Blog untuk wanita mencari informasi dan berdikusi mengenai masalah obstetrik dan ginekologi
Followers
Sunday, 13 May 2012
Pada masa ini merokok dikalangan wanita adalah perkara yanglumrah dan saya percaya peratusan yang menhisap rokok semakain meningkat. Semasa zaman dahulu, merokok ini hanya di golongan wanita yang telah berumur dan kebiasaan mereka menghisap rokok daun sahaja. Semakin carahidup kita menjadi lebih sofiskated, semakin banyak carahidup kita telah berubah yang mana jika tidak terkawal ianya akan memberi kesan kepada generasi-generasi yang akan datang. Merokok apa sebab pun yang diberi tetap memberi kesan kepada bayi. Tidak kira sama ada anda perokok aktif atau perokok pasif(suami merokok),bayi tetap mendapat kesan darinya.
Risiko-risiko merokok sama ada aktif atau pasif telah diketahui dan amat jelas. Setiap wanita perlu tahu akan kesannya kepada mereka dan juga bayi mereka perlu langkah inasiatif bagi berhenti atau sekurang-kurang mengurangkan jumlah batang rokok yang dihisap.
Apakah kesan nikotin kepada kandongan anda?
Asap rokok mengandongi karbon monoksida(CO) dan nikotin. Haemoglobin dalam darah berfungsi untuk membawa oksigen(O2) ke tisu-tisu atau organ-organ dalam badan bayi. Karbon monoksida dalam darah akan mengambil alih tempat molikul-molikul oksigen pada haemoglobin dan menyebabkan sel-sel mengalami kekurangan oksigen. Pertukaran gas O2 dan karbon dioksida(CO2) berlaku di plasenta/uri dan bagi ibu yang merokok,kurang O2 dapat dipindahkan kepada bayi mereka kerana CO tadi. Bayi akandapat kurang O2 akan mengalami hypoxia yang kronik. Nikotin pula menyebabkan saluran-saluran darah menjadi sempit dan ini juga menyebabkan aliran darah kepada bayi berkurangan. Akibatnya ialah bayi mendapat kurang O2 dan nutrienuntuk tumbesaran. Saluran-saluran darah dalam uri juga turut terlibat bila merokok.
Apakah kesan kepada bayi?
Berat badan rendah kerana kurang nutrien
Kelahiran Pramatang
Stillbirth/Kematian bayi
Bayi-bayi yang lahir jika ibu mereka merokok mempunyai beberapa masalah:
- Pengurangan Pertumbuhan Fizikal
- Pengurangan Perkembangan Intelektual
- Kenaikan risiko Sindrom Kematian Mengejut Bayi
- Masalah Perlakuan
- Masalah Paru-paru dan Asma
- Perkembangan Paru-paru yang lemah
Bagi ibu-ibu yang merokok pula mempunyai masalah semasa mengandong seperti
- Kadar keguguran meningkat
- 'Placental Abruption'
- Kelahiran Pramatang
- Infeksi dalam rahim
Thursday, 10 May 2012
Adakah cara lain selain dari D&C untuk mengeluarkan kehamilan yang tidak menjadi?
Sebenarnya ada 3 cara untuk kandongan yang menjadi di keluarkan.
1. Semula jadi
Cara ini sesuai untuk wanita yang mengalami perdarahan kecil. Cara ini berkesan bagi keguguran yang tidak lengkaptidak habis. Risiko yang penting adalah
a. perdarahan yang banyak diwaktu yang kurang sesuai seperti tengah malam,cuti atau dalam keramaian.
b. sakit perut semasa keguguran
c. sepsis/jangkitan kuman
2. Medikal
Cara ini menggunakan analog hormon prostaglandin seperti misoprostol sama ada di telan atau dimasukkan kedalam vagina. kadangkala hormon anti progesteron seperti mifepriston digunakan sebelum prostaglandin. Selepas perdarahan ,sakit perut akan berlaku. Keguguran spontan bolih berlaku dan seperti cara semula jadi,10-20 % tisu kandongan masih tertinggal dan memerlukan D&C.
3. Surgikal
Cara seperti D&C elok bagi mereka yang berdarah banyak atau mahu buat D&C.Kelebihannya ialah cepat,mudah dan dilakukan sebagai Daycare sahaja.
Cara-cara diatas memerlukan perbincangan dengan doktor bukan semua keguguran boleh di D&C atau sebaliknya.
1. Semula jadi
Cara ini sesuai untuk wanita yang mengalami perdarahan kecil. Cara ini berkesan bagi keguguran yang tidak lengkaptidak habis. Risiko yang penting adalah
a. perdarahan yang banyak diwaktu yang kurang sesuai seperti tengah malam,cuti atau dalam keramaian.
b. sakit perut semasa keguguran
c. sepsis/jangkitan kuman
2. Medikal
Cara ini menggunakan analog hormon prostaglandin seperti misoprostol sama ada di telan atau dimasukkan kedalam vagina. kadangkala hormon anti progesteron seperti mifepriston digunakan sebelum prostaglandin. Selepas perdarahan ,sakit perut akan berlaku. Keguguran spontan bolih berlaku dan seperti cara semula jadi,10-20 % tisu kandongan masih tertinggal dan memerlukan D&C.
3. Surgikal
Cara seperti D&C elok bagi mereka yang berdarah banyak atau mahu buat D&C.Kelebihannya ialah cepat,mudah dan dilakukan sebagai Daycare sahaja.
Cara-cara diatas memerlukan perbincangan dengan doktor bukan semua keguguran boleh di D&C atau sebaliknya.
Setelah keguguran, adakah dunia anda musnah?
Salam buat semua,
Tajuk kali ini agak brutal.Adakah dunia akan berakhir kerana
anda mengalami keguguran? Apabila saya menghadapi ibu yang mengalami keguguran
terutamanya jika ianya anak pertama dan lebih teruk lagi sudah berkahwin
bertahun-tahun,saya dapat merasai bagaimana tekanan perasaan yang dihadapi oleh
mereka. Bagi kami untuk memberitahu berita yang tidak baik tersangatlah sukar
tapi apakan daya ibu terpaksa mendengarnya walaupun dalam hati mereka ,mereka
menangis.
Kadangkala kita melihat dunia dalam ruang yang sempit sebab
itu kita dapat menerima hakikat atau kenyataan. Kalau kita lihat secara luas,
keguguran telah menunjukkan kepada kita yang kita berupaya untuk mengandong.
Cuba tengok di luar sana berapa ramai pasangan yang telah berkahwin tetapi masih lagi tidak
berjaya memperolehi cahaya mata. Selalu saya katakan kepada mereka, “Anda berdua adalah
normal” walaupun ultrasound tidak
menunjukkan denyutan jantung janin.
Perkara ini yang saya selalu tekan kepada
mereka jangan hanya melihat pada apa yang terjadi pada kandongan itu tetapi pada mereka berdua mampu membuat zuriat.
Selepas seseorang itu kehilangan bayi, memang semula jadinya
reaksi pertama adalah ‘denial’. Si ibu akan cuba mencari kesalahan pada
beliau,suami,keadaan dan juga persekitaran . Ini dapat membantu mengurangkan
perasaaan bersalah.
Keguguran sebenarnya tiada perkaitan dengan stress di rumah atau tempat
kerja,membawa barang berat,melakukan hubungan seks atau apapun yang difikirkan
punca keguguran ini. Terlalu banyak pantang larang ketika mengandong dan jika tidak di ikutkan sebab itulah keguguran itu berlaku. Semua ini adalah tidak benar.
Kuguguran adalah
terlalu lumrah/common. Adalah dianggarkan 20% dari kehamilan berakhir dengan
keguguran. Maknanya 1 dalam 5 wanita yang hamil akan keguguran! Mungkin kali
ini si ibu termasuk dalam 1 dalam lima itu tetapi mereka mempunyai peluang 80%
untuk mendapat anak normal untuk yang akan datang. Hanya jika keguguran itu
berlaku 3 kali berturut-turut, barulah peratusan untuk hamil normal menurun
sehingga 60%.
Kadangkala si ibu cuba mempersalahkan diri mereka kerana lambat
datang berjumpa doctor untuk ujian ultrasound. Ini pun tidak dapat membantu
dari keguguran berlaku hanya kita dapat tahu bayi telah tiada lebih awal
sahaja.
Soalan yang pertama di tanya saya,”Doc apa puncanya anak
saya meninggal?”
Memang sukar hendak dijawab sebab terlalu banyak sebab dan
tiada satu sebab yang pasti puncanya.Oleh kerana itu kami tidak melakukan
apa-apa penyiasatan untuk mencari punca kenapa kandongan ini gagal. Kebiasaannya
setelah 3 kali gugur berturut barulah kami cuba mencari sebab kalau ada.
Keguguran berturut-turut ini/Recurrent miscarriages adalah amat jarang dan
dianggarkan 1-2 % sahaja dan itupun lebih dari setengah sebabnya tidak
diketahui.
Apakah factor-faktor
risikonya?
1.Umur ibu meningkat
2.Kerap keguguran
Sebab-sebab keguguran:
·
Kecacatan kromosom/genetic: Dianggarkan lebih
dari 50 % kes-kes keguguran. Kebanyakkannya adalak Trisomi seperti Sindrom
Down.
·
Sindrom Fosfolipid: Kehadirin anti bodi
antikardiolipin atau antikoagulan lupus. Contohnya pesakit-pesakit SLE(Systemic
Lupus)
·
Kecacatan kongenital pada rahim seperti terdapat
septum dalam rongga rahim.
·
Fibroid
·
Penyakit Trombofilik dimana mudah terjadi
pembekuan darah pada uri sehinggakan janin gagal mendapat darah
·
Jangkitan kuman
·
Penyakit Endokrin seperti diabetis,tiroid
Disini anda lihat terlalu banyak kemungkinan punca kenapa
terjadinya keguguran. Penyiasatan nya pun mahal . Katakanlah seseorang itu ingin
melihat sama ada kandongan itu mengalami masalah genetic maka ujian genetic
boleh diambil dari tisu-tisu kandongan selepas D&C.
Kesimpulan bukan senang hendak membuktikan punca sebenar
keguguran. Jangan berputus asa atau
yakin tiada masa depan selepas berlaku keguguran kerana peratusan untuk dapat
kandongan yang normal adalah amat tinggi walaupun sudah 3 kali berlaku. Anda
tidak perlu mencari salah diri sendiri atau suami atau keadaan kerana majority mungkin berpunca dari masalah persenyawaan /masalah genetik . Saya
selalu nasihatkan pasangan supaya redha apa yang berlaku kerana semua kuasa
Allah dan berdoa supaya Dia akan membalaskan dengan kehamilan yang lebih
sempurna dan bayi yang comel. InsyaAllah.
Tuesday, 8 May 2012
Obesiti dan Kesihatan Wanita. Apa anda perlu tahu?
Prakata:Salam kepada
semua pembaca blog saya. Saya amat terharu kerana sambutan yang sangat
menggalakkan dari anda semua. Blog ini tidak ada gossip artis terbaru,tidak
juga gossip politik. Ianya sepenuhnya medical. Thanks kepada Sepet88 yang telah
mempromosikan blog ini.
Sudah lebih dari dua abad saya berkecimpung dalam hal-hal
wanita dari kehamilan,bersalin hinggakan masalah-masalah ginekologi seperti
haid dan fertility.Satu persamaan yang wujud tentang masalah haid dan kesuburan
adalah kenaikan berat badan yang mendadak atau obesity.
Hari itu saya google tentang masalah berat badan dengan
kesihatan wanita untuk mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam. Terdapat satu
review klinikal yang bertajuk Obesity and
Women’s Health: An Evidence-Based Review.by Teresa Kulie et all dalam J Am
Board Fam Med 2011.
Mengikut WHO,adalah dianggarkan 1 billion penduduk dunia
adalah overweight dan 300 milion di kategorikan sebagai obes. Ini adalah
keadaan sebenar yang berlaku didunia ini dan keadaan ini membimbangkan.
Bagaimana kita
mengklasifikasikan Obesiti?
Klasifikasi Obesiti adalah berpandukan *Body Mass Index(BMI)/Indek Jisim Badan.
Klasifikasi BMI
Underweight <18.5
Normal weight 18.5-24.9
Overweight 25.0-29.9
Obese >30.0
*Lilitan pinggang juga boleh digunakan untuk mengklasifikasikan
overweight dan obesity. Bagi wanita >35 inci (88cm) mempunyai risiko tinggi
dan lelaki pula > 40 inci (102cm)
Saya hanya akan bincangkan berkaitan dengan wanita sahaja.
Banyak risiko-risiko lain yang timbul kerana obesity . contohnya diabetis,penyakit
koronari jantung,sakit musculoskeletal dan kemurungan/depression.
Obesiti dan infertility(Termasuk
PCOS)
1.Obesiti memberi kesan kepada kesuburan wanita sepanjang
hayat mereka.
2. impak obesity dan PCOS kepad system reproduktif wanita
disebabkan oleh pelbagai mekanisma endocrine.
3.PCOS yang menyebabkan paras insulin ,hormone androgen dan hormone
estrogen meningkat. Menybakan subfertility dan gangguan kepada ovulasi.
4. Obesiti,kebersanan hormone pil perancang mencegah
kehamilan berkurangan.
5.Obesiti menyebabkan kitaran haid tidak regular. Adalah
dianggarkan 30-47 % wanita yang overweight atau obes mengalami masalah haid.
6. Mengurangkan berat badan dapat mengembalikan kesuburan seseorang
wanita.
Obesiti dan Kehamilan
1.Obesiti menyebabkan banyak komplikasi semasa mengandong
dan semasa bersalin.
2. Obesiti dikaitkan dengan darah tinggi,preeclampsia,kencing
manis,caesarean dan kamatian neonatal.
3,Obesiti menyebabkan kenaikkan kecacatan bayi seperti
neural tube defect,spina bifida dan jantong dan klef pada bibir dan lelangit.
Obesiti dan Penyusuan Badan
1.Obesiti menyebabkan ibu kurang inisiatif untuk memulkan
penyusuan badan,lambat pengeluaran susu badan dan penyusuan dalam masa pendek.
Obesiti dan kanser
wanita
1.Banyak bukti-bukti sekarang,obesity adalah adalah factor risiko
untuk kejadian kanser-kanser ginekologi dan payudara.
2.Wanita yang mempunyai BMI yang tinggi akan merendah kadar
survival .
Wanita obes mempunyai keberangkalian tinggi mengalami
komplikasi pembedahan dan radioterapi.
3.Kanser endometrium/rahim mempunyai hubungan rapat dengan obesity.
4. Obesiti mempunyai 2 hingga 3 kali ganda risiko kanser
rahim.
5.Kadar kematian berpunca dari kanser rahim meningkat
mengikut BMI. American Cancer society melapurkan jika BMI>40,risiko relative
kematian dari kanser rahim meningkat 6 kali ganda.
6.Kanser ovary pula tiada bukti-bukti yabg konsisten
perhubungan antara berat badan dan kanser ovary.
7.Dari segi kaser pintu rahim/servikal pula,insiden
meningkat dan juka kadar kematian jika pesakit itu obes.
8. Kanser payudara sememangnya terdapat hubungan yang kukuh
diantara obesity dan kanser payudara selepas menopos.
9. Obesiti juga menyebabkan peningkatan morbidity seperti
kanser berulang,peningkatan risiko sebelah yang lain dijangkiti,luka pembedahan
bermasalah selepas pembedahan.
10.Obesiti juga mempromosi pertumbuhan sel-sel kanser yang
merebak.
Apakah kesimpulan
dari kertaskajian ini?
Obesiti adalah
masalah besar ketika ini kerana makin ramai yang mengalami masalah obes dan
overweight. Banyak masalah-masalah kesihatan yang dikaitkan dengan masalah obesity.
Oleh amat penting bagi kita mengawal berat badan dari awal bagi mengelakkan
outcomes yang negative.
Amalkan permakanan
yang sihat dan tambahkan aktiviti senaman dalam kehidupan kita. Semuga anda
memperolehi manafaat.
Sunday, 6 May 2012
"Doc.bila saya nak bersalin dan bila patut pergi ke hospital"
Assalamualaikun dan Salam Sejahtera
Terima kasih atas sokongan anda semua dan saya dapat
merasakan blog ini sedikit sebanyak
dapat membantu ibu-ibu sekelian.Perbezaaan masa dari segi kaunseling dan
soal-jawab diantara pesakit dan pakar sangat jauh berbeza diantara kerajaan dan
swasta. Kami mempunyai lebih sikit masa untuk mendengar dan menjawab semua
pertanyaan. Tetapi di swasta pun ada doctor pakar yang mempunyai ramai pesakit
sehinggakan mereka berasa seperti di klinik kerajaan. Itu terpulang kepada
ibu-ibu sekelian untuk membuat keputusan.OK, apa yang saya hendak bincangkan
disini adalah satu soalan “cepu mas” yang sering ditanya oleh si ibu atau si bapa.
Soalannya begini: “ Doc,bila isteri saya/ saya nak
bersalin?”
Doc: “ Eh… saya pun tak tau. Allah saja yang tau bila baby
nak keluar. Tapi selalu ada petanda-petanda awal yang boleh digunakan ”.
Bila kita patut
bersedia?
1.
Apabila kandongan telah mencapai 38 minggu: Mengikut perkiraan statistic, 80 hingga 90 %
wanita akan bersalin dalam jangka masa ini iaitu 2 minggu sebelum tarikh
bersalin/due date. Kalau tarikh due date kita menggunakan tarikh ultra sound
ianya mungkin lari sedikit mengikut bila ultrasound itu dilakukan.
Contohnya: a) jika ultrasound dilakukan
dibawah trimester pertama( bawah 12 minggu), ketepatan jangka bersalin adalah
hampir tepat dengan perngiraan mengikut haid. Larinya pun dalam beberapa hari.
Kalau haid tidak menentu,kita tak ingat atau masih susu badan semasa mengandong
eloklah lakukan ultrasound diperingkat awal kandongan.
b) jika ultrasound dilakukan diantara
trimester 1 hingga 2 ,ketepatannya lari dalam seminggu atau dua minggu.
c) jika ultrasound dilakukan lebih dari
trimester ke 3, tarikh tidak boleh dipakai kecuali benar-benar tidak ada tarikh
lain dan si ibu datang terlalu lewat untuk booking.
2. Kontraksi bila
menghampiri waktu bersalin
a) akan menjadi lebih kerap(frekuensi).Misalan
dari sekali dalam sehari ke beberapa kali dalam sehari
b) lebih lama(duration) dari
beberapa saat hingga ke minit
c) bertahan lebih lama setiap
episod kontraksi. Misalan dari beberapa minit hinggakan sampai sejam dua
sebelum berhenti.
d)Kesakitan dengan kontraksi
semakin ketara(strength)
3. Banyak berlaku discaj jernih putih seminggu dua sebelum
bersalin
4. Tekanan/pressure pada pundi kencing,belakang dan
kelangkang. Mereka mengalami kerap kencing,sakit belakang dan sukar berjalan
kerana sakit dibawah.Perasaan semacam ada yang nak keluar.
Satu lagi soalan: “Doc , bila masa saya perlu bawak
isteri/saya kehospital? Kami duduk jauh”
Bila masa perlu ke
hospital?
Disini ada beberapa factor lain yang perlu diambil kira:
1.
Anak keberapa?
a)
Anak pertama- Anak pertama ini kami relaks dan
cool aje sebabnya mereka ini lambat. Kadar pembukaan pintu rahim adalah 1
cm/jam kalau dibandingkan dengan anak kedua keatas pada kadar 2 hingga 3
cm/jam. Jadi kalau si ibu masuk ke hospital pada pintu rahim bukaan 3 cm, maka
logiknya saya masih sempat lagi pergi Ipoh untuk makan tengah hari dan balik
semula ke KL!
b)
Anak kedua dan keatas- Yang ini tidak boleh
main-main kerana kadar pembukaan pintu rahim dua kali lebih laju secara amnya.
Jadi anak kedua dan keatas perlu datang ke hospital lebih awal dari anak
pertama.
2.
Berapa kuat,kerap,lama kontraksi-kontraksi
berlaku?
Proses bersalin adalah satu proses yang
dinamik dan progressif. Apa maksudnya? Bilamana kontraksi berlaku,
kontraksi-kontraksi ini akan berubah karektor dari jarang menjadi kerap, dari
kecil kekuatannya menjadi besar, dari sekejap menjadi lama dan dari tidak sakit
menjadi sakit. Kalau ciri-ciri ini tiada pada kontraksi anda maka ianya bukan
“labour’ lagi. Dari segi obstetric pula kami tambah lagi iaitu
kontraksi-kontraksi ini mestilah yang dapat dapat membuka dan menipiskan pintu
rahim setiap jam.
a)
Anak pertama- Bilamana kontraksi-kontraksi
berlaku satu dalam setiap 20 minit. Perlu
di ingatkan ini bukannya yang mutlak yang ibu kena datang bila kontraksi
berlaku hingga tahap ini. Kalau ibu berasa tidak selesa kerana sakit,air
ketuban telah pecah atau pun turun darah ataupun rumah jauh dari hospital dan
trafik jam semua ini perlu diambil kira.
b)
Anak kedua dan keatas- Kalau disuruh datang
bilamana kontraksi berlaku satu dalam 2o minit, ini mungkin tidak sempat
terutama kalau mereka telah ramai anak dan bersalin yang dahulu terlalu laju
dan mudah. Saya selalu cadangkan bilamana si ibu mula merasa kontraksi sudah
mula regular,tidak berhenti-henti dan mula sakit. Mereka tidak perlu menunggu
sehingga kontraksi menjadi kuat takut ter bersalin dalam kereta! Maknanya mereka
perlu cepat datang kalau dibandingkan anak pertama mereka. Ada kes-kes yang
bersalin satu atau dua jam selepas air ketuban di pecahkan di hospital.
3.
Ada turun darah atau tidak?
Turun darah bukan bermakna bersalin sudah
terlalu hampir. Ianya menandakan yang pintu rahim telah mula terbuka. Ramai ibu-ibu
yang bersalin tidak mengalami turun darah, Maknanya turun darah bukannya
petanda utama. Bagi saya kekerapan dan kekuatan kontraksi dan kontraksi yang
tidak berhenti-henti adalah penting daripada turun darah. Kebiasaannya darah turun/show berlaku
bila kontraksi telah ada tetapi ada juga
show sebelum kontraksi. Kalau show turun sebelum kontraksi,,ibu boleh tunggu
sehingga kontraksi terjadi dan baru datang kehospital. Lagi sekali ini hanya
pedoman sahaja dan saya pandukan dari segi pengalaman. Kalau ibu takut atau
kuatir datang sahaja ke hospital. Ramai juga yang datang kerana darah turun
tetapi pintu rahim masih tertutup atau diperingkat awal bersalin.
4.
Adakah air ketuban telah pecah?
Diantara ketiga-tiga petanda bersalin iaitu
kontraksi,turun darah/show dan air ketuban pecah,petanda yang ketiga ini lah
yang teramat penting!
Kenapa ye?
Kita tahu vagina mempunyai environment yang penuh dengan pelbagai
kuman-kuman.Oleh kerana vagina bukannya steril maka potensi untuk kuman-kuman
ini menyerang bayi didalam rahim adalah tinggi. Komplikasi bila kuman
telahmasuk ke bayi,bayi boleh mengalami sepsis,pneumonia,meconium dam
macam-macam lagi. Oleh sebab itu amat pentingbagi ibu segera datang kehospital samaada ada atau
tidak kontraksi terjadi.
Ini adalah satu-satunya petanda bersalin
yang seakan-akan emergency.
OK, secara kesimpulannya seseorang itu akan
bersalin selepas 38 minggu mengikut pengiraan tarikh dari mula haid, kontraksi
akan semakin kerap dan kuat lagi dekat nak bersalin dan bila tiba waktu
bersalin kontraksi-kontraksi ini akan lebih kerap,lama ,kuat dan tidak akan
berhenti berserta dengan darah dan akhir sekali air ketuban pecah. Bagi anak
pertama kita tidak perlu panic kerana
anak pertama kita ada banyak masa tetapi kandongan yang kedua dan keatas mereka
perlu datang awal sedikit dari anak pertama.
Thursday, 3 May 2012
Adoi mak sakitnya.(Untuk bakal-bakal ibu yang akan melalui nya)...
Salam semua,
Sudah 27 tahun saya sebagai doctor dan 15 tahun sebagai
doctor pakar.Entah berapa jumlahnya bayi lahir ditangan saya. Kalau dikira
lamanya saya menyambut bayi,mungkin bayi pertama saya sudah berusia 27 atau 28
tahun. Tak silap saya bayi pertama semasa saya Tahun 3 di Hospital Universiti .
Ianya bayi perempuan berbangsa Cina. Saya rasa mungkin dah berkahwin dan
mempunyai beberapa anak.
Sepanjang saya
bekerja,saya dapati tahap dayatahan sakit wanita amat berbeza-beza. Saya rasa
ada dengan kaitan budaya dan cara mereka diajar semasa kecil sehinggalah
dewasa. Kalaulah sakit bersalin itu boleh diukur saya rasa tidak ada skala ynag
boleh di ukur betapa sakitnya bersalin ini.
Contohnya kalau seseorang itu mengalami sakit gigi
sahaja,bayangkan betapa merananya ,tidak boleh tidur dan betapa emosionalnya
bila sakit.Sakit bersalin bukannya sekejap bahkan akan berakhir hanyabila bayi
telah dilahirkan. Bayangkan sakit yang tidak berhenti-henti selama 10 hongga 12
jam dan semakin hampir bayi hendak dilahir semakin sakit. Ibaratnya saya selalu
katakan macam tulang punggung yang dipatahkan. Ini adalah hakikat yang semua
orang tahu. Kadangkala seseorang ibu itu ‘underestimate’ sakit bersalin
sehinggalah waktu bersalin sampai.
Saya ingin memberi pandangan saya dari segi pengalaman saya yang telah menyambut ribuan bayi
bagaimana menghadapi masalah ini.
Terdapat 2 methoda yang dapat membantu ibu-ibu semasa
besalin.
1.
Tanpa penggunaan dadah/ubat
Cara ini pada peringkat bersalin,ianya
berkesan tetapi tidak bila proses bersalin telah betul-betul aktif. Contohnya
kuanseling bagi mengurangkan ketakutan. Kehaditan suami atau ibu bersebelahan
dapat mambantu sedikit banyak perasaan takut.
Selain dari itu teknik pernafasan,urutan
dibelakang dan bahagian dalam peha,akupuntur,hypnosis dan lain-lain lagi
kadangkala digunakan. Seperti yang saya katakana tadi semua ini hanyaelok untuk
peringkat awal bersalin.
2.
Menggunakan dadah / ubat
Terdapat 3 cara yang popular dikalangan
ibu-ibu yang memerlukan semasa bersalin iaitu epidural,pethidine dan gas
nitrous oxide.
·
Pethidine: Pethidine adalah dadah narkotik dan
merupakan ubat terkawal seperti morfin dan heroin. Ianya mengambil masa 15
hingga 20 minit sebelum ibu dapat merasakan kelegaan daripada sakit.Oleh kerana
tindakannyaadalah pada otak jadi pengambilannya dikaitan dengan si ibu ‘lalok’
kerana kesan narkotik ini. Mereka seolah-olah ‘terawang-awang’ tetapi mereka
masih tetap berasa kesakitan bila berlakunya kontraksi. Di sebabkan terlalu
‘lalok” mereka berasa kurang sakit. Dosnya selalunya dalam 50 hingga 100 gm dan
amat jarag sekali kami ulang kerana pethidine boleh menyebabkan masalah
pernafasan pada ibu. Tambahan lagi pethidine juga boleh menyeberangi
plasenta/uri dan mengakibatkan bayi juga mengalami sukar bernafas jika diberi lewat
semasa bersalin.Bayi ynag terkena pethidine diam dan kurang menangis dan jarang
sekali menjadi biru kerana kesan dari sukar bernafas. Kami mempunyai antidote
untukmasalah ini.
·
Gas Nitrous oxide/NO2: Campuran Gas nitrous
oxide 50% dan oksigen 50%(ENTONOX) digunakan bagi mengurangkan kesakitan semasa
bersalin.Hampir semua hospital dan pusat bersalin mempunyai pethidine dan gas
nitrous. NO2 mempunyai kelebihan yang ibu mengawal sendiri jumlah gas hendak
diambil. Tindak balas lebih cepat dari pethidine iaitu dalam beberapa 15 hingga
20 saat sahaja tetapi ianya juga akan hilang sera merta selepas diberhentikan
kerana ianya adalah berbentuk gas. Bagi mendapatkan faedah yang maksimum NO2
perlu diambil sebaik sahaja kontraksi bermula dengan menggunakan ‘mask’ muka
atau ‘mouthpiece’. Semasa ada kontraksi si ibu terus menerus menyedut NO2 ini
sehinggalah sakit berkurangan. Sementara menunggu kontraksi lagi sekali tidak
perlu menggunaan gas ini. Masalah dengan NO2 adalah ia boleh menyebabkan
pening,kepala pusing dan loya. NO2 juga mempunyai bau yang tidak menyenangkan.
·
Epidural: Epidural adalah satu-satu sumbangan
terbesar didalam dunia obsterik dimana inilah satu-satunya kaedah yang paling
efektif tetapi sayang tidak banyak hospital atau pusat bersalin yang mempunyai
servis begini.
Apakah kelebihan Epidural?
·
Amat berkesan mengurangkan sakit bersalin
·
Mengurangkan secreation cathecolamines yang
memberi kebaikan pada bayi semasa bersalin
·
Sekira di perlukan membuat forcep atau vakum,uri
tersangkut dan diperlukan di buang secara manual,koyakan pada vagina ekstensif
maka epidural boleh di top-up sebelum prosedur ini dilakukan. Satu kelebihan epidural
adalah paras kesakitan pesakit boleh di ubah-ubah dengan kawalan kepada jumlah
ubat yang dimasukkan.
·
Analgesia selepas pembedahan yang efektif
seperti caesarean
·
Boleh digunakan untuk mengawal tekanan darah
tinggi dalam kes darah tinggi
Apakah kelemahan dan komplikasi
epidural?
·
Gagal memasang epidural
·
Epidural blok sakit tidak sekata dan lengkap.
Maknanya ibu masih lagi berasa sakit pada tempat-tempat yang tertentu pada
bahagian perut.
·
Tekanan darah merudum rendah/Hipotensi
·
Mengekang pergerakan ibu kerana alatan
·
Sakit pada bahagian disuntik tetapi tiada
perkaitan dengan epidural dan sakit belakang dalam jangka masapanjang.
·
Kesukaran bernafas
·
Kecederaan pada system saraf tunjang.
·
Dural puncture/kebocoran dural
Nota: Kebarangkalian komplikasi
berlaku adalah tipis sekali . Kebaikan epidural mengatasi keburukannya maka
ianya banyak digunakan dalam pembedahan caesarean,bersalin
dan kes-kes otopedik. Untuk pembedahan caesarean, kombinasi spinal dan epidural
digunakan selalu tetapi bagi ibu yang telah mempunyai epidural, caesarean dilakukan
dengan epidural sahaja. Bius Am tidak lagi digunakan untuk caesarean kecuali
kes-kes yang epidural tidak dapat diberi atau gagal kerana bius am mempunyai banyak
komplikasi terutama kalau terjadinya aspiration syndrome. Makanan termasuk
kedalam paru-paru yang membawa musibah yang lebih buruk.
Disini anda ibu-ibu boleh lihat akan kebaikan epidural.
Epidural boleh membantu ibu-ibu dari A hingga Z semasa proses bersalin
termasuklah pembedahan caesarean.
Bilakah epidural boleh diberikan?
1.
Bila proses bersalin telah maju iaitu bila pintu
rahim terbuka 3 cm keatas. Pada peringkat awal (pintu rahim terbuka kurang dari
3 cm) kadangkala kontraksi boleh terhenti dengan sendiri.
2.
Bila sakit semakin kuat. Sakit bersalin yang
terkuat adalah pada 8 hingga 10 cm. Kadangkala kalau minta epidural pada waktu-waktu
terakhir mungkin sukar dan tidak berbaloi. Oleh itu saya sarankan minta seawall
yang mungkin.
Selalunya saya sarankan epidural pada ibu yang mengandong
anak pertama supaya mereka tidak traumatised dengan proses bersalin. Anak ke 2
dan seterusnya,proses bersalin akan menjadi mudah dan cepat DAN mungkin tidak
perlu epidural. Tetapi saya perhatikan sesiapa yang telah pernah ambil epidural
,mereka akan minta lebih awal da nada yang minta sebelum saya pecahkan air
ketuban!
Saya harap artikel ini dapat mebantu bakal-bakal ibu untuk
menjalani proses bersalin dengan cukup keselesaan dan meninggalkan memori yang
tidak baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)


