Followers

Monday, 19 March 2012

Alahan semasa Hamil


Kerapkali  pesakit saya mengalami alahan atau morning sickness yang teruk sehinggakan mereka takut untuk hamil lagi. Alahan adalah perkara biasa dan hampir semua wanita akan mengalaminya dalam keseriusan yang berbeza-beza. Alahan ini selalunya berlaku pada  usia kandongan 6 minggu keatas dan biasanya berakhir pada usia kandongan 16 minggu.
Punca alahan semasa hamil, kami percaya ada kaitannya dengan peningkatan sselepas persenyawaan dan ianya penting untuk menampung janin semasa peringkat awal  pertumbuhan mereka. Paras B-hCG ini akan memuncak pada 16 minggu kehamilan dan akan menurun selepas itu.
Istilah morning sickness adalah tidak tepat kerana hanya 5 peratus sahaja wanita yang hamil mengalami alahan diwaktu pagi tetapi pada hakikatnya ianya boleh berlaku pada bila-bila masa.
Description: http://www.alphacenter-sc.org/fetal_graphics/08week.jpg
Kesan alahan pada ibu
Alahan yang sederhana tidak banyak memberi kesan negatif pada ibu. Hanya yang serius sahaja mempunyai kesan kesan terhadap mereka dan TIDAK  kepada bayi didalam rahim.Alahan yang serius di panggil Hyperemesis Gravidarum dan ini hanya berlaku  kurang dari 2 peratus dari semua wanita yang hamil.
Impak yang pertama adalah pada fizikal dan emosi. Ibu-ibu yang mengalami alahan yang berpanjangan selama 3 hingga 4 bulan hamil akan mengalami gangguan self well being dan aktiviti-aktiviti harian mereka. Keletihan,kurang bermaya,lesu,tidak bertenaga dan pedih di ulu hati adalah perkara-perkara yang selalu berlaku. Ini semua akan menyebabkan keresahan dan kebimbangan terhadap bayi dan kerja di pejabat mereka.
Impak yang kedua adalah kecelaruan metabolisma dan elektrolit dalam badan. Kesan alahan yang teruk menyebabkan ibu mengalami dihidrasi,gangguan elektrolit,ketosis dan juga penurunan berat badan.Akibat dari muntah yang tiada penghujungnya dan tidak makan dan minum, menyebabkan badan akan menggunakan sumber-sumber lain seperti glikogen dalam hati,protin dari otot-otot dan lemak dari bawah kulit dan usus sebagai alternatif sumber tenaga.
Cara mengatasi alahan
Modifikasi carahidup adalah pendekatan yang boleh diambil terlebih dahulu sebelum cara perubatan digunakan.
Diet- Nasihat saya tentang ini ialah “ makan apa yang kita mahu,dalam amaun yang sedikit tetapi kerap”.Kebiasaannya naluri kita akan beritahu kita apakah  makanan atau minuman yang kita boleh ambil semasa hamil. Wanita yang  hamil selalu akan berasa loya dan mungkin muntah dengan makanan berminyak dan berbau kuat. Sudah tentu sekali ini perlu dielakkan. Mungkin ianya boleh diganti dengan makanan yang di rebus bukannya yang di goreng. Makan sepinggan nasi berkemungkinan besar menyebabkan si ibu muntah kalau dibandingkan makan sesuap nasi. Oleh kerana itu makan sedikit-sedikit tetapi kerap. Cara ini membolehkan ibu boleh mendapat sumber karbohidrat,protin dan lemak semasa hamil.
Dari segi minuman pula, minuman berperisa masam seperti lemonade,Ribena boleh diminum jika dibandingkan dengan air kosong. Kalau teringin air bersoda pastikan gas CO2 dilepaskan dahulu kerana ia boleh menyebabkan pedih ulu hati. Waspada dengan kandongan gula dalam minuman ini dan bagi saya tidaklah memudaratkan kalau diambil untuk masa yang pendek.
Bau-bauan - Mereka amat peka pada bau-bauan seperti parfum ,makanan dan juga bau badan suami. Ini mereka perlu berbincangkan dengan suami  cara mengatasinya tanpa suami ambil hati. Masalahnya tentang bauan ini apabila si ibu duduk di apartmen,kondo dan rumah pangsa kerana terlaku sukar menghidari bau masakan jiran-jiran tetangga!
Halia,jeruk masam boleh membantu mengurangkan rasa mual dan loya ini.Bagi saya apa cara bagi mengurangkan masalah alahan ianya OK.
Saya rasa pada waktu ini si ibu perlu mendapat sokongan dari suami dan juga kawan sepejabat dan jiran unutk membantu mereka.
Bilakah anda perlu mendapatkan pertolongan dari doctor?
Perkara ini adalah subjektif kerana terlalu banyak factor-faktor lain yang perlu dikira. Bagi saya jika seseorang itu sudah merasakan mereka tidak mampu kerana alahan yang berpanjangan,keletihan dan tidak boleh makan maka mereka mesti mendapatkan pertolongan dari doctor. Dihidrasi boleh menyebabkan kita tidak dapat memberi tumpuan pada kerja dan kita terasa amat lemah.
Dalam kes-kes yang sederhana, mengambil pil-pil anti-emetik/tahan muntah  sudah memadai tetapi kes-kes yang teruk memerlukan infusi air garam kedalam badan bagi memulihkan air badan yang kering dan memulihkan ketidakimbangan elektrolit dalam darah. Suntikan anti-emetik diperlukan bagi memberhentikan alahan bagi 24 jam yang pertama. Saya juga memberikan suntikan gastrik bagi mengurangkan paras asid dalam perut yang menyebabkan pedih ulu hati.Ini semua boleh dilakukan dalam masa 24 jam dan bila pulang saya akan membekalkan anti-emetik dan anti-gastrik dalam bentuk tablet.  Saya cadangkan ambil ubat anti-emetik untuk beberapa minggu sebelum boleh diberhentikan.
Apakah ubat anti-emetik yang digunakan dan apakah pula kesan sampingannya?
Terlalu banyak ubat anti-emetik berada dipasaran. Saya nasihatkan berjumpa dengan doctor dahulu sebelum mengambilnya kerana ada ubat yang tidak  bolehdiambil kerana kesan pada janin.
1.Kombinasi Pyridoxine dan Doxylamine- Ini dikira sebagai  rawatan 1st –line. Pyridoxine tidak diketahui mempunyai kesan teratogenik/kecacatan pada janin.
2.Antihistamin seperti Meclizine,Promethazine. Anti-histamin boleh menyebabkan drowsiness,dizziness,incoordination,mulut kering,mata kabur,constipation,palpitation.
3.Phenothiazines seperti Chorpromazine. Ianya boleh menyebabkan mulut kering,mata kabur,constipation,tekanan darah rendah.
4.Agen Prokinetik seperti Metoclopramide.Ianya boleh menyebabkan drowsiness,dizziness,sakitkepala,restlessness dan depression. Dan juga cirirt birit.
5. Serotonin Antagonis seperti Ondansetron bagi kes-kes yang teruk.

Kesimpulannya,alahan adalah perkara yang normal pada wanita yang hamil dan perbezaan diantara seseorang adalah keseriusannya ada ibu-ibu tersebut. Jika ibu mendapati mereka tidak dapat mengawal alahan ini dan mampu makan dan minum,segeralah mendapatkan pertolongan dari doctor. Rehidrasi dan antiemetic adalah rawatan yang penting bagi kes-kes yang serius.

33 comments:

  1. salam doc..inilah yang sedang sy alami pada minggu ke 7..Ya Allah..cepatlah berlalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy memngandung anak ke dua. alahan hny Allah yg tahu. bila muntah Allah pedihnya dlm perut. tpksa ambik ubt tahan muntah tp takut jgk effect akan kandungan. apa pun sya beserah pd Allah taala. klau mengandung pkir alahan mmg truk tp bila dh bersalin sekelip mata sakit bersalin tu hilang. Allah hu rabbi. smg sy trus kuat.

      Delete
  2. Saya pun mengalami masalah alahn yang teruk di awal kehamilan , tapi apabile da masuk 4 bln , alhamdullilah , da reda sikit ...

    ReplyDelete
  3. kandungan sy baru berusia 11minggu..alahan xdelah sgt tp sy sgt xselera nk mkn..lagi2 kalau slpas sy mkn sy muntah lepas tue mmg saya dh xde selera langsung, mungkin serik..lapar jgn cakaplah sgt lapar tp saya takut n xselera nak makan..sy lagi rela tdo dr mkn..skrg nie saya sibuk mencari tips yang terbaik agar saya boleh mkn dh kembali normal..doakan moga sgalanya ckp berlalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini yg sy hadapi skrg..lagi rela tido dari makanšŸ˜¢šŸ˜¢

      Delete
  4. alhamdulillah, kandungan saya berusia 7 minggu. saya juga mengalami alahan yang agak teruk. sentiasa merasakan kepala pusing sepanjang hari dan hilang selera makan. bangun pagi dan sebelum tidur malam, saya akan muntah. tetapi bukan muntah makanan, hanya air putih tetapi rasa sangat pahit.

    ReplyDelete
  5. anak pertama dan kedua saya mengalami alahan teruk dimana dr awal kehamilan sehinggalah masuk waktu bersalin. saya menjadi takut untuk hamil lagi. tetapi setelah 6 tahun berlalu saya disahkan hamil lg. berat badan dr 41 kg menjunam jatuh sehingga 33 kg pada minggu ke 9 . emosi juga terganggu dimn saya selalu terpikir untuk membuang anak dalam kandungan. tapi saya sangat sayangkan kandungan ini. alahan yg saya takuti sedang melanda lg. air mata kalau ditadah mau segayung...

    ReplyDelete
  6. saya dl morning sickness pagi petang malam smpi pregnant 5bulan.

    http://www.ainulmustafa.com/2013/05/testimonial-shaklee-yang-membantu.html

    ReplyDelete
  7. DR SAYA MENGALAMAI ALAHAN MORNIG SICKNESS TP TIDAKLAH SETERUK MANA, SY MENGALAMI KEKERINGAN KULIT DI CELAH-CELAH HIDUNG DAH DI ATAS DAGU..SELAIN ITU BENGKAK DIBAHAGIAN BIBIR MULUT BAHAGIAN ATAS. TP BENGKAK INI TIDAK MENYAKITKAN..ADAKAH INI DIKIRA SEBAGAI ALAHAN?

    ReplyDelete
  8. saya pun ada alahan muntuh2 mcm mna nak buat ya

    ReplyDelete
  9. Ank pertama dan kedua sy ok je..tkde mabuk2 pun..ni pregnant ank ke 3 asyik mengantuk dan letih sepanjang hari...
    Buat pengetahuan doktor, ank kedua saya baru berusia 6 bln tp skrg mengandung lg....sy redha mungkin ini rezeki dr Allah...tp sy risau jgk la sbb kedua2 baby sy sblm ni sy bersalin cara LCCS....bahaya tak doktor?

    ReplyDelete
  10. saya alami alahan waktu pagi semasa hendak bekerja, smpaikan tumpuan pd kerja trganggu.. perlukah saya berhenti kerja?

    ReplyDelete
  11. isteri saya hamil 3 bln lebih.tetapi sampai sekarang dia masih muntah-muntah.
    dia suka makan benda pedas dan ulam cicah sambal belacan.adakah ia membahaya untuk kandungan.?

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah..saya tidak mengalami sebarang alahan semasa hamil..seronok membaca perkongsian dari anda semua..

    http://sayangvitamin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. salam,

    Saya baru hamil 2 bulan. saya mengalami alahan yg boleh di katakan teruk. Saya kerap muntah dan tak nak makan sebab apa sahaja yg saya makan @ minum confirm saya akan muntah semula even mineral water @ biskut. doctor ada bagi saya ubat tahan muntah tp hasilnya saya still muntah bezanya ambil ubat saya muntah dalam 7 kali sehari, tak ambil ubat saya boleh dikatakan muntah sepanjang hari. Apa yg patut saya buat?

    ReplyDelete
  14. Salam..saya bru je tau saya pregnent 5 mggu nk msuk 6 mggu dh. .lepas je tau trus muntah2..perut saya sntiasa lapar sgt2, tp saya xde slera nk mkn,, kalw mkn pn xhabis n xpernah kenyang n kua balik..tp perut mag sntiasa lapar. .adakah ini normal?? Plis bantu saya..ni first pregnant

    ReplyDelete
  15. Salam..saya bru je tau saya pregnent 5 mggu nk msuk 6 mggu dh. .lepas je tau trus muntah2..perut saya sntiasa lapar sgt2, tp saya xde slera nk mkn,, kalw mkn pn xhabis n xpernah kenyang n kua balik..tp perut mag sntiasa lapar. .adakah ini normal?? Plis bantu saya..ni first pregnant

    ReplyDelete

  16. Artikel yang menarik mengenai morning sickness. Morning sickness ini berlaku kerana terdapat kenaikan hormon estrogen dan beta-HCG di dalam darah wanita hamil dalam tempoh 6 minggu hingga 3 bulan pertama penghamilan.

    ReplyDelete
  17. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips Hilangkan Morning Sickness Semasa Hamil

    ReplyDelete
  18. Terima kasih atas perkongsian.saya mengandung kali ke 3 baru mengalami alahan.. allah je tahu.xde selera dan gestrix. Muntah saya masih dapat tahan.tapi loya nya...

    Untuk atasu supaya tak penat dan gestrik xteruk. Saya amalkan set kehamilan shaklee.

    Walaupun saya tak makan.Alhamdullilah dapat bekat nutrisi pada badan.paling suka esp sebab bantu angin dan gestrix saya..

    ReplyDelete
  19. Terima kasih atas perkongsian.saya mengandung kali ke 3 baru mengalami alahan.. allah je tahu.xde selera dan gestrix. Muntah saya masih dapat tahan.tapi loya nya...

    Untuk atasu supaya tak penat dan gestrik xteruk. Saya amalkan set kehamilan shaklee.

    Walaupun saya tak makan.Alhamdullilah dapat bekat nutrisi pada badan.paling suka esp sebab bantu angin dan gestrix saya..

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah..semasa mengandung anak pertama..saya tidak mengalami alahan... dan hamil yang kedua kembar pon tidak mengalami alahan...

    Mungkin permakanan...mood dan tubuh saya menerima penerimaan baby dalam badan syg..buat tidak ada unsur negatif...

    Perjalanan 9bulan dan selamat melahirkan mudah dan xserik bersalin...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah..semasa mengandung anak pertama..saya tidak mengalami alahan... dan hamil yang kedua kembar pon tidak mengalami alahan...

    Mungkin permakanan...mood dan tubuh saya menerima penerimaan baby dalam badan saya.buat tidak ada unsur negatif...

    Perjalanan 9bulan dan selamat melahirkan mudah dan xserik bersalin...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. Salam.. saya pregnant 2 bulan,alahan saya sangat lah teruk hingga berat badan saya turun.. dari berisi sekarang da macam lidi.. sepanjang hari loya dan muntah,lagi teruk alahan sebab saya ada gastrik.. sehari saya hanya dapat makan 2 sudu nasi.. berlaukkan air dan garam.. makanan lain tak boleh hidu.. nampak ja lauk kat meja terus muntah2.. sampaikan muntah darah sebab kerongkong dah luka.. emosi saya sangat terganggu hingga saya saya sering menangis.. ini adalah kehamilan saya yang kedua..kehamilan yang pertama muntah2 juga tapi tidak la seteruk ini,saya masih boleh makan.. adakah dengan pengambilan supplement seperti shaklee boleh membantu?

    ReplyDelete
  24. Salam.. saya pregnant 2 bulan,alahan saya sangat lah teruk hingga berat badan saya turun.. dari berisi sekarang da macam lidi.. sepanjang hari loya dan muntah,lagi teruk alahan sebab saya ada gastrik.. sehari saya hanya dapat makan 2 sudu nasi.. berlaukkan air dan garam.. makanan lain tak boleh hidu.. nampak ja lauk kat meja terus muntah2.. sampaikan muntah darah sebab kerongkong dah luka.. emosi saya sangat terganggu hingga saya saya sering menangis.. ini adalah kehamilan saya yang kedua..kehamilan yang pertama muntah2 juga tapi tidak la seteruk ini,saya masih boleh makan.. adakah dengan pengambilan supplement seperti shaklee boleh membantu?

    ReplyDelete
  25. Salam...saya skg mengandung 10weeks tp alahan da sangat kurang cume nasi n lauk2 mmg xleh mkn lg..masa 7weeks hingga 9weeks++ mmg alahan teruk smp air masak pon xleh nk telan...adakah biasa utk seorg ibu mengandung??

    ReplyDelete
  26. Ya, bagi ibu mengandung jangan sampai tunggu badan rasa lemah dehisrasi. Cepat2 bertindak jumpa Dr.

    ReplyDelete
  27. Sedang mengalaminya ni.. Usia kandungan dah masuk 17 minggu, badan lemah n berat turun. Sedang menguatkan diri hadapinya. YaAllah bantulah kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah ,puan di jangka bersalin hujung bulan 7. samalah dengan saya.saya pon masih alahan dan masih drip di hospital di sebabkan alahan yang teruk. bezanya, kawan2x yg lain beruntung suami ada berdekatan, saya terpaksa pjj memandangkan seorang di seberang laut.In shaa Allah , kita akan sihat.aamin

      Delete