Followers

Thursday, 3 May 2012

Adoi mak sakitnya.(Untuk bakal-bakal ibu yang akan melalui nya)...


Salam semua,
Sudah 27 tahun saya sebagai doctor dan 15 tahun sebagai doctor pakar.Entah berapa jumlahnya bayi lahir ditangan saya. Kalau dikira lamanya saya menyambut bayi,mungkin bayi pertama saya sudah berusia 27 atau 28 tahun. Tak silap saya bayi pertama semasa saya Tahun 3 di Hospital Universiti . Ianya bayi perempuan berbangsa Cina. Saya rasa mungkin dah berkahwin dan mempunyai beberapa anak.
Sepanjang  saya bekerja,saya dapati tahap dayatahan sakit wanita amat berbeza-beza. Saya rasa ada dengan kaitan budaya dan cara mereka diajar semasa kecil sehinggalah dewasa. Kalaulah sakit bersalin itu boleh diukur saya rasa tidak ada skala ynag boleh di ukur betapa sakitnya bersalin ini.
Contohnya kalau seseorang itu mengalami sakit gigi sahaja,bayangkan betapa merananya ,tidak boleh tidur dan betapa emosionalnya bila sakit.Sakit bersalin bukannya sekejap bahkan akan berakhir hanyabila bayi telah dilahirkan. Bayangkan sakit yang tidak berhenti-henti selama 10 hongga 12 jam dan semakin hampir bayi hendak dilahir semakin sakit. Ibaratnya saya selalu katakan macam tulang punggung yang dipatahkan. Ini adalah hakikat yang semua orang tahu. Kadangkala seseorang ibu itu ‘underestimate’ sakit bersalin sehinggalah waktu bersalin sampai.
Saya ingin memberi pandangan saya dari segi pengalaman  saya yang telah menyambut ribuan bayi bagaimana menghadapi masalah ini.
Terdapat 2 methoda yang dapat membantu ibu-ibu semasa besalin.
1.       Tanpa penggunaan dadah/ubat
Cara ini pada peringkat bersalin,ianya berkesan tetapi tidak bila proses bersalin telah betul-betul aktif. Contohnya kuanseling bagi mengurangkan ketakutan. Kehaditan suami atau ibu bersebelahan dapat mambantu sedikit banyak perasaan takut.
Selain dari itu teknik pernafasan,urutan dibelakang dan bahagian dalam peha,akupuntur,hypnosis dan lain-lain lagi kadangkala digunakan. Seperti yang saya katakana tadi semua ini hanyaelok untuk peringkat awal bersalin.
2.       Menggunakan dadah / ubat
Terdapat 3 cara yang popular dikalangan ibu-ibu yang memerlukan semasa bersalin iaitu epidural,pethidine dan gas nitrous oxide.
·         Pethidine: Pethidine adalah dadah narkotik dan merupakan ubat terkawal seperti morfin dan heroin. Ianya mengambil masa 15 hingga 20 minit sebelum ibu dapat merasakan kelegaan daripada sakit.Oleh kerana tindakannyaadalah pada otak jadi pengambilannya dikaitan dengan si ibu ‘lalok’ kerana kesan narkotik ini. Mereka seolah-olah ‘terawang-awang’ tetapi mereka masih tetap berasa kesakitan bila berlakunya kontraksi. Di sebabkan terlalu ‘lalok” mereka berasa kurang sakit. Dosnya selalunya dalam 50 hingga 100 gm dan amat jarag sekali kami ulang kerana pethidine boleh menyebabkan masalah pernafasan pada ibu. Tambahan lagi pethidine juga boleh menyeberangi plasenta/uri dan mengakibatkan bayi juga mengalami sukar bernafas jika diberi lewat semasa bersalin.Bayi ynag terkena pethidine diam dan kurang menangis dan jarang sekali menjadi biru kerana kesan dari sukar bernafas. Kami mempunyai antidote untukmasalah ini.
·         Gas Nitrous oxide/NO2: Campuran Gas nitrous oxide 50% dan oksigen 50%(ENTONOX) digunakan bagi mengurangkan kesakitan semasa bersalin.Hampir semua hospital dan pusat bersalin mempunyai pethidine dan gas nitrous. NO2 mempunyai kelebihan yang ibu mengawal sendiri jumlah gas hendak diambil. Tindak balas lebih cepat dari pethidine iaitu dalam beberapa 15 hingga 20 saat sahaja tetapi ianya juga akan hilang sera merta selepas diberhentikan kerana ianya adalah berbentuk gas. Bagi mendapatkan faedah yang maksimum NO2 perlu diambil sebaik sahaja kontraksi bermula dengan menggunakan ‘mask’ muka atau ‘mouthpiece’. Semasa ada kontraksi si ibu terus menerus menyedut NO2 ini sehinggalah sakit berkurangan. Sementara menunggu kontraksi lagi sekali tidak perlu menggunaan gas ini. Masalah dengan NO2 adalah ia boleh menyebabkan pening,kepala pusing dan loya. NO2 juga mempunyai bau yang tidak menyenangkan.
·         Epidural: Epidural adalah satu-satu sumbangan terbesar didalam dunia obsterik dimana inilah satu-satunya kaedah yang paling efektif tetapi sayang tidak banyak hospital atau pusat bersalin yang mempunyai servis begini.
Apakah kelebihan Epidural?
·         Amat berkesan mengurangkan sakit bersalin
·         Mengurangkan secreation cathecolamines yang memberi kebaikan pada bayi semasa bersalin
·         Sekira di perlukan membuat forcep atau vakum,uri tersangkut dan diperlukan di buang secara manual,koyakan pada vagina ekstensif maka epidural boleh di top-up sebelum prosedur ini dilakukan. Satu kelebihan epidural adalah paras kesakitan pesakit boleh di ubah-ubah dengan kawalan kepada jumlah ubat yang dimasukkan.
·         Analgesia selepas pembedahan yang efektif seperti caesarean
·         Boleh digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi dalam kes darah tinggi
Apakah kelemahan dan komplikasi epidural?
·         Gagal memasang epidural
·         Epidural blok sakit tidak sekata dan lengkap. Maknanya ibu masih lagi berasa sakit pada tempat-tempat yang tertentu pada bahagian perut.
·         Tekanan darah merudum rendah/Hipotensi
·         Mengekang pergerakan ibu kerana alatan
·         Sakit pada bahagian disuntik tetapi tiada perkaitan dengan epidural dan sakit belakang dalam jangka masapanjang.
·         Kesukaran bernafas
·         Kecederaan pada system saraf tunjang.
·         Dural puncture/kebocoran dural
Nota: Kebarangkalian komplikasi berlaku adalah tipis sekali . Kebaikan epidural mengatasi keburukannya maka ianya  banyak digunakan dalam pembedahan caesarean,bersalin dan kes-kes otopedik. Untuk pembedahan caesarean, kombinasi spinal dan epidural digunakan selalu tetapi bagi ibu yang telah mempunyai epidural, caesarean dilakukan dengan epidural sahaja. Bius Am tidak lagi digunakan untuk caesarean kecuali kes-kes yang epidural tidak dapat diberi atau gagal kerana bius am mempunyai banyak komplikasi terutama kalau terjadinya aspiration syndrome. Makanan termasuk kedalam paru-paru yang membawa musibah yang lebih buruk.
Disini anda ibu-ibu boleh lihat akan kebaikan epidural. Epidural boleh membantu ibu-ibu dari A hingga Z semasa proses bersalin termasuklah pembedahan caesarean.
Bilakah epidural boleh diberikan?
1.       Bila proses bersalin telah maju iaitu bila pintu rahim terbuka 3 cm keatas. Pada peringkat awal (pintu rahim terbuka kurang dari 3 cm) kadangkala kontraksi boleh terhenti dengan sendiri.
2.       Bila sakit semakin kuat. Sakit bersalin yang terkuat adalah pada 8 hingga 10 cm. Kadangkala kalau minta epidural pada waktu-waktu terakhir mungkin sukar dan tidak berbaloi. Oleh itu saya sarankan minta seawall yang mungkin.
Selalunya saya sarankan epidural pada ibu yang mengandong anak pertama supaya mereka tidak traumatised dengan proses bersalin. Anak ke 2 dan seterusnya,proses bersalin akan menjadi mudah dan cepat DAN mungkin tidak perlu epidural. Tetapi saya perhatikan sesiapa yang telah pernah ambil epidural ,mereka akan minta lebih awal da nada yang minta sebelum saya pecahkan air ketuban!
Saya harap artikel ini dapat mebantu bakal-bakal ibu untuk menjalani proses bersalin dengan cukup keselesaan dan meninggalkan memori yang tidak baik.



1 comment:

  1. boleh minta2 ke epidural dgn nurse o doktor kt hospital krjaan?

    ReplyDelete