Part 1: Isu-isu Kelahiran
Pra-matang.
Terdapat dua isu mengenai bayi pra-matang:
1.
Bayi pra-matang, ‘in-labour’ tetapi air ketuban
tidak pecah
2.
Bayi pra-matang, bukan ‘in-labour’ tetapi air
ketuban telah pecah
Kedua-dua masalah diatas mempunyai risiko yang sama,punca
yang sama tetapi rawatan dan komlikasi
sedikit berlainan.
Saya akan hurai tentang isu yang pertama iaitu bayi
pra-matang yang ingin keluar/bersalin tetapi air ketuban masih ‘intact’. Ini
dipanggil ‘Pre-term labour’.
1.Bersalin Pra-matang/Pre-term labour
Bersalin pra-matang definasinya adalah kelahiran yang
berlaku selepas 24 minggu dan sebelum 37 minggu( 3 minggu sebelum tarikh
bersalin) . Kelahiran sebelum 24 minggu masih di kategorikan sebagai keguguran
/miscarriage. Dianggarkan 70% kelahiran pra-matang berlaku secara spontan dan
30% lagi disebabkan masalah perubatan. Maksudnya doctor sememangnya melahirkan
bayi-bayi tersebut lebih awal atas sebab-sebab tertentu demi keselamatan bayi
atau ibu ataukedua-duanya sekali. Walupun kelahiran pra-matang ini hanya 5
hingga 10% dari keseluruhan kelahiran tetapi 70% kes-kes kematian prenatal
adalah disebabkan olih pra-matang.
Apakah risiko-risiko
yang berkaitan dengan bayi pra-matang?
Masalah yang besar berlaku bila bayi pra-matang dilahirkan
diantara 24 hingga 33 minggu. Kebanyakkan hospital besar yang mempunyai
pakar-pakar dan kemudahan NICU tidak mempunyai masalah untuk merawat bayi
pra-matang yang lahir 34 minggu atau lebih.
Risiko-risiko pra matang adalah perdarahan didalam
otak,’respiratory distress syndrome’,jangkitan kuman,jaundis,hipoglisemia atau
‘necrotising endocolits(perdarahan dalam usus).Selain dari masalah berkaitan
dengan pra-matang,rawatan-rawatan yang diberi pada bayi bagi menyokong
kehidupan bolih juga memberi kesan-kesan yang tidak baik pada bayi. Dalam
jangka masa panjang terdapat handicap-handicapyang serius bolih berlaku seperti
buta,pekak dan palsi serebral/celebral palsy.
Apakah faktor-faktor
risiko yang dikaitkan dengan kelahiran pra-matang?
Faktor-faktor berikut meningkatkan risiko kelahiran
pra-matang;
·
Kelahiran dahulu juga adalah kelahiran
pra-matang
·
Kehamilan kembar atau kehamilan multiple yang
lain
·
Pernah menjalani pembedahan pada pintu
rahim/servik
·
Kecacatan anatomi rahim
·
Penyakit buahpinggang
·
Pre-eklampsia/darah tinggi atau pertumbuhan bayi
terbantut/IUGR
·
Placenta praevia atau abruption
·
Polihidramnios
·
Air ketuban pecah awal
Apakah tanda-tanda awal kelahiran pra-matang akan berlaku?
Sukar untuk kita ketahui siapakah
yang melahirkan bayi mereka lebih daripada biasa. Seperti mana kelahiran cukup
bulan, terdapat tanda-tanda bersalin diperingkat awal.
Kontraksi berlaku, bermula secara
sederhana,kecil dan jarang sekali menjadi lebih kuat,rapat dan bertambah sakit.
Lendir yang berlebihan atau ‘show bolih terjadi. Yang paling pentingnya adalah
pembukaan dan penipisan pintu rahim. Ini memerlukan pemeriksaan olih doctor
atau jururawat di hospital atau klinik. Jika anda mempunyai tanda-tanda
bersalin segera datang kehospital untuk pemeriksaan.
Apakah cara pencegahan dan ramalan yang kelahiran pra-matang akan
berlaku?
Sebenarnya tidak ada satu cara
pencegahan atau ramalan yang efektif.
Pencegahan
Rawatan bacterial vaginosis(BV)
Terdapat bukti-bukti yang BV
mempunyai kaitan dengan kejadian kelahiran pra-matang dan kejadian air ketuban
pecah awal dan kejadian ‘low birth weight’ pada wanita-wanita yang pernah
terjadi kelahiran pra-matang. Ujiannya menggunakan ‘kit’ special dan keputusan
bolih diketahui serta-merta. Rawatan nya adalah antibiotic seperti Clindamycin.
Hormon Progesteron
Terdapat kajian menunjukkan ianya
dapat mengurangkan risiko kelahiran pra-matang.
Menjahit Pintu rahim./Cervical
cerclage
Ianya mungkin berfaedah untuk
kes-kes yang tertentu sahaja kerana prosedur ini luga membawa risiko-risikonya
tersendiri seperti perdarahan dari pintu rahim,jangkitan kuman yang membawa
kepada air ketuban pecah dan kelahiran pra-matang dan juga discaj yang kronik.
Contohnya sesuai untuk
wanita-wanita yang sentiasa mengalami keguguran trimester ke 2 disebabkan olih
masalah pintu rahim yang terbuka sendiri,pintu rahim semakin pendek ketika
pemantauan dengan ultrasound dilakukan dan juga kes yang pintu rahim sudah
tersedia terbuka.Kes ketiga ini bertujuan untuk menyelamatkan kandungan
tersebut.
Menghadkan kandungan kembara
kepada 2 atau 3 sahaja.
Ini melibatkan ‘menggugurkan’
kembar-kembar yang lain dengan ‘selective reduction’
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda Bahaya Kehamilan. Pengetahuan yang sangat penting untuk ibu yang sedang hamil.
ReplyDelete