Salam semua,
Semasa hamil anda tidak terlepas dari dijangkiti pelbagai
jenis jangkitan berjangkit. Tidak semua jangkitan berjangkit ini mempunyai
simtom-simtom yang jelas. Banyak jangkitan virus umpamanya sukar di ketahui
kerana tiada simtom tetapi memerlukan pemeriksaan secara ‘indirect’ untuk
mengetahui keujudan virus dalam badan kita. Olih kerana itu semasa pemeriksaan
antenatal,terdapat beberapa ujian darah dilakukan untuk mengetahui anda
dijangkiti kuman atau virus tersebut. Tentu anda bertanya kenapa tidak
dilakukansaja kesemua ujian-ujian darah
untuk kita mengetahui kuman atau virus dalam kita. Mustahil kita dapat lakukan
untuk semua wanita yang hamil kerana tidak praktikal dan tambahan pula banyak
jangkitan virus tidak mempunyai apa-apa rawatan yang khusus.
Banyak penyakit berjangkit yang bolih dihidapi olih wanita
yang hamil seperti
·
Rubella(German measles)
·
Cytomegalovirus
·
Varicella(Chicken pox)
·
Parvovirus 19
·
Toxoplasmosis
·
Herpes Simplex
·
Hepatitis B
·
Group streptococcus(GBS)
·
Syphilis
·
Listeria
·
Malaria
·
HIV
Saya percaya anda tentu pernah terbaca dan terdengar
beberapa contoh jangkitan berjangkit yang bolih hadir semasa hamil. Ada
beberapa penyakit berjangkit diatas yang kami buat ujian secara rutin dalam
pemeriksaan antenatal. Contohnya Rubella,Hepatitis B,Syphilis dan HIV.
Pentingnya jangkitan penyakit diatas adalah ianya memberi implikasi tidakbaik pada bayi anda.
Rubella
Rubella adalah virus RNA yang berjangkit melalui titisan
hingus dari manusia ke manusia. Rubella mudah berjangkit pada 7 hari sebelum dan
selepas kehadiran ruam pada badan. Masa inkubasinya adalah 14 hingga 21 hari.
Apakah simtom-simtom Rubella?
Tidak semua orang yang dijangkiti Rubella mempunyai simtom
dan dianggarkan 50-75% mempunyai simtom. Diantara simtom-simtomnya adalah
demam,ruam ,sakit sendi dan bengkak kelenjar limfatik.
Diagnosisnya memerlukan ujian darah serologi berpasangan.
Ini bermakna ujian pertama dilakukan semasa penyakit ini akut/mempunyai ruam
dan simtom-simtom lain dan ujian keduanya 3 hingga 4 minggu selepas itu. Anda
dijangkiti Rubella sekiranya antibodi IgM ada dalam darah atau kenaikan 4 kali
ganda IgG.(Tidak mengapa jika anda tidak faham ini sekarang)
Apakah implikasi
kepada bayi anda?
Kecacatan kongenital
berkait dengan Rubella:
·
Pekak
sensorineural. Pekak disebabkan olih kerosakan pada saraf pendengaran.
·
Kecacatan
jantung seperti VSD dan PDA
·
Mata-Katarak
kongenital,mikrooftalmia dan glikoma
·
Microcephaly
dan mental retardation
Cara Pencegahan
Pelalian semasa kanak dengan vaksin MMR. Program pelalian
Rubella semasa di sekolah telah lama dijalankan olih kerajaan. Adalah disyorkan
supaya anda buat ujian darah untuk mengetahui status immuniti anda terhadap Rubella. Jika tidak
mempunyai immuniti, anda perlu ambil pelalian Rubella selepas bersalin.
Suntikan Rubella tidak bolih diambil semasa hamil dan setelah suntikan anda
perlu tunggu selama 12 minggu sebelum cuba mengandung.
Risiko kepada bayi
anda dari jangkitan Rubella(jika ibu menghidapai Rubella) adalah mengikut usia
bayi anda.
1.
Kandungan < 13 minggu,risiko transmisi kepada
bayi adalah 80% dan hampir semua bayi dijangkiti akan mengalami kecacatan kongenital.
Anda dinasihatkan gugurkan kandungan ini.
2.
Kandungan 13 hingga 16 minggu,risiko transmisi
kepada bayi adalah 50% dan 35% yang dijangkiti akan mengalami kecacatan
kongenital. Kebanyakkannya adalah kecacatan pendengaran.
3.
Kandungan >16 minggu,mempunyai risiko transmisi
25% dan amat jarang bayi mengalami kecacatan kongenital. Kandungan ini bolih
diteruskan.
Kesimpulannya pasangan yang akan ke pelamin periksalah
immuniti anda terhadap Rubella. Kalau anda tidak immune,ambillah suntikan
pelalian Rubella dari mana-ana klinik. Bagi ibu yang disyaki menghidapi Rubella
segeralah berjumpa dengan doctor.
Nota: Saya akan buatkan entri-entri penyakit berjangkit yang
lain dimasa-masa akan datang

