Followers

Monday, 9 July 2012

Berpantang- Perubahan yang berlaku



Sebenarnya semasa (lepas bersalin)postnatal,wanita masih tidak dapat lari dari komplikasi-komplikasi kehamilan. Mengikutkan definasi,masa postnatal adalah sampai hari ke-42 selepas bersalin. Perubahan-perubahan yang berlaku semasa postnatal adalah ‘reversal’ dari  kehamilan ke normal. Maknanya badan anda akan mengalami perubahan-perubahan bukan saja dari segi hormone  tetapi keseluruhan iaitu fizikal,fisiologi dan juga emosi. Segala perubahan ini berlaku secara maksimum dalam masa 2 minggu.
Perubahan yang ketara adalah:
·         Involusi(pengecutan) rahim dan segala organ-organ peranakan.
·         Permulaannya laktasi(penyusuan)
·         Perubahan fisilogi pada sistem-sistem lain
Involusi rahim
Involusi bermakna kembalinya rahim kepada keadaan  normal termasuk dari segi saiz,tona dan kedudukannya.
Semasa proses involusi ,fiber-fiber otot rahim akan mengalami ‘phagocytosis’ dan ‘autolysis’ dimana fiber-fiber otot ini akan hancur disebabkan oleh enzim proteolysis.Semua hasilan bahan kumuhan ini akan masuk kedalam system darah dan dinyahkan oleh buahpinggang.
Lapisan endometrium(dinding rahim) pula akan mula tumbuh 10 hari selepas bersalin dan dalam masa 6 minggu seluruh dinding akan di lapisi dengan lapisan endometrium yang baru. Jadi tidak hairan kalau haid yang pertama selepas bersalin bolih berlaku 6 minggu selepas bersalin.Penyusuan badan dapat melambatkan pertumbuhan lapisan endometrium baru kerana penyusuan badan membuatkan aktiviti-aktiviti ovari terbantut. Dalam masa 6 minggu juga,saiz rahim telah kembali ke saiz asalnya.
Wanita yang bersalin dengan cara caesarean,involusi rahim berlaku lebih perlahan kalau dibandingkan dengan bersalin normal. Bagi mempercepatkan rahim balik ke saiz asalnya adalah dengan membanyakkan penyusuan badan. Penyusuan badan juga dapat mengeringkan darah nifas lebih awal. Hanya jangkitan kuman pada endometrium dan jika terdapat tisu-tisu uri yang tidak habis keluar bolih menyebabkan involusi lambat.
Disini, anda bolih lihat secara semulajadinya rahim akan kembali ke posisit asalnya tanpa perlu kita memperbetulkan dengan cara mengurut.
Darah nifas
Darah adalah komponen yang terpenting dalam darah nifas pada peringkat awal selepas bersalin. Semasa dalam pantang,darah nifas akan bertukar warna dari merah ke kuning dan pada akhir minggu kedua ianya bertukar kepada kuning jernih. Purata darah nifas habis dalam masa 30 hari tetapi sampai 60 hari masih dianggap normal. Sebenarnya banyak sangat variasi darah nifas dari segi jumlah,warna dan panjangnya ia turun bagi setiap ibu berpantang.
Sekiranya darah nifas anda masih lagi merah, tidak berhenti dan semakin banyak,segeralah berjumpa dengan doktor untuk ultrasound kerana jika tisu-tisu uri masih tertinggal,darah nifas anda jadi begini disertai dengan sakit di bahagian ari-ari seperti kontraksi dan anda boleh demam. Jikalau tisu uri masih ada, D & C perlu dilakukan. Jika tiada terdapat tisu-tisu tertinggal,ianya disebabkan oleh jangkitan kuman didalam rahim.Rawatan antibiotik sudah memadai.
Episiotomi dan perineum
Walaupun anda bersalin normal dan tidak mempunyai episiotomi,perineum anda tetap akan mengalami kecederaan atau bengkak. Jika episiotomi anda jenis yang memerlukan benang jahitan dibuang maka kebiasaan di lakukan  pada hari ke 7 selepas bersalin. Pada masa sekarang, kami menggunakan benang-hancur-sendiri yang tidak perlu dibuang benangnya. Cara ini dapat menambahkan keselesaan anda semasa berpantang.
Kecederaan pada perineum bolih menyebabkan tekanan emosi dan psikologi pada wanita kerana ia menyebabkan mereka sukar untuk kencing,sukar bergerak dan sudah tentu sekali sakit. Sakit atau bengkak pada bahagian perineum menyebabkan ibu sukar untuk tidur dan menyusu badan.
Sakit pada bahagian perineum punca utamanya kerana episiotomy. Kadangkala benang itu di ikat dengan ketat. Hematoma(darah beku) boleh berlaku pada luka episiotomyi dan perlu dibuang dan di jahit semula.
Cara penjagaan episiotomi ada pada entri yang lalu. Yang penting adalah kebersihan pada perineum dengan membersihkannya dan tukar sanitari sekerap mungkin.
Kami akan membekalkan ubat tahan sakit seperti mefenemic acid untuk dimakan semasa berpantang. Kami juga memberikan ubat lawas supaya ibu-ibu mudah membuang air besar. ‘Sitz bath’ bolih digunakan untuk membersihkan perineum tetapi bukannya wajib dilakukan. Ibu-ibu tidak perlu mengambil antibiotik atau sapu krim antiseptic pada luka episiotomy sudah cukup dengan membersih dan mengeringkan bahagian perenium tersebut.
Kardiovaskular
Volum plasma darah yang berlebihan akan di nyahkeluar dari saluran darah  semasa proses diuresis berlaku beberapa hari selepas bersalin. Begitu juga edema(bengkak) pada kaki dan tangan akan susut beberapa hari selepas bersalin. Semasa pantang adalah penting untuk ibu-ibu tidak mengalami ‘deep vein thrombosis(DVT)’ atau pembekuan darah di kaki. Masalah ini timbul kalau ibu-ibu tidak bergerak semasa pantang. Walaupun sakit pada perineum atau luka caesarean,ibu-ibu mesti bergerak dari katil bagi mengelakkan kejadian DVT ini. Tanda-tanda DVT adalah sebelah kaki bengkak, sakit pada bahagian keting(calf) dan kelangkang dan kulit mengalami inflamasi/radang/kemerahan. Ibu-ibu juga akan mengalami demam.
Payudara
Pada hari ke 3 dan ke 4,payudara mula membengkak dan pigmentasi pada areolar meningkat. Ini disebabkan oleh percambahan dan lobul-lobul payudara untuk persediaan penyusuan.
Permakanan
Bagi mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin,permakana yang seimbang adalah penting.Permakanan mestilah mempunyai komposisi yang terdapat pada piramid permakanan. Pengambilan air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Kesemua ini amat penting untuk penyusuan badan. 

4 comments:

  1. Salam doc, saya nak tanya mengenai jahitan di bahagian perineum. Adakah satu kemestian bagi wanita yg melahirkan bayi secara normal, bahagian tersebut perlu digunting?

    ReplyDelete
  2. sya dh bersalin dh 16 ari. tapi bengkak di kaki sya belum hilang sepenuhnya. di buku lali sya msih bengkak dan lembik bile ditekan. 2 ari lpas kulit di bahagian kaki saya iaitu berdekatan dgn buku lali itu berwarna merah dan gatal. adakah itu merbahaya?

    ReplyDelete
  3. Slm..sy dh 26hari berpantang...alhmdulillh luka sy dh baik tp yg merisaukn sy, sy penah memasukkn jari dlm faraj n sy dapati ade sesuatu seperti benang dan sesuatu...apakah itu? Sy sgt risau

    ReplyDelete
  4. Salam.hr ni hr ke 34 sy berpantang...bagaimana sy nak memastikan darah nifas sy benar2 tidak ada sbb skrg yg keluar adalah bwarna kuning sdikit...adakah itu sperti kputihan biasa atau peringkat nifas?

    ReplyDelete