Assalamualaikun dan Salam Sejahtera
Terima kasih atas sokongan anda semua dan saya dapat
merasakan blog ini sedikit sebanyak
dapat membantu ibu-ibu sekelian.Perbezaaan masa dari segi kaunseling dan
soal-jawab diantara pesakit dan pakar sangat jauh berbeza diantara kerajaan dan
swasta. Kami mempunyai lebih sikit masa untuk mendengar dan menjawab semua
pertanyaan. Tetapi di swasta pun ada doctor pakar yang mempunyai ramai pesakit
sehinggakan mereka berasa seperti di klinik kerajaan. Itu terpulang kepada
ibu-ibu sekelian untuk membuat keputusan.OK, apa yang saya hendak bincangkan
disini adalah satu soalan “cepu mas” yang sering ditanya oleh si ibu atau si bapa.
Soalannya begini: “ Doc,bila isteri saya/ saya nak
bersalin?”
Doc: “ Eh… saya pun tak tau. Allah saja yang tau bila baby
nak keluar. Tapi selalu ada petanda-petanda awal yang boleh digunakan ”.
Bila kita patut
bersedia?
1.
Apabila kandongan telah mencapai 38 minggu: Mengikut perkiraan statistic, 80 hingga 90 %
wanita akan bersalin dalam jangka masa ini iaitu 2 minggu sebelum tarikh
bersalin/due date. Kalau tarikh due date kita menggunakan tarikh ultra sound
ianya mungkin lari sedikit mengikut bila ultrasound itu dilakukan.
Contohnya: a) jika ultrasound dilakukan
dibawah trimester pertama( bawah 12 minggu), ketepatan jangka bersalin adalah
hampir tepat dengan perngiraan mengikut haid. Larinya pun dalam beberapa hari.
Kalau haid tidak menentu,kita tak ingat atau masih susu badan semasa mengandong
eloklah lakukan ultrasound diperingkat awal kandongan.
b) jika ultrasound dilakukan diantara
trimester 1 hingga 2 ,ketepatannya lari dalam seminggu atau dua minggu.
c) jika ultrasound dilakukan lebih dari
trimester ke 3, tarikh tidak boleh dipakai kecuali benar-benar tidak ada tarikh
lain dan si ibu datang terlalu lewat untuk booking.
2. Kontraksi bila
menghampiri waktu bersalin
a) akan menjadi lebih kerap(frekuensi).Misalan
dari sekali dalam sehari ke beberapa kali dalam sehari
b) lebih lama(duration) dari
beberapa saat hingga ke minit
c) bertahan lebih lama setiap
episod kontraksi. Misalan dari beberapa minit hinggakan sampai sejam dua
sebelum berhenti.
d)Kesakitan dengan kontraksi
semakin ketara(strength)
3. Banyak berlaku discaj jernih putih seminggu dua sebelum
bersalin
4. Tekanan/pressure pada pundi kencing,belakang dan
kelangkang. Mereka mengalami kerap kencing,sakit belakang dan sukar berjalan
kerana sakit dibawah.Perasaan semacam ada yang nak keluar.
Satu lagi soalan: “Doc , bila masa saya perlu bawak
isteri/saya kehospital? Kami duduk jauh”
Bila masa perlu ke
hospital?
Disini ada beberapa factor lain yang perlu diambil kira:
1.
Anak keberapa?
a)
Anak pertama- Anak pertama ini kami relaks dan
cool aje sebabnya mereka ini lambat. Kadar pembukaan pintu rahim adalah 1
cm/jam kalau dibandingkan dengan anak kedua keatas pada kadar 2 hingga 3
cm/jam. Jadi kalau si ibu masuk ke hospital pada pintu rahim bukaan 3 cm, maka
logiknya saya masih sempat lagi pergi Ipoh untuk makan tengah hari dan balik
semula ke KL!
b)
Anak kedua dan keatas- Yang ini tidak boleh
main-main kerana kadar pembukaan pintu rahim dua kali lebih laju secara amnya.
Jadi anak kedua dan keatas perlu datang ke hospital lebih awal dari anak
pertama.
2.
Berapa kuat,kerap,lama kontraksi-kontraksi
berlaku?
Proses bersalin adalah satu proses yang
dinamik dan progressif. Apa maksudnya? Bilamana kontraksi berlaku,
kontraksi-kontraksi ini akan berubah karektor dari jarang menjadi kerap, dari
kecil kekuatannya menjadi besar, dari sekejap menjadi lama dan dari tidak sakit
menjadi sakit. Kalau ciri-ciri ini tiada pada kontraksi anda maka ianya bukan
“labour’ lagi. Dari segi obstetric pula kami tambah lagi iaitu
kontraksi-kontraksi ini mestilah yang dapat dapat membuka dan menipiskan pintu
rahim setiap jam.
a)
Anak pertama- Bilamana kontraksi-kontraksi
berlaku satu dalam setiap 20 minit. Perlu
di ingatkan ini bukannya yang mutlak yang ibu kena datang bila kontraksi
berlaku hingga tahap ini. Kalau ibu berasa tidak selesa kerana sakit,air
ketuban telah pecah atau pun turun darah ataupun rumah jauh dari hospital dan
trafik jam semua ini perlu diambil kira.
b)
Anak kedua dan keatas- Kalau disuruh datang
bilamana kontraksi berlaku satu dalam 2o minit, ini mungkin tidak sempat
terutama kalau mereka telah ramai anak dan bersalin yang dahulu terlalu laju
dan mudah. Saya selalu cadangkan bilamana si ibu mula merasa kontraksi sudah
mula regular,tidak berhenti-henti dan mula sakit. Mereka tidak perlu menunggu
sehingga kontraksi menjadi kuat takut ter bersalin dalam kereta! Maknanya mereka
perlu cepat datang kalau dibandingkan anak pertama mereka. Ada kes-kes yang
bersalin satu atau dua jam selepas air ketuban di pecahkan di hospital.
3.
Ada turun darah atau tidak?
Turun darah bukan bermakna bersalin sudah
terlalu hampir. Ianya menandakan yang pintu rahim telah mula terbuka. Ramai ibu-ibu
yang bersalin tidak mengalami turun darah, Maknanya turun darah bukannya
petanda utama. Bagi saya kekerapan dan kekuatan kontraksi dan kontraksi yang
tidak berhenti-henti adalah penting daripada turun darah. Kebiasaannya darah turun/show berlaku
bila kontraksi telah ada tetapi ada juga
show sebelum kontraksi. Kalau show turun sebelum kontraksi,,ibu boleh tunggu
sehingga kontraksi terjadi dan baru datang kehospital. Lagi sekali ini hanya
pedoman sahaja dan saya pandukan dari segi pengalaman. Kalau ibu takut atau
kuatir datang sahaja ke hospital. Ramai juga yang datang kerana darah turun
tetapi pintu rahim masih tertutup atau diperingkat awal bersalin.
4.
Adakah air ketuban telah pecah?
Diantara ketiga-tiga petanda bersalin iaitu
kontraksi,turun darah/show dan air ketuban pecah,petanda yang ketiga ini lah
yang teramat penting!
Kenapa ye?
Kita tahu vagina mempunyai environment yang penuh dengan pelbagai
kuman-kuman.Oleh kerana vagina bukannya steril maka potensi untuk kuman-kuman
ini menyerang bayi didalam rahim adalah tinggi. Komplikasi bila kuman
telahmasuk ke bayi,bayi boleh mengalami sepsis,pneumonia,meconium dam
macam-macam lagi. Oleh sebab itu amat pentingbagi ibu segera datang kehospital samaada ada atau
tidak kontraksi terjadi.
Ini adalah satu-satunya petanda bersalin
yang seakan-akan emergency.
OK, secara kesimpulannya seseorang itu akan
bersalin selepas 38 minggu mengikut pengiraan tarikh dari mula haid, kontraksi
akan semakin kerap dan kuat lagi dekat nak bersalin dan bila tiba waktu
bersalin kontraksi-kontraksi ini akan lebih kerap,lama ,kuat dan tidak akan
berhenti berserta dengan darah dan akhir sekali air ketuban pecah. Bagi anak
pertama kita tidak perlu panic kerana
anak pertama kita ada banyak masa tetapi kandongan yang kedua dan keatas mereka
perlu datang awal sedikit dari anak pertama.
Sekarang baru saya tahu ibu yang melahirkan anak kedua ke atas dua kali lebih cepat bukaan yer.. huhu..
ReplyDeleteYa iela begitulah. sebab itu kalau anak dah ramai kami offer induce supaya tidak terjadi tak sempat sampai
Deletefirst time blogwalking here.. ade byk info kt cni... tq so much doktor.
ReplyDeleteThank you ieeaan for blogwalking into my blog. I'm trying to help whatever I can.Elmu kena share.
Deleteterima kasih atas nasihat doktor.
ReplyDeleteuntuk pengetahuan sy di masa depan..
skrng br sorng je..tp lama benor nk bersalin..(udah terlebih tarikh 4hari dr jangkaan)pastu ketuban dipecahkan..dr 11 pg smpai 8.30mlm br brsalin...maybe next anak awl sket kot...
terima kasih lela. Begitulah. InsyaAllah 2nd swlalunya mudah
Deletedoc,
ReplyDeletebagaimana pula yg melahirkan secara csect bg baby yg pertama dulu? adakah yg kedua ini berkemungkinan lmbt atau cepat bukaan?
salam Anna.Kalau dulu Elektif csection contohnya breech atau uri bawah, kandunganke2 sama macama anak pertama. Kalau dulu csection sebab anak besar pun saya berpendapat kalau kecil bolih laju. Apapun lambat atau slow kita akan tetapkan bila jangkaan akan lahir. susah nak predict anak ramai . walaupun dijangka awal tetapi ada yang mengikut macam anak pertama. Kalau csection yang penting bolih normal atau tidak.
Deletesalam doc,
ReplyDeletesy jenis period cycle yg tetap 28days, n klu ikut LMP saye, due date patut pade 24jan2013, tp ikut kan scan, doc sy revised jd 15jan2013. so i have prepared mentally yg EDD sy is in 15jan2013. tp smpai skrg (21jan2013) sy xde ape2 tanda utk b'salin. shud i wait sampai 24hb, sbb doc sy suggest utk induce je, tp sy decide utk tggu at least a week after 15jan2013.
saya kali ni pregnant 2nd baby tapi rasanya lebih susah dari yang 1st huhu...
ReplyDeleteUsia kandungan saya sudah 39 mgu.dan sudah ada tanda keluar darah,bukaan baru 1cm..kontraksi ada tetapi tidak kerap dn tidak sakit..boleh doc jangkakan masa,tempoh untuk saya bersalin.ini anak ke3.tq
ReplyDeleteSy pula sdg mgdg 23mggu.. di jangka bsalin 19 okt 2014 nnt.. ini anak kedua.. ms anak 1st dulu hingga 2 hari sblm edd sy xde tanda2 bsalin hati x sdp request induce & bsalin 2 hari sblm date edd.. jd anak kedua ni ada kmungkinan ke sy bsalin awal? Sbb skg ni pun sy slalu rs x selesa bwh kelangkang sakit bila byk jln and makcik bidan urut ckp baby sy kt bwh kdudukan tmpt peranakan di bwh..
ReplyDeleteAssalamualaikum doc .. bby first brsalin czer .. czer 2014 .. now lgi 1 week nk dkt due date .. so tempat czer sakit ke time nk dekat bersalin second bby nie ?? Tq
ReplyDeletesalam doc.sy nk tny,bby 1st saya bsalin lewat sehari dri due dqte.skrg prgnant bby 2nd.tarikh LMP 15 april 2017.tpi due date ultrasound 27 april 2017.beza 12 hari.saya confius nak ikut yg mana.saya btul2 kira tarikh 1st period.
ReplyDelete