Followers

Tuesday 7 August 2012

Twin-to Twin Transfusion Syndrome-Komplikasi Kehamilan Kembar




Assalamulaikum
Saya ibu muda 31thn kepada 3 orang anak yg meningkat dewasa..
anak yg pertama & kedua perempuan berusia 17 & 16 tahun manakala anak yang
ketiga lelaki berusia 15 tahun.
Pada pertengahan tahun tahun 2006 sy keguguran & melakukan DNC di hospital
kerajaan, selepas dari itu awal tahun 2007 pula saya di sahkan mengandung
·     kembar, tapi sayangnya kandungan saya hanya dapat bertahan selama 28 minggu
kerana bayi kembar mengalami risiko *Twin-to-twin transfusion syndrome* (TTTS)
dan saya pula mengalami jangkitan kuman sehingga dimasukkan ke ICU.
pada waktu ini pula saya mendapat tahu dan disahkan mempunyai Ovarian
Cyst di kilang telur, selepas melakukan pembedahan appendix pada bulan
November 2010. Pada bulan Mei 2011satu lagi pembedahan dilakukan untuk
membuang Batu Hempedu.
Persoalan saya ialah adakah saya masih berpotensi untuk mengandung
kembar tanpa sindrom TTTS dan apakah risiko mengandung jika Ovarian
Cyst saya tidak dibuang?


Assalamulaikum Puan Zuraida,
1.Adakah puan berpotensi mengandung kembar tanpa TTTS?
Kebarangkalian mengandung kembar secara semulajadi adalah:
Kembar dua adalah 15 dalam 1000 kehamilan
Kembar tiga adalah 1 dalam 5000 kehamilan dan
Kembar empat adalah 1 dalam 360,000 kehamilan.
Kembar lima keatas adalah amat jarang sekali tetapi ianya masih bolih berlaku juga tetapi survival anak adalah terlalu tipis.
Terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan kandongan kembar meningkat iaitu;
·         Sejarah pernah mengandong kembar
·         Sejarah keluarga yang mempunyai kembar
·         Meningkatnya jumlah anak
·         Meningkatnya umur ibu.Contohnya umur ibu lebih dari 35 tahun adalah 22 dalam 1000 sementara lebih 45 tahun pula 57 dalam 1000.
·         Bangsa dan
·         Penggunaan Bantuan Reproduksi.Contohnya pengunaan Clomiphene sebagai agen induksi ovulasi meningkat 10%,Inseminasi uterin(IUI) meningkat 10 hingga 20% dan Fertilizasi in-vitro(IVF) dengan 2 embrio meningkat ke 20 hingga 30 %.
Disini puan bolih lihat keberangkalianpuan mendapat kembara dua adalah dalam 15 hingga 20 dalam 1000 dan bagaimana pula kebangkalian untuk kembar puan mendapat TTTS?
Bagi pembaca-pembaca yang lain, TTTS atau Twin-to-Twin Transfusion syndrome adalah satu keadaan dimana terdapat saluran-saluran darah diantara kembar ini bercantum antara satu sama didalam uri. Ini menyebabkan ketidakseimbangan distribusi darah dimana darah dari satu kembar ‘donor’ berpindah ke kembar satu lagi yang di kenali sebagai kembar ‘recipient’.
Akibat dari TTTS ini adalah,kembar penyumbang/donor akan mengalami kekurangan darah dan anemia,pertumbuhan terbantut dan air ketuban kekeringan/Oligohidramnios. Sementara kembar penerima/recipient pula akan mengalami berlebihan darah dan haemoglobin,berlebihan air ketuban/polihidramnios dan akhir sekali berlakunya ‘fetal hydrops’.”Fetal Hydrops’ boleh menyebabkan kematian kepada bayi disebabkan jantung lemah.
TTTS adalah salah satu komplikasi yang bolih berlaku bila mengandung kembar. Sebenarnya banyak lagi komplikasi-komplikasi mengandung kembar.Komplikasi bolih berlaku kepada bayi dan juga ibu.
TTTS ini terdapat pada 5 hingga 25% kandungan kembar monokorionik dan tidak dirawat ,80 % akan meninggal. Risiko untuk mendapat monokorionik adalah amat kecil sekali. Kejadian monokorionik bukannya ‘keturunan’ tetapi ianya terjadi secara rawak.
Maka saya berpendapat puan tidak perlu kuatir tentang kembar dengan TTTS kerana untuk mendapat kembar adalah kecil tambahkan pula kembar dengan TTTS.
2. Apakah risiko mengandung dengan sista ovary?
Kejadiannya adalah kecil, 1 % sahaja. Majoriti besar sista semasa mengandung adalah bukan kanser. Sista kanser hanya dalam lingkongan 1 -2 % sahaja. Komplikasi sista semasa hamil adalah:
·         Sista terpulas  dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat,muntah dan demam.Ianya biasa berlaku pada akhir trimester pertama dan semasa dalam pantang.
·         Perdarahan dalam sista juga menyebabkan sakit perut,demam dan muntah-muntah.
·         Pecah dalam perut dan menyebabkan ‘peritonitis’.
·         Keguguran,lahir pramatang
·         Menyebabkan kedudukan bayi tidak betul semasa mengandung.
Sista perlu dibuang semasa mengandung jika mempunyai simtom-simtom terpulas,perdarahan atau pecah,disyaki kanser dan saiz lebih dari 10cm. Pembedahan selalunya dilakukan pada 16 minggu kandungan. Risikonya adalah keguguran tetapi iannya adalah rendah.Jika sista tidak memberi apa-apa masalah,tidak membesar bolihdirawat secara konservatif sahaja.

No comments:

Post a Comment