Followers

Sunday, 25 March 2012

Segalanya masalah Haid








Bagaimana untuk mengetahui pendarahan semasa haid adalah banyak daripada sepatutnya?

Masalah untuk mengukur berapakah  jumlah darah haid yang turun adalah amat subjektif. Kebiasaannya jumlah darah yang turun adalah 30 cc dalam masa seminggu. Definasi menoragia/perdarahan terlau banyak adalah bilamana darah haid melebihi dari 80cc dalam seminggu. Sebarang perdarahan melebihi dari itu akan menyebabkan anemia.Adalah tidak praktikal bagi kita mengukur jumlah haid yang turun setiap bulan. Oleh kerana itu beberapa petunjuk seperti jumlah tuala wanita yang digunakan dalam masa sehari atau seminggu,adakah ianya didatangi dengan ketulan-ketulan darah dan saiznya ,berapa kerap wanita itu menukar tuala dalam sejam dan juga adakah mereka mengalami susah bernafas dan cepat mengah sebagai petunjuk kepada keseriusan darah yang turun.Kesemua ini adalah  amat sukar untuk di kuantitikan. Sekiranya ujian darah menunjukkan wanita itu mengalami anemia/kurang haemoglobin maka diagnosa menoragia mungkin betul. Terdapat beberapa carta yang kami gunakan bagi pesakit menganggarkan jumlah darah yang turun dengan berpantukan pada gambar yang diberi. Segelintir wanita yang terlalu obses tentang haid mereka beranggapan mereka mengalami menoragia kerana kerap sangat menukar tuala.

2. Adakah masalah darah haid banyak berlaku hanya pada wanita sudah berusia dan berkahwin saja? Bagaimana dengan remaja dan yang belum berkahwin?
Terdapat dua peringkat umur yang selalu mempunyai masalah menoragia. Kedua-dua peringkat ini adalah pada peringkat remaja bawah 20 tahun dan pada umur melebihi 40an. Di peringkat umur yang ekstrem ini,mereka selalu mempunyai masalah haid yang tidak menentu seperti haid panjang,banyak dan tidak menentu sehingga boleh menganggu kehidupan mereka. Umur diperingkat pertengahan mereka selalu mempunyai kitaran haid yang normal.

3. Apakah punca berlakunya pendarahan haid yang banyak?

Kitaran haid memerlukan interaksi hormon dari kelenjar pituitari,ovari dan rahim. Kitaran haid adalah normal sekiranya tiada masalah pada ketiga-tiganya. Amat jarang sekali kelenjar pituitari memberi masalah. Masalah pada ovari adalah punca utama haid yang tidak normal dan banyak. Bila umur di peringkat 20 tahun dan lebih 40 tahun terdapat folikel-folikel/benih-benih telur tidak dapat membesar dengan baik hingga keperingkat ovulasi. Bila tidak ada ovulasi, dinding rahim akan dirangsang terlalu lama dan mencapai ketabalan yang maksimum kerana folikel-folikel akan menghasil hormone estrogen yang berlebihan. Bila dinding terlalu tebal ia akan luruh dengan banyak sekali menyebabkan menoragia. Rahim bukannya punca penting. Fibroid walaupun kita beranggapan adalah punca menoragia, sebemar ianya tidak. Fibroid tidak menganggu haid kecuali ianya sudah terlau besar atau fibroib ini membesar didalam rongga rahim. Tentu sekali wanita sudah menopos kita kuatir tentang risiko kanser rahim yang boleh menyebabkan menoragia. 


4. Apakah simptom-simtom lain yang sering dialami wanita yang mengalami masalah haid banyak?

Selain dari haid yang banyak sehingga menganggu kehidupan sosial mereka ,mereka juga akan mengalami simtom-simtom anemia. Simtom-simtom adalah susah bernafas,tercungap-cungap, keletihan dan tidak bermaya terutama semasa berjalan.Mereka kelihatan pucat dan selalu pening.
Kadangkala ada yang akan mengalami kaki bengkak kerana kegagalan jantong yang disebabkan anemia kronik.

5. Adakah masalah darah haid banyak hanya berlaku pada wanita yang mengalami kitaran haid tidak tetap setiap bulan?
Kebanyakkan begitulah. Mereka yang tidak mempunyai kitaran yang tidak tetap, mereka juga mempunyai  masalah pada ovari .Jadi tidak hairan kalau mereka juga mengalami masalah menoragia.

6. Difahamkan  memasang  alat interauterine digunakan untuk pencegahan kehamilan amat berpotensi menyebabkan menoragia. Mengapa perkara ini boleh berlaku?
Alat pencegah kahamilan IUCD contohnya Cu 250 boleh menyebabkan perdarahan lebih daripada biasa dan jarang sekali menoragia. Potensinya memang ada. Fakta ini tidak boleh di jadikan isu yang patut di kedepankan bagi wanita yang ingin menginginkan IUCD sebagai pilihan merancang keluarga. Memang kami akui ianya menyebabkan darah haid lebih dari biasa tetapi tidak memudaratkan. Secara praktikalnya ini bukan satu masalah yang besar bagi pesakit. IUCD ini mempunyai tembaga/kuprum di kelilingnya bagi memberi kesan kontraseptif yang lebih berkesan.
Kuprum menyebabkan inflamasi dalam rahim kerana terdapatnya benda-asing.


7. Difahamkan terdapat juga alat IUCD iaitu MIRENA  yang dikatakan boleh membantu mengurangkan perdarahan haid. Adakah doktor menyarankan menggunakan
kaedah itu?
 Saya banyak menggunakan MIRENA bagi wanita yang mempunyai masalah menoragia dan tidak mempunyai niat untuk mengandong lagi. Jadi ia amat sesuai bagi mereka dalam 40 tahun keatas. Penggunaan IUCD jenis ini sesuai bagi mereka yang mempunyai rahim bersaiz normal dan rahim tidak mempunyai masalah lain seperti fibroid . Kaedah ini sesuai untuk mereka yang tidak sesuai untuk pembedahan atau tidah mahu pembedahan dan ingin cuba kaedah yang kurang radikal.Kebanyakkan wanita boleh menerima serba sedikit masalah yang timbul dengan MIRENA tetapi yang penting mereka dapati jumlah darah haid berkurangan. MIRENA bukan sesuai untuk  semua wanita yamng mempunyai masalah yang sama .Paling baik berbincangkan dengan doktor yang merawat puan.

8. Adakah kaedah itu disarankan dan sejauh mana keberkesanannya sedangkan alat IUD dikatakan berpotensi menyebabkan haid banyak?
 IUD ini terdapat dalam dua jenis. Yang menyebabkan haid banyak  bukannya menoragia adalah jenis bertembaga seperti Cu 250,Cu-T dan lain- lain tetapi MERINA yang mempunyai hormon  memberi kesan yang berlainan iaitu dapat mengurangkan masalah menoragia.Kitaran atau pusingan tidak terjejas. Maknanya kalau haid tidak tetap, maka menggunakan MERINA juga haid mereka  juga tidak tetap.

9. Adakah kaedah itu juga sesuai digunakan oleh golongan remaja yang mengalami masalah haid banyak.
Kalau remaja saya tidak menggunakan MIRENA. Saya lebih suka menggunakan hormone seperti pil cegah kehamilan yang perlu diambil selama 21 hari atau 24 hari.Saya rasa ini amat sesuai dengan umur mereka dan hormon ini lebih ‘gentle’ pada mereka. Dengan pengambil pil ini kitaran haiad akan tetap dan amaun darah haid yang turun pun akan berkurangan. Jika mereka mempunyai senggugut,ianya  juga akan berkurangan dan ada yang hilang.Pil ini juga boleh diambil dalam masa yang agak lama dan mempunyai risiko yang rendah pada remaja.

10. Apakah rawatan sesuai bagi masalah haid banyak?


Masalah haid banyak ini tidak ada satu rawatan untuk semua. Kita mesti meng'individukan’ rawatan kita bergantong pada punca,umur dan kehendak mereka. Jadi saya rasa mereka patut berbincang dengan doctor mereka apakah rawatan yang terbaik.

11. Bagaimanakah wanita/remaja  yang mengalami masalah haid banyak boleh memilih atau mengetahui keberkesanan kaedah yang dipilihnya?


Sukar menentukan mana satu yang 'perfect' untuk seseotrang wanita itu. Selalunya kami akan berikan rawatan yang kami rasa terbaik untuk mereka tetapi kami tidak menjaminkan ianya benar-benar dapat memulihkan menoragia. Jika kami gagal kami akan pergi ke langkah kedua. Begitulah seterusnya. Kerana rawatan terakhir kes-kes menoragia ialah histerektomi iaitu pembuangan rahim .Tetapi di antaranya terdapat kaedah-kaedah yang agak konservatif seperti 'endometrial ablation' dan resection. Kaedah-kaedah ini boleh menangguhkan menoragia dari terjadi semula sebelum rawatan definitif  pembedahan histerektomi dijalankan.

12. Apakah nasihat doktor bagi wanita yang mengalami masalah haid banyak?

Nasihat saya senang sahaja. Kalau puan rasa mengalami masalah menoragia, segera berjumpa doctor ginekologi. Kami akan melakukan pemeriksaan ultrasound untuk melihat system reproduktif puan .Tujuan nya adalah untuk mencari punca seperti fibroid dan kadangkala sista pada ovari. Bagi mereke yang lebih 40 tahun kami syorkan histeroskopi dan D&C untuk mencari punca dalam rongga rahim .D&C kami gunakan unutk mendapatkan sampel dinding rahim bagi tujuan histologi. Yang penting adalah untuk melihat kalau ada kanser rahim. Keadah yang paling konservatif adalah menggunakan ubatan hormone dan transamine setiap bulan. Kalau pembedahan yang kurang radikal adalah seperti endometrial ablation atau resection. Yang ultimate nya adalah histerektomi. INi semua adalah beberapa pilihan yang ada dan setiap rawatan adalah individu.





13 comments:

  1. hi doc...sy nk tnye la....sy dh kawin 3thn tp blm dikurniakan cahaya mata lagi...sy ade masalah skit pasal period ni....misalnye utk bulan pertama period kuar coklat2....bulan kedua br kuar darah....kenape ye???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa masalah utama sekarang adalah kesuburan. Berat badan bolih menganggu kedua dua sekali kesuburan dan haid. Eloklah berjumpa dengan doktor pakar untuk kedu dua sekali

      Delete
  2. assalamualaikun...
    Doktor...Isteri saya umur 19 Tahun mempunyai masaalah tidak boleh menjangka kedatangan Haid ,dan ia tidak mengetahui kitaran Haid dengn tepat..kerana kadangkala Haid nya datang 15 Hari....tidak menentu..mpernah terjadi padanya menglami pendarahan selama 3 Bulan berturut2...Boleh doktor berikan nasihat dan cara mengatasinya...adakah ia mengganggu kesuburan isteri saya ? WAALALHUA'ALAM..

    ReplyDelete
  3. hi doctor.. sya berumur 28 tahun n dh berkahwin.. Semasa bujang kitaran haid tak menentu sma ada sebulan 1x @ 2 bulan 1x..tp semenjak sya kahwin kitaran haid sya mjd mkin teruk kadang2 5 bln bru sya haid.untuk tahun lalu saja sya hanya haid 6 bln 1x bmaksud setahun 2x..Ada ka masalah sya ni amat kritikal @ perubahan hormon????

    ReplyDelete
  4. salam doktor..sya ade mmber yg mngadu ade masalah xdtg haid..kami cari dekat internet dan mndapati dia selalu buat onani..mengikut blog2 yg kami bace..kalau selalu buat onani,haid tidak teratur..persoalan kami..ade x cara nak buat haid dia teratur balik..sya dah xtahu nak buat mcm mana nak tolong dia..harap doktor boleh tolong saya

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum,sy mengalami masaalah.di mana sy mendapati lendir yg bercampur darah dalam kuantiti yg tk banyak.tp sy tak pernah mengalaminya sebelum nie.Harapan saya agar doktor dapat menberi penjelasa.

    ReplyDelete
  6. Hi doc..sy nk tanye masalah haid sy tidak teratur...2@3 bulan bru dtg...tp bru2 ni sy ade amil ubt sonulut yg diberikan oleh klinik...pahtu sy mkn 2 x then ok..bile sy stop bulan yg pertama sy stop tu dtg..bulan ke2 xdtg dh..sy amik lagi ubt tu..lpastu frmasi cadangknsy amik epo..sepanjng 3 bulan sy amik epo..period sy xdtg..smpai sekarg..dh 5 bulan sy xperiod..mcane sy nk tau waktu subur sy?mase sy g klinik ari tu,g scan,,doctuhckp xde masalah pape..rahim ok kte nye...ermm...tlg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy ade masalah mcm ni jugak dan sy amalkan supliment shaklee gla. bagos utk rahim dan alhamdulillah, period sy dah normal tp sometimes period tu lame sikit sbb dulu lame x dtg.paling lame sy x period 18 bulan and sgt stress. lg 1, brt bdn kene jage sbb brt tu mainkan peranan juga. :)

      Delete
  7. salam doc sya megalami haid xmenentu.. dan setiao kali dtg dlm 7hr. bulan feb lepas ni saya ada makan postinor.. disebabkn ini period sya terus xmenentu dan selalu bleeding.. kdg2 darah luar sehari ja.. dan baru ini saya bejumpa dengan doc dia bg sya ubat sonulut.. utk balancekan hormon dan stop darah.. sya kne makan 3mggu.. soaln sya.. sepanjang pemkanan ubat ini ada tak peluang saya mengadung?maksud saya semasa saya makan ubat ini..tq doc

    ReplyDelete
  8. Sy berumur 19thun slama ini haid sy normal tp sejak bln5 dn bln6 ini sy tak thu ada ka sy dtng haid atau tidak sebap ada lendir yg seolah2 darah yg brwarna cklat dlm kuantiti yg sdikit.sy risau ada ka itu normal or bdan sy ada msalah?plse give me answer yg secepat mungkin.

    ReplyDelete
  9. sy baru 1 bulan kawen..seblm kawen period sy 7hri tapi lepas kawen haid sy lebih dari 10 hri..adakah ianya normal?

    ReplyDelete
  10. Cubalah GLA, ianya mampu menyelesaikan masalah haid yg tidak teratur..

    ReplyDelete
  11. cadangan sy utk siapa yg mengalami masalah period yg susah datang, boleh consume GLA dr shaklee sbb ianya sikit sebanyak dpt membantu. setidaknye kite ikhtiar dan selebihnya terserah pd Dia pula kan. x mahal pon GLA. sy beli RM98 je... sebelum ni sy ade consume EPO selama 6bulan tp x period juga. sbb EPO tu utk menstabilkan hormon perempuan. bukan utk push period dtg.. selamat mencuba sahabat :)

    ReplyDelete