Kerapkali bila saya bila saya lakukan ultrasound untuk
pemeriksaan antenatal biasa,bila saya beritahu yang bayi berkedudukan
songsang/breech, ramai ibu-ibu panic. Ini saya dapat baca dari air muka mereka
dan soalan-soalan mereka. Bagi saya pada peringkat awal kandungan, saya tidak perlu
kuatir langsung. Saya sentiasa percaya yang bayi akan pusing kepada kedudukan
yang normal bila sampai waktunya. Kenapa? Saya tahu kedudukan breech ini hanya
3 % sahaja bila cukup 38 minggu nanti! Dalam perkataan lain jika 100 kehamilan
hanya 3 bayi saja yang masih tidak tahu nak pusing menjadi kepala bawah.
Jadi anda juga patut tidak perlu bersusah hati sampai tidak
dapat tidur kerana breech diperingkat awal kehamilan adalah perkara biasa.
Peratusan akan menurun sehinggalah cukup 38 minggu hanya tinggal 3 % sahaja.
Ok bagi yang tidak tahu makna songsang atau breech ini, bila
mana punggung bayi berada di bahagian pelvis ibu(bawah abdomen) dan kepalanya
pula berada diatas’
Breech ini terdapat 3
“jenis” mengikut keadaan kaki mereka.
Extended breeches
bila kedua-dua kaki lurus dengan pergelangan kaki berada sebelah kepala mereka.
Jadi jika kita periksa dari bawah,kita dapat merasakan punggung mereka. Fesyen
ini paling ramai (70%). Jenis ini juga bayi bolih dibersalin secara normal.
Flexed breeches
bila kedua-dua kaki berlipat di sendi lutut dan bila diperiksa dari bawah kita
dapat merasakan kedua-dua pergelangan kaki dan punggung,Jenis ini cuma 15 % sahaja.
Footling breeches
bila satu kaki berlipat di sendi lutut dan satu kaki lagi lurus atau kedua-dua
kaki lurus kebawah, Pemeriksaan dari bawah terdapatnya pergelangan kaki di
pintu rahim. Jens ini Cuma 15 % sahala. Jenis ini memerlukan pembedahan caesarean
kerana kuatir tali pusat akan turun kebawah bersama air ketuban. Ini dipanggil ‘cord
prolapse” dan risiko kekurangan oksigen pada otak bayi amat tinggi.
Apakah sebabnya mereka songsang?
·
Tidaklah kami tahu apa sebabnya. Kenapa ‘bearing’
mereka salah.
·
Pra-matang. Ini yang paling biasa kami temui. Sebab
itu anda tidak panic. Bayi anda tahu bila nak pusing balik.
·
Dahulu pun breech juga.
·
Rahim mepunyai kecacatan seperti fibroid dan ‘septum’/dinding
yang menghalang bayi mahu U-Turn.
·
Plasenta praevia yang menutupi pintu rahim.
Kepala bayi tidak boleh engaged maka mereka bolih berpusing.
·
Bayi cacat
·
Hamil kembar,triplet dll.
Apakah komplikasi-komplikasi jika bayi anda sonsang?
Bayi
·
Meningkat risiko hypoxia/kurang oksigen dan
trauma semasa bersalin
·
Jangka masa panjang pun bayi-bayi songsang mempunyai
risiko-risiko khusus kalau dibandingkan dengan anak lahir kepala dahulu. Ini
mungkin dikaitkan dengan kaitan kecacatan kongenital yang memang tinggi pada breech
babies dan juga sifat breech yang banyak pra-matang.
Ibu
·
Kebanyakan songsang dilahirkan secara caesarean.
Bagaimana cara bayi songsang dilahirkan?
Pada ketika dahulu,bayi-bayi songsang kebanyakkan dilahirkan
secara normal, tidak kira ianya anak pertama atau kedua . Risikonya pada dahulu
jika anak pertama adalah kami tidak mengetahui akan keluasan tulang punggung
ibu tetapi ibu-ibu yang telah pernah meahirkan normal ianya tidak menjadi
masalah sehinggalah banyak kajian-kajian dijalankan terutamanya di Eropah dan
bila dianalisa, pembedahan caserean telah dapat menunjukkan pengurangan mortality
neonatal dan morbidity jangkapendek dan tidak morbidity jangkapanjang. Ini
telah merubah pandangan doctor-doktor dan sekarang anak-anak songsang di UK,USA
dan Eropah dilahirkan secara caesarean. Walupun seseorang ibu itu mempunyai
kriteria-kriteria yang ideal untuk bersalin normal,caesarean masih memberikan
banyak kebaikan pada bayi kalau disbanding dengan kelahiran normal. Setakat ini
ini sahaja bukti yang ada untuk mengatakan anak songsang patut(bukan wajib)
dilahirkan secara caesarean. Mungkin jika ibu datang pada peringkat advanced
stage bersalin,kembar kedua atau pra-matang mungkin bolih dilahirkan secara
normal. Ini bergantung kepada doctor anda.
Apakah ECV(External Cephalic Version)?
Saya rasa istilah zaman dulu ialah “pusingan bayi dari
songsang menjadi kepala dibawah”. Prosedur telah lama di praktikkan olih
bidan-budan kampong zaman dulu dan masih kekal dizaman moden ini. Bezanya ianya
bukan lagi dilakukan olih mak bidan tetapi olih doctor terlatih dibawah
pengawasan ultrasound,CTG dan dewan pembedahan! Saya akan terangkan kenapa.
ECV ini dilakukan pada usia kandungan 36 hingga 37 minggu
kerana awal dari itu bayi akan pusing balik menjadi songsang dan kalau lewat
pula,sukar dilakukan kerana air ketuban telah berkurangan. Saya yang penting
disini adaalh jika berlaku komplikasi semasa ECV yang memerlukan bayi
dilahirkan secara caesarean maka 36 minggu keata sudah tidak lagi menjadi masalah tentang
kematangan mereka. Sebab itu ECV mesti dilakukan olih yang telah
terlatih,dihospital yang ada dewan bedah dan pemantauan bayi dengan CTG.
Kejayaannya adalah 50% dan dengan ini kita bolih mengurangkan setengah dari
risiko caesarean. Kira-kira 3 % akan pusing balik menjadi songsang.
Tidak semua ibu yang mempunyai kandungan songsang bolih
melakukan ECV.
Mereka yang tidak bolih ECV dilakukan:
·
Kes-kes yang memang sudah plan nak caesarean
·
Perdarahan antepartum
·
Anak yang terbantut pembesarannya/IUGR
·
Kekurangan air ketuban
·
Isoimmunasasi Resus
·
Pre-eclampsia
·
Pernah di Caeserean.
Kriteria untuk kelahiran normal bagi anak songsang
·
Bayi mesti sihat
·
Berat <4 kg
·
Sakit bersalin secara natural
·
Breech jenis Extended.
Saya harap penjelasan dapat membantu anda.


.jpg)