Followers

Tuesday, 12 June 2012

Part 2:Diabetis dan kehamilan



Bahagian 1, saya telah jelaskan mengenai diabetis yang telah sedia-ada/established dan kesannya kepada kehamilan dan juga kesan kehamilan kepada diabetis itu sendiri. Bilangan pesakit diabetis yang hamil adalah kecil kalau dibandingkan dengan bilangan diabetis terjadi semasa hamil atau gestational diabetes. Pesakit diabetis kronik yang mengalami  komplikasi-komplikasi diabetis seperti kegagalan buah pinggang(nephropathy),kerosakan retina mata(retinopathy),kerosakan urat saraf(neuropathy),kehamilan menyebabkan komplikasi-komplikasi medical mereka menjadi lebih serius.
Bahagian 2 ini saya akan bincangkan masalah ‘Gestational Diabetes(GD)’ atau Diabetis Kehamilan.
Diabetis Kehamilan adalah diabetis yang terjadi semasa hamil sahaja. Selepas bersalin diabetis akan hilang dan berulang lagi pada kehamilan yang lain-lain. Lebih kurang 20-30% mengalami diabetis semasa hamil,sebenarnya adalah pesakit diabetis type 1 atau 2 yang tidak diketahui sebelum ini. Pada bahagian 1 saya ada terangkan yang semua wanita hamil mempunyai potensi untuk mendapat diabetis olih kerana hormon-hormon diabetogenik yang dihasilkan dari plasenta.
Siapakah diantara ibu-ibu hamil yang akan dapat diabetis?
Untuk kita lakukan saringan diabetis untuk semua wanita hamil adalah tidak praktikal dan ekonomikal. WHO pun tidak menggalakkan saringan secara universal tetapi menggunakan saringan secara selektif berpandukan kepada factor-faktor risiko.
Apakah faktor-faktor risiko untuk GD?
1.       Sejarah keluarga: persaudaraan degree pertama seperti ibu
2.       Obesiti(BMI >30), berat badan > 85 kg
3.       Umur > 35 tahun
4.       Pernah melahirkan anak besar(>4 kg)
5.       Pernah mengalami kematian bayi dalam perut
6.       Pernah mengalami GD sebelum ini
7.       Sindrom Polisistik Ovari(PCOS)
8.       Kehamilan ini mengalami polyhydramnios(air ketuban berlebihan)
9.       Kehamilan ini terdapat 2 kali glycosuria(air kencing mengandungi gula)
10.   Ujian glukosa dalam darah secara rawak
a.       > 5.5 mmol/L semasa berpuasa atau 2 jam selepas makan
b.      >7.0 mmol/L 2 jam sebelum makan
Jika anda mempunyai faktor-faktor risiko seperti di atas, anda akan di uji dengan Ujian Oral Tolenrasi Glukosa(Oral Glucose Tolerance Test(OGTT/MOGTT))

Bagaimanakan ujian MOGTT ini di lakukan?

Ujian ini  biasanya di lakukan pada minggu 26 hingga 28 tetapi ada juga doktor/jururawat melakukan lebih awal lagi. Jika ujian awal MOGTT adalah normal, doctor akan ulang lagi sekali pada minggu 26 hingga 28 dan ada juga yang masih ulang pada 34 minggu jika MOGTT 26-28 minggu juga normal. Bagi saya minggu 26-28 sudah mencukupi kalau ianya normal.
Caranya:
·         Anda akan berpuasa semalaman,minimum 8 jam.
·         Merokok tidak dibenarkan.
·         Di makmal, Fasting blood sugar(FBS) akan diambil.
·         Selepas itu anda perlu minum segelas air yang telah dicampur 75 gm glukosa. Anda perlu habiskan kesemua air tadi daam masa 20-30 minit.
·         Selepas 2 jam, 2 hour Post-prandial blood sugar(2hPP)akan diambil.
·         Selepas darah diambil anda bolih bersarapan pagi.
Nota: Kebiasaannya sesiapa yang diabetis, mereka mempunyai masalah untuk mengembalikan paras glukosa dalam darah ke paras normal selepas di berikan gula.
Keputusan:
·         Diabetis
o   Fasting blood sugar > 6 mmol/L
o   2hPP bloob sugar > 8 mmol/L

Apakah ujian selanjutnya selepas ujian MOGTT menunjukkan anda diabetis?
Setelah ujian MOGTT menunjukkan anda mengalami Gestational diabetes, anda diperlukan membuat beberapa ujian darah lagi untuk ‘melihat’ sepanjang 24 jam adakah paras glukosa dalam darah anda tinggi dari normal.
Terdapat 3 cara:
1.       Pre-meals(4 kali) iaitu sebelum sarapan, makan tengahhari,makan malam dan sebelum tidur( 11 malam)
2.       Post meals(4 kali) iaitu 2 jam selepas sarapan,makan tengah hari,makan malam dan 11 malam.
3.       Pre dan Post meals( 7 kali)
Nota: Jika keputusan post-meals digunakan,kawalan paras glukosa adalah ketat.
Kawalan paras glukosa yang baik, kesemua keputusan darah pre dan post meals mestilah dibawah 6.8 mmol/L.

Ringkasan rawatan diabetis semasa hamil
·         Melibatkan pelbagai disiplin perubatan iaitu obstetric,pakar diabetis,dietician
·         Cara mengawal diabetis
o   Mengawal permakanan dengan bantuan dietician
o   Menggunakan suntikan Insulin jika kawalan glukosa gagal dengan permakanan atau paras gula yang tinggi.

Pemantauan “Blood Sugar Profiles(BSP)”/Profil Gula dalam Darah
Pemantauan ini di lakukan setiap 2 minggu bagi mereka yang menggunakan Insulin atau BSP yang lalu tidak memuaskan. BSP ini seperti yang telah jelaskan seperti diatas bolih terdiri dari 4 poin iaitu pre-meals ataupun post-meals. Ada juga doctor buat 7 poin. Disamping itu ujian darah HbA1c setiap bulan dapat mengukur purata kawalan diabetis 3 bulan sebelum.
Terdapat dua cara:
1.       Hospital monitoring-Kemasukkan ke hospital setiap 2 minggu untuk BSP dan dos Insulin di ubahsuai mengikut paras gula dalam darah.
2.       Home monitoring- Ini memerlukan anda membeli/meminjam glucometer(alat mengukur gula dalam darah termasuk jarum dan lancet untuk mengambil darah dari jari). Cara ini mudah dan baik kerana anda terlibat dalam mengawal selia darah anda sendiri. Suntikan Insulin pesakit bolih di ubah mengikut paras glukosa. Segala masalah pesakit bolih menghubungi doctor/jururawat yang bertanggung jawab. Segala keputusan darah akan direkodkan dalam buku diabetis.
Imbasan ultrasound untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi setiap 2 minggu.Ultrasound juga dapat memantau kes-kes polyhydramnios dan makrosomia. Ianya juga untuk melihat sebarang kecacatan pada bayi.Risiko kecacatan meningkat jika diabetis tidak terkawal.

Bilakah ibu-ibu diabetis akan melahirkan?
Jika ibu-ibu tidak mempunyai komplikasi semasa hamil,kawalan diabetis yang elok tanpa suntikan Insulin,bayi cukup bulan dan berat badan mencukupi,kebiasaannya mereka akan di ‘induce’ pada minggu 38 hingga 40. Kami tidak membenarkan lebih hari.
Jika ibu-ibu mempunyai komplikasi semasa hamil seperti makrosomia,polyhydramnios,menggunakan suntikan Insulin,darah tinggi,mereka di induce pada minggu 38.

Bagaimanakah caranya ibu-ibu diabetis melahirkan?
Bersalin normal adalah cara bersalin pilihan.Semasa di bilik bersalin CTG di gunakan untuk memantau bayi.
Elektif caesarean bagi bayi-bayi yang besar.Anak besar mempunyai risiko ‘shoulder dystocia’.

Penjagaan semasa lepas bersalin
Selepas bersalin,penggunaan Insulin menurun dengan mendadak dan ibu-ibu tidak perlu lagi menggunakannya kecuali paras gula masih lagi tinggi. Penyusuan badan tidak mempunyai apa-apa masalah.
MOGTT akan di ulang selepas 6 minggu bersalin. Terdapat ibu-ibu yang MOGTT mereka tidak normal. Mereka ini akan di rujuk pada klinik diabetis.

Masa depan ibu-ibu yang diabetis semasa hamil
.
Ibu-ibu yang diabetis semasa hamil mempunyai 50% risiko akan mendapat diabetis type 2 dalam masa 25 tahun. Olih kerana itu,mereka  mestilah sentisa aktif secara fizikal dan mengelakkan obesity dari terjadi. Dengan ini dapat mengurangkan risiko diabetis bila tua nanti.


Part 3: Suplimentri(Apakah komplikasi-komplikasi diabetis semasa hamil?)



Monday, 11 June 2012

Part 1: Diabetis dan Kehamilan



Pengenalan
Salah satu punca utama kemasukan ke hospital adalah diabetis semasa hamil. Sebab-sebab lain adalah perdarahan antepartum disebabkan oleh plasenta praevia,kelahiran pra-matang,air ketuban pecah pra-matang dan darah tinggi. Saya telah pun bincangkan tentang perkara-perkara  tersebut dalam entri-entri yang lalu kecuali darah tinggi.
Saya percaya anda semua pernah melalui ujian diabetis semasa anda hamil dan tentu sekali anda tidak menyukai air gula yang pekat itu. Tentu anda berfikir kenapa anda perlu lalui semua ini semasa mengandung.
Apakah yang menyebabkan wanita hamil  berpontensi untuk mendapat diabetis semasa hamil?
Metabolisma glukosa semasa hamil amat berbeza. Ini amat penting bagi menentukan janin mendapat cukup tenaga dalam bentuk glukosa bagi menjaga organ-organ vital seperti otak semasa pembesaran dalam rahim. Permintaan insulin semasa hamil meningkat sepanjang kehamilan berlaku dan maksimum diakhir kehamilan. Hormon-hormon yang dikenali sebagai hormon diabetogenik( human placental lactogen,cortisol,glucagon,oestrogen dan progesterone) dikeluarkan olih plasenta. Hormon-hormon tersebut akan menyebabkan simpanan glikogen dalam hati menjalani proses glikogenlisis, Proses ini akan memecahkan simpanan glikogen kepada molekul-molekul glukosa untuk kegunaan sel-sel dan organ-organ. Ibu hamil yang normal akan dapat mengimbangi pengeluaran insulin dalam badan mereka untuk ‘melawan’ kesan hormon diabetogenik ini. Ibu-ibu ini akan dapat mengawal paras gula mereka pada 4.0 hingga 4.5 mmol/L. Ibu-ibu yang diabetis akan mengalami kesukaran mengawal paras glukosa mereka. Ibu-ibu yang diabetic ini bukannya mereka tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup tetapi disebabkan masalah ‘insulin resistance’. Keadaan ini dimana sel-sel,organ-organ dan otot-otot tidak dapat menggunakan insulin sebaiknya walaupun paras insulin itu normal.
Semasa hamil,diabetis bolih terdapat dalam 2 keadaan.
1.       Diabetis Sedia-Ada/Established diabetes(ED)
2.       Diabetis Kehamilan/Gestational Diabetes
1.Diabetis Sedia-Ada(ED)
Pesakit jenis ini memang telah di ketahui diabetis sebelum hamil lagi. ED hanya melibatkan sebahagian kecil wanita hamil sahaja(2%) . Terdapat 2 jenis iaitu Diabetes Type 1 dan 2. Jika diabetis mereka tidak dapat dikawal dengan baik,terdapat kenaikkan pada kadar mortaliti dan morbiditi neonatal.

Apakah kesan-kesan diabetis terhadap kehamilan?
Keadaan ibu berada dalam hiperglisemia(glukosa berlebihan) juga menyebabkan bayi mereka berada dalam keadaan hiperglisemia. Pada bayi,sel-sel pancreas mereka akan bekerja kuat untuk menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengimbangi paras glukosa yang tinggi dalam darah mereka. Insulin pada bayi bertindak sebagai ‘growth promoter’. Jadi kesannya adalah makrosomia(anak besar),’organomegaly’(organ-organ dalam badan mereka turut besar) dan peningkatan ‘erythropoiesis’(pertambahan sel-sel darah merah). Sepertimana orang dewasa diabetis,bayi-bayi juga akan mengalami ‘polyuria’(kencing banyak kali) dan ini menyebabkan ‘polyhydramnios’(air ketuban berlebihan/kembar air).
Semasa bayi dilahirkan,olih kerana paras insulin dalam darah mereka berlebihan, tambahan pula sekatan bekalan glukosa secara tiba-tiba dari ibu,maka bayi akan mengalami ‘hypoglycemia’(kekurangan gula dalam darah).’Hypoglycemia’ jika tidak dirawat bolih menyebabkan kecacatan otak bayi.
Diabetis juga menyebabkan kekurangan ‘pulmonary surfactant’. ‘Surfactant ‘ penting untuk kematangan paru-paru bayi, Kerana itu sindrom respiratory distress lebih banyak berlaku pada bayi-bayi yang dilahirkan olih ibu-ibu diabetis.
Apakah kesan-kesan kehamilan terhadap diabetis?
Kesan-kesan kehamilan terhadap diabetis hanya penting bagi ibu-ibu yang mengalami diabetis kronik dan mempunyai komplikasi-komplikasi lain seperti buah pinggang,jantung, mata dll. Ibu-ibu yang mendapat diabetis hanya tika hamil ,tidak mempunyai kesan-kesan serius kepada diabetis mereka. Diabetis mereka adalah bersifat sementara semasa hamil.
·         Ketoasidosis
Amat jarang berlaku dan dikaitkan dengan muntah-muntah,jangkitan kuman,penggunaan tokolisis dan steroid.
·         Retinopathy
Mereka yang mengalami diabetis yang kronik,akan mempunyai 2 kali ganda risiko mendapat dan perkembangan retinopathy.Retinopathy bolih menyebabkan buta. Ini disebabkan olih pertumbuhan saluran-saluran darah baru dalam retina mata.
·         Nephropathy
Kegagalan buahpinggang dan kencing berprotin akan meningkat semasa hamil.Ianya besifat sementara. Ia akan meningkatkan risiko pre-eklampsia/darah tinggi pada ibu dan masalah pertumbuhan dan perkembangan bayi.
·         Ischaemic heart disease/Serangan sakit jantung.
Ibu-ibu yang pernah mengalami serangan sakit jantung mempunyai mortaliti 50% kalau hamil.
Apakah yang anda perlu lakukan sekiranya anda adalah pesakit diabetis dan ingin hamil?
Rawatannya bermula dari sebelum anda mengandung lagi bagi mengurangkan kesan-kesan diabetis terhadap kehamilan.
Kaunseling sebelum hamil
1.       Kawalan optimal diabetis
Objektifnya untuk mendapatkan paras glukos dalam darah se’ normal’ yang bolih.
2.       Penilaian kesan-kesan diabetis terhadap pesakit
Darah tinggi,retinopathy,nephropathy.neuropathy dan penyakit jantung.
3.       Pendidikan
Menerangkan kesan-kesan gula berlebihan keatas bayi dan perlunya kawalan paras glukos yang ketat dan berjumpa pakar segera sekiranya hamil. Beberapa ubat perlu diberhentikan jika hamil. Contohnya: ACE inhibitors.Pesakit Diabetes Type 2 perlu menukar tablet kepada suntikan insulin.
4.       Kesihatan
Berhenti merokok,mengurangkan berat badan( objektif mendapat BMI normal)
5.       Mengambil Asid Folik bagi mengurangkan risiko kecacatan pada saraf tunjang.
6.       Status Rubella di sahkan dengan ujian darah. Immunisasi jika tiada antibody.
7.       Kontraseptif yang berkesan sebelum paras glukosa berada pada paras normal.

Part 2: Komplikasi diabetis semasa kehamilan dan Diabetis Kehamilan/Gestational diabetis

Friday, 8 June 2012

Bayi Songsang/Breech. Apa yang perlu anda tahu?



Kerapkali bila saya bila saya lakukan ultrasound untuk pemeriksaan antenatal biasa,bila saya beritahu yang bayi berkedudukan songsang/breech, ramai ibu-ibu panic. Ini saya dapat baca dari air muka mereka dan soalan-soalan mereka. Bagi saya pada peringkat awal kandungan, saya tidak perlu kuatir langsung. Saya sentiasa percaya yang bayi akan pusing kepada kedudukan yang normal bila sampai waktunya. Kenapa? Saya tahu kedudukan breech ini hanya 3 % sahaja bila cukup 38 minggu nanti! Dalam perkataan lain jika 100 kehamilan hanya 3 bayi saja yang masih tidak tahu nak pusing menjadi kepala bawah.
Jadi anda juga patut tidak perlu bersusah hati sampai tidak dapat tidur kerana breech diperingkat awal kehamilan adalah perkara biasa. Peratusan akan menurun sehinggalah cukup 38 minggu hanya tinggal 3 % sahaja.
Ok bagi yang tidak tahu makna songsang atau breech ini, bila mana punggung bayi berada di bahagian pelvis ibu(bawah abdomen) dan kepalanya pula berada diatas’

Breech ini terdapat 3 “jenis” mengikut keadaan kaki mereka.


Extended breeches bila kedua-dua kaki lurus dengan pergelangan kaki berada sebelah kepala mereka. Jadi jika kita periksa dari bawah,kita dapat merasakan punggung mereka. Fesyen ini paling ramai (70%). Jenis ini juga bayi bolih dibersalin secara normal.
Flexed breeches bila kedua-dua kaki berlipat di sendi lutut dan bila diperiksa dari bawah kita dapat merasakan kedua-dua pergelangan kaki dan punggung,Jenis ini cuma 15 %  sahaja.
Footling breeches bila satu kaki berlipat di sendi lutut dan satu kaki lagi lurus atau kedua-dua kaki lurus kebawah, Pemeriksaan dari bawah terdapatnya pergelangan kaki di pintu rahim. Jens ini Cuma 15 % sahala. Jenis ini memerlukan pembedahan caesarean kerana kuatir tali pusat akan turun kebawah bersama air ketuban. Ini dipanggil ‘cord prolapse” dan risiko kekurangan oksigen pada otak bayi amat tinggi.

Apakah sebabnya mereka songsang?

·         Tidaklah kami tahu apa sebabnya. Kenapa ‘bearing’ mereka salah.
·         Pra-matang. Ini yang paling biasa kami temui. Sebab itu anda tidak panic. Bayi anda tahu bila nak pusing balik.
·         Dahulu pun breech juga.
·         Rahim mepunyai kecacatan seperti fibroid dan ‘septum’/dinding yang menghalang bayi mahu U-Turn.
·         Plasenta praevia yang menutupi pintu rahim. Kepala bayi tidak boleh engaged maka mereka bolih berpusing.
·         Bayi cacat
·         Hamil kembar,triplet dll.

Apakah komplikasi-komplikasi jika bayi anda sonsang?

Bayi
·         Meningkat risiko hypoxia/kurang oksigen dan trauma semasa bersalin
·         Jangka masa panjang pun bayi-bayi songsang mempunyai risiko-risiko khusus kalau dibandingkan dengan anak lahir kepala dahulu. Ini mungkin dikaitkan dengan kaitan kecacatan kongenital yang memang tinggi pada breech babies dan juga sifat breech yang banyak pra-matang.

Ibu

·         Kebanyakan songsang dilahirkan secara caesarean.

Bagaimana cara bayi songsang dilahirkan?

Pada ketika dahulu,bayi-bayi songsang kebanyakkan dilahirkan secara normal, tidak kira ianya anak pertama atau kedua . Risikonya pada dahulu jika anak pertama adalah kami tidak mengetahui akan keluasan tulang punggung ibu tetapi ibu-ibu yang telah pernah meahirkan normal ianya tidak menjadi masalah sehinggalah banyak kajian-kajian dijalankan terutamanya di Eropah dan bila dianalisa, pembedahan caserean telah dapat menunjukkan pengurangan mortality neonatal dan morbidity jangkapendek dan tidak morbidity jangkapanjang. Ini telah merubah pandangan doctor-doktor dan sekarang anak-anak songsang di UK,USA dan Eropah dilahirkan secara caesarean. Walupun seseorang ibu itu mempunyai kriteria-kriteria yang ideal untuk bersalin normal,caesarean masih memberikan banyak kebaikan pada bayi kalau disbanding dengan kelahiran normal. Setakat ini ini sahaja bukti yang ada untuk mengatakan anak songsang patut(bukan wajib) dilahirkan secara caesarean. Mungkin jika ibu datang pada peringkat advanced stage bersalin,kembar kedua atau pra-matang mungkin bolih dilahirkan secara normal. Ini bergantung kepada doctor anda.

Apakah ECV(External Cephalic Version)?

Saya rasa istilah zaman dulu ialah “pusingan bayi dari songsang menjadi kepala dibawah”. Prosedur telah lama di praktikkan olih bidan-budan kampong zaman dulu dan masih kekal dizaman moden ini. Bezanya ianya bukan lagi dilakukan olih mak bidan tetapi olih doctor terlatih dibawah pengawasan ultrasound,CTG dan dewan pembedahan! Saya akan terangkan kenapa.

ECV ini dilakukan pada usia kandungan 36 hingga 37 minggu kerana awal dari itu bayi akan pusing balik menjadi songsang dan kalau lewat pula,sukar dilakukan kerana air ketuban telah berkurangan. Saya yang penting disini adaalh jika berlaku komplikasi semasa ECV yang memerlukan bayi dilahirkan secara caesarean maka 36 minggu keata  sudah tidak lagi menjadi masalah tentang kematangan mereka. Sebab itu ECV mesti dilakukan olih yang telah terlatih,dihospital yang ada dewan bedah dan pemantauan bayi dengan CTG. Kejayaannya adalah 50% dan dengan ini kita bolih mengurangkan setengah dari risiko caesarean. Kira-kira 3 % akan pusing balik menjadi songsang.
Tidak semua ibu yang mempunyai kandungan songsang bolih melakukan ECV.

Mereka yang tidak bolih ECV dilakukan:
·         Kes-kes yang memang sudah plan nak caesarean
·         Perdarahan antepartum
·         Anak yang terbantut pembesarannya/IUGR
·         Kekurangan air ketuban
·         Isoimmunasasi Resus
·         Pre-eclampsia
·         Pernah di Caeserean.

Kriteria untuk kelahiran normal bagi anak songsang
·         Bayi mesti sihat
·         Berat <4 kg
·         Sakit bersalin secara natural
·         Breech jenis Extended.
Saya harap penjelasan dapat membantu anda.

Thursday, 7 June 2012

Rubella dan Kehamilan.Apakah kesan kepada bayi anda?




Salam semua,
Semasa hamil anda tidak terlepas dari dijangkiti pelbagai jenis jangkitan berjangkit. Tidak semua jangkitan berjangkit ini mempunyai simtom-simtom yang jelas. Banyak jangkitan virus umpamanya sukar di ketahui kerana tiada simtom tetapi memerlukan pemeriksaan secara ‘indirect’ untuk mengetahui keujudan virus dalam badan kita. Olih kerana itu semasa pemeriksaan antenatal,terdapat beberapa ujian darah dilakukan untuk mengetahui anda dijangkiti kuman atau virus tersebut. Tentu anda bertanya kenapa tidak dilakukansaja  kesemua ujian-ujian darah untuk kita mengetahui kuman atau virus dalam kita. Mustahil kita dapat lakukan untuk semua wanita yang hamil kerana tidak praktikal dan tambahan pula banyak jangkitan virus tidak mempunyai apa-apa rawatan yang khusus.

Banyak penyakit berjangkit yang bolih dihidapi olih wanita yang hamil seperti

·         Rubella(German measles)
·         Cytomegalovirus
·         Varicella(Chicken pox)
·         Parvovirus 19
·         Toxoplasmosis
·         Herpes Simplex
·         Hepatitis B
·         Group streptococcus(GBS)
·         Syphilis
·         Listeria
·         Malaria
·         HIV
Saya percaya anda tentu pernah terbaca dan terdengar beberapa contoh jangkitan berjangkit yang bolih hadir semasa hamil. Ada beberapa penyakit berjangkit diatas yang kami buat ujian secara rutin dalam pemeriksaan antenatal. Contohnya Rubella,Hepatitis B,Syphilis dan HIV. Pentingnya jangkitan penyakit diatas adalah ianya memberi implikasi tidakbaik  pada bayi anda.

Rubella

Rubella adalah virus RNA yang berjangkit melalui titisan hingus dari manusia ke manusia. Rubella mudah berjangkit pada 7 hari sebelum dan selepas kehadiran ruam pada badan. Masa inkubasinya adalah 14 hingga 21 hari.

Apakah simtom-simtom Rubella?


Tidak semua orang yang dijangkiti Rubella mempunyai simtom dan dianggarkan 50-75% mempunyai simtom. Diantara simtom-simtomnya adalah demam,ruam ,sakit sendi dan bengkak kelenjar limfatik.
Diagnosisnya memerlukan ujian darah serologi berpasangan. Ini bermakna ujian pertama dilakukan semasa penyakit ini akut/mempunyai ruam dan simtom-simtom lain dan ujian keduanya 3 hingga 4 minggu selepas itu. Anda dijangkiti Rubella sekiranya antibodi IgM ada dalam darah atau kenaikan 4 kali ganda IgG.(Tidak mengapa jika anda tidak faham ini sekarang)

Apakah implikasi kepada bayi anda?

Kecacatan kongenital berkait dengan Rubella:
·         Pekak sensorineural. Pekak disebabkan olih kerosakan pada saraf pendengaran.
·         Kecacatan jantung seperti VSD dan PDA
·         Mata-Katarak kongenital,mikrooftalmia dan glikoma
·         Microcephaly dan mental retardation

Cara Pencegahan

Pelalian semasa kanak dengan vaksin MMR. Program pelalian Rubella semasa di sekolah telah lama dijalankan olih kerajaan. Adalah disyorkan supaya anda buat ujian darah untuk mengetahui status  immuniti anda terhadap Rubella. Jika tidak mempunyai immuniti, anda perlu ambil pelalian Rubella selepas bersalin. Suntikan Rubella tidak bolih diambil semasa hamil dan setelah suntikan anda perlu tunggu selama 12 minggu sebelum cuba mengandung.

Risiko kepada bayi anda dari jangkitan Rubella(jika ibu menghidapai Rubella) adalah mengikut usia bayi anda.

1.       Kandungan < 13 minggu,risiko transmisi kepada bayi adalah 80% dan hampir semua bayi dijangkiti akan mengalami kecacatan kongenital. Anda dinasihatkan gugurkan kandungan ini.
2.       Kandungan 13 hingga 16 minggu,risiko transmisi kepada bayi adalah 50% dan 35% yang dijangkiti akan mengalami kecacatan kongenital. Kebanyakkannya adalah kecacatan pendengaran.
3.       Kandungan >16 minggu,mempunyai risiko transmisi 25% dan amat jarang bayi mengalami kecacatan kongenital. Kandungan ini bolih diteruskan.
Kesimpulannya pasangan yang akan ke pelamin periksalah immuniti anda terhadap Rubella. Kalau anda tidak immune,ambillah suntikan pelalian Rubella dari mana-ana klinik. Bagi ibu yang disyaki menghidapi Rubella segeralah berjumpa dengan doctor.

Nota: Saya akan buatkan entri-entri penyakit berjangkit yang lain dimasa-masa akan datang

Tuesday, 5 June 2012

Part 2: Seks yang menyakitkan, Apakah rawatan yang ada?




Salam semua,terima kasih kerana membaca entri mengenai ‘seks yang menyakitkan’. Seperti saya maklumkan dahulu , masalah ini memang orang tak akan bincangkan secara terbuka kerana taboo dalam masyarakat kita. Walaupun kita tahu sebenarnya banyak kes-kes seperti ini berlaku setiap masa.
Bahagian 1 dahulu saya telah terangkan sebab-sebab kenapa dyspareaunia terjadi. Anda mungkin bersendapat dengan saya bahawa sebab-sebabnya amat luas dan sukar untuk diagnosis dengan tepat. Tambahan pula terdapat unsur-unsur emosi dan psikologi yang sama penting punca dyspareaunia ini.

Apakah rawatan untuk dyspareaunia?

Pendekatan yang digunakan dan yang terbaik adalah secara berpasangan dan bukan secara individu. Ini bermakna melibatkan bantuan dari suami anda. Kalau bolih ianya ditumpukan kepada punca dysparaeunia ini.

Langkah-langkah yang bolih diambil:


·         Menggunakan pelincir,anestatik setempat,latihan kegel untuk lantai pelvis bagi wanita yang mengalami vaginismus. Ini dapat membantu ‘memecahkan’ kitaran kekejangan otot-otot pada vagina dan pelvis. Rawatan yang berkesan bagi vaginismus adalah kombinasi modifikasi perlakuan,dilatasi vagina dengan alatan dan kaunseling emosi. Salah satu teknik yang digunakan adalah Terapi desensitizasi. Pesakit akan belajar untuk relakkan otot-otot vagina dan emosi secara berperingkat-peringkat sehinggalah penetrasi dan hubungan seksual dapat dilaksanakan.
·         Membanyakkan komunikasi dengan pasangan anda. Anda bolih beritahu pasangan anda apa yang membuatkan anda berasa selesa dan apa yang tidak seperti memperlahankan penetrasi.
·         Modifikasi teknik seksual
Membanyakkan ‘foreplay’ dan melengahkan penetrasi sehingga kegairahan maksimum. Ini dapat membantu meningkatkan lubrikasi semulajadi dan mengurangkan dysparaeunia.
Merubah posisi semasa seks bolih membantu.Contohnya wanita diatas suami dimana posisi ini wanita dapat mengawal penetrasi berapa dalam dan laju supaya dapat memberi keselesaan kepada mereka.
·         Terdapat wanita beranggapan vagina mereka kecil. Tetapi semasa hubungan seks berlaku, vagina akan mengembang 35-40%. Bayangkan vagina sebenarnya bolih menerima kepala bayi sebesar 10 sentimeter jadi ianya bukanlah masalah yang betul.
·         Farmakologi
Bagi wanita yang sukar mendapat pelincir semula ,pelincir atau lubricant seperti k-Y jelly dapat menbantu. Krim hormone estrogen bolih digunakan bagi wanita yang telah menopos bagi menyegarkan kulit vagina.Selain itu hormone gantian juga bolih digunakan.
Wanita yang mengalami sukar mencapai kegairahan, sildefil(Viagra) ada di gunakan untuk meransang klitoris.
Suntikan steroid dan anestatik pada parut episiotomy yang sakit bolih membantu untuk sementara waktu.
Bagi  inflamasi atau jangkitan kuman ,rawatan adalah khusus untuk masalah ini.
·         Surgeri
Rawatan ini cara yang terakhir di gunakan kalaulah cara lain itu gagal.
Laparaskopi dapat merawat penyakit didalam pelvis seperti ‘adhesions’ kerana jangkitan kuman atau endometriosis. Selepas histerektomi terdapat kes dimana ovary-ovary ini tersepit dibelakang vagina. Laparaskopi dapat mengalihkan ovary-ovari ketempat lain.
Kadangkala, parut episiotomy yang lama itu perlu dibaiki dan membuang parut-parut lama yang sakit. Luka episiotomy yang baru akan pulih dengan baik tanpa sakit bila bersama.

Kesimpulannya,wanita yang mengalami masalah sakit semasa seks perlu kedepan untuk mendapatkan rawatan kerana kalau berdiam diri tidak akan dapat menyelesaikan masalah.


Monday, 4 June 2012

Part 1: Seks yang menyakitkan. Apa puncanya?



“Seks adalah menyeronokkan” itulah anggapan semua orang. Seks selain dari untuk propogasi manusia, ianya adalah untuk mengikat kasihsayang diantara pasangan-pasangan yang berkahwin.Sebenarnya ramai ini  tidak di ketahui kerana taboo . Tidak ada siapa yang berani bercakap mengenainya kerana bercerita pada orag lain bermakna menyingkap cerita di sebalik kelambu kita. Adalah dianggarkan hampir setengah wanita yang aktif seksual, akan mengalami sakit semasa seks sepanjang pergaulan mereka.
Dalam medical,seks yang menyakitkan di panggil dysparaeunia. Dysparaeunia bolih berlaku sebelum,semasa dan juga selepas hubungan seks. Jangan ingat perempuan sahaja yang mengalami dysparaeunia,lelaki pun bolih juga mengalaminya.
Apakah sebab-sebab dysparaeunia?
Sebab-sebab dysparaeunia agak kompleks kerana terdapat sebab-sebab emosi atau psikologi yang juga penting selain dari sebab-sebab fizikal.
·         Genitalia luaran yang sensitif
Contoh: Inflamasi  pada bibir vulva. Ini berpunca dari jangkitan kuman,irritasi dari bahan kimia dan alahan. Jangkitan yang bolih menyebabkan inflamasi pada vulva adalah candidiasis,herpes simplex,Trichomoniasis dan Gardnerella.
Klitoris bolih juga mendapat inflamasi.Terdapat juga masalah kulit seperti lichen scherosis dan eczema.
·         Sakit pada ‘point of entry’
a.       Kekurangan pelincir
Kebanyakkan berpunca dari kurangnya bercumbu-cumbuan diantara pasangan. Bagi wanita yang telah menopos,selepas bersalin dan masih menyusu bayi mereka juga akan mengalami kurang pelincir disebabkan olih kekurangan hormone estrogen.
Kurang bernafsu atau sukar gairah juga menyebabkan pelincir kurang. Terdapat beberapa ubat yang bolih menyebabkan kita kurang bernafsu seperti anti depressant,sedative,antihistamin dan juga ubat darah tinggi.
b.      Kecederaan,trauma pada vagina
Ini bolih disebabkan olih kemalangan,pembedahan pelvis dan luka episiotomy.
·         Vaginismus
Keadaan dimana wanita akan mengalami kesakitan dan suami sukar membuat penetrasi kerana ketegangan otot-otot vagina dan lantai pelvis.
·         Sakit dalaman semasa tujahan dari suami.
Semasa tujahan,isteri merasa kesakitan didalam pelvis dan lebih sakit dalam posisi tertentu semasa hubungan seks.
Terdapat beberapa keadaan dan penyakit yang bolih menyebabkan sakit semasa ‘deep penetration’.Diantaranya ialah endometriosis,jangkitan kuman dalam pelvis,rahim jatuh/prolapse,rahim jatuh kebelakang/retroverted uterus,jangkitan pundi kencing,buasir,ovarian cyst dan ‘irritable bowel syndrome’.
Parut-parut yang terjadi dalam pelvis seperti histerektomi atau pasca rawatan radiasi atau kimoterapi kerana kanser.
·         Sakit semasa orgasm disebabkan olih kontraksi dari rahim,
·         Faktor-faktor emosi
Peranan emosi dan aktiviti seksual amat berkait-rapat dan sukar diukur sejauh mana ianya mempengaruhi nafsu dan kegairahan. Saya percaya ianya amat penting dalam hubungan suami isteri. Keresahan,murung,kuwatir dengan bentuk badan,takut untuk menjalinkan intimisi dan masalah hubungan suami isteri,kesemuanya bolih mengganggu kebangkitan nafsu dan gairah. Bila ini berlaku,pelincir berkurangan dan ini menyebabkan kesakitan bila hubungan seksual berlaku.
·         Stres
Stres bolih menyebabkan otot-otot pelvis kejang
·         Sejarah ‘sexual abuse’

Pemeriksaan doctor
Selepas mengambil sejarah pesakit,pemeriksaan pelvis adalah amat penting. Kulit di bahagian bibir vulva di periksa untuk inflamasi,jangkitan dan eczema. Doktor akan cuba mencari bahagian yang sakit di vagina dengan mengunakan tekanan jari dan juga speculum. Ujian ultrasound diperlukn untuk memeriksa rahim dan ovary dalam pelvis. Kadangkala laparaskopi diperlukan untuk melihat punca dari dalam pelvis.

Part 2: Rawatan

Saturday, 2 June 2012

Bagaimana anda tahu yang anda hamil dan apakah yang anda perlu lakukan?




Bagi pasangan yang baru berkahwin, ramai yang teruja untuk hamil cepat.Tetapi bagi mereka yang belum bersedia, eloklah mengambil langkah-langkah bagi mengelakkan mengandung ter’accident’. Bagi saya perkara macam ini memang norma. Hampir semua pasangan yang saya tanya mengatakan kandungan yang dikandung terjadi kerana ‘accident’. Kebanyakkan wanita kita ‘menerima’ anugerah Allah ini walaupun dalam hati mereka tidak berapa ‘ready’. Dalam entri yang lalu saya ada menghuraikan cara-cara menangguhkan kehamilan khusus untuk pasangan yang baru berkahwin.

Diantara cara-cara yang saya rasa sesuai adalah pil perancang dan kondom. Cara-cara lain seperti suntikan,implanon atau IUCD tidak berapa sesuai. Contohnya IUCD berpontensi menyebabkan saluran fallopian tersumbat kerana jangkitan kuman. Suntikan dan Implanon bolih melingahkan anda untuk mengandung kerana kedua-duanya akan melambatkan kesuburan.

Seperkara lagi bagi pasangan yang baru berkahwin ini ,mereka selalunya bertanya bagaimanakah kita tahu yang kita mengandung.

Ok kali saya hendak bincangkan simtom-simtom hamil dan apa yang anda perlu lakukan sekiranya anda hamil. Trimester pertama adalah waktu yang kritikal jika anda tahu akan komplikasi-komplikasi yang bolih berlaku.

Apakah komplikasi-komplikasi yang bolih terjadi pada awak kehamilan?

1.Kandungan Luar Rahim atau Kandungan Ektopik.
Kehamilan Ektopik amat serius dan kalau tidak di ketahui awal bolih membawa kematian ibu.Begitulah pentingnya pada peringkat awal mengetahui dimana kedudukan janin anda sama ada didalam atau di luar rahim. InsyaAllah saya akan bincangkan mengenai kehamilan ektopik dalam entri akan datang.
2. Kandungan Anggur atau Kandungan Molar
Kandungan Molar jika lewat di diagnosis bolih menyebabkan pertumpahan darah dan alahan mengandung yang teruk. InsyaAllah saya akan bincangkan dalam entri khusus untuknya.
3. Keguguran.
Keguguran telahpun saya bincangkan dalam entri yang dulu. Sila semak dalam entri-entri bulan May.

Apakah simtom-simtom kehamilan dan yang anda perlu lakukan?

·         a.Haid terlewat
Menandakan hari pertama haid turun setiap bulan adalah amat penting terutamanya yang selalu terlupa dan haid yang tidak menentu. Ada ibu yang datang bila saya tanya bilakah hari pertama darah haid terakhir,ramai yang tidak pasti. Kami kira due date seseorang ibu itu bersandarkan pada hari pertama haid dan bukannya hari terakhir!
Kami menggunakan formula Naegele untuk mengira ‘due date’. Terdapat perbezaan tarikh ‘due date’ jika kita menggunakan carta roda obstetrik yang banyak klinik-klinik pakai. Perbezaan mungkin dalam beberapa hari sahaja.
Terdapat beberapa faktor yang bolih menyebabkan tarikh ‘due date’ jauh berbeza dengan tarikh ultrasound. Diantaranya adalah haid tidak tetap,penyusuan badan dan pengambilan pil-pil hormone,suntikan dan Implanon sebagai cara mencegah kehamilan.
Lebih kurang 40% hari.

Apakah yang perlu anda lakukan sekira anda tidak pasti bila haid turun atau anda menyusu badan atau menggunakan hormon perancang?

Mudah saje. Segera mendapatkan imbasan ultrasound. Diantara 8 hingga 13 minggu, ultrasound memberikan ukuran yang paling tepat kalau dibandingkan dengan kandungan pada trimester 2 dan 3. Jika terdapat lebih dari 2 minggu perbezaan dari tarikh mengikut haid,maka tarikh ‘due date’ menggunakan ultrasound bolih dipakai.

Kelebihan lain selain dari untuk tarikh,ultrasound juga di gunakan untuk menentukan yang kehamilan itu berlaku dalam rahim,bukan kandungan molar dan bukan juga kes-kes keguguran.
·         b.Loya dan Muntah

Ini adalah lumrah pada trimester 1 dan bolih berlaku bila-bila masa dan kadangkala sepanjang mengandung. Muntah selalunya akan hilang selepas 16 minggu.Dalam entri yang lalu saya telah bincangkan dengnan terperinci. Anda bolih semak semula.
·        c. Kerap kencing

Ini disebabkan pengeluaran air kencing banyak semasa hamil kerana volum plasma meningkat semasa hamil. Keduanya disebabkan tekanan rahim pada pundi kencing.
·         d.Keletihan/Kepenatan

Ini yang paling ketara pada wanita-wanita yang selama ini mereka amat aktif. Keletihan yang amat sangat mendorong mereka menghabiskan masa tidur dan menjadi ‘malas’. Ini akan hilang selepas 12 minggu.
·         e.Payudara bengkak,sakit dan sensitif

·         f.Pergerakan bayi

Biasanya pada usia kandungan 20 minggu bagi anak pertama dan 18 minggu anak kedua keatas.
Apakah ujian awal yang anda bolih lakukan sebelum berjumpa dengan doctor untuk ultrasound?
Sudah tentu ujian air kencing/Urine Pregnancy Test(UPT). Saya rasa tunggu seminggu lewat baru ujian UPT dilakukan. Di luar sana banyak kit-kit ujian air kencing. Jadi yang mana elok? Terdapat 2 jenis ujian UPT in. Kebanyakkan ujian kit UPT hanya akan positif jika paras hCG dalam air kencing lebih dari 50 IU/l. hCG adalah hormone yang dihasilkan olih tisu trofoblastik kehamilan. Kit-kit ini murah dalam RM 10 sahaja. Ada juga kit-kit ujian UPT ini yang bolih positif biarpun paras hCG dalam kencing serendah 25 IU/l. Kit-kit ini selalunya lebih mahal dalam RM 30-40.

Dalam kes-kes yang ‘doubthful’/kurang pasti sama ada seseorang itu mengadung atau tidak,hCG juga bolih di ukur dengan menggunakan darah. Ujian hCG menggunakan darah amat sensitive dan telah menunujukkan positif selepas persenyawaan berlaku!

Paras hCG dalam darah akan meningkat 2 kali ganda setiap 48 jam bagi kehamilan yang normal. Jika kandungan ektopik,kenaikan paras hCB tidak 2 kali ganda. Bagi kandungan Molar pula, paras hCG adalah amat tinggi sekali.

Menggunakan ultrasound pada peringkat awal kehamilan, mungkin sukar kerana dibawah 6 minggu amat sukar melihat embrio dalam kantongnya. Bagi saya dapat melihat kantung kandungan sudah mencukupi bagi peringkat awal dan saya akan sahkan embrio ada 2 minggu kemudian. Paling awal jantung embrio dapat dilahat dengan ultrasound adalah 6 minggu jika kita scan dari bawah/vagina dan 7 minggu jika ultrasound secara biasa. Janin akan mula bergerak seawall 9 minggu. Pergerakan ini hanya dapat dilihat dengan menggunakan ultrasound.

Kesimpulan dari perbincangan diatas,jika anda berasa anda hamil,lakukan ujian UPT selepas seminggu lewat haid dan waktu yang sesuai untuk ultrasound adalah 7 minggu. Ujian ultrasound pada awal kehamilan mempunyai banyak kebaikan selain dari mengesahkan anda hamil ianya juga membantu mengesahkan usia kandungan,dimana kehamilan ini berlaku dan mempastikan kandungan bukan kandungan Molar dan keguguran.