Followers

Sunday, 27 May 2012

Hamil bersama Fibroid. Apakah risikonya?

Salam semua, pada hari Jumaat yang lalu, saya didatangi olih seorang pesakit yang mengatakan kali ini haid dia berpanjangan sampai hampir 2 minggu. Ianya 'spotting' sahaja bukannya darah haid yang normal. Beliau mempunyai darah haid yang normal dan datang setiap bulan. Beliau mempunyai dua orang anak yang kesemuanya dialhirkan secara pembedahan. Sebelum dari itu beliau telah berjumpa saya untuk bagaimana untuk mendapat seorang alagi kerana anak kedua mereka telah besar.
Apabila imbasan ultrasound dijalankan, didapati beliau terkena buatan orang iaitu ter'pregnant' walaupun tiada tanda-tanda mengandung,miss period dan lain lain. Terdapat sebutir fibroid yang diameternya 2cm di segmen bawah rahim. Kalau di lihat seolah-olah kandungan itu duduk diatas fibroid. Sebab itulah saya katakan kepada beliau punca kenapa perdarahan. Walaupun beliau amat bergembira dengan perkhabaran ini tetapi terdapatnya fibroid dengan kandungan terdapat banyak risiko-risiko yang beliau perlu terima.



Insiden mengandung bersama fibroid adalah kecil anggaran 0.1 hingga 3.9% sahaja. Insidennya adalah lebih tinggi pada ibu yang berumur 35 tahun keatas sebab risiko fibroid meningkat mengikut umur. Ultrasound adalah satu-satunya cara untuk membantu kami membuat diagnosis kerana cara-cara lain menggunakan radiasi tidak diguanakan semasa hamil.

Apakah risiko-risiko kehamilan bersama fibroid?



  1. Kesan-kesan kehamilan terhadap fibroid
Kebanyakan fibroid akan membesar semasa mengandung. Pembesaran ini kerana lapisan otot atau myo

metrium mengalami hyperplasia dan hypertrophy. Makannay sel-sel otot membesar dan bilangannya bertambah. Kehamilan juga membuatkan fibroid menjadi 'lembut' semasa mengandung dan menipis.


2. Kesan-kesan fibroid terhadap kehamilan

  • Sakit perut semasa hamil. Ini disebabkan olih fibriod mengalami perubahan semasa hamil. Fibroid bolih mengalami perdarahan dan menyebabkan kesakitan pada ibu. Kalau fibroid yang mempunyai 'tangkai' panjang/pedunculated fibroid,ianya bolih mengalami torsion atau terpulas ditangkainya. Fibroid bolih juga tersepit semasa hami.
  • Risiko keguguran meningkat. Kejadian ini biasanya pada trimester 1 dan 2. Sesiapa yang mengalami keguguran berulang-ulang keran fibroid, membuangnya sebelum hamil lagi adalah jalan yang terbaik.
  • Risiko kelahiran pramatang meningkat. adalah dianggarkan pada kadar 22%. JIka uri tersebut betul-betul melekat pada fibroid tadi, uri bolih terpisah/abruption dan oerdarahan bolih berlaku.
  • Semasa bersalin insiden pembedahan caeseean meningkat 2 kali ganda kerana posisi bayi yabg tidak normal, kontraksi-kontraksi rahim tidak normal  dan tika bersalin progresnya kerana kepala bayi tersangkut di fibroid ini. Pertumpahan darah bolih berlaku selepas bersalin kerana rahim tidak dapat mengecut kerana dihalang olih fibroid ini.
Bagaimanakah caranya merawat kehamilan dengan fibroid ini?

Tiada cara magik dapat memhilangkan fibroid. Pembedahan pembuangan fibroid semasa hamil tidak bolih kerana perdarahan yang banyak. Ini termasuklah semasa caserean kerana risiko perdarahan ini. Olih itu rawatan adalah konservatif sahaja dengan memantau bayi,tumbesarannya dam merawat sakit dengan ubat. Kebanyakkan fibroid semasa hamil akan 'hilang' dan kelahiran secara normal adalah bolih kecuali fibroid ini menghalang proses bersalin

Berbalik kepada pesakit tadi, beliau akan dipantau kehamilanya dan saya berdoa semua akan selamat.

4 comments:

  1. SALAM doc.. mama saya sekarang sudah berumur 49 tahun.. semasa berumur 42 tahun, she got pregnant and ada fibroid.. mama deliver melalui caserean dan terus mengikat peranakan dia.. tapi fibroid masih lagi tak dibuang sehingga sekarang.. what my mum should do? saya risaukan mama coz kalau sakit dia jarang mengadu.. thanx~

    ReplyDelete
  2. Salam doc..sy ado fibroid 10cm...dan selama sy bt pemeriksaan fibroid sy mengecut kpd 6cm...dn terbaru ni sy disahkan hamil 4minggu. Apa ptt sy bt? Sy buntu dan memerlukan penjelasan dr doc. Fibroid sy skrg berada tgh2 rahim sy...btl2 sebiji mcm bola dan anggaran 6cm ×6cm. Bantu sy doc..ape ptt sy bt...sy btl2 buntu

    ReplyDelete
  3. Salam dr. saya preggy almost 8month. Sblum preggy sy mmg ada slip dics.so bila preggy da masuk 8bulan slip dics jd pada saya blk.bolehkah saya bersalin secara normal or operation?buntu plus risau.

    ReplyDelete
  4. Salam dr. saya preggy almost 8month. Sblum preggy sy mmg ada slip dics.so bila preggy da masuk 8bulan slip dics jd pada saya blk.bolehkah saya bersalin secara normal or operation?buntu plus risau.

    ReplyDelete