Followers

Thursday 26 July 2012

Inginkan cahayamata,Endometriosis,PCOS. Apakah ada kaitan?




Saya berumur 31thn dan telah berkahwin selama 5thn tetapi masih belum mempunyai cahayamata.(mengalami keputihan tetapi tidak gatal)  2thn pertama perkahwinan saya telah membuat pemeriksaan di sebuah klinik dimana sample darah diambil untuk diuji dan di scan di perut.  Hasil pemeriksaan Dr meberitahu rahim saya dalam keadaan baik dan berkedudukan cantik, ujian darah pula menunjukkan tahap kesuburan saya tinggi.  Seperti rakan lain yang telah berjumpa Dr dan mendapat pil subur telah berjaya mempunyai zuriat, saya juga menyatakan keinginan untuk mendapatkan pil tersebut tetapi Dr tidak berani memberinya kerana Dr takut berlakunya perubahan hormon. 
Saya dan suami nekad mencuba produk kehamilan yang popular dipasaran.  Belum pun habis produk tersebut suami sudah tidak mahu lagi kerana suami mengalami cirit-birit yang teruk.(1hari hingga 7-8kali)-mungkin lebih makan makanan harian yang pedas..
Bulan Feb yang lepas haid saya telah lewat selama 6hari, dan mengalami sakit di bahagian perut(di bawah pusat)seperti ade satu bengkak didalamnya.  Saya mengajak suami ke klinik lain dan Dr disitu juga scan perut saya dan memberitahu rahim saya normal dan tiada apa masalah. Saya ada menyatakan pada Dr yang adakah saya berkemungkinan mengalami endometriosis?  Dr menyarankan saya mengambil pil clomiphene dahulu selama 2bulan dan tidak terlalu memikirkan masalah itu.  Bulan march lalu haid saya lewat jugak selama 7hari pula dan keluar seperti selaput berwarna putih kelabu.  Suami ada menjalani pemeriksaan air mani dan didapati cuma kurang 2% daripada biasa.
Sekarang saya mengalami keputihan hampir setiap hari dengan kuantiti yang berbeza.  berwarna kuning, kadang-kadang berketul seperti dadih tetapi tidak selalu merasa gatal. Ini membuatkan saya selalu melakukan pembersihan dengan menggunakan tisu yang dibasahkan dengan air panas. Keputihan akan hilang dalam jangka masa pendek(selama 1-2hari)

Harap Doktor dapat membantu mengatasi masalah saya.
Terima kasih Doktor.
 p/s : betul ke bila kita nak buat pemeriksaan servik, doktor akan memasukkan satu alat ke dalam kemaluan kita semasa haid?  Takut pula saya mendengarnya..


sist_iza  

Jawapan
Daripada apa yang ditulis saya dapati dua persoalan. Pertama adalah masalah sukar untuk mendapat cahayamata walupun usia perkahwinan mengjangkau 5 tahun dan keduanya adalah keputihan atau discaj.Kedua-dua ini tidak ada kaitan antara satu sama lain.
Masalah discaj ini memang kerap berlaku tetapi hendak membezakan yang mana satu discaj penyakit  dan yang mana satu discaj normal memerlukan pemeriksaan vagina dan pengambilan contoh discaj untuk ujian makmal. Discaj normal atau discaj fisiologi adalah discay yang berlaku semunggu sebelum hiad dan kebisaannya putih jernih. Daripada apa yang ditulis, discay yang berkeping seperti dadih ini adalah berpunca dari jangkitan kuat yang di panggil candidiasis. Selalunya ianya disertai dengan kegatalan yang amat sangat dibahagian kemaluan. Rawatannya amat mudah dengan menggunakan pesari antikulat yang perlu dimsukkan kedalam vagina diwaktu malam untuk beberapa malam. Terdapat juga ubat antikulat dalam bentuk tablet dan diambil secara oral. Saya cadangkan berjumpa dengan doctor pakar untuk pemeriksaan dan ubat.
Memang benar kami perlu masukkan satu alat yang dipanggil speculum yang berupa mulut itik untuk melihat dalam vagina dan pintu rahim. Ianya ttidak menyakitkan kalau kita relak. Kami tidak melakukan pemeriksaan speculum semasa haid kecuali ada sebab seperti perdarahan. Kebanyakkan prosedur dilakukan selepas haid seperti pap smear.
Masalah kesuburan atau infertility ini sukar untuk di ‘sembuhkan’ jika tidak mendapat komitmen 100 peratus dari kedua-dua pihak isteri dan suami. Banyak kes-kes infertility ini tersangkut ditengah jalan kerana pelbagai sebab peribadi dan kewangan. Sebenarnya pada zaman sekarang banyak keadah-kaedah baru yang amat berjaya dalam mendapatkan cahayamata. Ini adalah disebabkan ubatan yang baik dan skil-skil doctor dan pasukan mereka yang baik.  IVF contohnya telah mencapai 50 hingga 60 peratus kejayaan untuk mengandong.
Bagi Puan Iza, saya cadangkan puan perlu tumpukan sepenuhnya untuk mendapatkan cahayamata yang diinginkan kerana usia puan dan masa ketidaksuburan yang lama.
Pasangan yang mengalami infertility,kami akan menyiasat dari 3 sudut. Pertama,adakah wanita mempunyai folikel-folikel(benih-beni h telur) yang boleh membesar dan matang berserta dengan ovulasi. Keduanya kami menyiasat sama ada seseoarang itu mempunyai masalah saluran fallopian tersumbat dan ketiganya adakah suami mempunyai sperma yang mencukupi ,normal dan aktif.
Terdapat beberapa sebab kenapa ovary gagal berfungsi, dalam ertikata lain ovulasi tidak dapat berlaku setiap bulan. Pertama adalah disebabkan oleh PCOS(Polycystic Ovarian Syndrome). PCOS adalah masalah endokrin yang utama pada wanita. Ianya punca utama(80 peratus) kes-kes subfertility. Pesakit PCOS kebiasaannya mereka obes,haid tidak teratur,masalah infertility dan ada masalah hirsutisma.mereka ini mempunyai masalah ovulasi kerana folikel/telur gagal membesar dan melepaskan ova.Mereka yang mengalami endometriosis juga mempunyai masalah ovulasi.
Saluran fallopian boleh tersumbat disebabkan oleh endometriosis,jangkitan kuman dalam pelvis dan sebarang pembedahan didalam perut.
Bagi suami pula jumlah sperma yang diperlukan minima adalah 20 juta dan lebih dari 50 peratus adalah aktif dan normal.
Diantara rawatan yang ada untuk membantu wanita subfertility ini adalah induksi folikel dengan menggunakan Clomiphine.Masalah Clomiphine ianya boleh menyebabkan gemuk. Kes-kes yang gagal dengan clomophine , kami gunakan suntikan gonadotropin. “Intrauterine Insemination/IUI” adalah kaedah yang kami gunakan untuk membantu suami mempastikan sperma dimasukkan terus kedalam rahim.IUI memerlukan sperma di “bersihkan” dahulu sebelum dimasukkan. Peringkat yang terakhir kalau IUI gagal adalah IVF/tabung uji.  IVF adalah persenyawaan dilakukan di dalam makmal selepas telur/ove dab sperma di jumpakan dalam ‘tabung uji”. Ianya lebih berjaya dari Clomiphine dan IUI.
Jadi saya syorkan puan berjumpa dengan doctor pakar kesuburan bagi membantu puan kerana masalah infertility telah berpanjangan selama 5 tahun. Lagi lama puan tunggu lagi kurang peluang unuk puan hamil kerana usia dan masalah folikel-folikel/telur yang telah berusia. Puan boleh cuba IUI dulu tetapi syarat saluran fallopian tidak tersumbat dan sperma suami adalh normal. Kalau mampu,IVF adalah pilihan yang terbaik.

3 comments:

  1. Salam Dr, boleh saya dapatkan emel Dr ? Saya ada persoalan yang ingin diajukan kalau Dr tidak keberatan untuk menjawabnya. Terima kasih.

    ReplyDelete