Followers

Thursday, 26 July 2012

Gugur ke tak gugur ni..Doc?



Assalamualaikum
saya telah disahkan mengandung selama 6 minggu,namun begitu saya telah mengalami pendarahan yang sedikit selama 5 hari....pada hari pertama darah yang sedikit kelihatan cair 'spotting' dan empat hari berikutnya hanyalah sedikit sahaja dan berwrna merah coklat. saya telah ke klinik swasta dan kerajaan, doktor menasihatkan saya supaya rehat selama seminggu dan melihat perkembngan darah yang keluar..saya di beritahu sekiranya darah keluar dengan banyak ia bermakna saya keguguran..saya juga pernah mengalami keguguran pada kandungan pertama yang berusia 12 minggu..namun hanya mengambil masa 2 hari sahaja untuk keluar darah yang banyak...soalan saya, adakah saya benar-benar gugur dan perlu berjumpa doktor kembali untuk proses mencuci? atau sekiranya  saya tidak gugur adakah kandungan saya terancam kerana pendarahan tersebut.
terima kasih..
Assalamulaikum Puan,
Jawapannya boleh untuk kedua-duanya iaitu gugur dan tidak gugur! Hairan?
Perdarahan semasa hamil bukannya bermakna seseorang itu mengalami keguguran dan sebaliknya tiada perdarahan bukannya bermakna kehamilan mereka normal. Kerapkali kehamilan normal mengalami perdarahan kecil pada peringkat awal kehamilan. Ini kebiasaanya berpunca dari pintu rahim atau vagina mengalami infeksi. Sifat semula jadi kehamilan menyebabkan pintu rahim lembut,terbuka sehingga menampakkan lapisan dalam pintu rahim dan mempunyai banyak saluran-saluran darah dipermukaan. Tambahan lagi vagina bukannya tempat yang steril tetapai penuh dengan pelbagai bakteria ,virus dan kulat. Jadi tidak hairan kalau seseorang akan mengalami perdarahan kecil sana sini semasa hamil. Itulah kadangkala saya, kalau perdarahan ini berpanjangan dan menimbulkan keresahan pada ibu ,saya memberi beberapa hari antibiotic.
Pada peringkat awal kandongan  memenag sukar unutk melihat janin dalam sarong kandongan. Kebiasaanya 7 minggu keatas,denyutan jantong dapat dilihat ini bergantong kepada doctor,ultrasound dan nasib! Jadi tidak perlu kuatir kerana kami akan beri temujanji lain untuk ulangan ultrasound.
Kehamilan ynag sukses, si ibu akan mengalami alahan mengandong. Ianya mungkin kecil seperti meloya,keletihan dan bengkak payudara sehinggalah alahan ynag teruk. Alahan seperti ini menunujukkkan kehamilan itu OK tetapi tidak semuaorang  mengalami alahan.Jadi jika puan mempunyai tanda-tanda kehamilan ynag kuat ,secara klinikal kehamilan puan adalah normal. Sebaliknya juka tanda-tanda kehamilan ini hilang setelah puan merasainya, kemungkinan kahamilan ini tidak menjadi. Oleh kerana alahan kehmilan tidak boleh digunakan sepenuhnya unutk diagnose maka ultrasound adalah penting dan muktamad. Puan perlu besabar menunggu iltrasound yang satu lagi. Kalau berdarahan semakain banyak dan puan mengalami sakit dibahagian ari-ari segeralah berjumpa dengan doctor puan.
Sama ada perdrahan ini boleh mengancam kandongan puan bergantong kepada puncanya. Saya tealah terangkan tadi majority berpunca dari infeksi maka janin tidak terjejas. Jika perdarahan itu berasal dari kandongan, ya janin akan mengalami masalah. Kami tidak akan tahu puncanya melainkan pemeriksaan pintu rahim dilakukan. Risikonya perdarahan mungkin lebih banyak.
Salah satu lagi kadangkala kami gunakan paras hormone BhCG dalam darah bagi membantu kami dalam membuat diagnosis. Kehamilan yang normal kenaikkan paras B hCG dalam darah berlipat dua kali ganda dalam masa 48 jam. Jika kenaikkan paras ini rendah atau menurun kita tahu kandongan ini mempunyai masalah seperti keguguran.
Pada pendapat saya puan ikut arahan doctor puan. Bukan senang untuk mengatakan kehamilan seseorang mengalami keguguran sehingga kami dapat bukti jelas seperti ketiadaan janin atau denyutan jantong janin selepas 7 minggu,sarong kandongan tidak membesar dan paras BhCG tidak meningkat. Ibu yang mempunyai haid yang tidak teratur,penyusuan badan dan penggunaan pil perancang,suntukan semua boleh menganggu ovulasi. Dapatkan second opinion dari doctor pakar dan kami boleh melakukan imbasan ultrasound dari vagina yang lebih tepat.

12 comments:

  1. Sy nk tny apakah simptom keguguran?
    *sy detect pergnant d awal kehamilan (upt 1line kabur & bacaan darah Beta HCG cuma 200mUl/ml shj) ~ dktr ckp dlm 3/4mgu..
    *tp lps 48jm ambil darah lg, bacaan Beta HCG menurun jd 190++ (sepatutnya meningkat 2xganda)
    * lps 48jm lg kua darah mcm darah period (1hb~4hb april 2013)
    * sblm tu ade juga kua darah tp sikit2 dn on off kjp ade kua... selang sehari xde kua pulak..
    jd sy konpius samada sekarang ni sy btl mengandung ke atau dlm proses keguguran??
    tp sy xada pulak sakit perut atau sakit bahagian ari2.. cuma darah keluar dr vagina..mcm darah period..
    cek doktor, upt masih positif. bacaan darah yg terbaru blm dpt result lg.. scan mmg dr awl hrtu xnmpk ape2 dlm rahim sbb dktr ckp kandungan masih terlalu awal n mmg xdpt detect..
    ape pendapat dktr? hrp blh bantu sy... trime kaseh...

    ReplyDelete
  2. asslamulaikku..nama saya nabilah...saya berkahwin pada bulan 1/4/2013...saya selama 2 bulan tidak keluar haid..biasanya saya dah awal keluar haid...tapi sekarang sudah dua bulan lebih tak keluar haid..saya ingat hamil...tapi sekarang sayang sudah tiga bulan ...aku keluar sedikit pendarahan...adakah saya keguguran puan

    ReplyDelete
  3. Saya tidak haid hampir 2 bulan.. lazim ny haid saya teratur.. pada pnghujng bulan ke 2 trsebut ada dalah keluar dgn bnyak.. dlm tempoh hampir dua bulan tidak di datangi haid.saya sakit pinggang,sakit payudara,sakit kepala,letih,ngtok,suami demam dan rakan pejabat kata wife u mngndung sbb pucat sngt.. cuma tidak loya.. belum sempat nk check upt saya dh kuar darah... apa patut saya buat... dilema..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum sy nak tnya.sy mngandung dah 10 minggu.pd mulanya sy ingat bleeding biasa tp makin bnyak..sy jumpa doktor..doktor suruh tngu 2minggu lg sy ada appointment blek.doktor ckap pintu rahim sy masih tertutup dan masih ada kantung..cuma baby xnmpak mungkin masih awal..sy xthu knapa darah bnyak kluar..risau sngat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sy tau camane kes awk? Sb sy sekarang mengalami situasi yg sama..2 minggu lg bru jmpa doc..

      Delete
  5. as salam saya pon mcm tu ngandong dalam 7 minggu. darah kuar n g hospital dorg masukan muncung itik n rod check kat bawah. bila balik ada darah xheavy n kuar ketulan mcm perot ikan. adakah tu bermakna saya gugur atau itu hanya kesan dari check td.suami suruh stay positive utk tggu lagi seminggu utk check. tapi ada kemungkinan x untuk sy still mengandong walaupun da kuar mcm tu.����

    ReplyDelete
  6. salam,saya nak bertanya,saya mengalami 2 masalah,pertama saya miss period dah 2 bulan,start period pada 16/2/2015last period saya pada 22/2/2015..period saya selalunya akan datang pada tarikh 13 hari bulan ,untuk pengetahuan,saya ada makan ubat kesuburan pada bulan 10 dan 11 /2014,selepas tu saya stop x makan ubat kesuburan,tapi selang 3 bulan lepas stop x mkn ubat kesuburan,saya x datang period,tapi pada bulan 2,lewat 2 hari,pada 8/4 telah berjumpa doktor,menjalani ujian upt but negatif dan scan x nampak..tapi doktor tidak benarkan saya makan apa2 ubat takut saya mengandung,saya megalami simtom2 mengandung,doktor jugak ada beritahu saya banyak kes terjadi ada mengandung 4 bulan buat ujian upt baru mengandung,sebelum tu check jadi negatif..jadi persoalan saya yang pertama saya keliru saya ni mengandung atau tidak? ok soalan yang ke dua,pada 16/05/2015 saya makan pulut durian,saya makan 2 ulas buah durian,semasa saya sedang makan buah,saya dapat rasakan getaran pada perut,dan selepas mkn,badan saya lenguh2..jadi saya pun tidur,ke esokkan hari pada waktu pagi,ada darah keluar,mula2 keluar lendir pekat putih likat dan selepas itu,ada cecair lendir ada darah,dan ada ketul darah beku,x besar la sangat,saya pun pelik sama ada darah period atau keguguran..sekarang ni perut saya rasa senak macam sengugut dah 3 hari,pingang saya pn sakit,rasa lenguh,sakit kepala,letih,betis kaki sakit dan asyik kram..jadi saya pun keliru darah period x berbau,x banyak sgt..boleh bantu saya x?

    ReplyDelete
  7. salam,saya nak bertanya,saya mengalami 2 masalah,pertama saya miss period dah 2 bulan,start period pada 16/2/2015last period saya pada 22/2/2015..period saya selalunya akan datang pada tarikh 13 hari bulan ,untuk pengetahuan,saya ada makan ubat kesuburan pada bulan 10 dan 11 /2014,selepas tu saya stop x makan ubat kesuburan,tapi selang 3 bulan lepas stop x mkn ubat kesuburan,saya x datang period,tapi pada bulan 2,lewat 2 hari,pada 8/4 telah berjumpa doktor,menjalani ujian upt but negatif dan scan x nampak..tapi doktor tidak benarkan saya makan apa2 ubat takut saya mengandung,saya megalami simtom2 mengandung,doktor jugak ada beritahu saya banyak kes terjadi ada mengandung 4 bulan buat ujian upt baru mengandung,sebelum tu check jadi negatif..jadi persoalan saya yang pertama saya keliru saya ni mengandung atau tidak? ok soalan yang ke dua,pada 16/05/2015 saya makan pulut durian,saya makan 2 ulas buah durian,semasa saya sedang makan buah,saya dapat rasakan getaran pada perut,dan selepas mkn,badan saya lenguh2..jadi saya pun tidur,ke esokkan hari pada waktu pagi,ada darah keluar,mula2 keluar lendir pekat putih likat dan selepas itu,ada cecair lendir ada darah,dan ada ketul darah beku,x besar la sangat,saya pun pelik sama ada darah period atau keguguran..sekarang ni perut saya rasa senak macam sengugut dah 3 hari,pingang saya pn sakit,rasa lenguh,sakit kepala,letih,betis kaki sakit dan asyik kram..jadi saya pun keliru darah period x berbau,x banyak sgt..boleh bantu saya x?

    ReplyDelete
  8. Askm. Mslh sy sama mc puan cahaya cinta. Doc suruh tggu 1-2 mggu lg. Adoi.

    ReplyDelete
  9. Saya pula disahkan positif hamil tetapi àdà pendarahan seperti period ..nk tggu ari jumaat dpn lame btol...saya nasihatkan bile period xdtg lbh 2 mngu pg wt test...kalo xde jgak mngkin tu disebabkan horman...sblm kandyngan ni saya xdtg 2 bulan tp cek negatif.aritu xdtg bln 7 ari saya disahkan hamil.

    ReplyDelete