Lebih dari 80% bersalin normal,ibu-ibu akan mengalami trauma pada bahagian perineum vagina dalam pelbagai darjah. Episiotomi adalah satu
bentuk hirisan dibahagian perineum untuk meluas lubang vagina(introitus) bagi memudahkan
proses bersalin. Segala keputusan sama ada seseorang itu perlu di lakukan episiotomi atau tida, bergantung kepada doktor atau jururawat yang menyambut kelahiran
itu.
Episiotomi bukannya satu rutin yang wajib dilakukan keatas
ibu-ibu bersalin tetapi satu prosedur yang perlu ada justifikasi sebelum melakukan. Bagi kami doktor yang menyambut kelahiran bayi,di saat-saat akhir perlu menilaikan sama ada tanpa episiotomi adakah proses bersalin ini akan lambat atau jika perineum koyak adalah ia akan koyak kedalam dubur dibelakang.Ini memerlukan pengalaman setelah menyambut ribuan bayi.
Bilakah episiotomy
perlu dilakukan?
WHO mencadangkan episiotomy perlu dilakukan dalam situasi
berikut:
Bersalin normal yang komplikated
- Bersalin songsang
- Bahu bayi tersangkut/shoulder dystocia
- Menggunakan forceps atau vakum semasa melahirkan.
Jika terdapat parut yang serius pada bahagian vagina
·
Kerana mutalasi genital perempuan yang diamal
olih beberapa Negara di Afrika
· Koyakkan perineum yang serius dan tidak pulih
Jika terdapat tanda-tanda anak lemas/distress
Nota: Pada pengalaman saya tidak kira sama ada anak pertama
atau anak ramai pun,perineum tetap juga koyak walaupun perineum jiga dengan baik. Anak sulong hampir semua
memerlukan episiotomy kerana lubang vagina ketat dan menghalang kepala bayi
dari keluar.
Apakah jenis-jenis
episiotomy?
Terdapat 2 jenis episiotomy:
1.
Episiotomi
mediolateral guntingan dilakukan bermula dari bahagian ‘fourchette’arah ke
kiri ( pukul 7 hingga 8 mengikut jam).Cara ini dapat mengurangkan risiko trauma pada ‘sphinter’/injap anus/dubur. “Sphinter’ ini penting untuk mengawal
najis dari terkeluar dengan sendiri.Kelemahan mediolateral adalah perdarahan
dan hematoma mudah berlaku. Sakitnya lebih dari episiotomi midline.
2.
Epsiotomi
midline yang guntingan dilakukan bahagian ‘fourchette’ ke arah lubang anus/dubur(pukul
6 mengikut jam).Kebaikan cara ini adalah kejadian perdarahan dan haematoma
adalah rendah berbanding dengan mediolateral tetapi kejadian kecederaan pada
‘sphinter’ adalah tinggi.
Bagaimana episiotomy
dilakukan?
1. Jika
ibu tidak mengambil epidural, episiotomy dilakukan selepas lignocaine(ubat
pelali setempat) diberikan. Jika tidak sempat, episiotomy dilakukan semasa
kontraksi maksimum dan ibu tengah meneran.
2. Dua
jari tangan kiri di letakkan diantara kepala bayi dan perineum. Ini bertujuan
untuk mengelakkan kepala bayi tercedera.
3. Gunting
khusus untuk episiotomy di gunakan. Kebiasaanya hanya memerlukan satu guntingan
sepanjang 3 -4 cm. Sebaik-baik guntingan dilakukan semasa kontraksi maksimum.
Nota:
·
Jika episiotomy dilakukan terlalu awal,
perdarahan banyak berlaku.
·
Episiotomi mesti dijahit semula secepat mungkin
·
Pelalian akan diberi sekira ianya tidak diberi
sebelum di gunting sebelum dijahit.
·
Pemeriksaan dubur dengan memasukkan jari
kedalamnya dilakukan selepas episiotomy bagi mempastikan tiada terdapat
ekstensi koyak kedalam anus.
·
Perdarahan
·
Hematoma/Darah beku di perineum
·
Sakit
·
Jangkitan kuman/infeksi
·
Parut
·
Sakit semasa seks
·
Fistula( terjadinya satu saluran yang
menyambungkan lubang dubur dan vagina. Pesakit mendapati najis keluar dari
vagina.)
Penjagaan Episiotomi selepas bersalin.
Penjagaan episiotomi amat mudah. Kebersihan di kawasan perineum amat penting. Pastikan selepas kencing atau buang air besar, perineum di bersihkan dengan air dan di lap kering. Anda tidak perlu menyapu apa-apa ubat seperti krim antibiotik. Badan anda sudah cukup mengawal segala infeksi yang datang dari dubur terutamanya. Jika najis melekat di episiotomi, maka infeksi akan terjadi. Olih itu pastikan anda keringkan perineum anda selepas kebilik air. Kalau anda selesa, anda bolih gunakan 'sitz bath" dimana anda bolih duduk dalam besin air yang bercampur dengan garam. Larutan garam dapat menarik sel-sel darah putih ketempat episiotomi bagi mengawal infeksi.Ambillah ubat 'painkiller' yang telah diberikan untuk beberapa hari. Sakit episiotomi bolih berpanjangan untuk seminggu dua tetapi sakit akan berkurangan setiap hari. Anda bolih gunakan ais untuk tuam pada episiotomi jika ianya bengkak. Saya akan bagi 'stool softener' untuk memudahkan ibu buang air besar.