Assalamualaikum doktor, saya telah genap 2 tahun berkahwin.
Dan saya pernah mengalami keguguran pada 2010.
Doktor telah mengesahkan bahawa keguguran saya tidak
memerlukan DNC kerana hasil scan menunjukkan bahawa tiada sisa yang tertinggal
di dalam rahim.
Period saya juga teratur serta tidak mengalami masalah
selepas keguguran dan saya tidak mengalami masalah senggugut.
Saya ada berjumpa dengan pakar,dan doktor mengatakan bahawa
rahim saya dapat menghasilkan telur dengan baik. Sangat jelas kelihatan ketika
scan di buat.
Cuma doktor memaklumkan bahawa saya mempunyai masalah rahim
yang nipis. Doktor juga telah memberi pil untuk membantu untuk menebalkan rahim
ini.
Namun saya tidak mengambilnya dengan cara yang betul iaitu
setiap hari selama seminggu.
Apakah saranan doktor supaya masalah rahim nipis ini dapat
di rawat?
Terima kasih.
Assalamualaikum puan,
Saya beranggapan puan sekarang dibawah pengawasan doctor
pakar untuk rawatan infertility. Kami melakukan imbasan ultrasound dari
vagina untuk mengukur ketebalan dinding rahim/endometrium dan perkembangan
folikul-folikul/telur jika seseorang wanita itu diberi ubat kesuburan. Selalunya ubat yang
diberi adalah Clomiphene.
Sebenarnya kami cuba meniru apa yang terjadi secara
semulajadi. Kitaran haid wanita purata 28 hari dan 2 minggu pertama kitaran haid berada dibawah pengaruh hormon estrogen dan sementara 2 minggu yang terakhir berada
dibawah pengaruh hormon progesterone.
Pada permulaan pertumbuhan folikul-folikul
ini,estrogen yang dihasilkan oleh folikul tadi akan merangsang dinding rahim supaya tumbuh dan
menebal. Ini amat penting untuk persediaan menerima embrio nanti. Bukan
estrogen sahaja yang penting,peranan progesterone selepas ovulasi berlaku
membuatkan lapisan endometrium lebih tebal dan’spongy’. Disini kita dapat lihat
kedua-dua hormon memainkan peranan yang sama penting dan saling membantu bagi
menyediakan ‘tapak semaian’ untuk embrio.
Olih kerana itu jika tahap estrogen kurang pada 2 minggu
pertama disebaban folilul-folikul tidak banyak da di tambah pula oleh kegagalan ovulasi dari berlaku, maka dinding endometrium ini tidak cukup tebal dan tidak sesuai untuk implantasi
embrio.
Hormon progesterone berfungsi denganbaik sekiranya dinding endometrium ini di sensitivasi olih estrogen terlebih dahulu.
Dari penjelasan di atas, puan dapat lihat kenapa kami
memberikan tablet estrogen selama seminggu sebelum ovulasi terjadi bagi menebalkan dinding rahim puan yang nipis.
Masalah dinding rahim nipis memang berlaku jika puan
mengambil pil clomiphene. Ini disebabkan sifat semula jadi clomiphene iaitu pil anti-estrogen maka
tidak hairan kalau dinding tidak cukup tebal. Clomiphine akan menduduki semua
reseptor-reseptor estrogen pada ovari .Akibat dari keadaan begini, hipotalamus 'terpedaya' kerana paras hormon estrogen berkurangan.Hipotalamus akan
bertindak balas dengan menghasilkan hormon FSH(Follicle Stimulating Hormone)
dari kelenjar Pituitari untuk menghasil lebih banyak lagi estrogen. “Penipuan’ yang
dilakukan olih clomiphne telah menyebabkan banyak FSH terhasil dan akibatnya
lebih banyak folikel-folikel/telur dari ovary-ovari terhasil. Maka
kebarangkalian untuk hamil meningkat.
Jadi saranan saya puan ikut apa yang doctor puan telah
sarankan.