Saya adalah seorang penghidap Multiple Sclerosis berusia 28
tahun dan sudah dua tahun mendirikan rumah tangga. Kini saya sedang hamil anak
pertama di mana usia kehamilan mencecah tujuh bulan. Malah sebaik mengambil keputusan
untuk menimang cahaya mata, saya dinasihatkan menghentikan sebarang rawatan
terapi tiga bulan lebih awal sebelum disahkan hamil bagi memastikan kesan ubat
hilang sekali gus melindungi janin dalam kandungan. Persoalannya saya ialah,
saya mahu menyusukan anak secara eksklusif selama dua bulan sebelum kembali
bekerja, tetapi doktor menasihatkan saya supaya melupakan hasrat itu dan
kembali menjalani terapi MS sebaik selesai bersalin kerana bimbang gejala MS
akan berulang. Bagaimanapun, saya perlu mendapatkan pandangan kedua dari doktor
wajarkah tindakan saya untuk terus menyusukan anak selepas bersalin. Adakah
dengan menyusukan anak gejala MS saya akan berulang dan membahayakan bayi.
Terima kasih doktor.
Munira, Labis Johor
Assalamualaikum Puan Munira,saya amat bersimpati dengan apa
yang puan alami sekarang dan berdoa semuga puan dapat menghadapinya dengan
sabar. Terima kasih kerana sanggup berkongsi masalah puan dengan pembaca.
Bagi pembaca-pembaca yang lain,penyakit Multiple
Sclerosis(MS) adalah penyakit berpunca dari masalah autoimmune. Penyakit
autoimmune berlaku bilamana sel-sel immuniti
melawan balik sel-sel normal yang lain walaupun dalam satu badan yang
sama. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana sel-sel immuniti sepatutnya kenal
akan sel-sel rakan yang lain.
Kesan dari autoimmune ini adalah inflamasi yang bolih
merosakkan lapisan myelin(myelin sheath) yang merupakan penutup perlindungan
bagi sel-sel saraf pada system saraf.Sistem saraf adalah termasuk otak,saraf
tunjang dan juga saraf optic. Kerosakan pada lapisan myelin, menyebabkan
signal-signal saraf akan menjadi lembab atau terhenti dari menghantar signal.
Pesakit-pesakit MS akan mengalami pelbagai-bagai masalah
yang berkaitan dengan saraf. Contohnya mereka mengalami masalah mengimbangi badan
dan koordinasi,kebas,kejang otot,mengawal koordinasi tangan dan kaki terutama
ketika berjalan dan lemah badan. Mereka juga sukar mengawal kencing dan buang
air besar dan percakapan mereka juga sukar difahami. Kesemua ini mempunyai
pelbagai darjah permasalahan’
Kesemua simtom-simtom tadi bolih berlaku dalam beberapa
hari,minggu ataupun bulan. Simtom-simtom MS juga bolih berkurangan atau hilang
sama sekali(remission) sebelum jadi semula kemudian(relapse). Penyakit MS bolih
menjadi kronik dan lebih teruk.
Puan Munira, saya kira anda sangat bernasib baik kerana
pakar neurologi membenarkan puan hamil dan puan dapat hamil dalam masa yang
singkat. Memang banyak kajian-kajian menunujukkan pesakit-pesakit MS tidak ada
masalah semasa mengandung mahupun ketika bersalin nanti. Anda memang bolih
brsalin secara normal dan tidak juga epidural menjadi masalah besar. Sebenarnya
hamil merupakan satu perlindungan bagi pesakit MS kerana pada waktu puan hamil
sistem immune menjadi kurang aktif dan steroid yang banyak dapat mencegah
‘relapse’ dari berlaku.
Ok, yang menjadi masalahnya ialah
1.
Walaupun ‘remission’ berlaku semasa puan mengandong(kira
12 bulan iaitu 3 bulan sebelum hamil dan 9 bulan semasa hamil), ‘relapse’
adalah tinggi selepas bersalin iaitu kira-kira 20 hingga 40%. “Relapse”
kebiasaannya berlaku pada 3 hingga 6 bulan pertama selepas bersalin. Inilah
yang membuatkan pakar neurologi puan bersungguh-sungguh mahu mempercepatkan
rawatan sebaik sahaja puan bersalin bagi mengelakkan ‘relapse’ berlaku. Puan
bolih bayangkan bagaimana puan dapat menjaga bayi puan ketiga ‘relapse’ tanpa
bantuan orang lain dan mungkin juga puan tidak bermaya and sukar untuk
berjalan.
2.
Walaupun pesakit MS mempunyai risiko komplikasi mengandung
seperti darah tinggi,kencing manis dan lain lain lagi adalah sama dengan
pesakit-pasakit hamil tanpa MS,tetapi olih sebab rawatan MS memerlukan ubat
yang ‘toksik’ maka puan diberhentikan ubat-ubat terebut 3 bulan sebelum puan
merancang untuk hamil dan 9 bulan semasa hamil.
Adakah ubat-ubat tersebut patut juga
diberhentikan selepas puan bersalin?
Seperti yang telah saya terangkan
diatas,’relapse’ adalah tinggi selepas brsalin maka itulah doctor tidak
membenar puan menyusukan bayi puan kerana beliau mahu memulakan rawatan
ubat-ubat tersebut secepat mungkin setelah setahun diberhentikan! Puan sudah
diberitahu olih doctor puan tentang ubat MS yang bolih masuk kedalam susu puan
dan bolih menjejaskan kesihatan bayi puan. Perkara yang doctor puan takut
adalah kesan sampingan ubat tersebut terhadap bayi puan dan bukannya penyusuan
badan itu sendiri.Penyusuan badan dan penyakit MS tidak menyebabkan ‘relapse’
meningkat tetapi lambat memulakan rawatan adalah punca ‘relapse.
Sama ada puan akan mendapat ‘relapse’
selepas bersalin, hanya Tuhan yang tahu kerana tidak baca masa depan tetapi
saya terang berikan peratusan ianya akan berlaku.Puan tentu terfikir,maknanya
peratusan ‘relapse’ tidak berlaku selepas bersalin adalah 60 hingga 80%! Memang
betul,tetapi adakah puan sanggup ‘berjudi”? Saya kira kalau puan sangat
berhajat hendak juga menyusukan bayi anda untuk jangka yang pendek,eloklah
berbincang dengan doctor puan. Beliau lebih arif dari saya dan juga puan. Ramai
pesakit MS memilih untuk menyusukan bayi mereka dengan susu formula dan
memulakan rawatan secepat mungkin.
Saya harap faham dengan penjelasan saya.
No comments:
Post a Comment