Followers

Sunday, 13 May 2012


Pada masa ini merokok dikalangan wanita adalah perkara yanglumrah dan saya percaya peratusan yang menhisap rokok semakain meningkat. Semasa zaman dahulu, merokok ini hanya di golongan wanita yang telah berumur dan kebiasaan mereka menghisap rokok daun sahaja. Semakin carahidup kita menjadi lebih sofiskated, semakin banyak carahidup kita telah berubah yang mana jika tidak terkawal ianya akan memberi kesan kepada generasi-generasi yang akan datang. Merokok apa sebab pun yang diberi tetap memberi kesan kepada bayi. Tidak kira sama ada anda perokok aktif atau perokok pasif(suami merokok),bayi tetap mendapat kesan darinya.
Risiko-risiko merokok sama ada aktif atau pasif telah diketahui dan amat jelas. Setiap wanita perlu tahu akan kesannya kepada mereka dan juga bayi mereka perlu langkah inasiatif bagi berhenti atau sekurang-kurang mengurangkan jumlah batang rokok yang dihisap.
Apakah kesan nikotin kepada kandongan anda?
Asap rokok mengandongi karbon monoksida(CO) dan nikotin. Haemoglobin dalam darah berfungsi untuk membawa oksigen(O2) ke tisu-tisu atau organ-organ dalam badan bayi. Karbon monoksida dalam darah akan mengambil alih tempat molikul-molikul oksigen pada haemoglobin dan menyebabkan sel-sel mengalami kekurangan oksigen. Pertukaran gas O2 dan karbon dioksida(CO2) berlaku di plasenta/uri dan bagi ibu yang merokok,kurang O2 dapat dipindahkan kepada bayi mereka kerana CO tadi. Bayi akandapat kurang O2 akan mengalami hypoxia yang kronik. Nikotin  pula menyebabkan saluran-saluran darah menjadi sempit dan ini juga menyebabkan aliran darah kepada bayi berkurangan. Akibatnya ialah bayi mendapat kurang O2 dan nutrienuntuk tumbesaran. Saluran-saluran darah dalam uri juga turut terlibat bila merokok.
Apakah kesan kepada bayi?
Berat badan rendah kerana kurang nutrien
Kelahiran Pramatang
Stillbirth/Kematian bayi

Bayi-bayi yang lahir jika ibu mereka merokok mempunyai beberapa masalah:

  1. Pengurangan Pertumbuhan Fizikal
  2. Pengurangan Perkembangan Intelektual
  3. Kenaikan risiko Sindrom Kematian Mengejut Bayi
  4. Masalah Perlakuan
  5. Masalah Paru-paru dan Asma
  6. Perkembangan Paru-paru yang lemah

Bagi ibu-ibu yang merokok pula mempunyai masalah semasa mengandong seperti

  1. Kadar keguguran meningkat
  2. 'Placental Abruption'
  3. Kelahiran Pramatang
  4. Infeksi dalam rahim

Thursday, 10 May 2012

Adakah cara lain selain dari D&C untuk mengeluarkan kehamilan yang tidak menjadi?

Sebenarnya ada 3 cara untuk kandongan yang menjadi di keluarkan.
1. Semula jadi
Cara ini sesuai untuk wanita yang mengalami perdarahan kecil. Cara ini berkesan bagi keguguran yang tidak lengkaptidak habis. Risiko yang penting adalah
a. perdarahan yang banyak diwaktu yang kurang sesuai seperti tengah malam,cuti atau dalam keramaian.
b. sakit perut semasa keguguran
c. sepsis/jangkitan kuman
2. Medikal
Cara ini menggunakan analog hormon prostaglandin seperti misoprostol sama ada di telan atau dimasukkan kedalam vagina. kadangkala hormon anti progesteron seperti mifepriston digunakan sebelum prostaglandin. Selepas perdarahan ,sakit perut akan berlaku. Keguguran spontan bolih berlaku dan seperti cara semula jadi,10-20 % tisu kandongan masih tertinggal dan memerlukan D&C.
3. Surgikal
Cara seperti D&C elok bagi mereka yang berdarah banyak atau mahu buat D&C.Kelebihannya ialah cepat,mudah dan dilakukan sebagai Daycare sahaja.

Cara-cara diatas memerlukan perbincangan dengan doktor bukan semua keguguran boleh di D&C atau sebaliknya.

Setelah keguguran, adakah dunia anda musnah?


Salam buat semua,
Tajuk kali ini agak brutal.Adakah dunia akan berakhir kerana anda mengalami keguguran? Apabila saya menghadapi ibu yang mengalami keguguran terutamanya jika ianya anak pertama dan lebih teruk lagi sudah berkahwin bertahun-tahun,saya dapat merasai bagaimana tekanan perasaan yang dihadapi oleh mereka. Bagi kami untuk memberitahu berita yang tidak baik tersangatlah sukar tapi apakan daya ibu terpaksa mendengarnya walaupun dalam hati mereka ,mereka menangis.
Kadangkala kita melihat dunia dalam ruang yang sempit sebab itu kita dapat menerima hakikat atau kenyataan. Kalau kita lihat secara luas, keguguran telah menunjukkan kepada kita yang kita berupaya untuk mengandong. Cuba tengok di luar sana berapa ramai pasangan yang telah berkahwin tetapi masih lagi tidak berjaya memperolehi cahaya mata. Selalu saya katakan kepada mereka, “Anda berdua adalah normal”  walaupun ultrasound tidak menunjukkan denyutan jantung janin.
 Perkara ini yang saya selalu tekan kepada mereka jangan hanya melihat pada apa yang terjadi pada kandongan itu tetapi pada mereka berdua mampu membuat zuriat.
Selepas seseorang itu kehilangan bayi, memang semula jadinya reaksi pertama adalah ‘denial’. Si ibu akan cuba mencari kesalahan pada beliau,suami,keadaan dan juga persekitaran . Ini dapat membantu mengurangkan perasaaan bersalah. 
Keguguran sebenarnya tiada perkaitan dengan stress di rumah atau tempat kerja,membawa barang berat,melakukan hubungan seks atau apapun yang difikirkan punca keguguran ini. Terlalu banyak pantang larang ketika mengandong dan jika tidak di ikutkan sebab itulah keguguran itu berlaku. Semua ini adalah tidak benar.
 Kuguguran adalah terlalu lumrah/common. Adalah dianggarkan 20% dari kehamilan berakhir dengan keguguran. Maknanya 1 dalam 5 wanita yang hamil akan keguguran! Mungkin kali ini si ibu termasuk dalam 1 dalam lima itu tetapi mereka mempunyai peluang 80% untuk mendapat anak normal untuk yang akan datang. Hanya jika keguguran itu berlaku 3 kali berturut-turut, barulah peratusan untuk hamil normal menurun sehingga 60%.
Kadangkala si ibu cuba mempersalahkan diri mereka kerana lambat datang berjumpa doctor untuk ujian ultrasound. Ini pun tidak dapat membantu dari keguguran berlaku hanya kita dapat tahu bayi telah tiada lebih awal sahaja.
Soalan yang pertama di tanya saya,”Doc apa puncanya anak saya meninggal?”
Memang sukar hendak dijawab sebab terlalu banyak sebab dan tiada satu sebab yang pasti puncanya.Oleh kerana itu kami tidak melakukan apa-apa penyiasatan untuk mencari punca kenapa kandongan ini gagal. Kebiasaannya setelah 3 kali gugur berturut barulah kami cuba mencari sebab kalau ada. Keguguran berturut-turut ini/Recurrent miscarriages adalah amat jarang dan dianggarkan 1-2 % sahaja dan itupun lebih dari setengah sebabnya tidak diketahui.
Apakah factor-faktor risikonya?
1.Umur ibu meningkat
2.Kerap keguguran

Sebab-sebab keguguran:
·         Kecacatan kromosom/genetic: Dianggarkan lebih dari 50 % kes-kes keguguran. Kebanyakkannya adalak Trisomi seperti Sindrom Down.
·         Sindrom Fosfolipid: Kehadirin anti bodi antikardiolipin atau antikoagulan lupus. Contohnya pesakit-pesakit SLE(Systemic Lupus)
·         Kecacatan kongenital pada rahim seperti terdapat septum dalam rongga rahim.
·         Fibroid
·         Penyakit Trombofilik dimana mudah terjadi pembekuan darah pada uri sehinggakan janin gagal mendapat darah
·         Jangkitan kuman
·         Penyakit Endokrin seperti diabetis,tiroid

Disini anda lihat terlalu banyak kemungkinan punca kenapa terjadinya keguguran. Penyiasatan nya pun mahal . Katakanlah seseorang itu ingin melihat sama ada kandongan itu mengalami masalah genetic maka ujian genetic boleh diambil dari tisu-tisu kandongan selepas D&C.
Kesimpulan bukan senang hendak membuktikan punca sebenar keguguran. Jangan berputus asa  atau yakin tiada masa depan selepas berlaku keguguran kerana peratusan untuk dapat kandongan yang normal adalah amat tinggi walaupun sudah 3 kali berlaku. Anda tidak perlu mencari salah diri sendiri atau suami atau keadaan kerana majority mungkin berpunca dari masalah persenyawaan /masalah genetik . Saya selalu nasihatkan pasangan supaya redha apa yang berlaku kerana semua kuasa Allah dan berdoa supaya Dia akan membalaskan dengan kehamilan yang lebih sempurna dan bayi yang comel. InsyaAllah.

Tuesday, 8 May 2012

Obesiti dan Kesihatan Wanita. Apa anda perlu tahu?


Prakata:Salam kepada semua pembaca blog saya. Saya amat terharu kerana sambutan yang sangat menggalakkan dari anda semua. Blog ini tidak ada gossip artis terbaru,tidak juga gossip politik. Ianya sepenuhnya medical. Thanks kepada Sepet88 yang telah mempromosikan blog ini.
Sudah lebih dari dua abad saya berkecimpung dalam hal-hal wanita dari kehamilan,bersalin hinggakan masalah-masalah ginekologi seperti haid dan fertility.Satu persamaan yang wujud tentang masalah haid dan kesuburan adalah kenaikan berat badan yang mendadak atau obesity.
Hari itu saya google tentang masalah berat badan dengan kesihatan wanita untuk mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam. Terdapat satu review klinikal yang bertajuk Obesity and Women’s Health: An Evidence-Based Review.by Teresa Kulie et all dalam J Am Board Fam Med 2011.
Mengikut WHO,adalah dianggarkan 1 billion penduduk dunia adalah overweight dan 300 milion di kategorikan sebagai obes. Ini adalah keadaan sebenar yang berlaku didunia ini dan keadaan ini membimbangkan.
Bagaimana kita mengklasifikasikan Obesiti?
Klasifikasi Obesiti adalah berpandukan *Body Mass Index(BMI)/Indek Jisim Badan.
Klasifikasi                                                             BMI
Underweight                                                     <18.5
Normal weight                                                  18.5-24.9
Overweight                                                        25.0-29.9
Obese                                                                   >30.0
*Lilitan pinggang juga boleh digunakan untuk mengklasifikasikan overweight dan obesity. Bagi wanita >35 inci (88cm) mempunyai risiko tinggi dan lelaki pula > 40 inci (102cm)
Saya hanya akan bincangkan berkaitan dengan wanita sahaja. Banyak risiko-risiko lain yang timbul kerana obesity . contohnya diabetis,penyakit koronari jantung,sakit musculoskeletal dan kemurungan/depression.
Obesiti dan infertility(Termasuk PCOS)
1.Obesiti memberi kesan kepada kesuburan wanita sepanjang hayat mereka.
2. impak obesity dan PCOS kepad system reproduktif wanita disebabkan oleh pelbagai mekanisma endocrine.
3.PCOS yang menyebabkan paras insulin ,hormone androgen dan hormone estrogen meningkat. Menybakan subfertility dan gangguan kepada ovulasi.
4. Obesiti,kebersanan hormone pil perancang mencegah kehamilan berkurangan.
5.Obesiti menyebabkan kitaran haid tidak regular. Adalah dianggarkan 30-47 % wanita yang overweight atau obes mengalami masalah haid.
6. Mengurangkan berat badan dapat mengembalikan kesuburan seseorang wanita.
Obesiti dan Kehamilan
1.Obesiti menyebabkan banyak komplikasi semasa mengandong dan semasa bersalin.
2. Obesiti dikaitkan dengan darah tinggi,preeclampsia,kencing manis,caesarean dan kamatian neonatal.
3,Obesiti menyebabkan kenaikkan kecacatan bayi seperti neural tube defect,spina bifida dan jantong dan klef pada bibir dan lelangit.
Obesiti dan Penyusuan Badan
1.Obesiti menyebabkan ibu kurang inisiatif untuk memulkan penyusuan badan,lambat pengeluaran susu badan dan penyusuan dalam masa pendek.
Obesiti dan kanser wanita
1.Banyak bukti-bukti sekarang,obesity adalah adalah factor risiko untuk kejadian kanser-kanser ginekologi dan payudara.
2.Wanita yang mempunyai BMI yang tinggi akan merendah kadar survival .
Wanita obes mempunyai keberangkalian tinggi mengalami komplikasi pembedahan dan radioterapi.
3.Kanser endometrium/rahim mempunyai hubungan rapat dengan obesity.
4. Obesiti mempunyai 2 hingga 3 kali ganda risiko kanser rahim.
5.Kadar kematian berpunca dari kanser rahim meningkat mengikut BMI. American Cancer society melapurkan jika BMI>40,risiko relative kematian dari kanser rahim meningkat 6 kali ganda.
6.Kanser ovary pula tiada bukti-bukti yabg konsisten perhubungan antara berat badan dan kanser ovary.
7.Dari segi kaser pintu rahim/servikal pula,insiden meningkat dan juka kadar kematian jika pesakit itu obes.
8. Kanser payudara sememangnya terdapat hubungan yang kukuh diantara obesity dan kanser payudara selepas menopos.
9. Obesiti juga menyebabkan peningkatan morbidity seperti kanser berulang,peningkatan risiko sebelah yang lain dijangkiti,luka pembedahan bermasalah selepas pembedahan.
10.Obesiti juga mempromosi pertumbuhan sel-sel kanser yang merebak.
Apakah kesimpulan dari kertaskajian ini?
Obesiti adalah masalah besar ketika ini kerana makin ramai yang mengalami masalah obes dan overweight. Banyak masalah-masalah kesihatan yang dikaitkan dengan masalah obesity. Oleh amat penting bagi kita mengawal berat badan dari awal bagi mengelakkan outcomes yang negative.
Amalkan permakanan yang sihat dan tambahkan aktiviti senaman dalam kehidupan kita. Semuga anda memperolehi manafaat.

Sunday, 6 May 2012

"Doc.bila saya nak bersalin dan bila patut pergi ke hospital"


Assalamualaikun dan Salam Sejahtera
Terima kasih atas sokongan anda semua dan saya dapat merasakan  blog ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu sekelian.Perbezaaan masa dari segi kaunseling dan soal-jawab diantara pesakit dan pakar sangat jauh berbeza diantara kerajaan dan swasta. Kami mempunyai lebih sikit masa untuk mendengar dan menjawab semua pertanyaan. Tetapi di swasta pun ada doctor pakar yang mempunyai ramai pesakit sehinggakan mereka berasa seperti di klinik kerajaan. Itu terpulang kepada ibu-ibu sekelian untuk membuat keputusan.OK, apa yang saya hendak bincangkan disini adalah satu soalan “cepu mas” yang sering ditanya oleh si ibu atau si  bapa.
Soalannya begini: “ Doc,bila isteri saya/ saya nak bersalin?”
Doc: “ Eh… saya pun tak tau. Allah saja yang tau bila baby nak keluar. Tapi selalu ada petanda-petanda awal yang boleh digunakan ”.
Bila kita patut bersedia?
1.       Apabila kandongan telah mencapai 38 minggu:  Mengikut perkiraan statistic, 80 hingga 90 % wanita akan bersalin dalam jangka masa ini iaitu 2 minggu sebelum tarikh bersalin/due date. Kalau tarikh due date kita menggunakan tarikh ultra sound ianya mungkin lari sedikit mengikut bila ultrasound itu dilakukan.
Contohnya: a) jika ultrasound dilakukan dibawah trimester pertama( bawah 12 minggu), ketepatan jangka bersalin adalah hampir tepat dengan perngiraan mengikut haid. Larinya pun dalam beberapa hari. Kalau haid tidak menentu,kita tak ingat atau masih susu badan semasa mengandong eloklah lakukan ultrasound diperingkat awal kandongan.
                      b) jika ultrasound dilakukan diantara trimester 1 hingga 2 ,ketepatannya lari dalam seminggu atau dua minggu.
                      c) jika ultrasound dilakukan lebih dari trimester ke 3, tarikh tidak boleh dipakai kecuali benar-benar tidak ada tarikh lain dan si ibu datang terlalu lewat untuk booking.
     2. Kontraksi bila menghampiri waktu bersalin
 a) akan menjadi lebih kerap(frekuensi).Misalan dari sekali dalam sehari ke beberapa kali dalam sehari
b) lebih lama(duration) dari beberapa saat hingga ke minit
c) bertahan lebih lama setiap episod kontraksi. Misalan dari beberapa minit hinggakan sampai sejam dua sebelum berhenti.
d)Kesakitan dengan kontraksi semakin ketara(strength)
3. Banyak berlaku discaj jernih putih seminggu dua sebelum bersalin
4. Tekanan/pressure pada pundi kencing,belakang dan kelangkang. Mereka mengalami kerap kencing,sakit belakang dan sukar berjalan kerana sakit dibawah.Perasaan semacam ada yang nak keluar.

Satu lagi soalan: “Doc , bila masa saya perlu bawak isteri/saya kehospital? Kami duduk jauh”
Bila masa perlu ke hospital?
Disini ada beberapa factor lain yang perlu diambil kira:
1.       Anak keberapa?
a)      Anak pertama- Anak pertama ini kami relaks dan cool aje sebabnya mereka ini lambat. Kadar pembukaan pintu rahim adalah 1 cm/jam kalau dibandingkan dengan anak kedua keatas pada kadar 2 hingga 3 cm/jam. Jadi kalau si ibu masuk ke hospital pada pintu rahim bukaan 3 cm, maka logiknya saya masih sempat lagi pergi Ipoh untuk makan tengah hari dan balik semula ke KL!
b)      Anak kedua dan keatas- Yang ini tidak boleh main-main kerana kadar pembukaan pintu rahim dua kali lebih laju secara amnya. Jadi anak kedua dan keatas perlu datang ke hospital lebih awal dari anak pertama.
2.       Berapa kuat,kerap,lama kontraksi-kontraksi berlaku?
Proses bersalin adalah satu proses yang dinamik dan progressif. Apa maksudnya? Bilamana kontraksi berlaku, kontraksi-kontraksi ini akan berubah karektor dari jarang menjadi kerap, dari kecil kekuatannya menjadi besar, dari sekejap menjadi lama dan dari tidak sakit menjadi sakit. Kalau ciri-ciri ini tiada pada kontraksi anda maka ianya bukan “labour’ lagi. Dari segi obstetric pula kami tambah lagi iaitu kontraksi-kontraksi ini mestilah yang dapat dapat membuka dan menipiskan pintu rahim setiap jam.
a)      Anak pertama- Bilamana kontraksi-kontraksi berlaku satu dalam setiap 20 minit. Perlu di ingatkan ini bukannya yang mutlak yang ibu kena datang bila kontraksi berlaku hingga tahap ini. Kalau ibu berasa tidak selesa kerana sakit,air ketuban telah pecah atau pun turun darah ataupun rumah jauh dari hospital dan trafik jam semua ini perlu diambil kira.
b)      Anak kedua dan keatas- Kalau disuruh datang bilamana kontraksi berlaku satu dalam 2o minit, ini mungkin tidak sempat terutama kalau mereka telah ramai anak dan bersalin yang dahulu terlalu laju dan mudah. Saya selalu cadangkan bilamana si ibu mula merasa kontraksi sudah mula regular,tidak berhenti-henti dan mula sakit. Mereka tidak perlu menunggu sehingga kontraksi menjadi kuat takut ter bersalin dalam kereta! Maknanya mereka perlu cepat datang kalau dibandingkan anak pertama mereka. Ada kes-kes yang bersalin satu atau dua jam selepas air ketuban di pecahkan di hospital.
3.       Ada turun darah atau tidak?
Turun darah bukan bermakna bersalin sudah terlalu hampir. Ianya menandakan yang pintu rahim telah mula terbuka. Ramai ibu-ibu yang bersalin tidak mengalami turun darah, Maknanya turun darah bukannya petanda utama. Bagi saya kekerapan dan kekuatan kontraksi dan kontraksi yang tidak berhenti-henti adalah penting daripada  turun darah. Kebiasaannya darah turun/show berlaku  bila kontraksi telah ada tetapi ada juga show sebelum kontraksi. Kalau show turun sebelum kontraksi,,ibu boleh tunggu sehingga kontraksi terjadi dan baru datang kehospital. Lagi sekali ini hanya pedoman sahaja dan saya pandukan dari segi pengalaman. Kalau ibu takut atau kuatir datang sahaja ke hospital. Ramai juga yang datang kerana darah turun tetapi pintu rahim masih tertutup atau diperingkat awal bersalin.
4.       Adakah air ketuban telah pecah?
Diantara ketiga-tiga petanda bersalin iaitu kontraksi,turun darah/show dan air ketuban pecah,petanda yang ketiga ini lah yang teramat penting!
Kenapa ye?
Kita tahu vagina mempunyai  environment yang penuh dengan pelbagai kuman-kuman.Oleh kerana vagina bukannya steril maka potensi untuk kuman-kuman ini menyerang bayi didalam rahim adalah tinggi. Komplikasi bila kuman telahmasuk ke bayi,bayi boleh mengalami sepsis,pneumonia,meconium dam macam-macam lagi. Oleh sebab itu amat pentingbagi  ibu segera datang kehospital samaada ada atau tidak kontraksi terjadi.
Ini adalah satu-satunya petanda bersalin yang seakan-akan emergency.
OK, secara kesimpulannya seseorang itu akan bersalin selepas 38 minggu mengikut pengiraan tarikh dari mula haid, kontraksi akan semakin kerap dan kuat lagi dekat nak bersalin dan bila tiba waktu bersalin kontraksi-kontraksi ini akan lebih kerap,lama ,kuat dan tidak akan berhenti berserta dengan darah dan akhir sekali air ketuban pecah. Bagi anak pertama kita tidak perlu  panic kerana anak pertama kita ada banyak masa tetapi kandongan yang kedua dan keatas mereka perlu datang awal sedikit dari anak pertama.

Thursday, 3 May 2012

Adoi mak sakitnya.(Untuk bakal-bakal ibu yang akan melalui nya)...


Salam semua,
Sudah 27 tahun saya sebagai doctor dan 15 tahun sebagai doctor pakar.Entah berapa jumlahnya bayi lahir ditangan saya. Kalau dikira lamanya saya menyambut bayi,mungkin bayi pertama saya sudah berusia 27 atau 28 tahun. Tak silap saya bayi pertama semasa saya Tahun 3 di Hospital Universiti . Ianya bayi perempuan berbangsa Cina. Saya rasa mungkin dah berkahwin dan mempunyai beberapa anak.
Sepanjang  saya bekerja,saya dapati tahap dayatahan sakit wanita amat berbeza-beza. Saya rasa ada dengan kaitan budaya dan cara mereka diajar semasa kecil sehinggalah dewasa. Kalaulah sakit bersalin itu boleh diukur saya rasa tidak ada skala ynag boleh di ukur betapa sakitnya bersalin ini.
Contohnya kalau seseorang itu mengalami sakit gigi sahaja,bayangkan betapa merananya ,tidak boleh tidur dan betapa emosionalnya bila sakit.Sakit bersalin bukannya sekejap bahkan akan berakhir hanyabila bayi telah dilahirkan. Bayangkan sakit yang tidak berhenti-henti selama 10 hongga 12 jam dan semakin hampir bayi hendak dilahir semakin sakit. Ibaratnya saya selalu katakan macam tulang punggung yang dipatahkan. Ini adalah hakikat yang semua orang tahu. Kadangkala seseorang ibu itu ‘underestimate’ sakit bersalin sehinggalah waktu bersalin sampai.
Saya ingin memberi pandangan saya dari segi pengalaman  saya yang telah menyambut ribuan bayi bagaimana menghadapi masalah ini.
Terdapat 2 methoda yang dapat membantu ibu-ibu semasa besalin.
1.       Tanpa penggunaan dadah/ubat
Cara ini pada peringkat bersalin,ianya berkesan tetapi tidak bila proses bersalin telah betul-betul aktif. Contohnya kuanseling bagi mengurangkan ketakutan. Kehaditan suami atau ibu bersebelahan dapat mambantu sedikit banyak perasaan takut.
Selain dari itu teknik pernafasan,urutan dibelakang dan bahagian dalam peha,akupuntur,hypnosis dan lain-lain lagi kadangkala digunakan. Seperti yang saya katakana tadi semua ini hanyaelok untuk peringkat awal bersalin.
2.       Menggunakan dadah / ubat
Terdapat 3 cara yang popular dikalangan ibu-ibu yang memerlukan semasa bersalin iaitu epidural,pethidine dan gas nitrous oxide.
·         Pethidine: Pethidine adalah dadah narkotik dan merupakan ubat terkawal seperti morfin dan heroin. Ianya mengambil masa 15 hingga 20 minit sebelum ibu dapat merasakan kelegaan daripada sakit.Oleh kerana tindakannyaadalah pada otak jadi pengambilannya dikaitan dengan si ibu ‘lalok’ kerana kesan narkotik ini. Mereka seolah-olah ‘terawang-awang’ tetapi mereka masih tetap berasa kesakitan bila berlakunya kontraksi. Di sebabkan terlalu ‘lalok” mereka berasa kurang sakit. Dosnya selalunya dalam 50 hingga 100 gm dan amat jarag sekali kami ulang kerana pethidine boleh menyebabkan masalah pernafasan pada ibu. Tambahan lagi pethidine juga boleh menyeberangi plasenta/uri dan mengakibatkan bayi juga mengalami sukar bernafas jika diberi lewat semasa bersalin.Bayi ynag terkena pethidine diam dan kurang menangis dan jarang sekali menjadi biru kerana kesan dari sukar bernafas. Kami mempunyai antidote untukmasalah ini.
·         Gas Nitrous oxide/NO2: Campuran Gas nitrous oxide 50% dan oksigen 50%(ENTONOX) digunakan bagi mengurangkan kesakitan semasa bersalin.Hampir semua hospital dan pusat bersalin mempunyai pethidine dan gas nitrous. NO2 mempunyai kelebihan yang ibu mengawal sendiri jumlah gas hendak diambil. Tindak balas lebih cepat dari pethidine iaitu dalam beberapa 15 hingga 20 saat sahaja tetapi ianya juga akan hilang sera merta selepas diberhentikan kerana ianya adalah berbentuk gas. Bagi mendapatkan faedah yang maksimum NO2 perlu diambil sebaik sahaja kontraksi bermula dengan menggunakan ‘mask’ muka atau ‘mouthpiece’. Semasa ada kontraksi si ibu terus menerus menyedut NO2 ini sehinggalah sakit berkurangan. Sementara menunggu kontraksi lagi sekali tidak perlu menggunaan gas ini. Masalah dengan NO2 adalah ia boleh menyebabkan pening,kepala pusing dan loya. NO2 juga mempunyai bau yang tidak menyenangkan.
·         Epidural: Epidural adalah satu-satu sumbangan terbesar didalam dunia obsterik dimana inilah satu-satunya kaedah yang paling efektif tetapi sayang tidak banyak hospital atau pusat bersalin yang mempunyai servis begini.
Apakah kelebihan Epidural?
·         Amat berkesan mengurangkan sakit bersalin
·         Mengurangkan secreation cathecolamines yang memberi kebaikan pada bayi semasa bersalin
·         Sekira di perlukan membuat forcep atau vakum,uri tersangkut dan diperlukan di buang secara manual,koyakan pada vagina ekstensif maka epidural boleh di top-up sebelum prosedur ini dilakukan. Satu kelebihan epidural adalah paras kesakitan pesakit boleh di ubah-ubah dengan kawalan kepada jumlah ubat yang dimasukkan.
·         Analgesia selepas pembedahan yang efektif seperti caesarean
·         Boleh digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi dalam kes darah tinggi
Apakah kelemahan dan komplikasi epidural?
·         Gagal memasang epidural
·         Epidural blok sakit tidak sekata dan lengkap. Maknanya ibu masih lagi berasa sakit pada tempat-tempat yang tertentu pada bahagian perut.
·         Tekanan darah merudum rendah/Hipotensi
·         Mengekang pergerakan ibu kerana alatan
·         Sakit pada bahagian disuntik tetapi tiada perkaitan dengan epidural dan sakit belakang dalam jangka masapanjang.
·         Kesukaran bernafas
·         Kecederaan pada system saraf tunjang.
·         Dural puncture/kebocoran dural
Nota: Kebarangkalian komplikasi berlaku adalah tipis sekali . Kebaikan epidural mengatasi keburukannya maka ianya  banyak digunakan dalam pembedahan caesarean,bersalin dan kes-kes otopedik. Untuk pembedahan caesarean, kombinasi spinal dan epidural digunakan selalu tetapi bagi ibu yang telah mempunyai epidural, caesarean dilakukan dengan epidural sahaja. Bius Am tidak lagi digunakan untuk caesarean kecuali kes-kes yang epidural tidak dapat diberi atau gagal kerana bius am mempunyai banyak komplikasi terutama kalau terjadinya aspiration syndrome. Makanan termasuk kedalam paru-paru yang membawa musibah yang lebih buruk.
Disini anda ibu-ibu boleh lihat akan kebaikan epidural. Epidural boleh membantu ibu-ibu dari A hingga Z semasa proses bersalin termasuklah pembedahan caesarean.
Bilakah epidural boleh diberikan?
1.       Bila proses bersalin telah maju iaitu bila pintu rahim terbuka 3 cm keatas. Pada peringkat awal (pintu rahim terbuka kurang dari 3 cm) kadangkala kontraksi boleh terhenti dengan sendiri.
2.       Bila sakit semakin kuat. Sakit bersalin yang terkuat adalah pada 8 hingga 10 cm. Kadangkala kalau minta epidural pada waktu-waktu terakhir mungkin sukar dan tidak berbaloi. Oleh itu saya sarankan minta seawall yang mungkin.
Selalunya saya sarankan epidural pada ibu yang mengandong anak pertama supaya mereka tidak traumatised dengan proses bersalin. Anak ke 2 dan seterusnya,proses bersalin akan menjadi mudah dan cepat DAN mungkin tidak perlu epidural. Tetapi saya perhatikan sesiapa yang telah pernah ambil epidural ,mereka akan minta lebih awal da nada yang minta sebelum saya pecahkan air ketuban!
Saya harap artikel ini dapat mebantu bakal-bakal ibu untuk menjalani proses bersalin dengan cukup keselesaan dan meninggalkan memori yang tidak baik.



Wednesday, 2 May 2012

Fobia tentang keputihan yang berbau akan menggugat hubungan suami-isteri


Doktor,

Saya ibu berumur 33 tahun, ada 5 org anak yang berumur antara 12thn - 4thn dan bekerja di Jabatan Kerajaan. Saya juga memakan pil perancang keluarga Mercillon selepas anak ke-5 saya yang kini berusia 4 thn 3 bln.
Masalah saya ialah sejak awal 2010, saya mula mengalami keputihan. Keputihan saya sedikit pada mulanya dan bewarna putih cair serta akan hadir antara 2-3 hari dalam sebulan. Sehinggalah pada pertengahan tahun 2010, keputihan saya semakin banyak malah boleh dikatakan setiap hari ada. Kadang-kala bewarna kekuningan, coklat, seperti nanah pekat dan gatal-gatal sehinggalah saya terpaksa menggunakan pantiliners kerna merasa tidak selesa. Dan ianya berbau yang kurang menyenangkan saya sendiri walaupun saya memakai pantiliners. Kadang-kala, saya rasa kesakitan di bahagian ari-ari saya dan juga perut seperti urat mengejang. Keadaan ini menyebabkan saya malu untuk banyak bergerak di pejabat kerana takut bau kurang menyenangkan tersebut mengganggu. Hubungan intim dengan suami juga saya jarang lakukan kerana saya malu dan saya terpaksa beritahu suami keadaan saya sebenarnya dan bukanlah kerana saya menolak tanpa sebab. Saya kasihankan suami tapi dalam masa yang sama saya tidak mahu suami rasa tak selesa dengan keadaan keadaan saya. Keadaan ini juga menyulitkan saya untuk berbuat ibadah solat dan saya terpaksa bersihkan alat sulit saya setiap kali sebelum solat atau bersama suami. Suami pernah menasihatkan saya supaya membuat pemeriksaan doktor, tetapi saya malu dan merasa takut.
Kali terakhir saya melakukan ujian pangkal rahim pap smear ialah pada Disember 2009.
Apa pendapat doktor tentang masalah saya ni dan apa yang harus saya lakukan.

Assalamualaikum puan,
Pendapat saya sama dengan pendapat suami puan. Mudah sahaja puan perlu berjumpa dengan doctor. Kalau puan boleh menolak perasaan malu dan takut pada masa sekarang, saya rasa puan tentu bersyukur pada masa depan setelah puan mendapat rawatan dengan doctor.
Perkara yang paling saya takut berlaku dikalangan wanita adalah kanser servik. Puan tentu arif yang kanser servik pada masa sekarang banyak berlaku di kalangan wanita-wanita muda dan kanser servik adalah penyebabkan kematian nombor 2 selepas kanser payudara. Walhal saringan awal boleh dilakukan dengan pap smear. Banyak wanita di negara kita ,mereka tidak melakukan pap smear kerana perasaan malu dan takut sakit walaupun mereka tidak pernah mencuba tetapi hanya mendengar dari cakap orang sahaja. Apa yang saya ingin syorkan adalah puan perlu melakukan ujian pap smear ini secara konsisten dan tidak boleh ponteng.
Kanser servik mempunyai simtom-simtom seperti yang puan cakapkan dan diantara simtom-simtom lain adalah discaj berdarah,darah keluar selepas hubungan seksual dan susut berat badan dan kurang selera makan.
Walaupun kanser servik  jarang sekali kalau dibandingkan dengan jangkitan vagina, tetapijika ada  ianya akan memberikan kemudaratan lebih teruk kepada puan.
Dari apa yang puan tuliskan ,saya berpendapat mungkin ini adalah jangkitan vagina yang telah merebak kedalam pelvis iaitu bahagian perut. Diperingkat awal 2010, puan mempunyai masalah “erosion” pada bermukaan servik. Pil perancang  boleh menyebabkan pintu servik  yang dinding dalamnya terdiri dari sel-sel endothelium akan terbuka dan terdedah pada infeksi dalam vagina. Discaj dari dinding servik adalah lendir jernih dan banyak dan jika telah dijangkiti infeksi ia bertular menjadi hijau-kekuningan, berbau dan gatal kalau discaj itu banyak. Kalau jangkitan kulat candidiasis discaj merupai yughourt kental dan amat gatal. Jangkitan parasite trichomoniasis juga menyebabkan discaj kehijauan yang banyak dan gatal. Banyak kuman-kuman lain seperti streptococci dan vaginosis boleh menyebabkan discaj yang sama. Jangkitan vaginosis mempunyai discaj berbau seperti ikan busuk. Oleh kerana sukar menentukannya kami akan mengambil contoh discaj ini untuk dihantar kemakmal bagi menentukan punca sebenar. Ujian ini memerlukan puan berjumpa dengan doctor. Setelah diketahui punca kuman itu ,rawatan sebenar dan tepat dapat diberikan.
Apabila infeksi di dalam vagina menjadi serius dan kronik, infeksi tadi akan merebak ke dalam rahim,saluran fallopian dan seterus ke dalam pelvis. Ini di kenali sebagai Penyakit Inflamatori Pelvis(PID).Tanda-tanda PID adalah sakit dibahagian ari-ari terutama bila di tekan,berasa demam yag tidak kebah dan discaj berupa “nanah”. Darah haid semasa PID ini selalunya banyak daripada biasa,panjang dan berketul. Rawatan nya mudah dengan mengambil antibiotic sama ada dalam bentuk tablet dalam kes-kes kecil dan sederhana duntikan melalui darah kalau  kes-kes yang serius.
PID kalau tidak dirawat denan sgan betul boleh menyebabkan nanah terjadi dalam pelvis dan juga saluran fallopian. Jangkitan PID boleh menyebabkan saluran fallopian tersumbat dan sukar untuk puan  mengandong lagi. PID juga boleh menyebabkan sakit pada perut berpanjangan.
Oleh itu untuk kebaikan puan dari segi kebersihan diri,kebahagian rumah tangga saya syorkan puan berjumpa dengan doctor dengan segera. Puan akan berterima kasih pada suami puan kerana membantu puan menyelesaikan masalah ini dengan segera.