Followers

Showing posts with label Family Planning. Show all posts
Showing posts with label Family Planning. Show all posts

Wednesday, 25 April 2012

Ingin menangguhkan mengandong selepas berkahwin. Apa cara yang baik?



Saya berusia 24 tahun..Sy ingin meminta pandangan drpd Dr.Suhaimi Isa mengenai persoalan yang akan sy tujukan..InsyaAllah sy akan melangsungkan perkahwinan pada bulan jun tahun ini..Selepas sebulan majlis akad nikah, bakal suami dan sy akan duduk berjauhan kerana bakal suami bekerja di luar negara dan hanya akan pulang ke msia sekali sekala.Sy n bakal suami ade berbincang mengenai merancang keluarga memandangkan faktor kerja yang tidak berapa mengizinkan kami tinggal bersama..Kami sebolehnye mahu merancang untuk tidak mempunyai anak dalam waktu terdekat ini.
 Soalan nya, apakah nasihat yang terbaik drpd Dr?? Rakan ade mencadangkan memakan PIL PERANCANG KEHAMILAN kerana rakan sy pernah menggunakannya dan dikatakan bagus untk perancangan keluarga..
1 ) Apa nasihat DR kaedah terbaik untk sy merancang?? Adakah benar tidak elok merancang untuk mendapat anak pertama?
2) Apa kebaikan n keburukan memakan pil perancang??
 3) Adakah pil perancang bole dibeli di kedai farmasi? ataupon Dr mencadangkan sy berjumpa Pakar Puan??
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA...diharap dapat membantu...

Assalamulaikum Saudari 
Bagi saya eloklah kalau saudari ingin merancang dahulu selepas berkahwin kalau saudari dan suami belum bersedia untuk menimang cahaya mata. Ramai yang masih dalam suasana berbulan madu terpaksa menerima kedatangan orang ketiga walaupun mereka belum bersedia terutama pasangan yang masih muda. Eloklah pada waktu tersebut kita menyediakan diri kita untuk mengandong dari segi kesihatan,kewangan dan mental.Tidak salah kalau saudari mahu menangguhkan kehamilan. Bagi saya setiap kehamilan itu mestilah yang diterima dengan ikhlas.

Apakah cara merancang yang baik ?

Bagi kami ada beberapa factor yang kami pertimbangkan sebelum mencadangkan apakah cara yang sesuai .Contohnya umur,bilakah saudari bersedia untuk mengandong,adalah saudari mempunyai haid yang betul dan tetap dan juga masalah perubatan yang memerlukan perhatian terlebih dahulu dari doctor perubatan.
Saya berpendapat ada 2 cara yang saya rasa sesuai untuk saudari iaitu kondom dan pil perancang.
Memandangkan suami saudari pulang sekali sekala kondom mungkin merupakan pilihan yang “baik”. Ini bermakna saudari tidak perlu mengambil pil perancang dan mengalami kesan-kesan sampingannya walhal saudari hanya perlu cegah kehamilan hanya untuk beberapa sahaja dalam sebulan ketika suami berada dirumah. Bayangkan saudari mengambil pil setiap hari tetapi hubungan kelamin hanya berlaku sekali sekala dan saya rasa lambat laun saudari akan berasa jemu. TETAPI saudari perlu berhati-hati dan beringat kerana walaupun hubungan kelamin ini  sekali sekala ianya tetap “merbahaya” kerana si suami terlupa atau sengaja terlupa untuk memakainya kerana tidak sempat! Kalau saudari pun tidak berapa kisah kalau termengandong dan bersedia menerimanya maka ianya tidak menjadi masalah besar. Kami tahu yang kaedah menggunakan kondom kadar kehamilan berlaku adalah tinggi.
Kalau saudari benar-benar serius tidak mahu mengandong sehinggalah saudarai bersedia,maka pil perancang adalah terbaik. Kondom dan pil tidak melambatkan saudarai jika mahu mengandong sebaik sahaja memberhentikannya. 
Terdapat juga pasangan yang mengamalkan cara mengira calendar iaitu waktu subur dan ramai juga mengamalkan pancutan diluar vagina. Kedua-dua kaedah ini saya tidak galakkankalau serius tak mahu mengandong kerana ianya mempunyai kadar kegagalan yang tinggi.
Kesimpulannya jika saudari benar-benar serius untuk menangguhkan kehamilan saudari maka ambilah pil perancang yang boleh dibeli dimana-mana farmasi dan kelinik-kelinik. Pil perancang boleh dibeli secara ‘Over counter” iaitu tidak perlu surat prekrepsi dari doctor.
Bagi saya untuk mendapat pandangan dari sudut klinikal tentang kaedah dan risiko setiap cara elak mengandong eloklah berjumpa dengan doctor pakar. Mengenail kesan sampingan pil tersebut secara akedemik ahli farmasi dapat memberikan dengan lebih terperinchi.
Diantara kesan sampingan yang dikaitkan dengan penggunaan pil adalah isu pembekuan darah pada kaki/thrombosis dan kanser payudara dan servik jika diambil terlalu lama. Kedua-dua risiko adalah terlalu kecil dan ianya tidak patut dijadikan isu membuatkan saudari perubah fikiran untuk menggunakannya. Kesan-kesan lain adalah sakit kepala,pening,loya dan kadangkala muntah. Majoriti wanita tidak ada mengalami masalah seperti ini. Tetapi kebaikannya pula adalah saudarai akan mengalami kitaran haid yang perfect. Iaitu tepat pada masanya,pendek,sikit dan tiada senggugut. Complexion muka saudari lebih cantik dan kurang masalah jerawat.
Kaedah-kaedah lain yang saya rasa kurang sesuai pada wanita yang belum pernah mengandong adalah:
1.IUCD  boleh menyebabkan infeksi kepada saluran fallopian dan sukar untuk mengandong kemudian hari jika ianya tersumbat.
2.Suntikan hormone ataiu Implanon yang menyebabkan gangguan pada kitaran haid dan melambatkan saudari unutk mengandong setelah berhentikannya.

Persediaan saudari  sementara menunggu ,saya cadangkan saudari mula mengambil asid foliik dan vitamin-vitamin lain dan yang paling penting jaga berat badan kerana BMI yang tingggi boleh menyebabkan kesukaran untuk mengandong. Semuga Berjaya.


Sunday, 22 April 2012

Pentingnya tarikh haid dan masalah kehamilan lebihhari



Majoritinya ibu-ibu yang hamil akan bersalin  dalam jangka masa 38 hingga 40 minggu. Kehamilan lebih dari 40 minggu atau kurang dari 38 minggu tidak ramai. Adalah dianggarkan pada sekitar 5 hingga 10 peratus sahaja.
Bila susah sampai tarikh bersalin/due date, semua pasangan akan merasa ‘gelisah’. Perasaan ini bukan sahaja dirasai oleh ibu dan ayah tetapi juga mulai kuatir terhadap kandongan tersebut. Ini di sebabkan oleh kadar mortiliti dan morbidity kepada bayi akan meningkat kalau kehamilan berpanjangan.
Terdapat 2 terminologi yang kami gunakan dalam kes-kes kehamilan yang berpanjangan.
1.       Mengandong lebih hari iaitu dari 40 minggu + 1 hari sehingga 40 minggu + 14 hari.
2.       Mengandong berpanjangan/Prolonged pregnancy iaitu kehamilan  yang melebihi 42 minggu(294 hari)
Kehamilan melebihi 42 minggu adalah jarang berlaku kerana kesumua ubu-ibu akan di ‘induce” pada 40 minggu + 7 hari  hingga 10 hari bagi mengelakkan risiko-risiko berkaitan dengan kehamilan peanjang.
Kita perlu ingat bahawa perkiraan tarikh lahir/due date adalah mengikut dari hari pertama darah haid yang terakhir dan bukanya hari terakhir darah haid yang terakhir. Contohnya ;
Puan Ani mengandong anak pertama mendapati haid terakhir beliau bermula dari 4 Mac 2012 dan berakhir pada 11 Mac 2012. Jadi hari pertama darah haid yang terakhir adalah 4 Mac 2012 dan bukannya 11 Mac 2012. Ibu-ibu sering “confuse” mengenai perkara ini sebab itu saya mesti semak semula haid mereka.
Tarikh dijangka bersalin/due date, tidak boleh di terimapakai sekiranya
1.Ibu tidak ingat tarikh darah haid
2.Haid sebelum mengandong tidak betul/irregular
3. Menggunakan kaedah cegah kehamilan seperti pil,suntikan,implanon
4. Mengandong ketika tengah menyusukan anak.
Oleh kerana itu amat penting bagi ibu-ibu yang mempunyai factor-faktor di atas supaya menjalani imbasan ultrasound diperingkat kandongan bagi membantu doctor mengira  arikh jangkaan bersalin. Ibu-ibu yang menjalani imbasan ultrasound diperingakat Trimester pertama,insiden kehamipan berpanjangan adalah dibawah 5 peratus sahaja.

Apakah risikonya jika kehamilan melebihi  masa/Prolonged pregnancy?
1.Kadar Mortaliti Perinatal meningkat 2 kali ganda
2. Termakan/Aspirasi meconium dan memerlukan bantuan pernafasan menibgkat
3.Oligohidramnios/air ketuban berkurangan
4.Makrosomia/Anak besar
5.”Cephalohaematoma”/Perdarahan dalam otak
6.Anak lemas/Fetal distress semasa bersalin dan
6. Bayi mengalami hipotermia,hipoglisemia,polisitemia dan bantut pertumbuhan

Apakah risiko pada si  ibu?
1.Keresahan dan stress Psikologi
2.Intervensi meningkat kerana
            a.Induksi bersalain
            b.Bersalin menggunakan peralatan seperti vakum/forcep

Apakah risiko yang dialami oleh bayi jika kehamilan melebihi 2 minggu(42 minggu)?
Bayi bayi ini mengalami yang di panggil Sindrom “postmaturity” yang mana mereka menunjukkan tanda-tanda malnutrisi
 Tanda-tanda ini adalah perut kempis,lemak dibawah kulit sedikit,kulit berkedut dan mudah ‘terkoyak’/peeling. Muka mereka ‘anxious and alert look’. Kulit mereka diselaputi oleh meconium.

Kesimpulanya, adalah amat penting bagi bakal-bakal ibu untuk mencatitkan bila mula dan berakhirnya haid mereka dalam handfon atau diari. Jika mereka mempunyai factor-faktor yang boleh menganggu haid dan kesuburan mereka,wajib melakukan imbasan ultrasound dan minta doctor berikan lapuran tersebut untuk rujukan bila buat antenatal check up nanti.