Seperti yang telah saya jelas dahulu, indikasi caesarean
ada yang ‘straight forward’ dan ada yang subjektif. Kerana ini kadangkala kami
mempunyai berlainan pendapat tetapi tujuan kami tetap sama iaitu keselamatan
bayi dan ibu adalah yang paling penting. Di zaman moden ini, pasangan-pasangan
selalunya mempunyai beberapa orang anak sahaja. Kaum melayu selalunya 3 hingga
4 orang berbanding dengan ibu-bapa masa dahulu. Apapun keputusan yang doctor
anda telah buat untuk anda,patuhilah kerana beliau sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk
anda.
Punca utama caesarean adalah:
1.
Tiada progress semasa bersalin/Failure to
progress
2.
Jantong anak menunjukkan dia lemas/fetal
compromise
3.
Ulangan caesarean/repeat caesarean
4.
Anak songsang/breech
Caeserean boleh dikategorikan mengikut masa bila ianya dilakukan.
Ini bergantong tahap kritikal sama ada ibu atau kandongan/bayi.
Kategori itu
adalah:
1.
Caeserean secara Elektif. Ini bermakna caesarean
dilakukan mengikut kesuaian ibu dan kakitangan.Contoh-contoh kes:
a.
Songsang cukup bulan dan kandongan pertama atau songsang
yang mana gagal dipusingkan atau tidak boleh dilakukan.
Kenapa songsang kami lakukan caesarean?
Dahulu, songsang memang kami lahir secara normal tidak kira ianya anak
pertama atau anak keberapa. Tetapi kajian yang telah dilakukan pada sekitar 90an
di Negara Eropah telah membuktikan songsang mempunyai banyak masalah yang boleh
membahayakan bayi. Oleh kerana itu hampir semua doctor akan melakukan
pembedahan jika ibu anak pertama mereka adalah songsang. Anak yang kedua dan seterusnya
boleh dicuba secara normal jika anak itu tidak besar dan doctor yang
menyambutnya mempunyai pengalaman.Masalah utama bayi songsang adalah bila
melahirkan kepala mereka.
b.
Kandongan kembar dimana kembar pertama adalah
songsang
c.
Ibu mempunyai jangkitan HIV. Ini bergantong
jumlah virus dalam darah mereka. Maknanya kalau jumlah virusnya rendah,
bersalin normal dibolehkan.
d.
Ibu mengalami jangkitan Herpes genital pada
akhir-akhir kehamilan dan ianya aktif bagi mengelak bayi dijangkiti virus
herpes.
e.
Plesenta praevia/Uri dibawah
f.
Ibu pernah menjalani histerotomi atau caesarean
klasik. Contoh histerotomi adalah pembedahan fibroid.
2.
Pembedahan caesarean Kecemasan. Kes-kes
kecemasan ini berlaku semasa di dewan bersalin. Jika terdapat indikasi
berikut,ianya mesti dilakukan dengan segera demi keselamatan bayi dan ibu.
Contohnya:
a.
Plasenta “abruption” dengan CTG tidak memuaskan.
‘Abruption’ adalah apabila uri terpisah dari dinding rahim sebelum bayi lahir
lagi. Ini menyebabkan pertumpahan darah dan bayi lemas dan boleh meninggal
dunia.
b.
Tali pusat jatuh/Cord prolapse dimana tali pusat
terkeluar kedalam vagina selepas air ketuban pecah. Risikonya anak bolek
meninggal kerana hypoxia.
c.
Parut caesarean pecah semasa bersalin. Ini
menyebabkan kematian bayi dan ibu.
d.
CTG menunjukkan jantong bayi lemah/Fetal Distress
3.
Pembedahan caesarean yang semi-kecemasan.
Pembedahan dilakukan secepat mungkin pada hari yang sama setelah keadaan ibu
stabil. Contoh:
a.
Proses bersalin terbantut atau perlahan
b.
Darah tinggi/Preeklampsia
c.
Bayi pembesaran terbantut/IUGR. Ini disebabkan bayi-bayi
yang mempunyai masalah pembesaran kebanyakkan mempunyai masalah mudah lemas semasa bersalin. Risiko lemas adalah tinggi jika dibenarkan bersalin normal.
d.
Bila induksi bersalin gagal. Induksi ini
dilakukan bila ibu mempunyaimasalah atau bayi mempunyai masalah jika kehamilan
diteruskan.
Part 3: Jenis-jenis
caesarean dan risikonya
boleh doktor ulas tentang hormon prolaktin... dan ubatan yg perlu diambil untuk mengurangkannya... dan berapa peratus peluang untuk hamil sekiranya menghadapi hyper prolaktin... adakah penyakit ini akan berulang...
ReplyDeleteSalam Syana, secara semulajadinya prolaktin banyak dihasilkan semasa penyusuan selepas bersalin. Kadar prolaktin yang tinggi dipanggil hiperprolaktinemia bolih menyebabkan ganguan ovulasi dan menyebabkan wanita itu sukar untuk hamil. Berapa peratus tidak diketahui kerana penyakit ani adalh amat jarang berlaku. Punca utama adalah disebabkan olih pituitari adenoma sejenis ketumbuhan dari kelenjar pitiutri. Syan perlu melakukan Xray dikepala untuk mengesannya. Tapai rawatan utama adalah menggunakam ubat. Dulu kami gunakanBromocriptine tetapi sekarang sudah bertukar kepada Dostinex yang lebih selamat. Pengambilan mengambil masa lama- bulan ketahun sehinggalah pras prolaktin kembali normal. Selalunya haid akan turun dan kesuburan akan brtambah baik. Ubat dapat mengawal prolaktin tetapi ianya tidak dapat memulihkan. Jadi selepas berhenti ianya bolih datang kembali
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam dr
DeleteHari ini genaplah 5 bulan pemergian arwah anak saya yang dilahirkan secara pembedahan. Arwah anak saya meniggalkan saya disebabkan oleh kecuaian nurse yang telah tersalah memberi injection. Soalan saya dr apakah kemungkinan masalah yang akan saya hadapi sekiranya saya pregnant dalam tempoh kurang dari setahun dari tarikh pembedahan saya yang lalu. Semoga maklumbalas dari dr dapat memecah kebuntuan yang saya sedang hadapi sekarang. Terima kasih
Salam acik,
DeleteTakziah dan saya berharap puan dan suami bersabar dan apa yang berlaku mempunyai hemah yang kita tidak ketahui. walau macam mana pun puan dan suami menginginkan zuriat dalam masa terdekat bagi 'mengganti' semual yang hilang, saya berpendapat puan perlu tunggu kira setahun, Ini memberi peluang pada luka caeserean pulih sepenuhnya dan puan recover dari trauma kehilangan anak dan juga pembedahan. Kalau mengandung terlalu awal, risiko rahim pecah semasa bersalin adaah tingi sedikit jika dibandingkan dengan tunggu lebih lama. Bersalin normal mungkin tidak perlu tunggu lama. Saya puan dan suami adalah pasangan yang masih muda. Tidak perlu rushing kerana puan masih banyak masa untuk hamil. Pentingkan keselamatan diri dahulu. Gunakan waktu ini untuk 'berbulan madu semula dan meningkat pengambilan vitamin terutama asid folik bagi meningkatkan paras kesihatan.
Terima kasih dr di atas maklumbalas. Respon dari dr sedikit sebanyak memberi saya sedikit maklumat yang berguna buat saya dan suami.
Delete