Assalamualikum semua,
Tidak lama kita akan berpuasa dan tergerak hati saya untuk
menulis mengenai puasa Ramadan dan kehamilan. Oleh kerana puasa dibulan Ramadan
selama 30 hari, 12 jam sehari di kawasan beriklim tropika sudah tentu sedikit
sebanyak akan menjejas ibu-ibu dan juga kadungan mereka.
Sebenarnya tidak banyak kajian-kajian yang dijalankan bagi
mengenalpasti kesan-kesan puasa sebualan dengan kehamilan. Dan kalau ada pun,
kualiti kajian tersebut banyak kedapatan bias dan menjejaskan keputusan.
Mungkin suatu hari nanti ada dikalangan kita yang dapat menjalankan kajian yang
terperinci dan berkualiti bagi menjawab kemusykilan terhadap puasa dan
kehamilan.
Adakah puasa ini selamat?
Walaupun terdapat beberapa kajian mengenail kesan puasa
sebulan dan kehamilan,masih tidak terdapat jawapan yang tepat. Kami tidak
benar-benar pasti yang puasa adalah selamat untuk wanita hamil berserta dengan
kandungan mereka.
Jika anda benar-benar berasa sihat dan kuat untuk
berpuasa,saya rasa ianya tidak menjadi masalah besar. Mungkin mereka yang masih
diperingkat Trimester 1 dengan loya,muntah,tidak bolih makan dan minum,letih
yang amat sangat mungkin tidak berapa sesuai.
Jika anda tidak berasa sihat untuk berpuasa kerana
kehamilan,agama kita membenarkan ibu-ibu tidak berpuasa tetapi dengan syarat
menggantinya semula selepas bersalin. Jika anda tidak berasa yakin eloklah
berbincang dengan doctor.
Daripada beberapa kajian yang telah dijalan:
·
Tiada perbezaan dari segi Skor Apgar diantara
bayi yang dilahirkan dari ibu-ibu yang berpuasa dengan yang tidak berpuasa.
Skor Apgar adalah skor yang kami gunakan untuk menilai kesihatan bayi semasa
dilahirkan.
·
Terdapat ibu-ibu yang melahirkan bayi yang
mempunyai berat badan rendah.Tapi kajian ini terdapat bias yang mana mereka
datang dari golongan yang kurang mampu.
·
Terdapat juga kajian di peringkat awal kehamilan
dikaitkan dengan masalah kesihatan bila bayi-bayi ini membesar.
·
Berpuasa juga tidak menjejaskan IQ bayi.
·
Walaupun terdapat perubahan pada keseimbangan
biokimia semasa berpuasa tetapi ianya tidak memberi kesan-kesan negative kepada
petumbuhan dan berat badan bayi.
·
Terdapat kaitan puasa dengan kelahiran pra
matang dan perlu diberi perhatian
Secara keseluruhannya jika ibu-ibu mempunyai kesihatan yang
elok,mereka tidak mempunyai masalah semasa berpuasa dan impak terhadap kandungan(kalau ada)
adalah amat kecil.
Bagaimana dengan ibu-ibu hamil yang lain?
Dari segi pengalaman saya, majority ibu-ibu berugama Islam di
negara kita berpuasa walaupun mereka tahu puasa in tidak wajib bagi ibu-ibu
yang mengandung dan sedang menyusu bayi mereka.
Mereka berpuasa kerena tuntutan ugama dan mereka ‘malas’
hendak menggantinya balik selepas bersalin. Mereka yang mempunyai masalah medical
seperti diabetis dan darah tinggi, ramai yang berpuasa dan mereka boleh
mengubah cara pengambilan ubat-ubat. Bagi saya eloklh dibawah berbincangkan doctor
anda jika mempunyai masalah medical dan hamil juga. Mungkin berpuasa bolih
membahayakan anda dan bayi yang dikandung.
Beberapa petua untuk ibu-ibu yang merancang untuk berpuasa.
1.
Perancangan awal semasa bulan Ramadan adalah
penting supaya mudah bagi anda menjalani ibadah puasa ini.
2.
Periksa tahap kesihatan anda dengan berjumpa
dengan doctor anda. Kawal masalah medical seperti diabetis dengan baik dan
mungkin anda perlu lakukan ulangan antenatal yang lebih kerap lagi.
3.
Kurangkan pengambilan kaffein seperti kopi dan
kola. Kurangkan sebelum puasa lagi.
Kaffein menyebabkan diuresis(kencing
banyak) dan menyebabkan anda mengalami dihidrasi.
Rehydrate sebanyakkan mungkin semasa sahor.
4.
Habiskan masa ‘indoor’ bagi mengelakkan
dihidrasi.
5.
Berbincang dengan majikan anda tentang carakerja
semasa bulan puasa seperti mengurangkan waktu bekerja.
6.
Catatkan pengambilan makanan dan cecair
Bagaimana cara terbaik untuk berbuka puasa?
ü
Mulakan dengan makanan yang boleh melepas tenaga
secara perlahan. Contohnya karbohidrat kompleks seperti ‘whole grains dan
bijian dan makan berfiber-tinggi seperti buah kurma,sayuran dan buahan kering.
ü
Elakkan makanan yang mempunyai kandungan gula
yang tinggi kerana ini akan menyebabkan paras glukos yang mendadak tinggi.
Kesannya paras insulin juga meningkat serta merta dan paras glukos menurun
dengan cepat. Akibatnya anda berasa pening dan pitam.
ü
Elakkan makanan berlemak.
ü
Ambil banyak proton dari bijian,kekacang,daging
dan telur. Protin untuk pembesaran bayi.
ü
Dari berbuka hingga kesahur,perbanyakkan minum
air sekurang-kurangnya 2 liter. Elakkan kopi.
Apakah yang anda perlu berwaspada semasa berpuasa?
Perubahan kepada pergerakan bayi anda.
Bayi yang aktif bergerak lebih dari 10 kali
dalam masa 12 jam. Jika anada berasa bayi anda kurang bergerak segera beritahu doctor
anda.
Jika berat badan anda static atau menurun semasa
puasa.
Anda mengalami dihidrasi.
Anda berasa amat dahaga,letih dan tidak
bermaya,air kencing pekat dan berbau kuat.
Anda mengalami kontraksi.
Dihidrasi boleh menyebabkan ‘premature
contractions’ dan kelahiran pramatang.
Walaupun selepas berihat anda masih lagi mengalami
kelusuan,pitam,pening. Meloya dan muntah.
Kesimpulannya,anda perlu bersabar adan elakkan stress yang
bukan-bukan kerana perubahan jadual permakanan dan kekurangan makanan dan
air. Anda perlu berihat banyak bagi mengawal kegunakan kalori anda. Bantuan
dari suami,pembantu rumah dapat mnbantu anda. Elakkan dari berapa dibawah cuaca
panas bagi mengelakkan dihidrasi.
SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA PEMBACA DAN SEMUGA BULAN
RAHMAT INI KITA DAPAT KEREDAAN DAN BARAKAH DARINYA.
salam doktor, bagus info ini..
ReplyDeletesaya nak tanye la doktor, kandungan saya dah 22 minggu, alhamdulillah puasa saya ok.
satu masalah saya, masa solat ..masa berdiri tuh saya selalu rasa macam nak pitam, gelap mata..apa puncanya yer doctor?
Ini disebabkan darah lari dari kepala ke kaki dgn tiba tiba. Kena bangun perlahan lahan. Sudden change memang gitu
ReplyDeletesalam doc, selamat berpuasa.saya ingin bertanya doc sesuatu.
ReplyDeletesaya sedang mengandung 16 minggu sekarang, saya ada dua masalah.
1) sejak dari awal mengandung, sy mengalami sakitperut pedih ulu hati, dada n tekak selalu rasa terbakar, saya juga susah menelan makanan.makanan sentiasa tersekat di tekak saya.contoh air juga mengambil masa yg lama untuk turun. masalah pedih ulu hati buat saya muntah teruk (keluar air masam) tak berhenti dan selalu batuk kerana tekak pedih.
saya perhatikan makanan buat saya sakit adalah yg berempah, masam, pedas, ada bawang, berminyak, berlemak. berat saya turun hampir 5 kg sejk pregnant.saya jarang makan nasi,kalau makan tak boleh lebih 5 sudu kerana saya akan rasa sesak nafas.saya selalu makan roti, kurma dan biskut, roti kadang2 buat saya pedih ulu hati kerana ada yis.jadi saya selalu sendawa keluar angin.
masalah nye doc, sekrang puasa.mcm mne car terbaik untuk saya dapat puasa? sy cuma puasa pada 2 hari yang pertama. itu pon sy terbaring menahan sakit n muntah.
2) masalah ke dua, saya on off bleeding. macam keputihan biasa sebelum period, tapi ada darah bersama.kadang2 fresh blood, kadg2 berwarna coklat..saya tidak melakukan aktiviti lasak atau bersama suami. semalam doc scan dan doc mengatakan uri saya masih di bawah.pada minggu ke 13 juga ada bleeding dan doc mengatakan uri masih di bwah. saya tahu di peringkat awal uri mmg di bawah, tapi adakah itu punca saya bleeding? kerana saya risaukan kandungan saya.
maaf kerana soalan panjang, terima kasih doc.
1.' reflux esophangitis' adalah normal bagi ibu-ibu hamil. Simtom-simtomny atipikal macam puan ada.Ini disebab olih lebihan asid-asid gastrik dalam perut dan kegagalan injap ynag mengawal asid ini dari masuk kedalam saluran esofagus(dari tekak keperut)
DeleteCara mengatasi
1.Bila tidur,badan mesti tinggi dari kaki semacam tidur diatas kerusi malas.Sujud dan tidur telentang menyebabkan ianya lagi teruk.
2. Makan kerap supaya dapat meng neutralasikan asid-asid tadi. elakkan makanan berasid tinggi seperti cuka,masam-masam,rempah dan berminyak.
3. Ubat yang saya beri adalah Zantac bagi mengurangkan produksi asid gastrik dan Gaviscon bagi mengkurang keasidikan dalam perut.
Msalah kedua selain dariuri bawah, elok periksa dibahagian pintu servik kalau terdapat polyp. Kebanyakkanberpunca dari infeksi dipinti rahim atau vagina. antibiotik mungkin diperlukan.
salam doktor, saya ingin meminta pendapat doktor jika saya ingin membuat pemeriksaan kesuburan saya dan suami waktu bila yang sesuai untuk pemeriksaan tersebut?
ReplyDeletesalam doktor..boleh bg email doc tak?saya ade kemusykilan yang ingin ditanya..sgt penting!
ReplyDeletetq..
assalam doc...saya kini hamil 12 minggu...apa yg merunsingkn sy..tiada fetal echo n janin x terbentuk..
ReplyDeletepersoalannya..adakh ini dipanggil miscarriage. ..dan apekah kesan sampingan jika sy mahu teruskan kndgn ini sehingga 16 minggu untuk kepastian...adakh perkara ini biasa terjadi dan apakh pyncanya...many thanks
doktor, kalau saya mengalami kontraksi semasa berpuasa (saya dh 37 weeks pregnant), it that okay? adakah kontraksi akan menyebabkan kelahiran?
ReplyDeletesalam dr suhaimi..
ReplyDeletenak tny, insyallah bulan satu 2015, sy nk buat umrah..
boleh tak sy nk amik pil yasmin?
mcm mane nk mula?
bila nk kena completekan?
brape paket nk kena makan?
sy tak merancang ape2..part tu tak perlu risau.
yg sy risau, takut period kacau waktu buat umrah..
dr suhaimi balas kat email sy
fadhilahazmi@yahoo.com
tq..(p&c)
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteHương Lâm chuyên cung cấp máy photocopy, chúng tôi cung cấp máy photocopy ricoh, toshiba, canon, sharp, đặc biệt chúng tôi có cung cấp máy photocopy màu uy tín, giá rẻ nhất.