Kadangkala terdapat wanita yang datang ke-kelinik saya
mengatakan discaj mereka berbau. Ini menyebabkan mereka amat peka pada orang
dikeliling mereka takut-takut juga terbau sama. Ada juga yang takut untuk
bersama dengan suami,yalah takut suami pun tahu. Kebanyakkan discaj biasa
walaupun dijangkiti kulat atau bakteria tidak memberikan bau sepertimana
jangkitan Bakteria Vaginosis(BV).
Bagaimana Bakterial
Vaginosis bolih terjadi?
Semulajadinya,kuman Lacktobacilli dalam vagina akan menghasilkan
asid tang tinggi bagi mencegah kuman-kuman lain dari membiak. Ini adalah
perlindunga semulajadi wanita. Sebarang keadaan yang bolih menggangu kehidupan
lactobacilli ini contohnya antibiotic,diabetes akan menyebabkan perlindungan
semulajadi ini hilang. Akibatnya pelbagai-bagai kuman akan mengambil peluang
untuk hidup dan menyebabkan discaj yang luarbiasa.
Apakah yang menyebabkan BV membiak tidak diketahui dengan
jelas tetapi ianya didapati lebih kerap kepada sesiapa yang melakukan
D&C,pemakai IUCD dan mereka yang mendapat penyakit inflamatori
pelvis.(PID). BV bukan dibawa olih hubungan seksual dan kerana itu anda tidak
perlu takut jika suami dijangkiti kuman-kuman BV.
BV terdiri dari campuran kuman-kuman anaerobes termasuklah Gardnerella dan Mycoplasma hominis.
Apakah simtom-simton
jangkitan BV?
Anda mungkin tidak mempunyai apa-apa simtom dan selalunya
kami jumpai pada ujian Pap smear. Walaupun tidak mempunyai simtom,kami akan
beri rawatan juga. Kebanyakkan jangkitan BV biasa akan menyebabkan discaj yang
banyak,kelabu-keputihan,bau yang tidak menyenangkan seperti bau ‘ikan’ busuk.
Bau ini berpunca dari amines yang dikeluarkan hasil dari proteolysis bakteria.
Bau ini membuatkan wanita berasa ‘stress’.
Bagaimana kita tahu
masalah ini berpunca dari BV?
Sekarang terdapat ujian khusus untuk BV yang bolih dilakukan
‘on-the-spot’. Ianya melibatkan pengambilan disay dan di paliskan diatas kit
ujian tersebut.
Ujian lain adalah:
·
Ujian kertas pH, discaj adalah alkali(pH
>5.5). Discaj semula jadi vagina adalah asidik.
·
Jika kita campurkan 10% potassium hydroxide pada
discaj, ia akan mengeluarkan bau ‘ikan’ yang tipikal.
·
Pada slaid-slaid Pap smear,terdapat ‘clue cells’
iaitu bakteria ini melekat pada didnding sel.
Apakah komplikasi BV?
Selain ianya menyebabkan gangguan psikologi,ianya menyebabkan peningkatan jangkitan pelvis
selepas pembedahan ginekologi.
Apakah implikasi
jangkitan BV semasa hamil?
Jangkitan BV meningkatkan risiko:
·
Keguguran
·
Air ketuban pecah awal/pra-matang.
·
Kelahiran pra-matang
Apakah rawatan BV?
Jangkitan BV bolih hilang secara spontan tanpa rawatan .
Walaupun jangkitan BV dapat dirawat sepenuhnya, BV bolih berulang lagi pada
kadar yang tinggi. Kebanyakkan wanita lebih suka di beri rawatan disebabkan ketidak
selesaan baunya,
Rawatan BV memerlukan pengambilan antibiotk Metronodazole dan
krim Cindamycin untuk disapukan pada vagina.
Kesimpulannya,jika anda mempunyai masalah discaj
berbau berjumpalah dengan doctor untuk pemeriksaan dan juga Pap smear kalau
tidak pernah lakukan. Rawatanya mudah dengan
Doktor, saya rasa gumbira bila dapat membaca salah sorang doktor yang berpengalama seperti doc ni. really appreciate it.
ReplyDeletesaya cuma nak tanya simple soalan. i am 26 weeks pregnant for 2nd baby, and tis week the bb breech. but my doc said ada peluang tuk pusing di bawah. dan peluang tu masih cerah kan doc? maybe doc bole buat entry tuk itu. dan entry epidural juga menarik tuk di kongsi. TQ Doc.
Salam smms,Thank you.i'm really honoured for all your support. I decided to blog in bahasa because tak ada banyak informations on pregnancy and gynae. So i gamble je. selagi ada ayng minat nak membaca I will continue writhing.
ReplyDeleteStill very early for your baby to turn. It is so common at 26 weeks. Tak perlu takut. By 38 weeks,only 3 % baby still in breech position. Banyak peluang lagi. If im not mistaken ada entri pasal breech. cuba 'korek' entri lama. Pasal epidural dah ada, Tajuk: Aduh mak sakitnya
tq so much for your reply doc. really appreciate it. now i feel more comfort from ur kind answer. ple
ReplyDeletesalam doc..saya nak tanya..di salur kemaluan saya seperti berwarna putih,adakah ia keputihan? Dan di tepi lubang vagina itu terdapat seperti satu bisul, tapi tidak sakit..cuma saya confius..apakah ia bisul @ ketulan? Dan doc boleh kah terangkan secara terperinci tanda-tanda penyakit gonorea?
ReplyDeleteDoktor,saya sudah hamil masuk minggu ke-11 dan saya dapati ada keputihan yang berwarna kekuningan dari awal kandungan hingga sekarang yang mana semakin banyak.Apakah ini akan menganggu kandungan saya?
ReplyDelete