Followers

Friday 10 August 2012

Keguguran Berulang-ulang. Kenapa?



Saya sudah berkahwin dalam dua tahun dan ingin bertanya tentang masalah saya. saya telah mengalami keguguran sebanyak tiga kali secara berturut-turut pada tahun lepas. Keguguran pertama berlaku semasa bulan kedua perkahwinan iaitu awal 2011. Saya tidak tahu saya mengandung pada masa itu. Tetapi ada berlaku perubahan fizikal tapi saya tidak mengesyaki saya hamil. Saya sangka saya datang bulan.tapi darah yang keluar hanya sedikit-sedikit.selama 3 hari. Lepas seminggu, saya dapati saya tidak period jadi saya lakukan ujian kehamilan sendiri di rumah tapi line yang kedua hanya samar-samar jadi saya ke hospital untuk memeriksa. Sah positif saya hamil lepas saya buat imbasan ultrasound. saya kerap bleeding,so lepas usia kandungan 7 minggu saya ke hospital pakar tapi hasilnya dr menyuruh saya untuk membuat d&c disebabkan kandungan saya tidak membesar. Scan hanya ada kantung sahaja.
Selang dua bulan,saya dapati saya hamil lagi. Saya sangka kandungan kali ni baik. Usia kandungan mencecah 8 minggu, saya start bleeding balik semasa saya mengikuti kursus. Saya sempat ke PUSRAWI tetapi dr menasihati saya untuk mndapatkan rawatan lanjut tetapi tidak sempat. Petang selepas saya pulang dari kerja, ada ketulan darah yang keluar dan ari2 saya sangat sakit. jadi saya redha sebab gugur lagi.
November lepas, saya rasa saya hamil lagi, so saya terus ke pakar untuk rawatan lanjut ke pakar. Saya disahkan hamil 7 minggu. Saya terpaksa ke pakar untuk mendapatkan suntikan sebab dr kata rahim saya lemah. Dan Dr nasihatkan saya supaya mengambil cuti sehingga usia kandungan 4bulan dan tidak membenarkan sya membuat apa-apa kerja kerana risau berlaku bleeding lagi. Minggu ke 9 dr menasihati saya agar melakukan d&c kerana sepatutnya usia kandungan saya 14 minggu tapi saiz beyi hanya 7minggu. Dr nasihatkan saya gugurkan bayi sebab kandungan saya lambat membesar dan kalau saya terus hamil, risau berlaku kandungan yang tidak sihat. Saya tidak mahu melakukan d&c jadi Dr berikan ubat dan suntikan untuk menggugurkan bayi. Hari yang sama dua ketulan daging sebesar telapak tangan keluar. Alhamdulillah sebab saya rasa semuanya dah keluar. Lepas seminggu saya ke pakar untuk scan rahim risau tak semua keluar. Alhamdulillah semua dah keluar jadi saya tidak perlu lakukan d&csekali lagi.
Bulan lepas saya ke pakar ar-ridzuan untuk meminta nasihat untuk hamil semula, tetapi hasilnya saya tidak berpuas hati dengan penjelasan Dr tersebut. Dr mengatakan bahawa saya normal dan boleh hamil pada bila-bila masa sahaja tanpa melakukan apa-apa rawatan, suntikan atau ubatan. Saya keliru adakah selepas ni jika berlaku kehamilan semula,saya tidak perlu diberikan apa-apa rawatan khas daripada pakar untuk memastikan kandungan saya selamat sehingga dilahirkan. Saya dan suami sangat-sangat buntu sekarang. Saya ingin menimang cahaya mata dalam waktu terdekat ini..macam mana pandangan Dr ye? dan apa langkah-langkah berjaga2 semasa hamil memandangkan keadaan rahim saya yang tersangatlah lemah. Harap pihak Dr dapat membantu. Saya pernah e-mail sebelum ni.tapi tidak dibalas. harap-harap Dr dapat membalas e-meil saya kali ini. - Ienna.


Assalamualaikum Puan Ienna
Maaf jika saya tidak dapat email puan tempoh hari kerana semua soalan-soalan yang dihantar kepada saya akan melalui editor di Berita Minggu. Saya hanya akan membaca dan menjawab soalan-soalan yang diterima dari mereka sahaja. Saya dan editor telah bersetuju untuk memberi keutamaan kepada soalan-soalan yang belum pernah dijawab. Mereka selalu menerima soalan-soalan yanag hampir sama setip hari. Kadangkala berlaku juga kesilapan bila soalan-soalan banyak diterima.Maaf,

Masalah puan dipanggil Gugur Berulang atau ‘Recurrent Miscarriage’ yang insidennya amat kecil iaitu 1 hingga 2 peratus dari keseluruhan kes-kes keguguran. Lebih dari setengah kes-kes gugur berulang tidak diketahui punca kenapa ianya berlaku setiap kali mengandong. Mengikut definasi adalah keguguran yang berlalu 3 kali berturut-turut semasa trimester pertama. Masalah ini boleh juga terjadi pada wanita yang pernah melahirkan anak cukup bulan sebelum ini.

Terdapat dua isu disini yang selalu pesakit sukar memahaminya sehingga menimbulkan salahfaham dan ketidakpuashatian.Isu-isu tersebut adalah masalah kesuburan dan keguguran.

Persoalan pertama adalah ,adakah puan mengalami masalah kesuburan atau infertility?

Saya seberpendapat dengan pakar yang puan temui tempoh hari. Puan memang tidak mempunyai masalah untuk mengandong. Puan telah buktikan yang puan pernah mengandong 3 kali. Oleh sebab itu puan adalah normal dan tidak perlu apa-apa bantuan kesuburan atau rawatan.  Puan boleh mengandong bila-bila masa.

Persoalan kedua adalah,adakah puan mengalami masalah untuk mengekalkan kandungan sehingga cukup bulan?

Jawapannya sudah tentu sekali YA dan ini sememangnya masalah besar puan. Masalah keguguran berturut-turut ini memang puan perlukan pertolongan dari doctor pakar sekiranya puan dapati puan mengadung sekali lagi. Saya harap puan tidak bercelaru dengan persoalan pertama dan kedua ini. Ianya adalah masalah yang berbeza. 
Puan hanya mempunyai masalah untuk mempertahankan kandongan puan sehingga cukup bulan TETAPI puan tidak mempunyai masalah untuk mengandong.
Pada peringkat ini , sudah sampai masa puan dan suami perlu disiasat untuk mencari punca dan saya berharap doktor membantu kandongan ke-4 yang akan datang.  Terdapat beberapa hospital yang mempunyai disiplin khusus untuk mengendalikan masalah seperti puan. Doctor pakar dan kakitangannya yang terlatih khusus merawat kes keguguran berulang ini.

Terdapat beberapa sebabyang boleh menyebabkan keguguran secara berturut-turut:

1.       Sindrom Anti fosfolipid yang paling penting dan didapati pada 15 peratus wanita yang mengalami masalah tersebut.Ujian darah perlu dilakukan untuk melihat sama ada puan mempunyai antibodi antikardiolipin atau lupus antikoagulan.

2.       Genetik:  3-5% pasangan,salah seorang dari mereka adalah Pembawa Resiprokal Seimbang(Robertsonian translocations). Pasangan pembawa,luaran adalah normal tetapi 50-70 % gamet yang terhasil dari persenyawaan adalah tidak seimbang.

3.       Ketidaknormalan Kromosom Janin

4.       Ketidaknormalan anatomi rahim: Adalah dianggarkan,2 hingga 38 % wanita yang mengalami keguguran berulang mempunyai anatomi rahim yang tidak normal.Contohnya “uterine septum” dan “bicornuate uterus”.Terdapat penghalang didalam rongga rahim untuk implantasi yang sempurna.

5.       Fibroid dimana 30 % wanita mengalami masalah ini. Kesan fibroid terhadap reproduktif wanita adalah kontroversi. Fibroid jenis submukosal dan intramural boleh menyebabkan keguguran.

6.       Masalah Trombofilia darah.

7.       Infeksi: Buktinya spekulatif sahaja.Tiada bukti jelas. Contoh infeksi ‘Bacterial Vaginosis’

8.       Masalah Endokrin: Contoh diabetis dan penyakit Tiroid.

9.       Kelemahan servik: Kebiasaan lebih kepada keguguran trimester 2. Sukar dipastikan sama ada  ia punya keguguran berulang pada trimester 1 .

Di sini puan boleh lihat amat sukar untuk menentukan punca sebenar kenapa keguguran berulang ini boleh terjadi. Sekiranya puan berjumpa doctor pakar nanti beberapa penyiasatan akan dilakukan terhadap puan dan suami.
Ujian ‘Karyotyping’ darah puan dan suami,kosnya adalah tinggi. Kalau boleh semasa keguguran yang lalu,doctor telah hantar sampel tisu-tisu kandongan tersebut untuk ujian analisis sitogenetik yang kosnya juga tinggi.Saringan Trombofilia,antobodi antikardiolipin dan antikoagulan merupakan ujian darah dan bacterial vaginosis memerlukan sampel diambil dari dalam vagina.Imbasan ultrasound dan histeroskopi boleh mengenalpasti ketidaknormalan anatomi rahim. Ujian diabetis dan  tiroid juga dilakukan.

Puan jangan hairan jika akhirnya penyiasatan ini keputusanya adalah normal.Memang sukar untuk diterima dan kami juga sukar untuk menjawap soalan pesakit bila mereka bertanya “apakah puncanya”. Saya selalu nasihatkan berdoa kepada Allah semuga di berikan anak yang sempurna dan cukup bulan kerana kuasa doa itu lebih kuat dari ubat-ubat kami . Bagi saya yang paling penting ‘never give up’ insyaAllah akan berikan anda zuriat yang dihendaki.

Perlu diingatkan bahawa gayahidup kita perlukan perubahan bagi menambahkan lagi peluang seperti rihat banyak semasa mengandong dengan mengambil cuti lama, berhenti merokok atau suami perlu berhenti merokok dan kurangkan berat badan. Walaupun kesemua ini tidak mempunyai bukti-bukti yang nyata tetapi sekurang-kurang kita telah berusaha mengurangkan risikonya.

Dari segi perubatan,diantara rawatan yang kami beri adalah menggunakan aspirin dan heparin bagi mencairkan darah,suntikan hormone progesterone atau hCG bagi membantu pertumbuhan janin diperingkat awal kandongan. Rawatan antibiotic diperlukan bagi kes bacterial vaginosis. Istilah ‘ tender loving care’  kami gunakan untuk pesakit yang mengalami keguguran berulang. Ianya bermaksud lawatan yang kerap ke-klinik-klinik bagi memberi sokongan psikologi kepada mereka.InsyaAllah. 

Tablet Clomiphene dan Dinding Rahim(Kesuburan)



Assalamualaikum doktor, saya telah genap 2 tahun berkahwin. Dan saya pernah mengalami keguguran pada 2010.
Doktor telah mengesahkan bahawa keguguran saya tidak memerlukan DNC kerana hasil scan menunjukkan bahawa tiada sisa yang tertinggal di dalam rahim.
Period saya juga teratur serta tidak mengalami masalah selepas keguguran dan saya tidak mengalami masalah senggugut.

Saya ada berjumpa dengan pakar,dan doktor mengatakan bahawa rahim saya dapat menghasilkan telur dengan baik. Sangat jelas kelihatan ketika scan di buat.
Cuma doktor memaklumkan bahawa saya mempunyai masalah rahim yang nipis. Doktor juga telah memberi pil untuk membantu untuk menebalkan rahim ini.
Namun saya tidak mengambilnya dengan cara yang betul iaitu setiap hari selama seminggu.
 Apakah saranan doktor supaya masalah rahim nipis ini dapat di rawat?
 Terima kasih. 

Assalamualaikum puan,
Saya beranggapan puan sekarang dibawah pengawasan doctor pakar untuk rawatan infertility. Kami melakukan imbasan ultrasound dari vagina untuk mengukur ketebalan dinding rahim/endometrium dan perkembangan folikul-folikul/telur jika seseorang wanita itu diberi ubat kesuburan. Selalunya ubat yang diberi adalah Clomiphene.
Sebenarnya kami cuba meniru apa yang terjadi secara semulajadi. Kitaran haid wanita purata 28 hari dan 2 minggu pertama kitaran haid berada dibawah pengaruh hormon estrogen dan sementara 2 minggu yang terakhir berada dibawah pengaruh hormon progesterone. 
Pada permulaan pertumbuhan folikul-folikul ini,estrogen yang dihasilkan oleh folikul tadi akan merangsang dinding rahim supaya tumbuh dan menebal. Ini amat penting untuk persediaan menerima embrio nanti. Bukan estrogen sahaja yang penting,peranan progesterone selepas ovulasi berlaku membuatkan lapisan endometrium lebih tebal dan’spongy’. Disini kita dapat lihat kedua-dua hormon memainkan peranan yang sama penting dan saling membantu bagi menyediakan ‘tapak semaian’ untuk embrio.
Olih kerana itu jika tahap estrogen kurang pada 2 minggu pertama disebaban folilul-folikul tidak banyak da di tambah pula oleh kegagalan ovulasi dari berlaku, maka dinding endometrium ini  tidak cukup tebal  dan tidak sesuai untuk implantasi embrio.
Hormon progesterone berfungsi denganbaik sekiranya dinding endometrium ini di sensitivasi olih estrogen terlebih dahulu.
Dari penjelasan di atas, puan dapat lihat kenapa kami memberikan  tablet estrogen selama seminggu sebelum ovulasi terjadi bagi menebalkan dinding rahim puan yang nipis.
Masalah dinding rahim nipis memang berlaku jika puan mengambil pil clomiphene. Ini disebabkan sifat semula jadi clomiphene iaitu pil anti-estrogen maka tidak hairan kalau dinding tidak cukup tebal. Clomiphine akan menduduki semua reseptor-reseptor estrogen pada ovari .Akibat dari keadaan begini, hipotalamus 'terpedaya' kerana paras hormon estrogen berkurangan.Hipotalamus akan bertindak balas dengan menghasilkan hormon FSH(Follicle Stimulating Hormone) dari kelenjar Pituitari untuk menghasil lebih banyak lagi estrogen. “Penipuan’ yang dilakukan olih clomiphne telah menyebabkan banyak FSH terhasil dan akibatnya lebih banyak folikel-folikel/telur dari ovary-ovari terhasil. Maka kebarangkalian untuk hamil meningkat.
Jadi saranan saya puan ikut apa yang doctor puan telah sarankan.

Tuesday 7 August 2012

Twin-to Twin Transfusion Syndrome-Komplikasi Kehamilan Kembar




Assalamulaikum
Saya ibu muda 31thn kepada 3 orang anak yg meningkat dewasa..
anak yg pertama & kedua perempuan berusia 17 & 16 tahun manakala anak yang
ketiga lelaki berusia 15 tahun.
Pada pertengahan tahun tahun 2006 sy keguguran & melakukan DNC di hospital
kerajaan, selepas dari itu awal tahun 2007 pula saya di sahkan mengandung
·     kembar, tapi sayangnya kandungan saya hanya dapat bertahan selama 28 minggu
kerana bayi kembar mengalami risiko *Twin-to-twin transfusion syndrome* (TTTS)
dan saya pula mengalami jangkitan kuman sehingga dimasukkan ke ICU.
pada waktu ini pula saya mendapat tahu dan disahkan mempunyai Ovarian
Cyst di kilang telur, selepas melakukan pembedahan appendix pada bulan
November 2010. Pada bulan Mei 2011satu lagi pembedahan dilakukan untuk
membuang Batu Hempedu.
Persoalan saya ialah adakah saya masih berpotensi untuk mengandung
kembar tanpa sindrom TTTS dan apakah risiko mengandung jika Ovarian
Cyst saya tidak dibuang?


Assalamulaikum Puan Zuraida,
1.Adakah puan berpotensi mengandung kembar tanpa TTTS?
Kebarangkalian mengandung kembar secara semulajadi adalah:
Kembar dua adalah 15 dalam 1000 kehamilan
Kembar tiga adalah 1 dalam 5000 kehamilan dan
Kembar empat adalah 1 dalam 360,000 kehamilan.
Kembar lima keatas adalah amat jarang sekali tetapi ianya masih bolih berlaku juga tetapi survival anak adalah terlalu tipis.
Terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan kandongan kembar meningkat iaitu;
·         Sejarah pernah mengandong kembar
·         Sejarah keluarga yang mempunyai kembar
·         Meningkatnya jumlah anak
·         Meningkatnya umur ibu.Contohnya umur ibu lebih dari 35 tahun adalah 22 dalam 1000 sementara lebih 45 tahun pula 57 dalam 1000.
·         Bangsa dan
·         Penggunaan Bantuan Reproduksi.Contohnya pengunaan Clomiphene sebagai agen induksi ovulasi meningkat 10%,Inseminasi uterin(IUI) meningkat 10 hingga 20% dan Fertilizasi in-vitro(IVF) dengan 2 embrio meningkat ke 20 hingga 30 %.
Disini puan bolih lihat keberangkalianpuan mendapat kembara dua adalah dalam 15 hingga 20 dalam 1000 dan bagaimana pula kebangkalian untuk kembar puan mendapat TTTS?
Bagi pembaca-pembaca yang lain, TTTS atau Twin-to-Twin Transfusion syndrome adalah satu keadaan dimana terdapat saluran-saluran darah diantara kembar ini bercantum antara satu sama didalam uri. Ini menyebabkan ketidakseimbangan distribusi darah dimana darah dari satu kembar ‘donor’ berpindah ke kembar satu lagi yang di kenali sebagai kembar ‘recipient’.
Akibat dari TTTS ini adalah,kembar penyumbang/donor akan mengalami kekurangan darah dan anemia,pertumbuhan terbantut dan air ketuban kekeringan/Oligohidramnios. Sementara kembar penerima/recipient pula akan mengalami berlebihan darah dan haemoglobin,berlebihan air ketuban/polihidramnios dan akhir sekali berlakunya ‘fetal hydrops’.”Fetal Hydrops’ boleh menyebabkan kematian kepada bayi disebabkan jantung lemah.
TTTS adalah salah satu komplikasi yang bolih berlaku bila mengandung kembar. Sebenarnya banyak lagi komplikasi-komplikasi mengandung kembar.Komplikasi bolih berlaku kepada bayi dan juga ibu.
TTTS ini terdapat pada 5 hingga 25% kandungan kembar monokorionik dan tidak dirawat ,80 % akan meninggal. Risiko untuk mendapat monokorionik adalah amat kecil sekali. Kejadian monokorionik bukannya ‘keturunan’ tetapi ianya terjadi secara rawak.
Maka saya berpendapat puan tidak perlu kuatir tentang kembar dengan TTTS kerana untuk mendapat kembar adalah kecil tambahkan pula kembar dengan TTTS.
2. Apakah risiko mengandung dengan sista ovary?
Kejadiannya adalah kecil, 1 % sahaja. Majoriti besar sista semasa mengandung adalah bukan kanser. Sista kanser hanya dalam lingkongan 1 -2 % sahaja. Komplikasi sista semasa hamil adalah:
·         Sista terpulas  dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat,muntah dan demam.Ianya biasa berlaku pada akhir trimester pertama dan semasa dalam pantang.
·         Perdarahan dalam sista juga menyebabkan sakit perut,demam dan muntah-muntah.
·         Pecah dalam perut dan menyebabkan ‘peritonitis’.
·         Keguguran,lahir pramatang
·         Menyebabkan kedudukan bayi tidak betul semasa mengandung.
Sista perlu dibuang semasa mengandung jika mempunyai simtom-simtom terpulas,perdarahan atau pecah,disyaki kanser dan saiz lebih dari 10cm. Pembedahan selalunya dilakukan pada 16 minggu kandungan. Risikonya adalah keguguran tetapi iannya adalah rendah.Jika sista tidak memberi apa-apa masalah,tidak membesar bolihdirawat secara konservatif sahaja.