Entri kali ini saya akan bincangkan 3 komplikasi utama yang
bolih berlaku semasa berpantang. Tiga komplikasi ini mempunyai morbiti yang
tinggi dan jarang sekali mortality. Oleh itu para-para ibu yang telah selamat
melahirkan tidak kira secara normal ataupun caesarean perlu mengetahui 3 komplikasi
tersebut.
Apakah 3
komplikasi-komplikasi tersebut?
1.
Secondary Postpartum Haemorrhage/Pertumpahan
darah sekunder
2.
Venous Thromboembolism(VTE)/Tromboembolisma Vena
3.
Puerpural pyrexia/Demam panas selepas bersalin
Nota: Disini saya hanya akan bincangkan sedikit tiap-tiap satu
komplikasi tersebut kerana( sebenar) setiap satu komplikasi di atas adalah merupakan
satu tajuk yang luas dalam buku-buku perubatan! InsyaAllah saya akan terangkan
dengan lebih terperinci dalam entri-entri lain.
Apakah yang
dimaksudkan dengan Pertumpahan darah sekunder?
Mengikut definasi,adalah perdarahan yang ‘tidak normal’ yang
berlaku selepas 24 jam bersalin sehingga 6 minggu. Intepretasi ‘tidak normal’
sememangnya subjektif. Bagi saya jika kita ambil darah nifas (dari segi jumlah
dan berapa lama ia turun) sebagai standard , maka sebarang perdarahan lebih
dari itu kita bolih beranggapan ianya pertumpahan darah sekunder. Majoriti
wanita mengalami pengaliran darah yang banyak dari amaun.
Bagi Negara--negara Membangun,pertumpahan darah sekunder
adalah punca utama kes-kes kematian ibu selepas bersalin. Di Negara-negara Maju
pula hanya kurang dari 5% ibu-ibu lepas bersalin dimasukkan semula kehopital di
sebab pertumpahan darah. Punca utama pertumpahan darah adalah tisu-tisu uri
masih tertinggal,jangkitan dalam rahim dan koyak pada servik atau vagina yang
tidak diketahui.
Apakah Tromboembolisma
Vena(VTE)?
Di United Kingdom,VTE adalah punca utama kematian ibu
selepas bersalin. VTE,pesakit mungkin tidak mempunyai apa-apa simtom dan kalau
yang serius datang dengan simtom-simtom Tromboembolisma Pulmonari.Dalam kes
Tromboembolisma pulmonari, terdapat trombus(kumpalan darah dan platelet) tersebar
dan tersumbat di dalam paru-paru. Pesakit akan mengalami kesukaran
bernafas,sakit dada,pengsan dan batuk berdarah. Pesakit bolih meninggal
sertamerta.
Satu lagi komplikasi yang berlaku dalam kumpulan VTE ini
adalah ‘Deep Vein thrombosis’(DVT). Ini terjadi kerana pembekuan darah dikaki
atau di dalam pelvis. Saluran darah yang terlibat adalah saluran vena. Pesakit
akan mengalami sakit dikaki terutama dibahagian otot-otot keting,bengkak kaki
dan kulit kemerahan dan panas,
Apakah Puerpural
Pyrexia?
Asasnya ia bermakna demam panas > 38 selsius dalam masa 14 hari selepas
bersalin. Pada zaman dahulu sebelum ujudnya antibiotic, ia merupakan punca
utama kematian ibu selepas bersalin. Pada zaman sekarang ianya telah amat
berkurangan tetapi kita masih perlu berwaspada.
Kesimpulannya, 3 komplikasi diatas perlu diberi perhatian
dan segeralah kehospital jika anda mengalaminya. Ketiga-tiga komplikasi
mempunyai morditi dan mortality yang tinggi jika diabaikan
No comments:
Post a Comment