Toxoplasmosis disebabkan olih parasite Toxoplasma gondii. Ianya
merebak melalui ‘contact’ dengan najis kucing dan memakan daging yang
separuh masak. Di UK, 20% wanitanya mempunyai immuniti. Insiden infeksi primer
semasa hamil adalah 1 dalam 500
Apakah simtom-simtom
infeksi Toxoplasma?
·
80% kes tiada simtom
·
Demam
·
Bengkak kelenjar
Bagaimana diagnosa
infeksi Toxoplasma di buat?
Bagi ibu-ibu yang di
syaki dijangkiti, memerlukan ujian serologi dengan perbandingan sampel
berpasangan iaitu semasa akut dan 28 hari selepas itu.
Ibu dijangkiti
sekiranya:
·
Titre
antibodi IgM amat tinggi
·
Titre
antibody IgM dan IgG tinggi
·
Titre
antibody IgG tinggi 4 kali ganda.
Bayi didalam rahim di
jangkiti sekiranya:
·
Antibodi
IgM terdapat dalam air ketuban atau darah bayi.
Nota:
Majoriti bayi yang dijangkiti mempunyai ultrasound yang normal.
Apakah risiko kepada
ibu?
Ibu yang sihat dan mempunyai immuniti yang normal-MINIMAL
Ibu-ibu yang immuniti-kompromi bolih mendapat chorioretinitis
dan encephalitis.(jangkitan mata dan otak).
Apakah risiko pada
bayi?
·
Keguguran
semasa trimester pertama
·
Kecacatan jika berlaku infeksi primer adalah
o
Choriorenitis/masalah
mata
o
Microcephaly(kepala
kecil) dan hydrocephalus(otak banyak
air)
o
Intracranial
calcification( deposit kalsium dalam otak)
o
Mental
retardation(terencat akal)
Rawatan.
Spiramycin semasa ibu mengalami infeksi dapat mengurangkan risiko bayi dijangkiti.
Jika darah ibu menunjukkan kadar antibodi IgM yang
tinggi,kandungan yang akan datang patut dilewatkan sehinggalah antibody ini
rendah atau tiada.
Blh bg cadangan klinik atau hospital yang boleh buat CEk utk toxoplasmosis ni?
ReplyDelete