Saya ibu muda 31thn kepada 3 orang anak yg meningkat
dewasa..
anak yg pertama & kedua perempuan berusia 17 & 16
tahun manakala anak yang
ketiga lelaki berusia 15 tahun.
Pada pertengahan tahun tahun 2006 sy keguguran &
melakukan DNC di hospital
kerajaan, selepas dari itu awal tahun 2007 pula saya di
sahkan mengandung
· kembar, tapi sayangnya kandungan saya hanya
dapat bertahan selama 28 minggu
kerana bayi kembar mengalami risiko *Twin-to-twin
transfusion syndrome* (TTTS)
dan saya pula mengalami jangkitan kuman sehingga dimasukkan
ke ICU.
pada waktu ini pula saya mendapat tahu dan disahkan
mempunyai Ovarian
Cyst di kilang telur, selepas melakukan pembedahan appendix
pada bulan
November 2010. Pada bulan Mei 2011satu lagi pembedahan
dilakukan untuk
membuang Batu Hempedu.
Persoalan saya ialah adakah saya masih berpotensi untuk
mengandung
kembar tanpa sindrom TTTS dan apakah risiko mengandung jika
Ovarian
Cyst saya tidak dibuang?
Assalamulaikum Puan Zuraida,
1.Adakah puan berpotensi mengandung kembar tanpa TTTS?
Kebarangkalian mengandung kembar secara semulajadi adalah:
Kembar dua adalah 15 dalam 1000 kehamilan
Kembar tiga adalah 1 dalam 5000 kehamilan dan
Kembar empat adalah 1 dalam 360,000 kehamilan.
Kembar lima keatas adalah amat jarang sekali tetapi ianya
masih bolih berlaku juga tetapi survival anak adalah terlalu tipis.
Terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan kandongan
kembar meningkat iaitu;
·
Sejarah pernah mengandong kembar
·
Sejarah keluarga yang mempunyai kembar
·
Meningkatnya jumlah anak
·
Meningkatnya umur ibu.Contohnya umur ibu lebih
dari 35 tahun adalah 22 dalam 1000 sementara lebih 45 tahun pula 57 dalam 1000.
·
Bangsa dan
·
Penggunaan Bantuan Reproduksi.Contohnya
pengunaan Clomiphene sebagai agen induksi ovulasi meningkat 10%,Inseminasi
uterin(IUI) meningkat 10 hingga 20% dan Fertilizasi in-vitro(IVF) dengan 2
embrio meningkat ke 20 hingga 30 %.
Disini puan bolih lihat keberangkalianpuan mendapat kembara
dua adalah dalam 15 hingga 20 dalam 1000 dan bagaimana pula kebangkalian untuk
kembar puan mendapat TTTS?
Bagi pembaca-pembaca yang lain, TTTS atau Twin-to-Twin
Transfusion syndrome adalah satu keadaan dimana terdapat saluran-saluran darah
diantara kembar ini bercantum antara satu sama didalam uri. Ini menyebabkan
ketidakseimbangan distribusi darah dimana darah dari satu kembar ‘donor’
berpindah ke kembar satu lagi yang di kenali sebagai kembar ‘recipient’.
Akibat dari TTTS ini adalah,kembar penyumbang/donor akan
mengalami kekurangan darah dan anemia,pertumbuhan terbantut dan air ketuban
kekeringan/Oligohidramnios. Sementara kembar penerima/recipient pula akan
mengalami berlebihan darah dan haemoglobin,berlebihan air
ketuban/polihidramnios dan akhir sekali berlakunya ‘fetal hydrops’.”Fetal
Hydrops’ boleh menyebabkan kematian kepada bayi disebabkan jantung lemah.
TTTS adalah salah satu komplikasi yang bolih berlaku bila
mengandung kembar. Sebenarnya banyak lagi komplikasi-komplikasi mengandung
kembar.Komplikasi bolih berlaku kepada bayi dan juga ibu.
TTTS ini terdapat pada 5 hingga 25% kandungan kembar
monokorionik dan tidak dirawat ,80 % akan meninggal. Risiko untuk mendapat
monokorionik adalah amat kecil sekali. Kejadian monokorionik bukannya
‘keturunan’ tetapi ianya terjadi secara rawak.
Maka saya berpendapat puan tidak perlu kuatir tentang kembar
dengan TTTS kerana untuk mendapat kembar adalah kecil tambahkan pula kembar
dengan TTTS.
2. Apakah risiko mengandung dengan sista ovary?
Kejadiannya adalah kecil, 1 % sahaja. Majoriti besar sista
semasa mengandung adalah bukan kanser. Sista kanser hanya dalam lingkongan 1 -2
% sahaja. Komplikasi sista semasa hamil adalah:
·
Sista terpulas
dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat,muntah dan demam.Ianya biasa
berlaku pada akhir trimester pertama dan semasa dalam pantang.
·
Perdarahan dalam sista juga menyebabkan sakit
perut,demam dan muntah-muntah.
·
Pecah dalam perut dan menyebabkan ‘peritonitis’.
·
Keguguran,lahir pramatang
·
Menyebabkan kedudukan bayi tidak betul semasa
mengandung.
Sista perlu dibuang semasa mengandung jika mempunyai
simtom-simtom terpulas,perdarahan atau pecah,disyaki kanser dan saiz lebih dari
10cm. Pembedahan selalunya dilakukan pada 16 minggu kandungan. Risikonya adalah
keguguran tetapi iannya adalah rendah.Jika sista tidak memberi apa-apa
masalah,tidak membesar bolihdirawat secara konservatif sahaja.
No comments:
Post a Comment