Followers

Thursday, 10 May 2012

Setelah keguguran, adakah dunia anda musnah?


Salam buat semua,
Tajuk kali ini agak brutal.Adakah dunia akan berakhir kerana anda mengalami keguguran? Apabila saya menghadapi ibu yang mengalami keguguran terutamanya jika ianya anak pertama dan lebih teruk lagi sudah berkahwin bertahun-tahun,saya dapat merasai bagaimana tekanan perasaan yang dihadapi oleh mereka. Bagi kami untuk memberitahu berita yang tidak baik tersangatlah sukar tapi apakan daya ibu terpaksa mendengarnya walaupun dalam hati mereka ,mereka menangis.
Kadangkala kita melihat dunia dalam ruang yang sempit sebab itu kita dapat menerima hakikat atau kenyataan. Kalau kita lihat secara luas, keguguran telah menunjukkan kepada kita yang kita berupaya untuk mengandong. Cuba tengok di luar sana berapa ramai pasangan yang telah berkahwin tetapi masih lagi tidak berjaya memperolehi cahaya mata. Selalu saya katakan kepada mereka, “Anda berdua adalah normal”  walaupun ultrasound tidak menunjukkan denyutan jantung janin.
 Perkara ini yang saya selalu tekan kepada mereka jangan hanya melihat pada apa yang terjadi pada kandongan itu tetapi pada mereka berdua mampu membuat zuriat.
Selepas seseorang itu kehilangan bayi, memang semula jadinya reaksi pertama adalah ‘denial’. Si ibu akan cuba mencari kesalahan pada beliau,suami,keadaan dan juga persekitaran . Ini dapat membantu mengurangkan perasaaan bersalah. 
Keguguran sebenarnya tiada perkaitan dengan stress di rumah atau tempat kerja,membawa barang berat,melakukan hubungan seks atau apapun yang difikirkan punca keguguran ini. Terlalu banyak pantang larang ketika mengandong dan jika tidak di ikutkan sebab itulah keguguran itu berlaku. Semua ini adalah tidak benar.
 Kuguguran adalah terlalu lumrah/common. Adalah dianggarkan 20% dari kehamilan berakhir dengan keguguran. Maknanya 1 dalam 5 wanita yang hamil akan keguguran! Mungkin kali ini si ibu termasuk dalam 1 dalam lima itu tetapi mereka mempunyai peluang 80% untuk mendapat anak normal untuk yang akan datang. Hanya jika keguguran itu berlaku 3 kali berturut-turut, barulah peratusan untuk hamil normal menurun sehingga 60%.
Kadangkala si ibu cuba mempersalahkan diri mereka kerana lambat datang berjumpa doctor untuk ujian ultrasound. Ini pun tidak dapat membantu dari keguguran berlaku hanya kita dapat tahu bayi telah tiada lebih awal sahaja.
Soalan yang pertama di tanya saya,”Doc apa puncanya anak saya meninggal?”
Memang sukar hendak dijawab sebab terlalu banyak sebab dan tiada satu sebab yang pasti puncanya.Oleh kerana itu kami tidak melakukan apa-apa penyiasatan untuk mencari punca kenapa kandongan ini gagal. Kebiasaannya setelah 3 kali gugur berturut barulah kami cuba mencari sebab kalau ada. Keguguran berturut-turut ini/Recurrent miscarriages adalah amat jarang dan dianggarkan 1-2 % sahaja dan itupun lebih dari setengah sebabnya tidak diketahui.
Apakah factor-faktor risikonya?
1.Umur ibu meningkat
2.Kerap keguguran

Sebab-sebab keguguran:
·         Kecacatan kromosom/genetic: Dianggarkan lebih dari 50 % kes-kes keguguran. Kebanyakkannya adalak Trisomi seperti Sindrom Down.
·         Sindrom Fosfolipid: Kehadirin anti bodi antikardiolipin atau antikoagulan lupus. Contohnya pesakit-pesakit SLE(Systemic Lupus)
·         Kecacatan kongenital pada rahim seperti terdapat septum dalam rongga rahim.
·         Fibroid
·         Penyakit Trombofilik dimana mudah terjadi pembekuan darah pada uri sehinggakan janin gagal mendapat darah
·         Jangkitan kuman
·         Penyakit Endokrin seperti diabetis,tiroid

Disini anda lihat terlalu banyak kemungkinan punca kenapa terjadinya keguguran. Penyiasatan nya pun mahal . Katakanlah seseorang itu ingin melihat sama ada kandongan itu mengalami masalah genetic maka ujian genetic boleh diambil dari tisu-tisu kandongan selepas D&C.
Kesimpulan bukan senang hendak membuktikan punca sebenar keguguran. Jangan berputus asa  atau yakin tiada masa depan selepas berlaku keguguran kerana peratusan untuk dapat kandongan yang normal adalah amat tinggi walaupun sudah 3 kali berlaku. Anda tidak perlu mencari salah diri sendiri atau suami atau keadaan kerana majority mungkin berpunca dari masalah persenyawaan /masalah genetik . Saya selalu nasihatkan pasangan supaya redha apa yang berlaku kerana semua kuasa Allah dan berdoa supaya Dia akan membalaskan dengan kehamilan yang lebih sempurna dan bayi yang comel. InsyaAllah.

1 comment:

  1. Assalamualaikum,
    Doc Suhaimi.Saya baru menjalani prosedur D&C pada Isnin lepas diwaktu kandungan berusia 10 minggu setelah scan dan Dr mengesahkan yang bayi saya tidak ada heartbeat dan tumbesaran tidak spt sepatutnya. Redha dengan ketentuanNya.Bayi tidak keluar sendiri dan saya tidak mengalami sebarang sakit atau keluar darah. Itulah sebabnya Dr mengarahkan saya melalui prosedur D&C. Cumanya, bila membaca artikel Doc di atas ia membuatkan saya trauma untuk mengandung lagi. Ini kerana saya khuatir rahem saya bermasalah bila Doc menulis ia mungkin disebabkan faktor Kecacatan kongenital pada rahim seperti terdapat septum dalam rongga rahim. Bagaimana saya dapat tahu yang saya ada kecacatan tersebut. Untuk makluman Doc, ini adalah kandungan kedua saya. Anak pertama saya sekarang berusi 4 tahun 8 bulan.

    Sekian, terima kasih Doc.

    ReplyDelete