Assalamualaikum semua,maaf kerana entri kali ini lambat kerana kesibukan kerja.
Kali saya akan terangkan mengenai Sindrom Polisistik Ovari atau Polycystic Ovarian Syndrome(PCOS). Ok saya rasa anda semua
mungkin pernah terdengar atau mendengar tentang PCOS ini. Sindrom ini kerap
atau selalu kita temui pada wanita tetapi perbezaan adalah pada presentasi PCOS
ini pada wanita-wanita ini. Presentasi
PCOS bolih pelbagai cara dari tiada simtom hinggakan pada masalah haid
dan kesuburan.
Bila kita berbicara mengenai sindrom , tidak apa jua sindrom
seperti sindrom Down, tiada terdapat ciri-ciri atau simtom-simtom khusus bagi
penyakit tersebut. Sindrom bermakna terdapat beberapa karektor-karektor atau
ciri-ciri masalah,complain atau ujian-ujian dan bila dirangkumkan menjadi satu
karektor penyakit yang dipanggil sindrom. Olih kerana itu sindrom tidak bolih
ujud hanya dengan satu kerektor atau ciri atau simtom. Ini termasuklah PCOS
ini yang saya akan terangkan kerektor-kerektor
PCOS tersebut.
Apakah PCOS?
PCOS adalah masalah endokrin yang utama wanita. PCOS adalah
punca utama(80%) wanita yang mengalami infertili
yang disebabkan olih kegagalan ovulasi.Adalah dianggarkan 10% wanita mengalami
PCOS dan kalau ultrasound digunakan sebagai kriteria PCOS, peratusannya lebih
tinggi.(20-30%).
Apakah
kriteria-kriteria/ciri-ciri/simtom-simtom PCOS?
1.
Ketidaktentuan atau tiada ovulasi
Ini selalunya ditunjukkan dengan kitaran
haid yang tidak menentu. Kitaran panjang(>42 hari),darah turun berlebihan
dan panjang. Perdarahan haid yang banyak dan panjang bolih menyebabkan anemia.
2.
Terdapatnya ciri-ciri “hyperandrogenism” sama
secara klinikal atau ujian darah.
“Hyperandrogenism” adalah keadaan dimana
seseorang itu mempunyai paras hormone androgen/testosterone(hormone lelaki)
yang tinggi dalam darah. Secara klinikalnya,wanita ini mempunyai masalah
jerawat,alopecia(Rambut botak) dan hirsutism( bulu-bulu halus berlebihan di
muka,dada dan perut). Kalau ujian darah dilakukan seperti serum Testosterone
menunjukkan parasnya tinggi.
3.
Ultrasound menunjukkan ovari-ovari mempunyai banyak cyst-cyst kecil (purata 1
cm) berkumpul di pinggir dinding ovary membentuk satu “rantaian kalung
mutiara.”. Pada setiap ovary terdapat lebih dari 12 cyst-cyst kecil ini dan
kedua-dua ovary bersaiz besar.
Apakah
komplikasi-komplikasi atau masalah-masalah berkaitan dengan PCOS?
1.
Masalah/komplikasi masapendek
·
Masalah kitaran haid tidak normal termasuklah
haid berhenti.
·
Masalah hirsutism
·
Masalah kesuburan.infertiliti
2.
Masalah/komplikasi masapanjang
·
Obesiti
·
Masalah metabolic dan rintangan insulin koelsterol tinggi,sakit jantung.
·
Diabetis Jenis 2 atau diabetis semasa mengandung
·
Darah tinggi
·
“Hyperplasia” dinding rahim dan bolih
menyebabkan kanser rahim. Hyperplasia terjadi kerana rangsangan estrogen pada
dinding rahim terlalu lama.
Apakah
Etiologi/sebab-sebab PCOS?
Patogenesis PCOS tidak diketahui sepenuhnya, Olih kerana karektor-karektor
PCOS adalah pelbagai maka etiologi bukan satu tetapi mungkin juga pelbagai
punca.
Diantara faktor-faktor penyebab PCOS adalah:
·
Genetik
·
Rintangan Insulin/Insulin resistance dengan
hyperinsulinaemia.
Terdapat masalah pada reseptor insulin pada sel-sel dan menyebabkan
insulin tidak dapat digunakan. Maka badan akan respon dengan menghasilhan lebih
banyak lagi insulin.
·
Hyperandrogenism
Ovari-ovari menghasilkan lebih banyak hormon-hormon androgen. Ini
berpunca dari peningkatan hormone LH yang merangsang sel-sel theca pada ovary untuk menghasil lebih
androgen.
·
Obesiti
Diantara
35 hingga 60% wanita PCOS mempunyai BMI > 30 kg/m2. Obesiti PCOS adalah
obesity sentral(di perut) dan ianya memburukkan lagi rintangan insulin.
Apakah ujian-ujian
yang dilakukan bagi menguji PCOS?
·
Paras serum hormone
LH,FSH,Testosteron,Prolaktin,Tiroid
·
Ujian bagi hyperandrogenism adalah hormone DHEA
dan SHBG
·
Ultrasound pelvis
Apakah rawatan yang
ada untuk pesakit PCOS?
Pilihan rawatan bergantung kepada apakah kemahuan wanita
itu.
Merubah carahidup
Mengurangkan berat badan kepada berat yang ideal
dengan permakanan dan senaman. Wanita PCOS memerlukan sokongan dari suami atau
kawan-kawan kerana mereka biasa mempunyai ‘low self-esteem’ dan sensitik. Saya
rasa inilah cara yang terbaik bagi rawatan PCOS.
Memulihkan masalah
haid
o
Menurunkan berat badan
o
Pil perancang keluarga (COCP)
o
Metformin
Metformin
adalah ubat kencing manis digunakan untuk mengawal hormone androgen.Metformin
bolih menggalakkan ovulasi dan mengawal haid.
Mengawal
simtom-simtom hyperandrogenism
o
Kosmetik seperti bercukur,mencabut,elektolisis
o
Ubat Anti-androgen bolih digunakan untuk rawatan
jerawat dan hirsutism.Perlu diambil selama 6 hingga 9 bulan untuk menampakkan
kebersanannya. Elakkandari mengandung semasa pengambilan anti-androgen.
o
Pil Perancang keluarga dapat mengurang hormone
androgen. Contohnya ialah Diane.Selain dari mengurang simtom
hyperandrogenism,ianya juga menyebabkan kitran haid teratur dan normal.
Infertiliti
o
Mengurangkan berat badan sahaja bolih membantu
seseorang itu mengandung.
o
Induksi Ovulasi dengan Clomiphene atau
gonadotrophin.
o
“Ovarian drilling’ melalui laparaskopi
o
In-vitro-fertilisation(IVF).
Kesimpulan:
PCOS adalah masalah
endokrin yang utama pada wanita. Simtom-simtom PCOS adalah pelbagai seperti
masalah haid,kesuburan,obesity dan hirsutism. PCOS juga mempunyai komplikasi
masa panjang seperti diabetis,darah tinggi, kolestero tinggi
dan serangan sakit jantung. Rawatannya bergantung kepada kehendak
pesakit. Mengurangkan berat badan kepada paras yang normal adalah rawatan utama
PCOS.
salam doc..sye mmg di diagnosiskan pcos..dgn bantuan yasmin 3bln dan clomid..alhamdulilah sye dikurniakan rezeki..soalan nya..bulehkah sye menggunakan clomid lagi tuk mendapatkan seorang lagi zuriat..tapi sye masih breastfeed anak setahun..
ReplyDeletetunggulah sehingga anak habis breast feeding kerana semasa breast feeding clomid tidak bolih diambil dan breast feeding juga menyebabkan kita kurang subur. Jadi berlawanan dengan clomid.
Deletetrima kasih banyak2 doctor..;))
DeleteAssalamualaikum doc..
ReplyDeleteSaya nak tau, apabila doc check samada mengidap pcos, adakah doc akan scan macam scan nak tengok baby tu ? ataupun scan cara lain..?
buat pengetahuan doc, saya tak period2 lagi..last period 4.4.12..bila check tak mengandung pon. saya dah double check di klinik, g scan 2 kali memang tak pregnant..saya takut adakah saya jugak mengalami pcos memandangkan berat badan saya semakin naik especially lemak di perut. tapi buat pengetahuan doc, saya takde pulak tumbuh bulu2 di muka.
harap doc dapat bantu saya.
Scan dari bawah. Vaginal scan baru nampak. Kalau badan naik period akan berhenti. Kalau ada masalah fertiliti check dgn doktor
Deletesalam Dr,
ReplyDeleteSaya ingin bertanya berkenaan Pre-eclampsia -eclampsia. maybe dr buat artikel mengenainya nanti. TQ
Insyallah. Preeclampsia,darah tinggi semasa hamil adalah topik wajib. Akan diuruskan.
Deletesalam doc... saya telah disahkan menghidap PCOS... saya telah diberikan ubat glucophage selama 6 bulan dan minggu lepas, gynae saya menyuruh untuk sambung selama 6 bulan lagi...
ReplyDeleteada tak cara lain untuk membantu saya terutamanya dalam mendapatkan zuriat kerana saya telah berkahwin selama setahun setengah dan masih tiada rezeki...
1.ubat subur clomid
ReplyDelete2. Ovarian drilling
3.Ivf.
Ovarian drilling boleh check falopian sekali.
Kalau sukar sangat guna ivf.
berkenaan dengan pcos ne..bulan 8 tahun lalu scan ada biji2 kecik kat scren moneter doktor..so itu pcos..so tahun ne saya jumpa doktor untuk bagi tahu berkenaan pcos but meka macam tak fokus kat my ovari and hanya rahim je..kesal juga..now saya masih tak tahu pcos ne stil ada atau tak..tapi sekarang saya tengah berurusan dengan klinik produktif hkl untuk dapatkan zuriat..jerawat saya banyak tapi just bawah dagu..saya amalkan gla shaklee nak hamil sebab gla mampu kecutkan cyst juga..
DeleteAssalam Dr,
ReplyDeleteDi mana boleh dapatkan ubat subur Clomid? Perlukah saya berjumpa doktor di klinik/hospital dahulu sebelum mengambil Clomid?
Saya seorang obesiti sudah berkahwin 4 bulan dengan kitaran haid yang tidak menentu semenjak berkahwin(35,37, 28, dan 34 hari) masih tiada tanda-tanda positif hamil. Bolehkah saya terus mendapatkan ubat subur Clomid?
Clomid adalah ubat terkawal dan hanya boleh diberi oleh doktor sahaja. Saya selalu beritahu pesakit saya yg obes supaya meguruskan badan. Kalau tidak sukar utk pregnant. Obesiti menybabkan haid tidak lancar dan infertiliti. Kalau ambil clomid pun tidak berjalan.
Deleteoh yea ke..kena slim kan badan..nampaknya saya kena slim dulu lah..hehe
Deleteassalamualaikum doc & salam ramadhan,
ReplyDeletesaya salah seorang pesakit pcos & sudah 3 thn lebih berkahwin & berumur 30thn. ni bulan kedua saya ambil clomid 100mg, sekiranya tak berhasil saya akan di beri clomid 100mg utk bulan ketiga..
jika gagal lagi doc sarankan saya membuat iui / ivf..
doc ada tak cara @ rawatan lain utk saya hilangkan pcos ni..saya buntu sangat²..terima kasih
Kalau dari segi ubat, suntikan hormon gonadotrofin digunakan bagi mereka yang gagal dgn clomid. Suntikan banyak digunakan semasa IVF. Kalau digunakan utk IUI, okay tetapi kos TINGGI dan pada pandangan saya lebih baik teruskan ke IVF sahaja.
DeleteKalau 3/4 kali clomid tetapi masih gagal teruskan kepada suntikan dgn IUI atau IVF. Saya cadangkan cuba ovarian drilling. Peratusan utk hamil tinggi selepas drilling. Tapi kos tinggi. Akhirnya kena IVF juga.
Assalamualaikum Dr..
ReplyDeleteMll ujian ultra-sound, saya diberitahu ada telur yg masih tidak pecah & kemungkinan menghidap PCOS yg disebabkan obesity sentral(di perut). Saya dinasihatkan spy menurutkan berat badan ke asal sedangkan berat saya 39kg (x padan dgn ketinggian).
Saya telah diberikan Metformin 3X sehari.Masalah saya sekarang, apabila memakannya setiap hari saya mendapat simpton mual, loya & pening kepala..Saya ambil keputusan sendiri memberhentikan pengambilannya kerana bimbang menganggu prestasi kerjaya saya di sekolah.
1. Adakah tindakan saya ini wajar?
2. Jika saya tidak merawatinya, adakah jangkamasa akan dtg saya berisiko besar menghidap canser rahim @ fibroid?
Adakah pcos ketumbuhan kecil d sekitar ovari akan hilang jika saya mengurangkan berat badan
ReplyDeletedoktor, sy juga menghidapi pcos. sy pernah diberi ubat jnis provera 10mg oleh doktor yg merawat sy dan darah haid sy kluar..tp slpas itu, period sy jd x teratur semula. adakah sy boleh beli ubat tersebut di farmasi atau perlu nasihat dr doktor?
ReplyDeleteSalam doktor..sya dsahkan pcos..ms anak prtama saya dptkan rwatan utk hamil..stelah 4 tahun saya brusaha utk mgandung semula ttp masih gagal..adakah ovarian drilling dpt mmbantu utk saya hamil semula..? Adakah pcos mningkatkan risiko kanser payudara..?
ReplyDeletesalam doctor, saya pengidap PCOS..sy diberi 150mg clomid utk pertama kali..hari ke 13 saya check telur dah pecah dan doctor pakar tu suruh bersama.sekarang saya mengalami sakit pada breast sensitif bila disentuh.sy sudah 4 bulan tak dtg bulan.sy makan clomid pun bukan dalam keadaan haid..persoalan saya adakah tanda2 sakit pada breast tu dan badan terasa panas adalah tanda nak hamil atau dah hamil atau nak period.
ReplyDeleterasa tu mcm tnda2 dah period..kalau betul alhamdulillah n tahniah! :)
Deletesalam doctor,i was being diagnosed to have pcos following my d2 fsh/lh level.my lh was 3.1 and my fsh was 2.5iu/L.My questions:
ReplyDelete1)does it necessary for the lh:fsh ratio to be 1.5:1 to be diagnosed as pcos?
2)i'm not obese neither i having a lot of pimples or any excessive body hair.is there a diagnosis of skinny pcos?
3)my periods are regular,28-33 days cycle without any irregularity.and i experience the mid-cycle lower abdominal pain(which i think it indicates ovulation).can that still be a pcos?
4)my day21 progesterone level was 9(it was in the ovulation range)but is that sufficient to say i'm ovulating ?
Thank you
Salam doktor.. saya juga mempunyai masalah PCOS dan skrg sedang mengambil ubat pil perancang keluarga untuk mengecutkan bende tu.. Soalan saya, jika saya hendak mencuba clomid, bagaimana cara pemakanannya dan bolehkan saya makan kedua2 pada masa sama iaitu pil perancang dan clomid?
ReplyDeleteAssalamualaikum Doktor,
ReplyDeleteSaya berusia 33 tahun dan berat sekarang ialah 84kg (92kg terdahulu) dan dalam process menurunkan lagi berat badan. Saya memang seorang yang bersaiz besar sejak bayi lagi dan telah mendapatkan rawatan di klinik kesuburan untuk cubaan mendapat zuriat kedua di Hospital Bersalin Kerajaan. Saya telah diberitahu bahawa saya mengalami PCOS dan diberi Metformin (2x sehari)dan disarankan mengambil bersama Yasmin. Saya mula makan metformin pada 27 Jun dan Yasmin pada 1 Julai. Pada 1 Julai, haid saya datang tetapi pada hari kesepuluh (pada ramadhan yang pertama) saya telah mengalami pendarahan yang terlalu banyak diikuti dengan 'blood clog' sebesar tapak tangan. Selalunya ketika datang haid, darah yang keluar diikuti dengan blood clog sebesar hati ikan tetapi pada kali ni, clog yang keluar itu agar abnormal. Saya dikerjakan wad kecemasan dan ujian dijalankan termasuk urine untuk mengesan samada saya keguguran. Saya memberitahu doktor yang merawat bahawa saya baru saya tidak mengandung dan mengambil Metfomin & Yasmin untuk merawat PCOS. Doktor yang merawat memberi saya pil untuk menghentikan darah dan menberitahu saya untuk menyambung epngambilan Metformin & Yasmin. Soalan saya ialah, adakan pengambilan Metformin dan Yasmin menyebabkan haid perpanjangan? Haid saya sudah berlarutan selama 21 hari dan keluar bersama-sama serpihan blood clog.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalamualaikum doc.. sy pengidap PCOS.. tetapi alhamdullilah sy dikurniakan rezeki setelah 7 bulan berkahwin melalui prosedur perubatan oleh doktor pakar di HUKM.. untuk membolehkan sy pregnant, saya diberi diane supaya darah haid keluar dan diberi clomid dalam tempoh haid. seterusnya saya perlu scan tahap pembesaran telur supaya mecapai tahap yg bagus untuk persenyawaan. doctor memberikan trikh yang sesuai untuk saya bersama suami.alhamdullilah percubaan pertama berjaya kerana menurut doc saluran tiup fallopio saya tidak tersumbat.namun, period saya tetap tidak teratur dan paling merungsingkan saya berat badan bertambah naik selepas melahirkan ank pada Mei thn lepas, dn jerawat mulai tumbuh dimuka sedangkan sebelum ni muka saya tiada jerawat.period terakhir saya pada 3 julai 2013.. sy ada mengamalkan produk kesihatan BLINQ BEAUTY DRINK untuk membetulkan hormon dan mengurangkan jerawat bermula dari bln 0g0s yg lepas. untuk mengurangkan berat badan apa yang boleh doctor cadangkan kepada saya. Apakah yang perlu saya elakkan dalam pemgambilan makanan supaya berat badan ideal seperti sebelum ini. harap doktor dapat membantu kerana ia membuatkan saya semakin stress dengan perubahan diri yang mendadak ini. terima kasih.
ReplyDeletesalam doc, sye nak tanya ape name penyakit ape bile sejak lahir xde rahim? pernah kejadian seumpama itu wujud?
ReplyDeletemohon share doktor.. banyak ilmu yang bermanfaat
ReplyDeletesy mengandung luar rahim blehkah sy mengandung lg?
ReplyDeletesalam doktor.. saya megalami maslah period yang tidak menentu.. period saya hanya berlaku selama 2 hingga 5 hari sahaja.. dalam beberapa bulan kebelakangan ini period saya hanya 2 hari sahaja.. saya sering berasa senak di bahgian ari2 seperti ditekan-tekan. adakah ini salah satu simptom pcos atau de maslah lain.. harap dapat pandangan doktor.. saya buntu
ReplyDeletesalam doktor .. saya juga telah menjadik salah seorang dari ttc journey ni .. nak anak la katakan ... then tibe2 terniat nak p check kat gynae...then saya pun pg la HOSPITAL BESAR TELUK INTAN .. then after check saya telah d idignosis kan sebagai salah seorang dari pcos victim .. so doc ader bg pil dusphaton ..dier suh makan untuk 21 ari sampai le periodd..so .. kat sini saya cuma nak cakap aper yang boleh kiter sabar jer la .. hanya orang macam kita ni jerk dipilih oleh allah untuk terima dugaan darinyer ... ;) hanya mampu tersenyum ...
ReplyDeleteSy dh berkahwin 5 thn mmg doktor diagnose sy pcos.penat nak teruskan rwtn.akhirnya doc suggest sy buat ivf.skrg sy mmg dh giveup memandangkan suami kat oversea setahun jd sy stop dl apa2 ubat.lepas dia balik inshaallah nak proceed ivf.
ReplyDeletePengidap PCOS paling ketara berat badan akan naik dan kitaran haid jadi tak normal kan.
ReplyDeletePaling penting untuk stabilkan haid kan.
Salam doktor,sya nk tya..sya dh hmpir2 thun x priod..bila sya geogle psal pcos ni..simtom2nya mcm ada pda dri sya..adakah sya ada pcos & perlu kah sya dpt kn rwatan sgera..sbb sya ingin bkwin & ingin hamil.klu ada pcos ni sukar hamilkan
ReplyDeleteSalam doktor,sya nk tya..sya dh hmpir2 thun x priod..bila sya geogle psal pcos ni..simtom2nya mcm ada pda dri sya..adakah sya ada pcos & perlu kah sya dpt kn rwatan sgera..sbb sya ingin bkwin & ingin hamil.klu ada pcos ni sukar hamilkan
ReplyDeleteSalam doktor,sya nk tya..sya dh hmpir2 thun x priod..bila sya geogle psal pcos ni..simtom2nya mcm ada pda dri sya..adakah sya ada pcos & perlu kah sya dpt kn rwatan sgera..sbb sya ingin bkwin & ingin hamil.klu ada pcos ni sukar hamilkan
ReplyDeleteSalam doktor,sya nk tya..sya dh hmpir2 thun x priod..bila sya geogle psal pcos ni..simtom2nya mcm ada pda dri sya..adakah sya ada pcos & perlu kah sya dpt kn rwatan sgera..sbb sya ingin bkwin & ingin hamil.klu ada pcos ni sukar hamilkan
ReplyDeletesalam doktor,saya sudah berkahwin mempunyai 1 anak,sudah berumur tujuh tahun.saya telah mencuba tetapi masih belum ada rezeki untuk anak kedua.untuk step pertama apa yg perlu saya tanya apabila pergi keklinik ya?period saya dalam 2 hingga ke 4 hari.harap doktor bole bagi jawapa.tq
ReplyDelete