Apakah petunjuk-petunjuk(predictor) untuk induksi
yang sukses ?
Kami tidak bolih sewenang-wenangnya ‘induce ‘ pesakit tanpa
sebab walaupun pada masa kini terdapat beberapa indikasi-indikasi yang bersifat
social,kemahuan pesakit dan juga untuk kesenangan doctor. Kami juga mahu kalau
yang ideal ialah kejayaan 100% sukses bersalin normal. Tetapi hakikatnya,sukses
induksi adalah dalam 60-80% sahaja. Olih kerana pemilihan siapa dan justifikasi
yang betul amat penting. Walaupun anda gagal dalam induksi dan diperlukan
pembedahan,adalah berbaloi jika justifikasinya disebabkan masalah obstetric
atau medical.
Apakah petunjuk-petunjuk ini?
1.
Usia kandungan semasa induksi dilakukan.
Jika induksi dilakukan pada kandungan
pramatang,peratusan kegagalan yang menyebabkan caeserean adalah tinggi jika
dibandingkan kandungan yang cukup 28 minggu.
2.
Bilangan anak.
Kandungan anak pertama mempunyai pintu
servik yang rigid maka induksi mempunyai peratusan kegagalan yang tinggi dengan
kandungan kedua dan seterusnya.
3.
“Keranupan’ pintu servik.
Istilah in saya ambil dari perkataan
‘ripeness’. Maknanya kalau pintu servik itu ranum maka tinggilah peratusan
bersalin normal.
Kami menggunakan Carta Skor Bishop mengukur ‘keranupan’ pintu servik. Ianya lebih
bersifat subjektif dan bukannya mutlak.
Carta
Skor Bishop
Skor
|
0
|
1
|
2
|
Posisi Servik
|
belakang
|
tengah
|
depan
|
Panjang Servik
|
2cm
|
1cm
|
<1 cm
|
Konsistensi Servik
|
Keras
|
Lembut
|
Lembut dan
anjal
|
Pembukaan servik
|
0
|
1cm
|
>2cm
|
“Station”(jarak dari kepala bayi ke-tulang ischeal.
|
-2
|
-1
|
0
|
Skor
> 7 mempunyai kebarangkalian ynag tinggi untuk bersalain normal selepas di
‘induce’.
Apakah
caranya untuk membuatkan pintu servik “ranum”
Secara semulajadi dekat bersalin,pintu
servik akan melalui proses “ripening” dan seterusnya di ikuti olih kontraksi
rahim.’Ripening’ ini pintu servik menjadi lembut dan menjadi pendek dan
menipis. Dengan bantuan kontraksi, pintu servik mula terbuka.
Apabila induksi di rancang,tidak semestinya
siap sedia atau ranum.
Ada beberapa cara untuk meranumkan pintu
servik sebagai permulaaan induksi.
·
“Sweep and Stretch(S & S)”
Memisahkan selaput ketuban/membranes dari servik menyebabkan penghasilan
hormone prostaglandin. Prostaglandin adalah hormone penting untuk peranuman
pintu servik. Kaedah ini dilakukan dengan memasukkan jari kedalam pembukaan
pintu rahim dan memisahkan membran tersebut dari servik. Ini bolih menyakitkan
ibu.
·
Menggunakan hormone Prostaglandin(PG)
Ini adalah agen pilihan untuk induksi. Contoh PG yang digunakan secara
meluas adalah PROSTIN(Prostaglandin F3 alpha). PG digunakan apabila skor Bishop
<7. PROSTIN terdapat dalam dua bentuk iaitu gel atau tablet.Ianya dimasukkan
jauh kedalam vagina. PG akan akan dilepaskan pada pintu servik dan menyebabkan
ianya lembut dan dengan bantuan kontraksi yang terjadi,pintu rahim bolih
terbuka,. Kadangkala kami perlu mengunakan 2 atau 3 PROSTIN baru berjaya.
·
Infusi Oxytocin.
Hanya digunakan sekiranya skor Bishop >7. Oxytocin sejenis ubat yang
menyebabkan kontraksi berlaku.Ianya digunakan selepas air ketuban di pecahkan
bagi mengelakkan embolisma air ketuban kedalam paru-paru ibu. Embolisma air
ketuban mempunyai mortality yang tinggi. Oxytocin didapati dapat peningkatkan
paras prostaglandin pada servik.
·
Amniotomi/Air Ketuban di pecahkan
Amniotomi dapat merangsang prostaglandin di pinti servik dan ini akan
menyebabkan pintu servik ranum dan kontraksi terjadi. “Amniotic hook’ digunakan
untuk memecahkan air ketuban. Risikonya adalah infeksi jika banyak pemeriksaan
dilakukan sepanjang bersalin. Amniotomi juga kami dapat tahu sama ada air
ketuban hijau atau jernih. Hijau bermakna meconium(najis bayi ). Selepas
amniotomi,infuse dengan oxytocin dilakukan.
·
Cara-cara lain
o
Hubungan seksual
o
Stimulasi putting payudara
Nota: Tiada bukti ianya berkesan
dalam mnginduksi bersalin.
Apakah komplikasi-komplikasi dan risiko-risiko induksi
bersalin?
1.Pra-matang yang disengajakan seperti mengalami
pre-eklampsia atau eklampsia. Mungkin tidak disengajakan kerana tersalah tarikh.
2. Tali pusat bayi jatuh/turun selepas amniotomi kerana
kepala bayi tinggi.
3.Komplikasi agen-agen prostaglandin atau oxytocin
Sakit dan
tidak keselesaan
Hiperstimulasi
rahim yang bolih menybabkan bayi lemas
Bayi
lemas
Rahim
pecah(jarang sekali)
4.Prostaglandin bolih menyebabkan
Meloya dan
muntah
Cirit
birit
Bronchocontriction
bolih menyebabkan asma
Demam
panas
5. Caeserean disebabkan induksi gagal
6.Pertumpahan darah disebabkan rahim gagal mengecut
7.Jangkitan dalam rahim/Chorioamnionitis
Kesimpulannya,induksi bersalin bukan diambil pudah keran ianya mempunyai risiko-risko kepada ibu dan juga bayi.Setiap induksi mestilah mempunyai indikasi yang betul.