Part 2: Apakah Plasenta
Praevia?
Plasenta praevia adalah bilamana plasenta/uri berada secara
keseluruhan atau sebahagian di segmen bawah rahim. Ok, sebenar rahim semasa
hamil, bolih dibahagikan kepada dua bahagian.
1.
Segman atas dimana uri akan melekat secara semulajadi dan
ianya adalah normal. Segmen atas ini adalah bahagian yang paling aktif berkontraksi
semasa bersalin.Segmen penuh dengan
otot-otot rahim yang dipanggil myometrium.
2.
Segmen
bawah rahim, secara anatomi adalah bahagianrahim yang berada dibawah pundi
kencing . Segmen bawah, uri tidak bolih melekat disini kerana ianya terlalu
rapat dengan lubang pintu rahim atau jalan keluar bayi. Jika uri melekat
dikawasan bahaya ini ianya dipanggil plasenta praevia. Sudah tentu anda bolih
agak apa yang bolih berlaku sekiranya semasa bersalin. Betul! Perdarahan.
Apakah
komplikasi-komplikasi Plasenta praevia?
Dalam banyak-banyak pembedahan, pembedahan caesarean kerana
plasenta praevia adalah satu-satunya pembedahan yang mempunyai risiko tinggi terhadap
ibu dan juga bayi. Olih kerana itu seua pembedahan caesarean untuk plasenta
praevia mesti dilakukan olih pakar di hospital yangblengkap dengan kemudahan
darah sekira berlakunya pertumpahan darah semasa pembedahan.
1.
Perdarahan
semasa hamil ,semasa dan selepas caesarean.
Perdarahan bolih jadi serius sehinggakan
tekanan darah merudum dan pesakit bolih ‘collapse’. Ini amat menakutkan jika
tiada berkalan darah di hospital. Ibu bolih meninggal dunia disebabkan tumpah
darah. Olih kerana risiko ini maka semasa hamil, ibu-ibu akan dimasukkan ke
hospital sehinggalah caesarean dilakukan. Sama ada pesakit plasenta praevia
dibenarkan duduk dirumah bergantung kepada beberapa perkara seperti jarak dari
rumah ke hospital,mempunyai kenderaan jika perdarahan berlaku, mempunyai talian
komunikasi dan ibu bersetuju dan faham risiko jika berada dirumah .
2. Plasenta ‘accreta’.
Ini satu lagi komplikasi plasenta praevia
yang merbahaya. Plasenta ‘accreta’ adalah dimana akar-akar uri tertanam jauh
kedalam lapisan myometrium/otot-otot. Akibatnya ialah uri tidak bolih
dikeluarkan selepas bayi dialhirkan. Anda dapat bayangkan pertumpahan darah
yang bolih berlaku ketika itu. Jalan yang paling drastic kami ambil untuk nyawa
itu adalah pembedahan histerektomi/pembuangan rahim secara kecemasan.
3. Kedudukan bayi tidak betuk seperti songsang
atau melintang
Jika kedudukan bayi tidak betul seperti
songsang atau melintang maka semasa pembedahan,untuk mengeluarkan bayi agak
sukar. Beberapa manipulasi perlu dilakukan dan bolih mencederakan bayi.
Apakah
tanda-tanda plasenta praevia?
1.Tiada
tanda atau simtom
Pada zaman sekarang olih kerana penggunaan
secara meluas ultrasound, maka majority plasenta praevia diketahui sebelum
perdarahan berlaku.Ini kelebihan ujian ultrasound jika dapat dilakukan kepada
semua ibu-ibu hamil. Kita dapat mengetahuinya lebih awal dan kaunseling dapat
diberikan.
2.Perdarahan
Perdarahan plasenta praevia selaunya
berlaku bila sedang berihat dirumah. Episod pertama perdarahan selalunya
sedikit dan ibu tidak mengalami kontraksi yang kuat. Bila segmen bawah rahim
terbentuk semasa
kehamilan,kontraksi-kontraksi kecil bolih mengoyakkan uri dari dinding rahim.
Ini menyebabkan perdarahan.
3.Kedudukan
bayi tidak betul seperti songsang atau melintang.
4.Kepala
bayi tidak ‘engaged’/tidak masuk
Bagaimana
diagnosis plasenta praevia di buat?
Menggunakan ultrasound. Melalui ultrasound
kami menggredkan plasenta kepada 2 gred utama iaitu :
·
Major –gred 3 dan 4
·
Minor-gred 1 dan 2
Greding plasenta ini hanya
penting dari akademik sahaja dan tidak pada praktikaliti. Gred 3 dan 4 bermakna
plasenta menutupi pintu rahim dan sementara
1 dan 2 pula ,plasenta berada di segmen bawah rahim atau di tepi lubang pintu
rahim.
Rawatan plasenta praevia
Setiap
rawatan plasenta praevia adalah khusus untuk ibu tersebut. Banyak perkara-perkara
yang lain perlu dipertimbangakan sebelum keputusan dibuat.
·
Berapa banyak darah yang tumpah.
Pertumpahan darah yang terlalu banyak sehingga bolih membahayakan nyawa
ibu,caesarean akan dilakukan dengan segera tanpa mengira kematangan bayi. Nyawa
ibu adalah nombor 1 perlu diselamatkan.
Pertumpahan yang sedikit dan kemudian berhenti, rawatan secara
konservatif diberikan. Ianya bermakna ‘Tunggu dan lihat’ sehinggalah bayi
mencapai tahap kematangan yang sesuai untuk dikeluarkan. Kalau bolih mahu bayi
mencapai 36 minggu.
·
Suntikan steroid jika bayi dibawah 36 minggu.
·
Dimasukkan kehospital sampai di bersalinkan
dengan cara caesarean.
·
Kalau ibu Rhesus Negatif, suntikan anti-D
diberikan.
Disini anda dapat fahami betapa seriusnya kami menjaga
ibu-ibu yang mengalami plasenta praevia kerana risiko perdarahan amat tinggi. Olih
itu rawatan dihospital besar berkemudahan seperti tabung darah adalah amat
penting.
Nota:
Part 3: Apakah Plasenta ‘abruption’ dan
komplikasi-komplikasinya?
Susulan
salam dr, saya nak tanya, apakah simptom2 yang menyebabkan 'xbuka jalan' untuk baby keluar semasa bersalin selain baby songsang?
ReplyDeletedan apakah kesan minum air selusuh sebab semasa saya kat hospital nurse marah2 pada pesakit yang minum air selusuh.katanya sebab minum air selusuh susah nak beranak, betul ke dr? ada kaitan ke bukaan jalan dgn air selusuh tu?
Terima kasih.
Salam Qema, tiada siapa tahu pintu rahim sudah terbuka atau tidak melainkan pemeriksaan vagina dilakukan. Wanita yang sudah mempunyai anak ramai, banyak pintu rahim sudah sedia terbuka walaupun tiada kontraksi. Tapi kami kebiasaannya kalau kepala bayi tidak engaged dan tiada berlaku kontraksi yang kerap, mungkin jalan tidak terbuka. Tetapi tidak semestinya betul. air selusuh bagi saya adalah air 'biasa'. Selagi ianay tidak membawa kemudaratan saya tidak kisah bila nak ambik. Saya juga suruh minum air selusuh kalau mereka dapati susah nak teran. Mungkin ada mujarabnya,tetapi sekurangnya bagi psokologi untuk si ibu untuk teran kuat-kuat. kadangkala saya suruh suami bagi air dalam botol sahaja sambil bacakan selawat ke ayat kuran untuk minta pertolongan.
DeleteTerima kasih atas penjelasan dr:)
DeleteAssalamualikum Dr, saya berumur 48 tahun sekarang saya nak share pengalaman saya, iaitu sewaktu saya berumur 27 tahun saya melahirkan anak, selepas baby keluar uri saya lekat sehingga 4 jam dan selepas itu doktor keluarkan uri saya tumpah darah, 2 pain darah dimasuk kan selepas itu kemudian saya melahir kan anak bongsu saya sewaktu berumur 30 tahun kali ini uri saya lekat selama 5 jam, tapi tidak berlaku tumpah darah. Doktor suruh saya ikat tapi saya tak nak sebab saya masih muda waktu itu jadi saya pakai IUd sehingga lah sekarang.
ReplyDeleteSaya cuma nak tanya kenapa berlaku masalah uri lekat dan apakah ia boleh diwarisi oleh anak perempuan saya nanti. Saya tanya soalan ini sebab dulu doktor ada tanya saya adakah ibu saya punya masalah yang sama sewaktu melahirkan dan bila saya tanya ibu saya dia kata ada sewaktu melahirkan abang saya yang ke 6.
salam puan,setakat ini uri melekat tiada mempunyai kaiatan dengan keturunan. Kita tidak tahu siapa akan dapat. sebab ianya bolih terjadi kerana akar-akar uri telah masuk jauh kedalam dinding rahim. Ianya kami tidak pasti. kebiasaanya akar-akar ini tahu berapa jauh kedalam untuk mendapatkan darah.
DeleteAssalamualaikum Dr,
ReplyDeleteSaya mempunyai 2 soalan:
1.saya mengalami pp type 3/4 semasa kandungan yang pertama dan anak saya sudah pun berusia 2 tahun 7 bulan, soalan saya, adakah pp ini akan berulang pada kehamilan seterusnya?
2. adik saya yg masih belum berkahwin dan berumur 25 tahun dikenalpasti mempunyai fibroadenamia. Dr di KPJ menasihati agar ianya dibuang melalui pembedahan, soalan saya, adakah ianya berbahaya dan perlu dibuang, jika dibuang adakah ianya akan berulang?
Terima kasih
1. Ya,mungkin bolih berulang lagi disebabkan pernah caeserean dulu. Pencegahan? tiada. Berdoa semuga Allah jauhkan dari ini terjadi.
Delete2.Jika fibroadenoma payudara ianya idak kanser makna tak perlu nak buang. ada juga wanita buang sypaya lain kali tidak perlu kuatir tentang ia lagi. buang awal kita bolih pastikan ianya tidak kanser.
thanks Doc
Deletemengenai fibroadenoma tu, saya ada terbaca yang pengambilan supplement seperti vitamine dan primrose oil dapat membantu megecutkannya. apakah mendapta Dr?. terima kasih
Tidak betul
DeleteSaya mengalami simptom2 sperti org mengandung cntoh nya mual muntah, sakit kpala, bgkak n skit pada payudara, terasa mngidam mkn buah yg msam2 dan skit prut pda ari2 ttapi sblum sya smpat check pt sya dtg haid yg awal smiggu dri trikh biasa..adakah itu drh haid ataupon drh kguguran..sbb haid sya tdak menentu dan mncapai kitaran sehigga 53 hari dan sya mmrlukan bntuan application pda tlifon untuk mngetahui trikh haid sya..dan kdgkla dlm sbuln dua kali sya dtg haid..mcam mna sya nk kira wktu kesuburan sya sbb sya ingin mengandung..
ReplyDelete