Followers

Thursday 26 July 2012

Inginkan cahayamata,Endometriosis,PCOS. Apakah ada kaitan?




Saya berumur 31thn dan telah berkahwin selama 5thn tetapi masih belum mempunyai cahayamata.(mengalami keputihan tetapi tidak gatal)  2thn pertama perkahwinan saya telah membuat pemeriksaan di sebuah klinik dimana sample darah diambil untuk diuji dan di scan di perut.  Hasil pemeriksaan Dr meberitahu rahim saya dalam keadaan baik dan berkedudukan cantik, ujian darah pula menunjukkan tahap kesuburan saya tinggi.  Seperti rakan lain yang telah berjumpa Dr dan mendapat pil subur telah berjaya mempunyai zuriat, saya juga menyatakan keinginan untuk mendapatkan pil tersebut tetapi Dr tidak berani memberinya kerana Dr takut berlakunya perubahan hormon. 
Saya dan suami nekad mencuba produk kehamilan yang popular dipasaran.  Belum pun habis produk tersebut suami sudah tidak mahu lagi kerana suami mengalami cirit-birit yang teruk.(1hari hingga 7-8kali)-mungkin lebih makan makanan harian yang pedas..
Bulan Feb yang lepas haid saya telah lewat selama 6hari, dan mengalami sakit di bahagian perut(di bawah pusat)seperti ade satu bengkak didalamnya.  Saya mengajak suami ke klinik lain dan Dr disitu juga scan perut saya dan memberitahu rahim saya normal dan tiada apa masalah. Saya ada menyatakan pada Dr yang adakah saya berkemungkinan mengalami endometriosis?  Dr menyarankan saya mengambil pil clomiphene dahulu selama 2bulan dan tidak terlalu memikirkan masalah itu.  Bulan march lalu haid saya lewat jugak selama 7hari pula dan keluar seperti selaput berwarna putih kelabu.  Suami ada menjalani pemeriksaan air mani dan didapati cuma kurang 2% daripada biasa.
Sekarang saya mengalami keputihan hampir setiap hari dengan kuantiti yang berbeza.  berwarna kuning, kadang-kadang berketul seperti dadih tetapi tidak selalu merasa gatal. Ini membuatkan saya selalu melakukan pembersihan dengan menggunakan tisu yang dibasahkan dengan air panas. Keputihan akan hilang dalam jangka masa pendek(selama 1-2hari)

Harap Doktor dapat membantu mengatasi masalah saya.
Terima kasih Doktor.
 p/s : betul ke bila kita nak buat pemeriksaan servik, doktor akan memasukkan satu alat ke dalam kemaluan kita semasa haid?  Takut pula saya mendengarnya..


sist_iza  

Jawapan
Daripada apa yang ditulis saya dapati dua persoalan. Pertama adalah masalah sukar untuk mendapat cahayamata walupun usia perkahwinan mengjangkau 5 tahun dan keduanya adalah keputihan atau discaj.Kedua-dua ini tidak ada kaitan antara satu sama lain.
Masalah discaj ini memang kerap berlaku tetapi hendak membezakan yang mana satu discaj penyakit  dan yang mana satu discaj normal memerlukan pemeriksaan vagina dan pengambilan contoh discaj untuk ujian makmal. Discaj normal atau discaj fisiologi adalah discay yang berlaku semunggu sebelum hiad dan kebisaannya putih jernih. Daripada apa yang ditulis, discay yang berkeping seperti dadih ini adalah berpunca dari jangkitan kuat yang di panggil candidiasis. Selalunya ianya disertai dengan kegatalan yang amat sangat dibahagian kemaluan. Rawatannya amat mudah dengan menggunakan pesari antikulat yang perlu dimsukkan kedalam vagina diwaktu malam untuk beberapa malam. Terdapat juga ubat antikulat dalam bentuk tablet dan diambil secara oral. Saya cadangkan berjumpa dengan doctor pakar untuk pemeriksaan dan ubat.
Memang benar kami perlu masukkan satu alat yang dipanggil speculum yang berupa mulut itik untuk melihat dalam vagina dan pintu rahim. Ianya ttidak menyakitkan kalau kita relak. Kami tidak melakukan pemeriksaan speculum semasa haid kecuali ada sebab seperti perdarahan. Kebanyakkan prosedur dilakukan selepas haid seperti pap smear.
Masalah kesuburan atau infertility ini sukar untuk di ‘sembuhkan’ jika tidak mendapat komitmen 100 peratus dari kedua-dua pihak isteri dan suami. Banyak kes-kes infertility ini tersangkut ditengah jalan kerana pelbagai sebab peribadi dan kewangan. Sebenarnya pada zaman sekarang banyak keadah-kaedah baru yang amat berjaya dalam mendapatkan cahayamata. Ini adalah disebabkan ubatan yang baik dan skil-skil doctor dan pasukan mereka yang baik.  IVF contohnya telah mencapai 50 hingga 60 peratus kejayaan untuk mengandong.
Bagi Puan Iza, saya cadangkan puan perlu tumpukan sepenuhnya untuk mendapatkan cahayamata yang diinginkan kerana usia puan dan masa ketidaksuburan yang lama.
Pasangan yang mengalami infertility,kami akan menyiasat dari 3 sudut. Pertama,adakah wanita mempunyai folikel-folikel(benih-beni h telur) yang boleh membesar dan matang berserta dengan ovulasi. Keduanya kami menyiasat sama ada seseoarang itu mempunyai masalah saluran fallopian tersumbat dan ketiganya adakah suami mempunyai sperma yang mencukupi ,normal dan aktif.
Terdapat beberapa sebab kenapa ovary gagal berfungsi, dalam ertikata lain ovulasi tidak dapat berlaku setiap bulan. Pertama adalah disebabkan oleh PCOS(Polycystic Ovarian Syndrome). PCOS adalah masalah endokrin yang utama pada wanita. Ianya punca utama(80 peratus) kes-kes subfertility. Pesakit PCOS kebiasaannya mereka obes,haid tidak teratur,masalah infertility dan ada masalah hirsutisma.mereka ini mempunyai masalah ovulasi kerana folikel/telur gagal membesar dan melepaskan ova.Mereka yang mengalami endometriosis juga mempunyai masalah ovulasi.
Saluran fallopian boleh tersumbat disebabkan oleh endometriosis,jangkitan kuman dalam pelvis dan sebarang pembedahan didalam perut.
Bagi suami pula jumlah sperma yang diperlukan minima adalah 20 juta dan lebih dari 50 peratus adalah aktif dan normal.
Diantara rawatan yang ada untuk membantu wanita subfertility ini adalah induksi folikel dengan menggunakan Clomiphine.Masalah Clomiphine ianya boleh menyebabkan gemuk. Kes-kes yang gagal dengan clomophine , kami gunakan suntikan gonadotropin. “Intrauterine Insemination/IUI” adalah kaedah yang kami gunakan untuk membantu suami mempastikan sperma dimasukkan terus kedalam rahim.IUI memerlukan sperma di “bersihkan” dahulu sebelum dimasukkan. Peringkat yang terakhir kalau IUI gagal adalah IVF/tabung uji.  IVF adalah persenyawaan dilakukan di dalam makmal selepas telur/ove dab sperma di jumpakan dalam ‘tabung uji”. Ianya lebih berjaya dari Clomiphine dan IUI.
Jadi saya syorkan puan berjumpa dengan doctor pakar kesuburan bagi membantu puan kerana masalah infertility telah berpanjangan selama 5 tahun. Lagi lama puan tunggu lagi kurang peluang unuk puan hamil kerana usia dan masalah folikel-folikel/telur yang telah berusia. Puan boleh cuba IUI dulu tetapi syarat saluran fallopian tidak tersumbat dan sperma suami adalh normal. Kalau mampu,IVF adalah pilihan yang terbaik.

Gugur ke tak gugur ni..Doc?



Assalamualaikum
saya telah disahkan mengandung selama 6 minggu,namun begitu saya telah mengalami pendarahan yang sedikit selama 5 hari....pada hari pertama darah yang sedikit kelihatan cair 'spotting' dan empat hari berikutnya hanyalah sedikit sahaja dan berwrna merah coklat. saya telah ke klinik swasta dan kerajaan, doktor menasihatkan saya supaya rehat selama seminggu dan melihat perkembngan darah yang keluar..saya di beritahu sekiranya darah keluar dengan banyak ia bermakna saya keguguran..saya juga pernah mengalami keguguran pada kandungan pertama yang berusia 12 minggu..namun hanya mengambil masa 2 hari sahaja untuk keluar darah yang banyak...soalan saya, adakah saya benar-benar gugur dan perlu berjumpa doktor kembali untuk proses mencuci? atau sekiranya  saya tidak gugur adakah kandungan saya terancam kerana pendarahan tersebut.
terima kasih..
Assalamulaikum Puan,
Jawapannya boleh untuk kedua-duanya iaitu gugur dan tidak gugur! Hairan?
Perdarahan semasa hamil bukannya bermakna seseorang itu mengalami keguguran dan sebaliknya tiada perdarahan bukannya bermakna kehamilan mereka normal. Kerapkali kehamilan normal mengalami perdarahan kecil pada peringkat awal kehamilan. Ini kebiasaanya berpunca dari pintu rahim atau vagina mengalami infeksi. Sifat semula jadi kehamilan menyebabkan pintu rahim lembut,terbuka sehingga menampakkan lapisan dalam pintu rahim dan mempunyai banyak saluran-saluran darah dipermukaan. Tambahan lagi vagina bukannya tempat yang steril tetapai penuh dengan pelbagai bakteria ,virus dan kulat. Jadi tidak hairan kalau seseorang akan mengalami perdarahan kecil sana sini semasa hamil. Itulah kadangkala saya, kalau perdarahan ini berpanjangan dan menimbulkan keresahan pada ibu ,saya memberi beberapa hari antibiotic.
Pada peringkat awal kandongan  memenag sukar unutk melihat janin dalam sarong kandongan. Kebiasaanya 7 minggu keatas,denyutan jantong dapat dilihat ini bergantong kepada doctor,ultrasound dan nasib! Jadi tidak perlu kuatir kerana kami akan beri temujanji lain untuk ulangan ultrasound.
Kehamilan ynag sukses, si ibu akan mengalami alahan mengandong. Ianya mungkin kecil seperti meloya,keletihan dan bengkak payudara sehinggalah alahan ynag teruk. Alahan seperti ini menunujukkkan kehamilan itu OK tetapi tidak semuaorang  mengalami alahan.Jadi jika puan mempunyai tanda-tanda kehamilan ynag kuat ,secara klinikal kehamilan puan adalah normal. Sebaliknya juka tanda-tanda kehamilan ini hilang setelah puan merasainya, kemungkinan kahamilan ini tidak menjadi. Oleh kerana alahan kehmilan tidak boleh digunakan sepenuhnya unutk diagnose maka ultrasound adalah penting dan muktamad. Puan perlu besabar menunggu iltrasound yang satu lagi. Kalau berdarahan semakain banyak dan puan mengalami sakit dibahagian ari-ari segeralah berjumpa dengan doctor puan.
Sama ada perdrahan ini boleh mengancam kandongan puan bergantong kepada puncanya. Saya tealah terangkan tadi majority berpunca dari infeksi maka janin tidak terjejas. Jika perdarahan itu berasal dari kandongan, ya janin akan mengalami masalah. Kami tidak akan tahu puncanya melainkan pemeriksaan pintu rahim dilakukan. Risikonya perdarahan mungkin lebih banyak.
Salah satu lagi kadangkala kami gunakan paras hormone BhCG dalam darah bagi membantu kami dalam membuat diagnosis. Kehamilan yang normal kenaikkan paras B hCG dalam darah berlipat dua kali ganda dalam masa 48 jam. Jika kenaikkan paras ini rendah atau menurun kita tahu kandongan ini mempunyai masalah seperti keguguran.
Pada pendapat saya puan ikut arahan doctor puan. Bukan senang untuk mengatakan kehamilan seseorang mengalami keguguran sehingga kami dapat bukti jelas seperti ketiadaan janin atau denyutan jantong janin selepas 7 minggu,sarong kandongan tidak membesar dan paras BhCG tidak meningkat. Ibu yang mempunyai haid yang tidak teratur,penyusuan badan dan penggunaan pil perancang,suntukan semua boleh menganggu ovulasi. Dapatkan second opinion dari doctor pakar dan kami boleh melakukan imbasan ultrasound dari vagina yang lebih tepat.

Multiple Sclerosis dan dan kehamilan





Saya adalah seorang penghidap Multiple Sclerosis berusia 28 tahun dan sudah dua tahun mendirikan rumah tangga. Kini saya sedang hamil anak pertama di mana usia kehamilan mencecah tujuh bulan. Malah sebaik mengambil keputusan untuk menimang cahaya mata, saya dinasihatkan menghentikan sebarang rawatan terapi tiga bulan lebih awal sebelum disahkan hamil bagi memastikan kesan ubat hilang sekali gus melindungi janin dalam kandungan. Persoalannya saya ialah, saya mahu menyusukan anak secara eksklusif selama dua bulan sebelum kembali bekerja, tetapi doktor menasihatkan saya supaya melupakan hasrat itu dan kembali menjalani terapi MS sebaik selesai bersalin kerana bimbang gejala MS akan berulang. Bagaimanapun, saya perlu mendapatkan pandangan kedua dari doktor wajarkah tindakan saya untuk terus menyusukan anak selepas bersalin. Adakah dengan menyusukan anak gejala MS saya akan berulang dan membahayakan bayi. Terima kasih doktor. 


Munira, Labis Johor

Assalamualaikum Puan Munira,saya amat bersimpati dengan apa yang puan alami sekarang dan berdoa semuga puan dapat menghadapinya dengan sabar. Terima kasih kerana sanggup berkongsi masalah puan dengan pembaca.
Bagi pembaca-pembaca yang lain,penyakit Multiple Sclerosis(MS) adalah penyakit berpunca dari masalah autoimmune. Penyakit autoimmune berlaku bilamana sel-sel immuniti  melawan balik sel-sel normal yang lain walaupun dalam satu badan yang sama. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana sel-sel immuniti sepatutnya kenal akan sel-sel rakan yang lain.
Kesan dari autoimmune ini adalah inflamasi yang bolih merosakkan lapisan myelin(myelin sheath) yang merupakan penutup perlindungan bagi sel-sel saraf pada system saraf.Sistem saraf adalah termasuk otak,saraf tunjang dan juga saraf optic. Kerosakan pada lapisan myelin, menyebabkan signal-signal saraf akan menjadi lembab atau terhenti dari menghantar signal.
Pesakit-pesakit MS akan mengalami pelbagai-bagai masalah yang berkaitan dengan saraf. Contohnya mereka mengalami masalah mengimbangi badan dan koordinasi,kebas,kejang otot,mengawal koordinasi tangan dan kaki terutama ketika berjalan dan lemah badan. Mereka juga sukar mengawal kencing dan buang air besar dan percakapan mereka juga sukar difahami. Kesemua ini mempunyai pelbagai darjah permasalahan’
Kesemua simtom-simtom tadi bolih berlaku dalam beberapa hari,minggu ataupun bulan. Simtom-simtom MS juga bolih berkurangan atau hilang sama sekali(remission) sebelum jadi semula kemudian(relapse). Penyakit MS bolih menjadi kronik dan lebih teruk.
Puan Munira, saya kira anda sangat bernasib baik kerana pakar neurologi membenarkan puan hamil dan puan dapat hamil dalam masa yang singkat. Memang banyak kajian-kajian menunujukkan pesakit-pesakit MS tidak ada masalah semasa mengandung mahupun ketika bersalin nanti. Anda memang bolih brsalin secara normal dan tidak juga epidural menjadi masalah besar. Sebenarnya hamil merupakan satu perlindungan bagi pesakit MS kerana pada waktu puan hamil sistem immune menjadi kurang aktif dan steroid yang banyak dapat mencegah ‘relapse’ dari berlaku.
Ok, yang menjadi masalahnya ialah
1.       Walaupun ‘remission’ berlaku semasa puan mengandong(kira 12 bulan iaitu 3 bulan sebelum hamil dan 9 bulan semasa hamil), ‘relapse’ adalah tinggi selepas bersalin iaitu kira-kira 20 hingga 40%. “Relapse” kebiasaannya berlaku pada 3 hingga 6 bulan pertama selepas bersalin. Inilah yang membuatkan pakar neurologi puan bersungguh-sungguh mahu mempercepatkan rawatan sebaik sahaja puan bersalin bagi mengelakkan ‘relapse’ berlaku. Puan bolih bayangkan bagaimana puan dapat menjaga bayi puan ketiga ‘relapse’ tanpa bantuan orang lain dan mungkin juga puan tidak bermaya and sukar untuk berjalan.
2.       Walaupun pesakit MS mempunyai risiko komplikasi mengandung seperti darah tinggi,kencing manis dan lain lain lagi adalah sama dengan pesakit-pasakit hamil tanpa MS,tetapi olih sebab rawatan MS memerlukan ubat yang ‘toksik’ maka puan diberhentikan ubat-ubat terebut 3 bulan sebelum puan merancang untuk hamil dan 9 bulan semasa hamil.
Adakah ubat-ubat tersebut patut juga diberhentikan selepas puan bersalin?
Seperti yang telah saya terangkan diatas,’relapse’ adalah tinggi selepas brsalin maka itulah doctor tidak membenar puan menyusukan bayi puan kerana beliau mahu memulakan rawatan ubat-ubat tersebut secepat mungkin setelah setahun diberhentikan! Puan sudah diberitahu olih doctor puan tentang ubat MS yang bolih masuk kedalam susu puan dan bolih menjejaskan kesihatan bayi puan. Perkara yang doctor puan takut adalah kesan sampingan ubat tersebut terhadap bayi puan dan bukannya penyusuan badan itu sendiri.Penyusuan badan dan penyakit MS tidak menyebabkan ‘relapse’ meningkat tetapi lambat memulakan rawatan adalah punca ‘relapse.
Sama ada puan akan mendapat ‘relapse’ selepas bersalin, hanya Tuhan yang tahu kerana tidak baca masa depan tetapi saya terang berikan peratusan ianya akan berlaku.Puan tentu terfikir,maknanya peratusan ‘relapse’ tidak berlaku selepas bersalin adalah 60 hingga 80%! Memang betul,tetapi adakah puan sanggup ‘berjudi”? Saya kira kalau puan sangat berhajat hendak juga menyusukan bayi anda untuk jangka yang pendek,eloklah berbincang dengan doctor puan. Beliau lebih arif dari saya dan juga puan. Ramai pesakit MS memilih untuk menyusukan bayi mereka dengan susu formula dan memulakan rawatan secepat mungkin.
Saya harap faham dengan penjelasan saya.

Saturday 14 July 2012

Ramadan Al-Mubarak dan Kehamilan: Tip-tip



Assalamualikum semua,
Tidak lama kita akan berpuasa dan tergerak hati saya untuk menulis mengenai puasa Ramadan dan kehamilan. Oleh kerana puasa dibulan Ramadan selama 30 hari, 12 jam sehari di kawasan beriklim tropika sudah tentu sedikit sebanyak akan menjejas ibu-ibu dan juga kadungan mereka.
Sebenarnya tidak banyak kajian-kajian yang dijalankan bagi mengenalpasti kesan-kesan puasa sebualan dengan kehamilan. Dan kalau ada pun, kualiti kajian tersebut banyak kedapatan bias dan menjejaskan keputusan. Mungkin suatu hari nanti ada dikalangan kita yang dapat menjalankan kajian yang terperinci dan berkualiti bagi menjawab kemusykilan terhadap puasa dan kehamilan.

Adakah puasa ini selamat?

Walaupun terdapat beberapa kajian mengenail kesan puasa sebulan dan kehamilan,masih tidak terdapat jawapan yang tepat. Kami tidak benar-benar pasti yang puasa adalah selamat untuk wanita hamil berserta dengan kandungan mereka.
Jika anda benar-benar berasa sihat dan kuat untuk berpuasa,saya rasa ianya tidak menjadi masalah besar. Mungkin mereka yang masih diperingkat Trimester 1 dengan loya,muntah,tidak bolih makan dan minum,letih yang amat sangat mungkin tidak berapa sesuai.
Jika anda tidak berasa sihat untuk berpuasa kerana kehamilan,agama kita membenarkan ibu-ibu tidak berpuasa tetapi dengan syarat menggantinya semula selepas bersalin. Jika anda tidak berasa yakin eloklah berbincang dengan doctor.

Daripada beberapa kajian yang telah dijalan:

·         Tiada perbezaan dari segi Skor Apgar diantara bayi yang dilahirkan dari ibu-ibu yang berpuasa dengan yang tidak berpuasa. Skor Apgar adalah skor yang kami gunakan untuk menilai kesihatan bayi semasa dilahirkan.
·         Terdapat ibu-ibu yang melahirkan bayi yang mempunyai berat badan rendah.Tapi kajian ini terdapat bias yang mana mereka datang dari golongan yang kurang mampu.
·         Terdapat juga kajian di peringkat awal kehamilan dikaitkan dengan masalah kesihatan bila bayi-bayi ini membesar.
·         Berpuasa juga tidak menjejaskan IQ bayi.
·         Walaupun terdapat perubahan pada keseimbangan biokimia semasa berpuasa tetapi ianya tidak memberi kesan-kesan negative kepada petumbuhan dan berat badan bayi.
·         Terdapat kaitan puasa dengan kelahiran pra matang dan perlu diberi perhatian

Secara keseluruhannya jika ibu-ibu mempunyai kesihatan yang elok,mereka tidak mempunyai masalah semasa berpuasa  dan impak terhadap kandungan(kalau ada) adalah amat kecil.

Bagaimana dengan ibu-ibu hamil yang lain?

Dari segi pengalaman saya, majority ibu-ibu berugama Islam di negara kita berpuasa walaupun mereka tahu puasa in tidak wajib bagi ibu-ibu yang mengandung dan sedang menyusu bayi mereka.
Mereka berpuasa kerena tuntutan ugama dan mereka ‘malas’ hendak menggantinya balik selepas bersalin. Mereka yang mempunyai masalah medical seperti diabetis dan darah tinggi, ramai yang berpuasa dan mereka boleh mengubah cara pengambilan ubat-ubat. Bagi saya eloklh dibawah berbincangkan doctor anda jika mempunyai masalah medical dan hamil juga. Mungkin berpuasa bolih membahayakan anda dan bayi yang dikandung.

Beberapa petua untuk ibu-ibu yang merancang untuk berpuasa.

1.       Perancangan awal semasa bulan Ramadan adalah penting supaya mudah bagi anda menjalani ibadah puasa ini.
2.       Periksa tahap kesihatan anda dengan berjumpa dengan doctor anda. Kawal masalah medical seperti diabetis dengan baik dan mungkin anda perlu lakukan ulangan antenatal yang lebih kerap lagi.
3.       Kurangkan pengambilan kaffein seperti kopi dan kola. Kurangkan sebelum puasa lagi.
Kaffein menyebabkan diuresis(kencing banyak) dan menyebabkan anda mengalami dihidrasi.
Rehydrate sebanyakkan mungkin semasa sahor.
4.       Habiskan masa ‘indoor’ bagi mengelakkan dihidrasi.
5.       Berbincang dengan majikan anda tentang carakerja semasa bulan puasa seperti mengurangkan waktu bekerja.
6.       Catatkan pengambilan makanan dan cecair

Bagaimana cara terbaik untuk berbuka puasa?

ΓΌ  Mulakan dengan makanan yang boleh melepas tenaga secara perlahan. Contohnya karbohidrat kompleks seperti ‘whole grains dan bijian dan makan berfiber-tinggi seperti buah kurma,sayuran dan buahan kering.
ΓΌ  Elakkan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi kerana ini akan menyebabkan paras glukos yang mendadak tinggi. Kesannya paras insulin juga meningkat serta merta dan paras glukos menurun dengan cepat. Akibatnya anda berasa pening dan pitam.
ΓΌ  Elakkan makanan berlemak.
ΓΌ  Ambil banyak proton dari bijian,kekacang,daging dan telur. Protin untuk pembesaran bayi.
ΓΌ  Dari berbuka hingga kesahur,perbanyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter. Elakkan kopi.

Apakah yang anda perlu berwaspada semasa berpuasa?

*      Perubahan kepada pergerakan bayi anda.
Bayi yang aktif bergerak lebih dari 10 kali dalam masa 12 jam. Jika anada berasa bayi anda kurang bergerak segera beritahu doctor anda.
*      Jika berat badan anda static atau menurun semasa puasa.
*      Anda mengalami dihidrasi.
Anda berasa amat dahaga,letih dan tidak bermaya,air kencing pekat dan berbau kuat.
*      Anda mengalami kontraksi.
Dihidrasi boleh menyebabkan ‘premature contractions’ dan kelahiran pramatang.
*      Walaupun selepas berihat anda masih lagi mengalami kelusuan,pitam,pening. Meloya dan muntah.

Kesimpulannya,anda perlu bersabar adan elakkan stress yang bukan-bukan  kerana perubahan  jadual permakanan dan kekurangan makanan dan air. Anda perlu berihat banyak bagi mengawal kegunakan kalori anda. Bantuan dari suami,pembantu rumah dapat mnbantu anda. Elakkan dari berapa dibawah cuaca panas  bagi mengelakkan dihidrasi.

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA PEMBACA DAN SEMUGA BULAN RAHMAT INI KITA DAPAT KEREDAAN DAN BARAKAH DARINYA.

Tuesday 10 July 2012

Apakah komplikasi-komplikasi yang boleh berlaku selepas bersalin?



Entri kali ini saya akan bincangkan 3 komplikasi utama yang bolih berlaku semasa berpantang. Tiga komplikasi ini mempunyai morbiti yang tinggi dan jarang sekali mortality. Oleh itu para-para ibu yang telah selamat melahirkan tidak kira secara normal ataupun caesarean perlu mengetahui 3 komplikasi tersebut.
Apakah 3 komplikasi-komplikasi tersebut?
1.       Secondary Postpartum Haemorrhage/Pertumpahan darah sekunder
2.       Venous Thromboembolism(VTE)/Tromboembolisma Vena
3.       Puerpural pyrexia/Demam panas selepas bersalin
Nota: Disini saya hanya akan bincangkan sedikit tiap-tiap satu komplikasi tersebut kerana( sebenar) setiap satu komplikasi di atas adalah merupakan satu tajuk yang luas dalam buku-buku perubatan! InsyaAllah saya akan terangkan dengan lebih terperinci dalam entri-entri lain.
Apakah yang dimaksudkan dengan Pertumpahan darah sekunder?
Mengikut definasi,adalah perdarahan yang ‘tidak normal’ yang berlaku selepas 24 jam bersalin sehingga 6 minggu. Intepretasi ‘tidak normal’ sememangnya subjektif. Bagi saya jika kita ambil darah nifas (dari segi jumlah dan berapa lama ia turun) sebagai standard , maka sebarang perdarahan lebih dari itu kita bolih beranggapan ianya pertumpahan darah sekunder. Majoriti wanita mengalami pengaliran darah yang banyak dari amaun.
Bagi Negara--negara Membangun,pertumpahan darah sekunder adalah punca utama kes-kes kematian ibu selepas bersalin. Di Negara-negara Maju pula hanya kurang dari 5% ibu-ibu lepas bersalin dimasukkan semula kehopital di sebab pertumpahan darah. Punca utama pertumpahan darah adalah tisu-tisu uri masih tertinggal,jangkitan dalam rahim dan koyak pada servik atau vagina yang tidak diketahui.
Apakah Tromboembolisma Vena(VTE)?
Di United Kingdom,VTE adalah punca utama kematian ibu selepas bersalin. VTE,pesakit mungkin tidak mempunyai apa-apa simtom dan kalau yang serius datang dengan simtom-simtom Tromboembolisma Pulmonari.Dalam kes Tromboembolisma pulmonari, terdapat trombus(kumpalan darah dan platelet) tersebar dan tersumbat di dalam paru-paru. Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas,sakit dada,pengsan dan batuk berdarah. Pesakit bolih meninggal sertamerta.
Satu lagi komplikasi yang berlaku dalam kumpulan VTE ini adalah ‘Deep Vein thrombosis’(DVT). Ini terjadi kerana pembekuan darah dikaki atau di dalam pelvis. Saluran darah yang terlibat adalah saluran vena. Pesakit akan mengalami sakit dikaki terutama dibahagian otot-otot keting,bengkak kaki dan kulit kemerahan dan panas,
Apakah Puerpural Pyrexia?
Asasnya ia bermakna demam panas  > 38 selsius dalam masa 14 hari selepas bersalin. Pada zaman dahulu sebelum ujudnya antibiotic, ia merupakan punca utama kematian ibu selepas bersalin. Pada zaman sekarang ianya telah amat berkurangan tetapi kita masih perlu berwaspada.
Kesimpulannya, 3 komplikasi diatas perlu diberi perhatian dan segeralah kehospital jika anda mengalaminya. Ketiga-tiga komplikasi mempunyai morditi dan mortality yang tinggi jika diabaikan


Monday 9 July 2012

Berpantang- Perubahan yang berlaku



Sebenarnya semasa (lepas bersalin)postnatal,wanita masih tidak dapat lari dari komplikasi-komplikasi kehamilan. Mengikutkan definasi,masa postnatal adalah sampai hari ke-42 selepas bersalin. Perubahan-perubahan yang berlaku semasa postnatal adalah ‘reversal’ dari  kehamilan ke normal. Maknanya badan anda akan mengalami perubahan-perubahan bukan saja dari segi hormone  tetapi keseluruhan iaitu fizikal,fisiologi dan juga emosi. Segala perubahan ini berlaku secara maksimum dalam masa 2 minggu.
Perubahan yang ketara adalah:
·         Involusi(pengecutan) rahim dan segala organ-organ peranakan.
·         Permulaannya laktasi(penyusuan)
·         Perubahan fisilogi pada sistem-sistem lain
Involusi rahim
Involusi bermakna kembalinya rahim kepada keadaan  normal termasuk dari segi saiz,tona dan kedudukannya.
Semasa proses involusi ,fiber-fiber otot rahim akan mengalami ‘phagocytosis’ dan ‘autolysis’ dimana fiber-fiber otot ini akan hancur disebabkan oleh enzim proteolysis.Semua hasilan bahan kumuhan ini akan masuk kedalam system darah dan dinyahkan oleh buahpinggang.
Lapisan endometrium(dinding rahim) pula akan mula tumbuh 10 hari selepas bersalin dan dalam masa 6 minggu seluruh dinding akan di lapisi dengan lapisan endometrium yang baru. Jadi tidak hairan kalau haid yang pertama selepas bersalin bolih berlaku 6 minggu selepas bersalin.Penyusuan badan dapat melambatkan pertumbuhan lapisan endometrium baru kerana penyusuan badan membuatkan aktiviti-aktiviti ovari terbantut. Dalam masa 6 minggu juga,saiz rahim telah kembali ke saiz asalnya.
Wanita yang bersalin dengan cara caesarean,involusi rahim berlaku lebih perlahan kalau dibandingkan dengan bersalin normal. Bagi mempercepatkan rahim balik ke saiz asalnya adalah dengan membanyakkan penyusuan badan. Penyusuan badan juga dapat mengeringkan darah nifas lebih awal. Hanya jangkitan kuman pada endometrium dan jika terdapat tisu-tisu uri yang tidak habis keluar bolih menyebabkan involusi lambat.
Disini, anda bolih lihat secara semulajadinya rahim akan kembali ke posisit asalnya tanpa perlu kita memperbetulkan dengan cara mengurut.
Darah nifas
Darah adalah komponen yang terpenting dalam darah nifas pada peringkat awal selepas bersalin. Semasa dalam pantang,darah nifas akan bertukar warna dari merah ke kuning dan pada akhir minggu kedua ianya bertukar kepada kuning jernih. Purata darah nifas habis dalam masa 30 hari tetapi sampai 60 hari masih dianggap normal. Sebenarnya banyak sangat variasi darah nifas dari segi jumlah,warna dan panjangnya ia turun bagi setiap ibu berpantang.
Sekiranya darah nifas anda masih lagi merah, tidak berhenti dan semakin banyak,segeralah berjumpa dengan doktor untuk ultrasound kerana jika tisu-tisu uri masih tertinggal,darah nifas anda jadi begini disertai dengan sakit di bahagian ari-ari seperti kontraksi dan anda boleh demam. Jikalau tisu uri masih ada, D & C perlu dilakukan. Jika tiada terdapat tisu-tisu tertinggal,ianya disebabkan oleh jangkitan kuman didalam rahim.Rawatan antibiotik sudah memadai.
Episiotomi dan perineum
Walaupun anda bersalin normal dan tidak mempunyai episiotomi,perineum anda tetap akan mengalami kecederaan atau bengkak. Jika episiotomi anda jenis yang memerlukan benang jahitan dibuang maka kebiasaan di lakukan  pada hari ke 7 selepas bersalin. Pada masa sekarang, kami menggunakan benang-hancur-sendiri yang tidak perlu dibuang benangnya. Cara ini dapat menambahkan keselesaan anda semasa berpantang.
Kecederaan pada perineum bolih menyebabkan tekanan emosi dan psikologi pada wanita kerana ia menyebabkan mereka sukar untuk kencing,sukar bergerak dan sudah tentu sekali sakit. Sakit atau bengkak pada bahagian perineum menyebabkan ibu sukar untuk tidur dan menyusu badan.
Sakit pada bahagian perineum punca utamanya kerana episiotomy. Kadangkala benang itu di ikat dengan ketat. Hematoma(darah beku) boleh berlaku pada luka episiotomyi dan perlu dibuang dan di jahit semula.
Cara penjagaan episiotomi ada pada entri yang lalu. Yang penting adalah kebersihan pada perineum dengan membersihkannya dan tukar sanitari sekerap mungkin.
Kami akan membekalkan ubat tahan sakit seperti mefenemic acid untuk dimakan semasa berpantang. Kami juga memberikan ubat lawas supaya ibu-ibu mudah membuang air besar. ‘Sitz bath’ bolih digunakan untuk membersihkan perineum tetapi bukannya wajib dilakukan. Ibu-ibu tidak perlu mengambil antibiotik atau sapu krim antiseptic pada luka episiotomy sudah cukup dengan membersih dan mengeringkan bahagian perenium tersebut.
Kardiovaskular
Volum plasma darah yang berlebihan akan di nyahkeluar dari saluran darah  semasa proses diuresis berlaku beberapa hari selepas bersalin. Begitu juga edema(bengkak) pada kaki dan tangan akan susut beberapa hari selepas bersalin. Semasa pantang adalah penting untuk ibu-ibu tidak mengalami ‘deep vein thrombosis(DVT)’ atau pembekuan darah di kaki. Masalah ini timbul kalau ibu-ibu tidak bergerak semasa pantang. Walaupun sakit pada perineum atau luka caesarean,ibu-ibu mesti bergerak dari katil bagi mengelakkan kejadian DVT ini. Tanda-tanda DVT adalah sebelah kaki bengkak, sakit pada bahagian keting(calf) dan kelangkang dan kulit mengalami inflamasi/radang/kemerahan. Ibu-ibu juga akan mengalami demam.
Payudara
Pada hari ke 3 dan ke 4,payudara mula membengkak dan pigmentasi pada areolar meningkat. Ini disebabkan oleh percambahan dan lobul-lobul payudara untuk persediaan penyusuan.
Permakanan
Bagi mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin,permakana yang seimbang adalah penting.Permakanan mestilah mempunyai komposisi yang terdapat pada piramid permakanan. Pengambilan air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Kesemua ini amat penting untuk penyusuan badan. 

Tuesday 3 July 2012

Sindrom Polisistik Ovari(PCOS) dan Masalah pada anda



Assalamualaikum semua,maaf kerana entri  kali ini lambat kerana kesibukan kerja.
Kali saya akan terangkan mengenai Sindrom Polisistik Ovari atau Polycystic Ovarian Syndrome(PCOS). Ok saya rasa anda semua mungkin pernah terdengar atau mendengar tentang PCOS ini. Sindrom ini kerap atau selalu kita temui pada wanita tetapi perbezaan adalah pada presentasi PCOS ini pada wanita-wanita ini. Presentasi  PCOS bolih pelbagai cara dari tiada simtom hinggakan pada masalah haid dan kesuburan.
Bila kita berbicara mengenai sindrom , tidak apa jua sindrom seperti sindrom Down, tiada terdapat ciri-ciri atau simtom-simtom khusus bagi penyakit tersebut. Sindrom bermakna terdapat beberapa karektor-karektor atau ciri-ciri masalah,complain atau ujian-ujian dan bila dirangkumkan menjadi satu karektor penyakit yang dipanggil sindrom. Olih kerana itu sindrom tidak bolih ujud hanya dengan satu kerektor atau ciri atau simtom. Ini termasuklah PCOS ini  yang saya akan terangkan kerektor-kerektor PCOS tersebut.
Apakah PCOS?
PCOS adalah masalah endokrin yang utama wanita. PCOS adalah punca utama(80%) wanita yang mengalami  infertili yang disebabkan olih kegagalan ovulasi.Adalah dianggarkan 10% wanita mengalami PCOS dan kalau ultrasound digunakan sebagai kriteria PCOS, peratusannya lebih tinggi.(20-30%).
Apakah kriteria-kriteria/ciri-ciri/simtom-simtom PCOS?
1.       Ketidaktentuan atau tiada ovulasi
Ini selalunya ditunjukkan dengan kitaran haid yang tidak menentu. Kitaran panjang(>42 hari),darah turun berlebihan dan panjang. Perdarahan haid yang banyak dan panjang bolih menyebabkan anemia.
2.       Terdapatnya ciri-ciri “hyperandrogenism” sama secara klinikal atau ujian darah.
“Hyperandrogenism” adalah keadaan dimana seseorang itu mempunyai paras hormone androgen/testosterone(hormone lelaki) yang tinggi dalam darah. Secara klinikalnya,wanita ini mempunyai masalah jerawat,alopecia(Rambut botak) dan hirsutism( bulu-bulu halus berlebihan di muka,dada dan perut). Kalau ujian darah dilakukan seperti serum Testosterone menunjukkan parasnya tinggi.

3.       Ultrasound menunjukkan ovari-ovari  mempunyai banyak cyst-cyst kecil (purata 1 cm) berkumpul di pinggir dinding ovary membentuk satu “rantaian kalung mutiara.”. Pada setiap ovary terdapat lebih dari 12 cyst-cyst kecil ini dan kedua-dua ovary bersaiz besar.


Apakah komplikasi-komplikasi atau masalah-masalah berkaitan dengan PCOS?
1.       Masalah/komplikasi masapendek
·         Masalah kitaran haid tidak normal termasuklah haid berhenti.
·         Masalah hirsutism
·         Masalah kesuburan.infertiliti
2.       Masalah/komplikasi masapanjang
·         Obesiti
·         Masalah metabolic dan rintangan insulin  koelsterol tinggi,sakit jantung.
·         Diabetis Jenis 2 atau diabetis semasa mengandung
·         Darah tinggi
·         “Hyperplasia” dinding rahim dan bolih menyebabkan kanser rahim. Hyperplasia terjadi kerana rangsangan estrogen pada dinding rahim terlalu lama.

Apakah Etiologi/sebab-sebab  PCOS?
Patogenesis PCOS tidak diketahui sepenuhnya, Olih kerana karektor-karektor PCOS adalah pelbagai maka etiologi bukan satu tetapi mungkin juga pelbagai punca.
Diantara faktor-faktor penyebab PCOS adalah:
·         Genetik
·         Rintangan Insulin/Insulin resistance dengan hyperinsulinaemia.
Terdapat masalah pada reseptor insulin pada sel-sel dan menyebabkan insulin tidak dapat digunakan. Maka badan akan respon dengan menghasilhan lebih banyak lagi insulin.
·         Hyperandrogenism
Ovari-ovari menghasilkan lebih banyak hormon-hormon androgen. Ini berpunca dari peningkatan hormone LH yang merangsang sel-sel  theca pada ovary untuk menghasil lebih androgen.
·         Obesiti
Diantara 35 hingga 60% wanita PCOS mempunyai BMI > 30 kg/m2. Obesiti PCOS adalah obesity sentral(di perut) dan ianya memburukkan lagi rintangan insulin.
Apakah ujian-ujian yang dilakukan bagi menguji PCOS?
·         Paras serum hormone LH,FSH,Testosteron,Prolaktin,Tiroid
·         Ujian bagi hyperandrogenism adalah hormone DHEA dan SHBG
·         Ultrasound pelvis
Apakah rawatan yang ada untuk pesakit PCOS?
Pilihan rawatan bergantung kepada apakah kemahuan wanita itu.
Merubah carahidup
Mengurangkan berat badan kepada berat yang ideal dengan permakanan dan senaman. Wanita PCOS memerlukan sokongan dari suami atau kawan-kawan kerana mereka biasa mempunyai ‘low self-esteem’ dan sensitik. Saya rasa inilah cara yang terbaik bagi rawatan PCOS.
Memulihkan masalah haid
o   Menurunkan berat badan
o   Pil perancang keluarga (COCP)
o   Metformin
Metformin adalah ubat kencing manis digunakan untuk mengawal hormone androgen.Metformin bolih menggalakkan ovulasi dan mengawal haid.
Mengawal simtom-simtom hyperandrogenism
o   Kosmetik seperti bercukur,mencabut,elektolisis
o   Ubat Anti-androgen bolih digunakan untuk rawatan jerawat dan hirsutism.Perlu diambil selama 6 hingga 9 bulan untuk menampakkan kebersanannya. Elakkandari mengandung semasa pengambilan anti-androgen.
o   Pil Perancang keluarga dapat mengurang hormone androgen. Contohnya ialah Diane.Selain dari mengurang simtom hyperandrogenism,ianya juga menyebabkan kitran haid teratur dan normal.
Infertiliti
o   Mengurangkan berat badan sahaja bolih membantu seseorang itu mengandung.
o   Induksi Ovulasi dengan Clomiphene atau gonadotrophin.
o   “Ovarian drilling’ melalui laparaskopi
o   In-vitro-fertilisation(IVF).
Kesimpulan:
PCOS adalah masalah endokrin yang utama pada wanita. Simtom-simtom PCOS adalah pelbagai seperti masalah haid,kesuburan,obesity dan hirsutism. PCOS juga mempunyai komplikasi masa panjang seperti diabetis,darah tinggi, kolestero  tinggi  dan serangan sakit jantung. Rawatannya bergantung kepada kehendak pesakit. Mengurangkan berat badan kepada paras yang normal adalah rawatan utama PCOS.