Saya berumur 31thn dan telah berkahwin selama 5thn tetapi
masih belum mempunyai cahayamata.(mengalami keputihan tetapi tidak gatal) 2thn pertama perkahwinan saya telah membuat
pemeriksaan di sebuah klinik dimana sample darah diambil untuk diuji dan di
scan di perut. Hasil pemeriksaan Dr
meberitahu rahim saya dalam keadaan baik dan berkedudukan cantik, ujian darah
pula menunjukkan tahap kesuburan saya tinggi.
Seperti rakan lain yang telah berjumpa Dr dan mendapat pil subur telah
berjaya mempunyai zuriat, saya juga menyatakan keinginan untuk mendapatkan pil
tersebut tetapi Dr tidak berani memberinya kerana Dr takut berlakunya perubahan
hormon.
Saya dan suami nekad mencuba produk kehamilan yang popular
dipasaran. Belum pun habis produk
tersebut suami sudah tidak mahu lagi kerana suami mengalami cirit-birit yang
teruk.(1hari hingga 7-8kali)-mungkin lebih makan makanan harian yang pedas..
Bulan Feb yang lepas haid saya telah lewat selama 6hari, dan
mengalami sakit di bahagian perut(di bawah pusat)seperti ade satu bengkak
didalamnya. Saya mengajak suami ke
klinik lain dan Dr disitu juga scan perut saya dan memberitahu rahim saya
normal dan tiada apa masalah. Saya ada menyatakan pada Dr yang adakah saya
berkemungkinan mengalami endometriosis?
Dr menyarankan saya mengambil pil clomiphene dahulu selama 2bulan dan
tidak terlalu memikirkan masalah itu.
Bulan march lalu haid saya lewat jugak selama 7hari pula dan keluar
seperti selaput berwarna putih kelabu.
Suami ada menjalani pemeriksaan air mani dan didapati cuma kurang 2%
daripada biasa.
Sekarang saya mengalami keputihan hampir setiap hari dengan
kuantiti yang berbeza. berwarna kuning,
kadang-kadang berketul seperti dadih tetapi tidak selalu merasa gatal. Ini
membuatkan saya selalu melakukan pembersihan dengan menggunakan tisu yang
dibasahkan dengan air panas. Keputihan akan hilang dalam jangka masa
pendek(selama 1-2hari)
Harap Doktor dapat membantu mengatasi masalah saya.
Terima kasih Doktor.
sist_iza
Jawapan
Daripada apa yang ditulis saya dapati dua persoalan. Pertama
adalah masalah sukar untuk mendapat cahayamata walupun usia perkahwinan
mengjangkau 5 tahun dan keduanya adalah keputihan atau discaj.Kedua-dua ini
tidak ada kaitan antara satu sama lain.
Masalah discaj ini memang kerap berlaku tetapi hendak
membezakan yang mana satu discaj penyakit
dan yang mana satu discaj normal memerlukan pemeriksaan vagina dan
pengambilan contoh discaj untuk ujian makmal. Discaj normal atau discaj
fisiologi adalah discay yang berlaku semunggu sebelum hiad dan kebisaannya
putih jernih. Daripada apa yang ditulis, discay yang berkeping seperti dadih
ini adalah berpunca dari jangkitan kuat yang di panggil candidiasis. Selalunya
ianya disertai dengan kegatalan yang amat sangat dibahagian kemaluan.
Rawatannya amat mudah dengan menggunakan pesari antikulat yang perlu dimsukkan
kedalam vagina diwaktu malam untuk beberapa malam. Terdapat juga ubat antikulat
dalam bentuk tablet dan diambil secara oral. Saya cadangkan berjumpa dengan
doctor pakar untuk pemeriksaan dan ubat.
Memang benar kami perlu masukkan satu alat yang dipanggil
speculum yang berupa mulut itik untuk melihat dalam vagina dan pintu rahim.
Ianya ttidak menyakitkan kalau kita relak. Kami tidak melakukan pemeriksaan
speculum semasa haid kecuali ada sebab seperti perdarahan. Kebanyakkan prosedur
dilakukan selepas haid seperti pap smear.
Masalah kesuburan atau infertility ini sukar untuk di
‘sembuhkan’ jika tidak mendapat komitmen 100 peratus dari kedua-dua pihak
isteri dan suami. Banyak kes-kes infertility ini tersangkut ditengah jalan
kerana pelbagai sebab peribadi dan kewangan. Sebenarnya pada zaman sekarang
banyak keadah-kaedah baru yang amat berjaya dalam mendapatkan cahayamata. Ini
adalah disebabkan ubatan yang baik dan skil-skil doctor dan pasukan mereka yang
baik. IVF contohnya telah mencapai 50
hingga 60 peratus kejayaan untuk mengandong.
Bagi Puan Iza, saya cadangkan puan perlu tumpukan sepenuhnya
untuk mendapatkan cahayamata yang diinginkan kerana usia puan dan masa
ketidaksuburan yang lama.
Pasangan yang mengalami infertility,kami akan menyiasat dari
3 sudut. Pertama,adakah wanita mempunyai folikel-folikel(benih-beni h telur)
yang boleh membesar dan matang berserta dengan ovulasi. Keduanya kami menyiasat
sama ada seseoarang itu mempunyai masalah saluran fallopian tersumbat dan
ketiganya adakah suami mempunyai sperma yang mencukupi ,normal dan aktif.
Terdapat beberapa sebab kenapa ovary gagal berfungsi, dalam
ertikata lain ovulasi tidak dapat berlaku setiap bulan. Pertama adalah
disebabkan oleh PCOS(Polycystic Ovarian Syndrome). PCOS adalah masalah endokrin
yang utama pada wanita. Ianya punca utama(80 peratus) kes-kes subfertility.
Pesakit PCOS kebiasaannya mereka obes,haid tidak teratur,masalah infertility
dan ada masalah hirsutisma.mereka ini mempunyai masalah ovulasi kerana
folikel/telur gagal membesar dan melepaskan ova.Mereka yang mengalami
endometriosis juga mempunyai masalah ovulasi.
Saluran fallopian boleh tersumbat disebabkan oleh
endometriosis,jangkitan kuman dalam pelvis dan sebarang pembedahan didalam
perut.
Bagi suami pula jumlah sperma yang diperlukan minima adalah
20 juta dan lebih dari 50 peratus adalah aktif dan normal.
Diantara rawatan yang ada untuk membantu wanita subfertility
ini adalah induksi folikel dengan menggunakan Clomiphine.Masalah Clomiphine
ianya boleh menyebabkan gemuk. Kes-kes yang gagal dengan clomophine , kami
gunakan suntikan gonadotropin. “Intrauterine Insemination/IUI” adalah kaedah
yang kami gunakan untuk membantu suami mempastikan sperma dimasukkan terus
kedalam rahim.IUI memerlukan sperma di “bersihkan” dahulu sebelum dimasukkan.
Peringkat yang terakhir kalau IUI gagal adalah IVF/tabung uji. IVF adalah persenyawaan dilakukan di dalam
makmal selepas telur/ove dab sperma di jumpakan dalam ‘tabung uji”. Ianya lebih
berjaya dari Clomiphine dan IUI.
Jadi saya syorkan puan berjumpa dengan doctor pakar
kesuburan bagi membantu puan kerana masalah infertility telah berpanjangan
selama 5 tahun. Lagi lama puan tunggu lagi kurang peluang unuk puan hamil
kerana usia dan masalah folikel-folikel/telur yang telah berusia. Puan boleh
cuba IUI dulu tetapi syarat saluran fallopian tidak tersumbat dan sperma suami
adalh normal. Kalau mampu,IVF adalah pilihan yang terbaik.