Followers

Tuesday, 10 July 2012

Apakah komplikasi-komplikasi yang boleh berlaku selepas bersalin?



Entri kali ini saya akan bincangkan 3 komplikasi utama yang bolih berlaku semasa berpantang. Tiga komplikasi ini mempunyai morbiti yang tinggi dan jarang sekali mortality. Oleh itu para-para ibu yang telah selamat melahirkan tidak kira secara normal ataupun caesarean perlu mengetahui 3 komplikasi tersebut.
Apakah 3 komplikasi-komplikasi tersebut?
1.       Secondary Postpartum Haemorrhage/Pertumpahan darah sekunder
2.       Venous Thromboembolism(VTE)/Tromboembolisma Vena
3.       Puerpural pyrexia/Demam panas selepas bersalin
Nota: Disini saya hanya akan bincangkan sedikit tiap-tiap satu komplikasi tersebut kerana( sebenar) setiap satu komplikasi di atas adalah merupakan satu tajuk yang luas dalam buku-buku perubatan! InsyaAllah saya akan terangkan dengan lebih terperinci dalam entri-entri lain.
Apakah yang dimaksudkan dengan Pertumpahan darah sekunder?
Mengikut definasi,adalah perdarahan yang ‘tidak normal’ yang berlaku selepas 24 jam bersalin sehingga 6 minggu. Intepretasi ‘tidak normal’ sememangnya subjektif. Bagi saya jika kita ambil darah nifas (dari segi jumlah dan berapa lama ia turun) sebagai standard , maka sebarang perdarahan lebih dari itu kita bolih beranggapan ianya pertumpahan darah sekunder. Majoriti wanita mengalami pengaliran darah yang banyak dari amaun.
Bagi Negara--negara Membangun,pertumpahan darah sekunder adalah punca utama kes-kes kematian ibu selepas bersalin. Di Negara-negara Maju pula hanya kurang dari 5% ibu-ibu lepas bersalin dimasukkan semula kehopital di sebab pertumpahan darah. Punca utama pertumpahan darah adalah tisu-tisu uri masih tertinggal,jangkitan dalam rahim dan koyak pada servik atau vagina yang tidak diketahui.
Apakah Tromboembolisma Vena(VTE)?
Di United Kingdom,VTE adalah punca utama kematian ibu selepas bersalin. VTE,pesakit mungkin tidak mempunyai apa-apa simtom dan kalau yang serius datang dengan simtom-simtom Tromboembolisma Pulmonari.Dalam kes Tromboembolisma pulmonari, terdapat trombus(kumpalan darah dan platelet) tersebar dan tersumbat di dalam paru-paru. Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas,sakit dada,pengsan dan batuk berdarah. Pesakit bolih meninggal sertamerta.
Satu lagi komplikasi yang berlaku dalam kumpulan VTE ini adalah ‘Deep Vein thrombosis’(DVT). Ini terjadi kerana pembekuan darah dikaki atau di dalam pelvis. Saluran darah yang terlibat adalah saluran vena. Pesakit akan mengalami sakit dikaki terutama dibahagian otot-otot keting,bengkak kaki dan kulit kemerahan dan panas,
Apakah Puerpural Pyrexia?
Asasnya ia bermakna demam panas  > 38 selsius dalam masa 14 hari selepas bersalin. Pada zaman dahulu sebelum ujudnya antibiotic, ia merupakan punca utama kematian ibu selepas bersalin. Pada zaman sekarang ianya telah amat berkurangan tetapi kita masih perlu berwaspada.
Kesimpulannya, 3 komplikasi diatas perlu diberi perhatian dan segeralah kehospital jika anda mengalaminya. Ketiga-tiga komplikasi mempunyai morditi dan mortality yang tinggi jika diabaikan


Monday, 9 July 2012

Berpantang- Perubahan yang berlaku



Sebenarnya semasa (lepas bersalin)postnatal,wanita masih tidak dapat lari dari komplikasi-komplikasi kehamilan. Mengikutkan definasi,masa postnatal adalah sampai hari ke-42 selepas bersalin. Perubahan-perubahan yang berlaku semasa postnatal adalah ‘reversal’ dari  kehamilan ke normal. Maknanya badan anda akan mengalami perubahan-perubahan bukan saja dari segi hormone  tetapi keseluruhan iaitu fizikal,fisiologi dan juga emosi. Segala perubahan ini berlaku secara maksimum dalam masa 2 minggu.
Perubahan yang ketara adalah:
·         Involusi(pengecutan) rahim dan segala organ-organ peranakan.
·         Permulaannya laktasi(penyusuan)
·         Perubahan fisilogi pada sistem-sistem lain
Involusi rahim
Involusi bermakna kembalinya rahim kepada keadaan  normal termasuk dari segi saiz,tona dan kedudukannya.
Semasa proses involusi ,fiber-fiber otot rahim akan mengalami ‘phagocytosis’ dan ‘autolysis’ dimana fiber-fiber otot ini akan hancur disebabkan oleh enzim proteolysis.Semua hasilan bahan kumuhan ini akan masuk kedalam system darah dan dinyahkan oleh buahpinggang.
Lapisan endometrium(dinding rahim) pula akan mula tumbuh 10 hari selepas bersalin dan dalam masa 6 minggu seluruh dinding akan di lapisi dengan lapisan endometrium yang baru. Jadi tidak hairan kalau haid yang pertama selepas bersalin bolih berlaku 6 minggu selepas bersalin.Penyusuan badan dapat melambatkan pertumbuhan lapisan endometrium baru kerana penyusuan badan membuatkan aktiviti-aktiviti ovari terbantut. Dalam masa 6 minggu juga,saiz rahim telah kembali ke saiz asalnya.
Wanita yang bersalin dengan cara caesarean,involusi rahim berlaku lebih perlahan kalau dibandingkan dengan bersalin normal. Bagi mempercepatkan rahim balik ke saiz asalnya adalah dengan membanyakkan penyusuan badan. Penyusuan badan juga dapat mengeringkan darah nifas lebih awal. Hanya jangkitan kuman pada endometrium dan jika terdapat tisu-tisu uri yang tidak habis keluar bolih menyebabkan involusi lambat.
Disini, anda bolih lihat secara semulajadinya rahim akan kembali ke posisit asalnya tanpa perlu kita memperbetulkan dengan cara mengurut.
Darah nifas
Darah adalah komponen yang terpenting dalam darah nifas pada peringkat awal selepas bersalin. Semasa dalam pantang,darah nifas akan bertukar warna dari merah ke kuning dan pada akhir minggu kedua ianya bertukar kepada kuning jernih. Purata darah nifas habis dalam masa 30 hari tetapi sampai 60 hari masih dianggap normal. Sebenarnya banyak sangat variasi darah nifas dari segi jumlah,warna dan panjangnya ia turun bagi setiap ibu berpantang.
Sekiranya darah nifas anda masih lagi merah, tidak berhenti dan semakin banyak,segeralah berjumpa dengan doktor untuk ultrasound kerana jika tisu-tisu uri masih tertinggal,darah nifas anda jadi begini disertai dengan sakit di bahagian ari-ari seperti kontraksi dan anda boleh demam. Jikalau tisu uri masih ada, D & C perlu dilakukan. Jika tiada terdapat tisu-tisu tertinggal,ianya disebabkan oleh jangkitan kuman didalam rahim.Rawatan antibiotik sudah memadai.
Episiotomi dan perineum
Walaupun anda bersalin normal dan tidak mempunyai episiotomi,perineum anda tetap akan mengalami kecederaan atau bengkak. Jika episiotomi anda jenis yang memerlukan benang jahitan dibuang maka kebiasaan di lakukan  pada hari ke 7 selepas bersalin. Pada masa sekarang, kami menggunakan benang-hancur-sendiri yang tidak perlu dibuang benangnya. Cara ini dapat menambahkan keselesaan anda semasa berpantang.
Kecederaan pada perineum bolih menyebabkan tekanan emosi dan psikologi pada wanita kerana ia menyebabkan mereka sukar untuk kencing,sukar bergerak dan sudah tentu sekali sakit. Sakit atau bengkak pada bahagian perineum menyebabkan ibu sukar untuk tidur dan menyusu badan.
Sakit pada bahagian perineum punca utamanya kerana episiotomy. Kadangkala benang itu di ikat dengan ketat. Hematoma(darah beku) boleh berlaku pada luka episiotomyi dan perlu dibuang dan di jahit semula.
Cara penjagaan episiotomi ada pada entri yang lalu. Yang penting adalah kebersihan pada perineum dengan membersihkannya dan tukar sanitari sekerap mungkin.
Kami akan membekalkan ubat tahan sakit seperti mefenemic acid untuk dimakan semasa berpantang. Kami juga memberikan ubat lawas supaya ibu-ibu mudah membuang air besar. ‘Sitz bath’ bolih digunakan untuk membersihkan perineum tetapi bukannya wajib dilakukan. Ibu-ibu tidak perlu mengambil antibiotik atau sapu krim antiseptic pada luka episiotomy sudah cukup dengan membersih dan mengeringkan bahagian perenium tersebut.
Kardiovaskular
Volum plasma darah yang berlebihan akan di nyahkeluar dari saluran darah  semasa proses diuresis berlaku beberapa hari selepas bersalin. Begitu juga edema(bengkak) pada kaki dan tangan akan susut beberapa hari selepas bersalin. Semasa pantang adalah penting untuk ibu-ibu tidak mengalami ‘deep vein thrombosis(DVT)’ atau pembekuan darah di kaki. Masalah ini timbul kalau ibu-ibu tidak bergerak semasa pantang. Walaupun sakit pada perineum atau luka caesarean,ibu-ibu mesti bergerak dari katil bagi mengelakkan kejadian DVT ini. Tanda-tanda DVT adalah sebelah kaki bengkak, sakit pada bahagian keting(calf) dan kelangkang dan kulit mengalami inflamasi/radang/kemerahan. Ibu-ibu juga akan mengalami demam.
Payudara
Pada hari ke 3 dan ke 4,payudara mula membengkak dan pigmentasi pada areolar meningkat. Ini disebabkan oleh percambahan dan lobul-lobul payudara untuk persediaan penyusuan.
Permakanan
Bagi mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin,permakana yang seimbang adalah penting.Permakanan mestilah mempunyai komposisi yang terdapat pada piramid permakanan. Pengambilan air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Kesemua ini amat penting untuk penyusuan badan. 

Tuesday, 3 July 2012

Sindrom Polisistik Ovari(PCOS) dan Masalah pada anda



Assalamualaikum semua,maaf kerana entri  kali ini lambat kerana kesibukan kerja.
Kali saya akan terangkan mengenai Sindrom Polisistik Ovari atau Polycystic Ovarian Syndrome(PCOS). Ok saya rasa anda semua mungkin pernah terdengar atau mendengar tentang PCOS ini. Sindrom ini kerap atau selalu kita temui pada wanita tetapi perbezaan adalah pada presentasi PCOS ini pada wanita-wanita ini. Presentasi  PCOS bolih pelbagai cara dari tiada simtom hinggakan pada masalah haid dan kesuburan.
Bila kita berbicara mengenai sindrom , tidak apa jua sindrom seperti sindrom Down, tiada terdapat ciri-ciri atau simtom-simtom khusus bagi penyakit tersebut. Sindrom bermakna terdapat beberapa karektor-karektor atau ciri-ciri masalah,complain atau ujian-ujian dan bila dirangkumkan menjadi satu karektor penyakit yang dipanggil sindrom. Olih kerana itu sindrom tidak bolih ujud hanya dengan satu kerektor atau ciri atau simtom. Ini termasuklah PCOS ini  yang saya akan terangkan kerektor-kerektor PCOS tersebut.
Apakah PCOS?
PCOS adalah masalah endokrin yang utama wanita. PCOS adalah punca utama(80%) wanita yang mengalami  infertili yang disebabkan olih kegagalan ovulasi.Adalah dianggarkan 10% wanita mengalami PCOS dan kalau ultrasound digunakan sebagai kriteria PCOS, peratusannya lebih tinggi.(20-30%).
Apakah kriteria-kriteria/ciri-ciri/simtom-simtom PCOS?
1.       Ketidaktentuan atau tiada ovulasi
Ini selalunya ditunjukkan dengan kitaran haid yang tidak menentu. Kitaran panjang(>42 hari),darah turun berlebihan dan panjang. Perdarahan haid yang banyak dan panjang bolih menyebabkan anemia.
2.       Terdapatnya ciri-ciri “hyperandrogenism” sama secara klinikal atau ujian darah.
“Hyperandrogenism” adalah keadaan dimana seseorang itu mempunyai paras hormone androgen/testosterone(hormone lelaki) yang tinggi dalam darah. Secara klinikalnya,wanita ini mempunyai masalah jerawat,alopecia(Rambut botak) dan hirsutism( bulu-bulu halus berlebihan di muka,dada dan perut). Kalau ujian darah dilakukan seperti serum Testosterone menunjukkan parasnya tinggi.

3.       Ultrasound menunjukkan ovari-ovari  mempunyai banyak cyst-cyst kecil (purata 1 cm) berkumpul di pinggir dinding ovary membentuk satu “rantaian kalung mutiara.”. Pada setiap ovary terdapat lebih dari 12 cyst-cyst kecil ini dan kedua-dua ovary bersaiz besar.


Apakah komplikasi-komplikasi atau masalah-masalah berkaitan dengan PCOS?
1.       Masalah/komplikasi masapendek
·         Masalah kitaran haid tidak normal termasuklah haid berhenti.
·         Masalah hirsutism
·         Masalah kesuburan.infertiliti
2.       Masalah/komplikasi masapanjang
·         Obesiti
·         Masalah metabolic dan rintangan insulin  koelsterol tinggi,sakit jantung.
·         Diabetis Jenis 2 atau diabetis semasa mengandung
·         Darah tinggi
·         “Hyperplasia” dinding rahim dan bolih menyebabkan kanser rahim. Hyperplasia terjadi kerana rangsangan estrogen pada dinding rahim terlalu lama.

Apakah Etiologi/sebab-sebab  PCOS?
Patogenesis PCOS tidak diketahui sepenuhnya, Olih kerana karektor-karektor PCOS adalah pelbagai maka etiologi bukan satu tetapi mungkin juga pelbagai punca.
Diantara faktor-faktor penyebab PCOS adalah:
·         Genetik
·         Rintangan Insulin/Insulin resistance dengan hyperinsulinaemia.
Terdapat masalah pada reseptor insulin pada sel-sel dan menyebabkan insulin tidak dapat digunakan. Maka badan akan respon dengan menghasilhan lebih banyak lagi insulin.
·         Hyperandrogenism
Ovari-ovari menghasilkan lebih banyak hormon-hormon androgen. Ini berpunca dari peningkatan hormone LH yang merangsang sel-sel  theca pada ovary untuk menghasil lebih androgen.
·         Obesiti
Diantara 35 hingga 60% wanita PCOS mempunyai BMI > 30 kg/m2. Obesiti PCOS adalah obesity sentral(di perut) dan ianya memburukkan lagi rintangan insulin.
Apakah ujian-ujian yang dilakukan bagi menguji PCOS?
·         Paras serum hormone LH,FSH,Testosteron,Prolaktin,Tiroid
·         Ujian bagi hyperandrogenism adalah hormone DHEA dan SHBG
·         Ultrasound pelvis
Apakah rawatan yang ada untuk pesakit PCOS?
Pilihan rawatan bergantung kepada apakah kemahuan wanita itu.
Merubah carahidup
Mengurangkan berat badan kepada berat yang ideal dengan permakanan dan senaman. Wanita PCOS memerlukan sokongan dari suami atau kawan-kawan kerana mereka biasa mempunyai ‘low self-esteem’ dan sensitik. Saya rasa inilah cara yang terbaik bagi rawatan PCOS.
Memulihkan masalah haid
o   Menurunkan berat badan
o   Pil perancang keluarga (COCP)
o   Metformin
Metformin adalah ubat kencing manis digunakan untuk mengawal hormone androgen.Metformin bolih menggalakkan ovulasi dan mengawal haid.
Mengawal simtom-simtom hyperandrogenism
o   Kosmetik seperti bercukur,mencabut,elektolisis
o   Ubat Anti-androgen bolih digunakan untuk rawatan jerawat dan hirsutism.Perlu diambil selama 6 hingga 9 bulan untuk menampakkan kebersanannya. Elakkandari mengandung semasa pengambilan anti-androgen.
o   Pil Perancang keluarga dapat mengurang hormone androgen. Contohnya ialah Diane.Selain dari mengurang simtom hyperandrogenism,ianya juga menyebabkan kitran haid teratur dan normal.
Infertiliti
o   Mengurangkan berat badan sahaja bolih membantu seseorang itu mengandung.
o   Induksi Ovulasi dengan Clomiphene atau gonadotrophin.
o   “Ovarian drilling’ melalui laparaskopi
o   In-vitro-fertilisation(IVF).
Kesimpulan:
PCOS adalah masalah endokrin yang utama pada wanita. Simtom-simtom PCOS adalah pelbagai seperti masalah haid,kesuburan,obesity dan hirsutism. PCOS juga mempunyai komplikasi masa panjang seperti diabetis,darah tinggi, kolestero  tinggi  dan serangan sakit jantung. Rawatannya bergantung kepada kehendak pesakit. Mengurangkan berat badan kepada paras yang normal adalah rawatan utama PCOS.

Tuesday, 26 June 2012

Toxoplasmosis dan kehamilan



Toxoplasmosis disebabkan olih parasite Toxoplasma gondii. Ianya  merebak melalui ‘contact’ dengan najis kucing dan memakan daging yang separuh masak. Di UK, 20% wanitanya mempunyai immuniti. Insiden infeksi primer semasa hamil adalah 1 dalam 500

Apakah simtom-simtom infeksi Toxoplasma?

·         80% kes tiada simtom
·         Demam
·         Bengkak kelenjar

Bagaimana diagnosa infeksi Toxoplasma di buat?

Bagi ibu-ibu  yang di syaki dijangkiti, memerlukan ujian serologi dengan perbandingan sampel berpasangan iaitu semasa akut dan 28 hari selepas itu.

Ibu dijangkiti sekiranya:

·         Titre antibodi IgM amat tinggi
·         Titre antibody IgM dan IgG tinggi
·         Titre antibody IgG tinggi 4 kali ganda.

Bayi didalam rahim di jangkiti sekiranya:

·         Antibodi IgM terdapat dalam air ketuban atau darah bayi.

Nota: Majoriti bayi yang dijangkiti mempunyai ultrasound yang normal.

Apakah risiko kepada ibu?

Ibu yang sihat dan mempunyai immuniti yang normal-MINIMAL
Ibu-ibu yang immuniti-kompromi bolih mendapat chorioretinitis dan encephalitis.(jangkitan mata dan otak).

Apakah risiko pada bayi?

·         Keguguran semasa trimester pertama
·         Kecacatan jika berlaku infeksi primer adalah
o   Choriorenitis/masalah mata
o   Microcephaly(kepala kecil) dan hydrocephalus(otak banyak air)
o   Intracranial calcification( deposit kalsium dalam otak)
o   Mental retardation(terencat akal)



Rawatan.

Spiramycin semasa ibu mengalami infeksi dapat mengurangkan risiko  bayi dijangkiti.
Jika darah ibu menunjukkan kadar antibodi IgM yang tinggi,kandungan yang akan datang patut dilewatkan sehinggalah antibody ini rendah atau tiada.

Herpes dan Kehamilan



Herpes di sebabkan olih Herpes simplex (HSV) virus type 2 yang menyebabkan 70% infeksi genital. Ianya merebak melalui hubungan seksual.Masa inkubasi  adalah 2 hingga 7 hari. Walaupun seseorang tidak mempunyai simtom-simtom infeksi,tetapi mereka masih bolih menyebarkan virus ini kepada orang lain.

Apakah simtom-simtom primer infeksi HSV?

Jangkitan primer bermaksud jangkitan buat pertama kalinya. Secara amnya jangkitan virus buat kali kedua,ketiga dan seterusnya(jangkitan sekunder) adalah berlainan dan semakin lama samakin kurang simtom-simtom. Ini disebabkan olih immunisasi yang terjadi selepas jangkitan primer.
Jangkitan primer HSV adalah yang paling serius:
·         Demam sederhana  seperti mendapat selsema
·         Bengkak kelenjar limfatik di kelangkang
·         Radang bibir faraj dan menyakitkan dan bolih menyebabkan kesukaran kencing
·         Terdapat vesikel-vesikel kecil/gelumbung air dibahagian bibir faraj/vulva yang amat sakit.

Apakah risiko-risiko kepada ibu?

Semasa hamil,jangkitan primer bolih menjadi teruk kerana komplikasi:
·         Meningitis/radang otak
·         ‘Sacral radiculopathy’ yang menyebabkan tidak bolih kencing dan buang air besar.
·         Transverse myelitis
·         Infeksi merebak

Apakah risiko-risiko pada bayi didalam rahim?

Infeksi primer bolih menyebabkan:
·         Keguguran
·         Kelahiran pra-matang
Nota: Tidak dikaitkan dengan kecacatan kongenital

Apakah risiko-risiko neonatal?

Semasa hamil ,kadar transmisi virus kepada bayi adalah hampir 50% semasa bersalin normal. Ianya berkurangan(<5%) jika jengkitan ini berulang(recurrent). Herpes neonatal terjadi semasa 2 minggu pertama umur bayi dimana:
·         25% terhad kepada mata dan mulut sahaja
·         75% jangkitan akan merebak seluruh badan yang mana
o   60-70% akan meninggal
o   Survivors akan mengalami masalah jangka-panjang seperti kecacatan mental.
Rawatan:
1.       Ubat Aciclovir dapat mengurangkan ‘severity’ dan durasi jangkitan primer jika diberi dalam masa 5 hari bermulanya simtom.
2.       Jika bersalin berlaku dalam masa 6 minggu jangkitan primer, pembedahan  caesarean akan dilakukan dengan syarat air ketuban tidak melebihi 4 jam.
Bagi kes-kes berulang/recurrent ayng mempunyai vesikel-vesikel aktif,risiko-risiko pembedahan perlu di imbangi dengan risiko infeksi neonatal yang kecil

Episiotomi bagi memudahkan bersalin



Lebih dari 80% bersalin normal,ibu-ibu akan mengalami trauma pada bahagian perineum vagina dalam pelbagai darjah. Episiotomi adalah satu bentuk hirisan dibahagian perineum untuk meluas lubang vagina(introitus) bagi memudahkan proses bersalin. Segala keputusan sama ada seseorang itu perlu di lakukan episiotomi atau tida, bergantung kepada doktor atau jururawat yang menyambut kelahiran itu.

Episiotomi bukannya satu rutin yang wajib dilakukan keatas ibu-ibu bersalin tetapi satu prosedur yang perlu ada justifikasi sebelum melakukan. Bagi kami doktor yang menyambut kelahiran bayi,di saat-saat akhir perlu menilaikan sama ada tanpa episiotomi adakah proses bersalin ini akan lambat atau jika perineum koyak adalah ia akan koyak kedalam dubur dibelakang.Ini memerlukan pengalaman setelah menyambut ribuan bayi.

Bilakah episiotomy perlu dilakukan?

WHO mencadangkan episiotomy perlu dilakukan dalam situasi berikut:

Bersalin normal yang komplikated

  • Bersalin songsang
  •  Bahu bayi tersangkut/shoulder dystocia
  • Menggunakan forceps atau vakum semasa melahirkan.
Jika terdapat parut yang serius pada bahagian vagina

·         Kerana mutalasi genital perempuan yang diamal olih beberapa Negara di Afrika

·       Koyakkan perineum yang serius dan tidak pulih

Jika terdapat tanda-tanda anak lemas/distress

Nota: Pada pengalaman saya tidak kira sama ada anak pertama atau anak ramai pun,perineum tetap juga koyak walaupun perineum  jiga dengan baik. Anak sulong hampir semua memerlukan episiotomy kerana lubang vagina ketat dan menghalang kepala bayi dari keluar.

Apakah jenis-jenis episiotomy?

Terdapat 2 jenis episiotomy:

1.       Episiotomi mediolateral guntingan dilakukan bermula dari bahagian ‘fourchette’arah ke kiri ( pukul 7 hingga 8 mengikut jam).Cara ini dapat mengurangkan risiko trauma pada ‘sphinter’/injap anus/dubur. “Sphinter’ ini penting untuk mengawal najis dari terkeluar dengan sendiri.Kelemahan mediolateral adalah perdarahan dan hematoma mudah berlaku. Sakitnya lebih dari episiotomi midline.

2.       Epsiotomi midline yang guntingan dilakukan bahagian ‘fourchette’ ke arah lubang anus/dubur(pukul 6 mengikut jam).Kebaikan cara ini adalah kejadian perdarahan dan haematoma adalah rendah berbanding dengan mediolateral tetapi kejadian kecederaan pada ‘sphinter’ adalah tinggi.



Bagaimana episiotomy dilakukan?

1.       Jika ibu tidak mengambil epidural, episiotomy dilakukan selepas lignocaine(ubat pelali setempat) diberikan. Jika tidak sempat, episiotomy dilakukan semasa kontraksi maksimum dan ibu tengah meneran.
2.       Dua jari tangan kiri di letakkan diantara kepala bayi dan perineum. Ini bertujuan untuk mengelakkan kepala bayi tercedera.
3.       Gunting khusus untuk episiotomy di gunakan. Kebiasaanya hanya memerlukan satu guntingan sepanjang 3 -4 cm. Sebaik-baik guntingan dilakukan semasa kontraksi maksimum.


Nota:
·         Jika episiotomy dilakukan terlalu awal, perdarahan banyak berlaku.
·         Episiotomi mesti dijahit semula secepat mungkin
·         Pelalian akan diberi sekira ianya tidak diberi sebelum di gunting sebelum dijahit.
·         Pemeriksaan dubur dengan memasukkan jari kedalamnya dilakukan selepas episiotomy bagi mempastikan tiada terdapat ekstensi koyak kedalam anus.

Apakah komplikasi-komplikasi kecederaan dan episiotomy pada perineum?





·         Perdarahan
·         Hematoma/Darah beku di perineum
·         Sakit
·         Jangkitan kuman/infeksi
·         Parut
·         Sakit semasa seks
·         Fistula( terjadinya satu saluran yang menyambungkan lubang dubur dan vagina. Pesakit mendapati najis keluar dari vagina.)

Penjagaan Episiotomi selepas bersalin.




Penjagaan episiotomi amat mudah. Kebersihan di kawasan perineum amat penting. Pastikan selepas kencing atau buang air besar, perineum di bersihkan dengan air dan di lap kering. Anda tidak perlu menyapu apa-apa ubat seperti krim antibiotik. Badan anda sudah cukup mengawal segala infeksi yang datang dari dubur terutamanya. Jika najis melekat di episiotomi, maka infeksi akan terjadi. Olih itu pastikan anda keringkan perineum anda selepas kebilik air. Kalau anda selesa, anda bolih gunakan 'sitz bath" dimana anda bolih duduk dalam besin air yang bercampur dengan garam. Larutan garam dapat menarik sel-sel darah putih ketempat episiotomi bagi mengawal infeksi.Ambillah ubat 'painkiller' yang telah diberikan untuk beberapa hari. Sakit episiotomi bolih berpanjangan untuk seminggu dua tetapi sakit akan berkurangan setiap hari. Anda bolih gunakan ais untuk tuam pada episiotomi jika ianya bengkak. Saya akan bagi 'stool softener' untuk memudahkan ibu buang air besar.



Friday, 22 June 2012

Hepatitis B dan Kehamilan


Assalamualaikum semua,

Salah satu dari ujian semasa hamil adalah pemeriksaan Hepatitis B. Anda juga sebelum ini mungkin pernah mengambil suntikan Hepatitis B . Pada masa sekarang,anak-anak semua akan diberikan suntikan vaksin Hepatitis dan  vksin ini termasuk dalam jadual vaksinasi yang wajib.

Apakah yang menyebabkan anak-anak sekarang di wajibkan mengambil vaksin Hepatitis B?

Penyakit Hepatitis adalah disebabkan olih virus Hepatitis B. Hepatitis  B merebak melalui darah yang tercemar,produk-produk darah dan kontak seksual. Inkubasi hepatitis adalah 2 – 6 bulan sebelum darah menunjukkan tanda-tanda tercemar.
Pesakit akan mengalami jaundis,gatal seluruh badan,hilang selera makan dan juga bengkak hati. Dalam jangka masa panjang ia akan menyebabkan sirrhosis hati,kegagalan hati dan kanser hati.Anda tahukan hati kalau rosak tidak ada rawatan kecuali pemindahan hati dilakukan.


Apakah makna setiap ujian Hepatitis itu?

·         HBsAg Positif-menandakan anda di jangkiti Hepatitis sekarang
·         HBeAg Positif-berlaku replikasi virus secara aktif
·         HBsAg Antibodi Positif-menandakan anda mempunyai immuniti sama ada dari jangkitan atau vaksinasi. 

Apakah risiko-risiko kepada ibu hamil yang jangkiti Hepatitis B?

·         65% yang subklinikal akan pulih sepenuhnya
·         25% akan mendapat penyakit hepatitis akut
·         10% menjadi pembawa Hepatitis B kronik
·         < 0.5% mendapat hepatitis yang serius yang bolih membawa kepada kematian.

Apakah risiko-risiko kepada bayi yang dikandung?

Transmisi virus kepada bayi biasanya berlaku semasa bersalin dan <5% berlaku semasa menandung kerana perdarahan pada uri. Jangkitan Hepatitis B kepada bolih membawa kepada kematian dan kebanyakannya menjadi pembawa kronik yang mempunyai risiko sepanjang hayat untuk mendapat sirrhosis hati dan kanser hati.

Risiko transmisi menegak/vertikal(jangkitan dari ibu ke bayi) semasa hamil bergantung kepada statuspembawa ibu semasa bersalin’
·         HBsAg dan HBeAg POSITIF- 95% risiko transmisi menegak
·         HBsAg POSITIF dan HBeAg NEGATIF-<15% risiko transmisi menegak

RAWATAN

1.       Saringan Hepatitis B secara rutin kepada semua ibu-ibu hamil
2.       Vaksinasi Hep B sebelum mengandung
3.       Bayi-bayi yang dilahirkan olih ibu-ibu yang jangkiti Hep B atau pembawa kronik Hep B, perlu mendapat suntikan Hep B antibody(IgG) dan vaksinasi Hep B dalam masa 24 jam selepas bersalin.Cara ini mungkin dapat mencegah 95% jangkitan Hep B semasa bayi.

Kesimpulannya jangkitan Hepatitis B mempunyai komplikasi kepada hati ibu dan juga bayi.Dengan kita mengetahui status ibu semasa hamil,persediaan seperti suntikan antibody Hep B bolih diberikan. Disamping itu doctor atau jururawat yang membantu and semasa bersalin bolih langkah pro aktif dari mereka dijangkiti Hep B.