Followers

Friday, 10 August 2012

Tablet Clomiphene dan Dinding Rahim(Kesuburan)



Assalamualaikum doktor, saya telah genap 2 tahun berkahwin. Dan saya pernah mengalami keguguran pada 2010.
Doktor telah mengesahkan bahawa keguguran saya tidak memerlukan DNC kerana hasil scan menunjukkan bahawa tiada sisa yang tertinggal di dalam rahim.
Period saya juga teratur serta tidak mengalami masalah selepas keguguran dan saya tidak mengalami masalah senggugut.

Saya ada berjumpa dengan pakar,dan doktor mengatakan bahawa rahim saya dapat menghasilkan telur dengan baik. Sangat jelas kelihatan ketika scan di buat.
Cuma doktor memaklumkan bahawa saya mempunyai masalah rahim yang nipis. Doktor juga telah memberi pil untuk membantu untuk menebalkan rahim ini.
Namun saya tidak mengambilnya dengan cara yang betul iaitu setiap hari selama seminggu.
 Apakah saranan doktor supaya masalah rahim nipis ini dapat di rawat?
 Terima kasih. 

Assalamualaikum puan,
Saya beranggapan puan sekarang dibawah pengawasan doctor pakar untuk rawatan infertility. Kami melakukan imbasan ultrasound dari vagina untuk mengukur ketebalan dinding rahim/endometrium dan perkembangan folikul-folikul/telur jika seseorang wanita itu diberi ubat kesuburan. Selalunya ubat yang diberi adalah Clomiphene.
Sebenarnya kami cuba meniru apa yang terjadi secara semulajadi. Kitaran haid wanita purata 28 hari dan 2 minggu pertama kitaran haid berada dibawah pengaruh hormon estrogen dan sementara 2 minggu yang terakhir berada dibawah pengaruh hormon progesterone. 
Pada permulaan pertumbuhan folikul-folikul ini,estrogen yang dihasilkan oleh folikul tadi akan merangsang dinding rahim supaya tumbuh dan menebal. Ini amat penting untuk persediaan menerima embrio nanti. Bukan estrogen sahaja yang penting,peranan progesterone selepas ovulasi berlaku membuatkan lapisan endometrium lebih tebal dan’spongy’. Disini kita dapat lihat kedua-dua hormon memainkan peranan yang sama penting dan saling membantu bagi menyediakan ‘tapak semaian’ untuk embrio.
Olih kerana itu jika tahap estrogen kurang pada 2 minggu pertama disebaban folilul-folikul tidak banyak da di tambah pula oleh kegagalan ovulasi dari berlaku, maka dinding endometrium ini  tidak cukup tebal  dan tidak sesuai untuk implantasi embrio.
Hormon progesterone berfungsi denganbaik sekiranya dinding endometrium ini di sensitivasi olih estrogen terlebih dahulu.
Dari penjelasan di atas, puan dapat lihat kenapa kami memberikan  tablet estrogen selama seminggu sebelum ovulasi terjadi bagi menebalkan dinding rahim puan yang nipis.
Masalah dinding rahim nipis memang berlaku jika puan mengambil pil clomiphene. Ini disebabkan sifat semula jadi clomiphene iaitu pil anti-estrogen maka tidak hairan kalau dinding tidak cukup tebal. Clomiphine akan menduduki semua reseptor-reseptor estrogen pada ovari .Akibat dari keadaan begini, hipotalamus 'terpedaya' kerana paras hormon estrogen berkurangan.Hipotalamus akan bertindak balas dengan menghasilkan hormon FSH(Follicle Stimulating Hormone) dari kelenjar Pituitari untuk menghasil lebih banyak lagi estrogen. “Penipuan’ yang dilakukan olih clomiphne telah menyebabkan banyak FSH terhasil dan akibatnya lebih banyak folikel-folikel/telur dari ovary-ovari terhasil. Maka kebarangkalian untuk hamil meningkat.
Jadi saranan saya puan ikut apa yang doctor puan telah sarankan.

5 comments:

  1. salam doktor,

    sorry maybe saya salah topik but i couldn't find your email anywhere in this blog

    i would like to seek your advise regarding rubella.i am getting married next year and i'm a bit concerned since i haven't got my rubella vaccination yet.

    rubella was supposedly given during form 3 but according to my buku kesihatan,the only jab i received during form 3 was anti-tetanus.

    where should i get and when should i get vaccinated referring to my condition above?

    thanks doc!

    ReplyDelete
  2. Salam Dr.
    Mohon Dr. dapat meluangkan masa pada persoalan saya ini...
    Saya telahpun menjalani prosedur IUI pada 21-12-2012...saya mula mengambil Duphaston pada 25-12-2012...sehingga pd hari ini (7-1-2013) saya masih belum lagi period tetapi stok Duphaston saya telah pun habis. Perlukah saya membelinya bagi meneruskan pengambilan Duphaston sehingga sah mengandung atau tidak?
    Soalan yang kedua....saya sangat mengharap prosedur IUI kali ke-4 saya ini berjaya...dan alhamdulillah saya masih belum lagi period untuk setakat hari ini....persoalannya...apakah tanda2 kehamilan yang boleh dialami wanita yang menjalani prosedur IUI ini kerana saya masih boleh rasakan tanda2 untuk datang bulan. Saya percaya melalui pengambilan Clomid...sepatutnya period akan datang tepat pd waktunya jika prosedur tersebut gagagl...
    Sekian, terima kasih...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Dr..sye dh berkahwin hmpir 2tahun..penah mengalami keguguran dan melakukan d&c..selepas tue sye ade mengambil OCP Yasmin untk regular period memandangkn period sye x regular..lpas tue sye berhenti slpas 6 bln pngambilan ocp dgn hasrat untuk hamil..tpi slps berhenti ocp period sye x stabil n 7bln xdtg period..brt bdn mkin bertambh hmpir 15kg sye ade refer gynae n scan melalui vagina..dinding rahim sye nipis n sye di sahkn PCOS..kmi pernah melakukn ujian hsa n hsg..kami tiada mslh..skrg Dr sarankn sye ambil ocp Diane dan metformin..pde pendapat Dr boleh ke sye mengambil sbrg ubtn untuk menebalkn dinding rahim dan membolehkn persenyawaan berlaku atau untuk regularkn period..dan apakah fungsi ocp diane untk pesakit mcm sye..sye buntu skrg memandangkn umur telah meningkat..dan inginkn zuriat..
    hrp Dr dpt jelaskan...terima kasih..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum doktor.

    saya dah 3 kali pegnen.kali ke2 pegnen doktor sahkan yang rahim saya nipis, n beliau suggestkan saya utk ikat jika pegnen kali ke3. utk makluman doktor, jarak antara 1st n 2nd pengnen dalam setahun (alasan anak yg sulong meninggal kerana tersedak susu).jarak antara yg ke2 n ke3 dalam 2 tahun.sekarang sy pegnen yg ke3 dan doktor suggestkan sy utk ikat, kerana katanya risiko tinggi.jika saya tidak ikat, adakah sangat2 bahaya walaupun jarak yg ke3 dan ke4 tu lebih lama. jika sy ambil pil seperti yg disarankan di atas,adakah dapat membantu sy untuk menebalkan dinding rahim sebagai persediaan utk pegnen yg ke4..harap doktor dapat bantu saya..doktor boleh beri jawapan ke emel saya saiffia83@gmail.com.saya perlukan jawapan segera dari doktor..terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete