Saya sudah berkahwin dalam dua tahun dan ingin bertanya
tentang masalah saya. saya telah mengalami keguguran sebanyak tiga kali secara
berturut-turut pada tahun lepas. Keguguran pertama berlaku semasa bulan kedua
perkahwinan iaitu awal 2011. Saya tidak tahu saya mengandung pada masa itu.
Tetapi ada berlaku perubahan fizikal tapi saya tidak mengesyaki saya hamil.
Saya sangka saya datang bulan.tapi darah yang keluar hanya
sedikit-sedikit.selama 3 hari. Lepas seminggu, saya dapati saya tidak period jadi
saya lakukan ujian kehamilan sendiri di rumah tapi line yang kedua hanya
samar-samar jadi saya ke hospital untuk memeriksa. Sah positif saya hamil lepas
saya buat imbasan ultrasound. saya kerap bleeding,so lepas usia kandungan 7
minggu saya ke hospital pakar tapi hasilnya dr menyuruh saya untuk membuat
d&c disebabkan kandungan saya tidak membesar. Scan hanya ada kantung
sahaja.
Selang dua bulan,saya dapati saya hamil lagi. Saya sangka
kandungan kali ni baik. Usia kandungan mencecah 8 minggu, saya start bleeding
balik semasa saya mengikuti kursus. Saya sempat ke PUSRAWI tetapi dr menasihati
saya untuk mndapatkan rawatan lanjut tetapi tidak sempat. Petang selepas saya
pulang dari kerja, ada ketulan darah yang keluar dan ari2 saya sangat sakit.
jadi saya redha sebab gugur lagi.
November lepas, saya rasa saya hamil lagi, so saya terus ke
pakar untuk rawatan lanjut ke pakar. Saya disahkan hamil 7 minggu. Saya
terpaksa ke pakar untuk mendapatkan suntikan sebab dr kata rahim saya lemah.
Dan Dr nasihatkan saya supaya mengambil cuti sehingga usia kandungan 4bulan dan
tidak membenarkan sya membuat apa-apa kerja kerana risau berlaku bleeding lagi.
Minggu ke 9 dr menasihati saya agar melakukan d&c kerana sepatutnya usia
kandungan saya 14 minggu tapi saiz beyi hanya 7minggu. Dr nasihatkan saya
gugurkan bayi sebab kandungan saya lambat membesar dan kalau saya terus hamil,
risau berlaku kandungan yang tidak sihat. Saya tidak mahu melakukan d&c
jadi Dr berikan ubat dan suntikan untuk menggugurkan bayi. Hari yang sama dua ketulan
daging sebesar telapak tangan keluar. Alhamdulillah sebab saya rasa semuanya
dah keluar. Lepas seminggu saya ke pakar untuk scan rahim risau tak semua
keluar. Alhamdulillah semua dah keluar jadi saya tidak perlu lakukan
d&csekali lagi.
Bulan lepas saya ke pakar ar-ridzuan untuk meminta nasihat
untuk hamil semula, tetapi hasilnya saya tidak berpuas hati dengan penjelasan
Dr tersebut. Dr mengatakan bahawa saya normal dan boleh hamil pada bila-bila
masa sahaja tanpa melakukan apa-apa rawatan, suntikan atau ubatan. Saya keliru
adakah selepas ni jika berlaku kehamilan semula,saya tidak perlu diberikan
apa-apa rawatan khas daripada pakar untuk memastikan kandungan saya selamat
sehingga dilahirkan. Saya dan suami sangat-sangat buntu sekarang. Saya ingin menimang
cahaya mata dalam waktu terdekat ini..macam mana pandangan Dr ye? dan apa
langkah-langkah berjaga2 semasa hamil memandangkan keadaan rahim saya yang
tersangatlah lemah. Harap pihak Dr dapat membantu. Saya pernah e-mail sebelum
ni.tapi tidak dibalas. harap-harap Dr dapat membalas e-meil saya kali ini. -
Ienna.
Assalamualaikum Puan Ienna
Maaf jika saya tidak dapat email puan tempoh hari kerana
semua soalan-soalan yang dihantar kepada saya akan melalui editor di Berita
Minggu. Saya hanya akan membaca dan menjawab soalan-soalan yang diterima dari
mereka sahaja. Saya dan editor telah bersetuju untuk memberi keutamaan kepada
soalan-soalan yang belum pernah dijawab. Mereka selalu menerima soalan-soalan
yanag hampir sama setip hari. Kadangkala berlaku juga kesilapan bila soalan-soalan banyak diterima.Maaf,
Masalah puan dipanggil Gugur Berulang atau ‘Recurrent
Miscarriage’ yang insidennya amat kecil iaitu 1 hingga 2 peratus dari
keseluruhan kes-kes keguguran. Lebih dari setengah kes-kes gugur berulang tidak
diketahui punca kenapa ianya berlaku setiap kali mengandong. Mengikut definasi
adalah keguguran yang berlalu 3 kali berturut-turut semasa trimester pertama.
Masalah ini boleh juga terjadi pada wanita yang pernah melahirkan anak
cukup bulan sebelum ini.
Terdapat dua isu disini yang selalu pesakit sukar
memahaminya sehingga menimbulkan salahfaham dan ketidakpuashatian.Isu-isu
tersebut adalah masalah kesuburan dan keguguran.
Persoalan pertama adalah ,adakah puan mengalami masalah
kesuburan atau infertility?
Saya seberpendapat dengan pakar yang puan temui tempoh hari.
Puan memang tidak mempunyai masalah untuk mengandong. Puan telah buktikan yang puan pernah mengandong 3 kali. Oleh sebab itu puan adalah
normal dan tidak perlu apa-apa bantuan kesuburan atau rawatan. Puan boleh mengandong
bila-bila masa.
Persoalan kedua adalah,adakah puan mengalami masalah untuk mengekalkan kandungan sehingga cukup bulan?
Jawapannya sudah tentu sekali YA dan ini sememangnya masalah
besar puan. Masalah keguguran berturut-turut ini memang puan perlukan
pertolongan dari doctor pakar sekiranya puan dapati puan mengadung sekali lagi. Saya
harap puan tidak bercelaru dengan persoalan pertama dan kedua ini. Ianya adalah
masalah yang berbeza.
Puan hanya mempunyai masalah untuk mempertahankan
kandongan puan sehingga cukup bulan TETAPI puan tidak mempunyai masalah untuk
mengandong.
Pada peringkat ini , sudah
sampai masa puan dan suami perlu disiasat untuk mencari punca dan saya berharap doktor membantu kandongan ke-4 yang akan datang. Terdapat beberapa hospital yang mempunyai disiplin khusus untuk mengendalikan masalah seperti puan. Doctor pakar dan kakitangannya yang terlatih khusus merawat kes keguguran berulang ini.
Terdapat beberapa sebabyang boleh menyebabkan keguguran
secara berturut-turut:
1.
Sindrom Anti fosfolipid yang paling penting dan
didapati pada 15 peratus wanita yang mengalami masalah tersebut.Ujian darah
perlu dilakukan untuk melihat sama ada puan mempunyai antibodi antikardiolipin
atau lupus antikoagulan.
2.
Genetik:
3-5% pasangan,salah seorang dari mereka adalah Pembawa Resiprokal Seimbang(Robertsonian translocations). Pasangan pembawa,luaran
adalah normal tetapi 50-70 % gamet yang terhasil dari persenyawaan adalah tidak
seimbang.
3.
Ketidaknormalan Kromosom Janin
4.
Ketidaknormalan anatomi rahim: Adalah
dianggarkan,2 hingga 38 % wanita yang mengalami keguguran berulang mempunyai
anatomi rahim yang tidak normal.Contohnya “uterine septum” dan “bicornuate
uterus”.Terdapat penghalang didalam rongga rahim untuk implantasi yang sempurna.
5.
Fibroid dimana 30 % wanita mengalami masalah
ini. Kesan fibroid terhadap reproduktif wanita adalah kontroversi. Fibroid
jenis submukosal dan intramural boleh menyebabkan keguguran.
6.
Masalah Trombofilia darah.
7.
Infeksi: Buktinya spekulatif sahaja.Tiada bukti
jelas. Contoh infeksi ‘Bacterial Vaginosis’
8.
Masalah Endokrin: Contoh diabetis dan penyakit
Tiroid.
9.
Kelemahan servik: Kebiasaan lebih kepada
keguguran trimester 2. Sukar dipastikan sama ada ia punya keguguran berulang pada trimester 1 .
Di sini puan boleh lihat amat
sukar untuk menentukan punca sebenar kenapa keguguran berulang ini boleh
terjadi. Sekiranya puan berjumpa doctor pakar nanti beberapa penyiasatan akan
dilakukan terhadap puan dan suami.
Ujian ‘Karyotyping’ darah puan
dan suami,kosnya adalah tinggi. Kalau boleh semasa keguguran yang lalu,doctor
telah hantar sampel tisu-tisu kandongan tersebut untuk ujian analisis
sitogenetik yang kosnya juga tinggi.Saringan Trombofilia,antobodi antikardiolipin
dan antikoagulan merupakan ujian darah dan bacterial vaginosis memerlukan
sampel diambil dari dalam vagina.Imbasan ultrasound dan histeroskopi boleh
mengenalpasti ketidaknormalan anatomi rahim. Ujian diabetis dan tiroid juga dilakukan.
Puan jangan hairan jika akhirnya penyiasatan ini keputusanya adalah normal.Memang sukar untuk
diterima dan kami juga sukar untuk menjawap soalan pesakit bila mereka bertanya “apakah puncanya”.
Saya selalu nasihatkan berdoa kepada Allah semuga di berikan anak yang sempurna
dan cukup bulan kerana kuasa doa itu lebih kuat dari ubat-ubat kami . Bagi saya yang
paling penting ‘never give up’ insyaAllah akan berikan anda zuriat yang
dihendaki.
Perlu diingatkan bahawa gayahidup
kita perlukan perubahan bagi menambahkan lagi peluang seperti rihat banyak
semasa mengandong dengan mengambil cuti lama, berhenti merokok atau suami perlu
berhenti merokok dan kurangkan berat badan. Walaupun kesemua ini tidak
mempunyai bukti-bukti yang nyata tetapi sekurang-kurang kita telah berusaha mengurangkan risikonya.
Dari segi perubatan,diantara
rawatan yang kami beri adalah menggunakan aspirin dan heparin bagi mencairkan
darah,suntikan hormone progesterone atau hCG bagi membantu pertumbuhan janin
diperingkat awal kandongan. Rawatan antibiotic diperlukan bagi kes bacterial
vaginosis. Istilah ‘ tender loving care’ kami gunakan untuk pesakit yang
mengalami keguguran berulang. Ianya bermaksud lawatan yang kerap
ke-klinik-klinik bagi memberi sokongan psikologi kepada mereka.InsyaAllah.
salam doc..
ReplyDeletesaya ingin bertanya pendapat doc.
saya kini hamil 24 minggu. sejak memasuki 5 bulan saya kerap sakit di bahagian vagina. sakit yang amat sangat terutama ketika duduk, bangun dan baring.adakah itu pelvic pain? adakah ianya normal?
selain itu, baru baru ini saya kerap merasa perit seperti disiat-siat pada kulit perut di sebelah dalam, adakah ianya kerana perut yang semakin besar?
saya merasa bimbang kerana saya pernah mengalami contraction seawal 4 bulan, dan sekrang perut juga selalu mengeras. saya risau jika gejala yang saya alami mengundang kepada kelahiran pramatang.
pada masa sekarang, ketinggian saya adalah 144cm dan berat saya sekarang adalah 44kg.pada 5 bulan yang pertama berat saya telah turun dengan mendadak sebanyak 5 kg akibat mengalami acid reflux yang teruk.
harap penjelasan doc dapat membantu.terima kasih.
Kehamilan adalah satu situasi yang unik kerana seluruh anggota badan kita akan mengalami perubahan-perubahan yang amat ketara dan ini boleh menyebabkan banyak masalah atau gangguan pada ibu. salah satu masalah yang sering timbul adalah sakit pada bahagian vagina seolah-olah ,pintu rahim macam terbuka'. Ini disebabkan tekanan pada vaginaoleh kepala bayi. Tambahan lagi sendi-sendi di celah kelangkang dan di tundun menyebabkan sakit lebih teruk terutama semasa pergerakan berlaku. ini adalah normal.
DeleteAdalah normal juga jika ibu mengalami sakit pada ari-ari/abdomen bahagian bawah. Sakit ditempat ini kami panggil'boring pain' iaitu sakit yang senentiasa ada dan kadangkala terlebih sakit sama dikiri atau kanan perut. Ini disebabkan oleh ligamen/tupang rhim dan rahim yang membesar kerana hamil. berjalan lebih menyebabkan sakit lebih kuat. Risiko pramatang adalah rendah dan sukar untuk 'predict' siapayang akan dapat. Kalau was-was berjumpa doktor untuk pemeriksaaan,
Penurunan berat badan mungkin tidak membawa apa-apa makna besar slagi bayi ibu membesar normal.
SALAM DOC...........
ReplyDeleteSAYA PERNAH MENGALAMI KEGUGURAN PADA 3 JUN 2012 & BUAT D&C...LEPAS TU 2 KALI SAYA HAID...LAST PERIOD 21 AUG 2012... REG CYCLE 32DAYS... HARI NI MASUK 5 HARI LEWAT...BUT UPT STILL -VE....
Salam Doktor..
ReplyDeleteSaya ingin bertanya pendapat dok mengenai masalah saya:
Umur 42thn, ada 3 anak (semuanya bersalin c-section), skrg dah ikat peranakan, ada diabetes, lebih berat badan dan baru-baru ni dapat tahu ada fibroid 7-8cm, dengan anemia agak teruk.
Doktor advise saya buat total histerectomy, buang ovari dan rahim sekali. Saya tiada masalah sekiranya ianya memberi risiko fibroid/cyst berulang pada saya, di samping masalah dah operate banyak kali. cumanya saya musykil mengenai kehidupan selepas post-operation itu:
1)adakah saya akan terus menopause selepas saya tiada ovari
2) apakan bahaya kesan HRT kepada saya yg mengidap diabetes kerana perlu makan ubat diabetes, kolesterol dll?
3) doktor advise ambil HRT hingga umur 50thn. Adakah akan memberi kesan sampingan lain pula.
4)adakah total hysterectomy ini akan memberi kesan kepada perhubungan suami-isteri?? ramai org yang cakap i am not a woman anymore..
harap dapat penjelasan dari doktor..terimakasih..
Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Punca Keguguran
ReplyDeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda anda hamil.
ReplyDeleteHi there, nice blog and post, I found it informative and useful, thank you for kindly share it with us, best regards and take care
ReplyDeleteSandro from Nomes