin pada servik.

·         Amniotomi/Air Ketuban di pecahkan



Amniotomi dapat merangsang prostaglandin di pinti servik dan ini akan menyebabkan pintu servik ranum dan kontraksi terjadi. “Amniotic hook’ digunakan untuk memecahkan air ketuban. Risikonya adalah infeksi jika banyak pemeriksaan dilakukan sepanjang bersalin. Amniotomi juga kami dapat tahu sama ada air ketuban hijau atau jernih. Hijau bermakna meconium(najis bayi ). Selepas amniotomi,infuse dengan oxytocin dilakukan.

·         Cara-cara lain

o   Hubungan seksual
o   Stimulasi putting payudara
Nota: Tiada bukti ianya berkesan dalam mnginduksi bersalin.


Apakah komplikasi-komplikasi dan risiko-risiko induksi bersalin?







 1.Pra-matang yang disengajakan seperti mengalami pre-eklampsia atau eklampsia. Mungkin tidak disengajakan kerana tersalah tarikh.

2. Tali pusat bayi jatuh/turun selepas amniotomi kerana kepala bayi tinggi.

3.Komplikasi agen-agen prostaglandin atau oxytocin
                Sakit dan tidak keselesaan
                Hiperstimulasi rahim yang bolih menybabkan bayi lemas
                Bayi lemas
                Rahim pecah(jarang sekali)
4.Prostaglandin bolih menyebabkan
                Meloya dan muntah
                Cirit birit
                Bronchocontriction bolih menyebabkan asma
                Demam panas
5. Caeserean disebabkan induksi gagal
6.Pertumpahan darah disebabkan rahim gagal mengecut
7.Jangkitan dalam rahim/Chorioamnionitis


 Kesimpulannya,induksi bersalin bukan diambil pudah keran ianya mempunyai risiko-risko kepada ibu dan juga bayi.Setiap induksi mestilah mempunyai indikasi yang betul.

Monday 18 June 2012

Part 1: Induksi Bersalin. Apakah indikasinya?


Salam semua,

Walaupun 80-90% bersalin terjadi secara spontan,terdapat 10-20% bersalin akan di “induce”. Induksi bermakna memulakan proses bersalin. Satu lagi istilah yang kami gunakan ialah augmentasi. Ianya semacam induksi tetapi augmentasi kita mempercepat atau memperkuat kontraksi supaya proses bersalin akan berjalan laju dan lancar.
Analogi yang selalu saya gunakan untuk membezakan diantara kedua-duanya adalah kita memandu kereta. Induksi seumpama kereta yang statik dan perlu digerakkan dengan menghidupkan enjin,masuk gear pertama dan menekan minyak . Maknanya kita mahu “mengerakkan” proses bersalin ini secara artifisial dan sudah tentu menggunakan beberapa kaedah. Apabila kereta kita sudah bergerak sedikit, dengan menekan lebih minyak kereta akan bergerak lebih laju. Disini adalah umpama augmentasi dimana proses bersalin yang telah berjalan tadi,akan dipercepatkan dengan ubat.
Secara purata kejayaan induksi adalah 60-80%.Olih itu hanya digunakan jika faedah bersalin normal melebihi dari risiko jika kandungan diteruskan. Indikasi induksi bolih dibahagikan kepada dua iaitu obstetrik dan medikal. Induksi disebabkan kemahuan pesakit atau untuk ‘convenience’/kesenangan doktor perlu dielakkan kerana intervensi ini mempunyai risiko-risiko terhadap ibu dan bayi. Trend mahu di induce semakin galak pada masa kini.
Apakah indikasi-indikasi obstetric untuk induksi bersalin?
1.       Lebih hari(41-42 minggu)
2.       Pertumbuhan bayi terbantut(Intra uterine growth restriction)
3.       Oligohydramnios(Air ketuban berkurangan)
4.       Ujian Doopler keatas arteri rahim dan talipusat tidak elok
5.       Lakaran CTG tidak memuaskan
6.       Air ketuban pecah pra-matang(PPROM)
7.       Darah tinggi atau pre-eklampsia
8.       Bayi telah meninggal dalam perut
9.       Perdarahan antepartum yang diketahui punca
10.   Chorioamnionitis(jangkitan air ketuban)
Nota: Terdapat beberapa indikasi-inkasi yang “tidak masuk buku” jadi kadangkala indikasi agak longgar.
Apakah indikasi-indikasi medical?
1.       Darah tinggi yang serius
2.       Diabetis
3.       Penyakit buah pinggang dengan fungsinya mula teruk
4.       Kanser untuk mempercepatkan rawataaan.
Nota:Dengan si ibu mempunyai masalah medical,dengan kita melakukan induksi dapat mengawal risiko-risiko kepada ibu ketika hamil. Kesesuaian minggu kehamilan amat penting untuk mengimbangi ‘interest’ ibu dan potensi risiko pra-matang.
Part 2: Apakah petunjuk-petunjuk untuk kejayaan induksi dan kaedah-kaedahnya.

Friday 15 June 2012

Infeksi Group B Streptococcus semasa hamil. Apakah risikonya?



Salam semua,
Saya tidak tahu sama anda tahu apakah ujian-ujian yang dilakukan bila anda mengandung. Setiap ujian yang dilakukan kepada anda semasa hamil, mempunyai implikasi dan kepentingan kepada bayi anda. Contohnya Hepatitis B,VDRL untuk sifilis,HIV dan jarang sekali Group B streptococcus(GBS).
Anda mungkin kurang faham akan masalah jangkitan kuman GBS. Ujian GBS bukannya satu ujian yang rutin semasa hamil. Doktor lakukan ujian ini bila anda mepunyai  masalah seperti kelahiran pra-matang,jangkitan kuman pada bayi atau bila anak anda meninggal dalam perut.
OK kali saya hendak terangkan masalah jangkitan GBS.

Apakah Group B Streptococcus(GBS)?

GBS adalah sejenis kuman bakteria yang biasa ditemui dalam usus besar atau rectum. Dianggarkan 20 % atau 1 dalam 5 wanita dijangkiti olih GBS tanpa mengetahuinya. Jangkitan GBS tidak mempunyai simtom-simtom. Di sini anda bolih lihat jankitan GBS adalah lumrah pada wanita.

Apakah simtom-simtom GBS?

Tak ada

Bagaimana mengenal pasti jangkitan GBS?

Kultur dari vagina dan dubur.

Apakah risiko-risiko GBS?

Semasa hamil

·         Kelahiran pra-matang
·         Air ketuban pecah awal/pra-matang

Neonatal/Bayi

·         Yang paling kerap adalah jangkitan kuman yang serius  pada bayi anda. Insidennya adalah 1 dalam 2000 kelahiran hidup. Dianggarkan 70% bayi yang dilahirkan olih ibu-ibu yang dijangkiti GBS akan dijangkiti kuman ini TETAPI hanya 1 % sahaja yang akan mengalami sepsis/demam. Jika bayi dijangkiti dan mengalami sepsis pada usia awal(< 4 hari), kadar mortality/kematian adalah tinggi(Dianggarkan 20%). Sebab-sebab kematian adalah kerana pneumonia,septicaemia dan meningitis. Dan bayi-bayi yang survive,50% akan mengalami kerosakan neurologi seperti buta dan pekak.

Apakah cara rawatannya?

·         Walaupun kemungkinan ibu-ibu adalah pembawa GBS adalah 1 dalam 5,tetapi saringan GBS tidak dilakukan secara rutin semasa hamil.
·         Walaupun ibu-ibu hamil  diketahui pembawa GBS,antibiotic tidak diberikan semasa hamil kerana GBS akan kembali semula menghuni  vagina selepas habis rawatan antibiotik’
·         Olih kerana itu,rawatan antibiotic akan diberi hanya semasa bersalin.

Siapakah yang perlu diberi suntikan antibiotic semasa bersalin?

·         Ibu-ibu yang mempunyai sejarah bayi  mereka dijangkiti GBS
·         Ibu-ibu yang GBS ditemui dalam vagina atau kencing bila ujian dilakukan.
·         Ibu-ibu yang mempunyai  factor-faktor risiko berikut
o   Pra-matang
o   Air ketuban pecah lebih dari 18 jam
o   Demam semasa bersalin

Kesimpulannya ,pembawa kuman GBS adalah lumrah dikalangan ibu-ibu(20%) dan  risiko untuk bayi di jangkiti GBS juga tinggi(70%) tetapi hanya 1% sahaja yang betul-betul serius. Komplikasi jangkitan GBS pada bayi adalah disebabkan olih pneumonia,sepsis dan meningitis. Jika bayi dijangkiti GBS di peringkat awal usia mereka, kadar kematian disebabkan olih infeksi  ini adalah tinggi(20%). Kalau bayi-bayi ini terselamat, 50% daripada mereka akan mengalami masalah neurologi.



Wednesday 13 June 2012

Part 3: Diabetis dan Kehamilan. Apakah komplikasinya?




Salam semua.OK ini adalah bahagian terakhir entri Diabetis dan Kehamilan.Memang panjang. Ada orang kata,”Doc, bolih buat buku nanti”. Rupa-rupa menulis dalam blog lagi ‘seksa’ berbanding dengan menulis dalam newspaper setiap minggu. Oh ya,kalau anda membaca BERITA MINGGU,terdapat satu kolum untuk soal jawab untuk saya menjawab soalan-soalan yang dianjurkan. Selagi ada yang membaca saya akan terus menaip. Kalau anda semua mempunyai blog,FB atau kawan-kawan minta sebarkan blog ini kalau ianya bolih membantu orang lain.

Mengapa anda perlu serius dalam mengawal diabetis anda?

Seperti mana penyakit-penyakit lain,diabetis juga mempunyai komplikasi-komplokasi terhadap kandungan anda.

Ibu-ibu yang diabetis mempunyai risiko-risiko berikut:

·         Mudah mendapat jangkitan pundi kencing
·         Kerap mendapat jangkitan kulat candidiasis pada bahagian vagina
·         Meningkat risiko untuk mendapat darah tinggi/pre-eklampsia
·         Gagal bersalin normal kerana anak makrosomia
·         Meningkat risiko caesarean dan penggunaan vakum atau forsep
·         Meningkat risiko retinopathy,nephropathy,penyakit jantung.

Bayi-bayi yang ibu mereka diabetis semasa hamil pula mempunyai risiko-risiko berikut:

·         Meningkat keguguran
·         Kecacatan kongenital
·         Bersalin pra-matang
·         Polyhydramnios
·         Macrosomia
·         Terbantut pertumbuhan(IUGR)
·         Meninggal dalam perut secara tiba-tiba.

Bayi-bayi yang baru dilahirkan juga mempunyai risiko-risiko berikut:

·         Polycythaemia-sel-sel darah merah berlebihan.
·         Jaundis
·         Hypoglycemia-kurang gula
·         Hypocalcemia-kurang kalsium
·         Hypomagnesaemia kurang Mg
·         Hypothermia-sukar mengawal suhu badan
·         Cardiomegaly-jantung besar
·         Kecederaan semasa bersalin-tersangkut bahu,patah tulang,Erb’s palsy,asphyxia
·         Sukar pernafasan

Disini anda lihat dalam semua kategori kehamilan bayi anda akan menghadapi risiko-risiko tersebut.
TQ.