Followers

Tuesday, 29 May 2012

"Oh! Mama saya mahu kahwin...." Untuk bakal pengantin.


”Oh! Mama saya mahu kahwin, Kawin dengan siapa ,Dengan siapa saja…..”



Lagu”Oh! Mama saya mahu kahwin…” seingat saya masa saya remaja dulu…he..he…once upon a time. Baru baru ini saya terdengar balik lagu ini sewaktu memandu hendak pulang kerumah. Sudah tentu sekali melalui corong Klasik FM. Anak-anak perempuan saya,ya saya ada 4 puteri kesemuanya akan pasang i-pod masing bila saya dengar lagu-lagu lama macam ini. “Tak coollah daddy” kata mereka. Ok bukan saya nak cerita pasal lagu ini cool ke tak, tetapi ‘message’ dalam senikatanya adakah masih up-to-date dan bersesuaian pada zaman internet ini?
Bila seseorang itu berumahtangga dengan pasangan idaman masing-masing, implikasinya ada tiga:
1.       Berkahwin bermakna  wanita-wanita akan mengandung dan akan mengalami segala-gala keburukan dan kebaikan akibat dari kehamilan.  Bakal-bakal ibu faham akan segala ‘baggage’ yang datang dengan kehamilan. Persoalannya: Apakah anda telah membuat persediaan untuk menghadapi kehamilan yang akan berlaku?
2.       Berkahwin juga bermakna wanita dan suami  berpotensi di jangkiti penyakit-penyakit pembawaan hubungan seksual.
3.       Berkahwin juga bermakna mereka akan mengembangkan genetic-genetik  mereka kepada anak-anak mereka.Kadangkala penyakit genetic mempunyai implikasi yang serius kepada anak mereka.
Apa yang saya hendak memperjelaskan disini adalah
·         Persedian-persedian yang perlu difikirkan sebelum anda berumahtangga terutama dalam persediaan sebelum mengandung.
·         Mengenai risiko-risiko transmisi penyakit-penyakit kelamin diantara pasangan dan penyakit-penyakit genetik  kepada bayi  tidak akan saya bincangkan di sini. InsyaAllah dalam entri-entri yang akan datang.
Saya percaya” Ibu yang sihat akan melahirkan anak yang sihat”.
 Tidak perlu dinafikan akan kenyataan ini. Seorang wanita jika mengandung, seluruh anggota  badan dari hujung rambut ke hujung kaki akan melalui perubahan-perubahan yang signifikan kerana permintaan dari janin yang berkembanag dalam rahim.Jagi bagaimana kita menyediakan diri kita supaya kita sihat sebelum mengandung?.
Permakanan
Permakanan seimbang adalah seperti mana Piramid Permakanan telah cadangkan. Permakanan yang sihat mengandungi protin,karbohidrat dan buah-buahan serta sayur-sayuran. Seorang wanita memerlukan 2000 kilori sehari. Makanan yang mempunyai lemak perlu dikurangkan dan gula juga perlu dijarakkan pengambilnya.
Kehamilan yang berjaya bergantung kepada permakanan ibu yang baik. Sebaik-baik keadaan sebelum hamil adalah ibu yang mempunyai cukup segala vitamin dan mineral bagi penggunaan janin nanti. Ibu-ibu yang mempunyai tahap permakanan yang teruk, akan mempunyai masalah fertiliti dan tumbesaran bayi. Obesiti dikaitkan dengan darah tinggi,kencing manis, dan kelahiran pramatang.
Kalau masa sekarang sudah menjadi ‘standard’ kami beri capsul ‘Fish oil”tambahan  kepada multivitamin dan kalsium semasa hamil,maka kebaikan DHA,AA ini banyak pada sumber-sumber laut seperti ikan dan juga rumpai laut. Saya rasa dari segi permakanan eloklah lebihkan kepada ‘sea foods’.
Supplemen dan Gayahidup
Gayahidup seseorang bolih memberi impak kepada kesihatan mereka dan sudah tentu sekali gayahidup yang tidak sihat bolih terbawa-bawa semasa hamil. Ini adalah pilihan dan keputusan yang penting bagi ibu sama ada mahu meneruskan gayahidup sekarang atau pun berubah.
Perubahan gayahidup yang sihat
·         Dinasihatkan wanita serta pasangannya berhenti merokok kerana wanita merokok akan menurun tahap kesuburan sebanyak 40% berbanding dengan wanita yang tidak merokok. Bagi lelaki pula,merokok akan mengurangkan jumlah dan kualiti sperma. Sperma-sperma tidak normal adalah tinggi.Merokok semasa hamil bolih menyebabkan kelahiran pramatang dan bayi yang mempunyai berat badan yang rendah.
·         Pengambilan alkohol berlebihan menyebabkan kesuburan menurun dan kadar keguguran meningkat, Anak yang dalam kandungan bolih mengalami ‘Fetal alcohol syndrome”.
·         Dinasihatkan tidak mengambil dadah dan apa jua dadah rekreasi yang lain  kerana ianya mempunyai masalah –masalah yang signifikan seperti kelahiran pramatang,pertumbuhan bayi terbantut dan kematian bayi.
·         Mereka yang mempunyai masalah beratbadan/obesiti juga mempunyai penurunan kesuburan dan haid. Semasa hamil mereka akan mempunyai risiko diabetis dan darah tinggi. Mengurangkan berat badan membantu mempercepatkan kehamilan.
Supplemen
Bagi saya kalau seseorang telah bersedia menjadi ibu maka segala vitamin,kalsium dan zat-zat besi mestilah diambil sebelum mengandung.Olih itu wajar bakal ibu memulakan supplemen dari awal lagi.
Asid Folik-Satu-satunya vitamin yang perlu diambil sebelum dan semasa hamil sehingga 3 bulan yang pertama. Saya menyarankan pengambilan asid folik ini 3 bulan sebelum anda naik pelamin dan berterusan sehingga anda hamil. Asid folik amat mudah didapati terutama pada sayur-sayuran. Kekurangan asid folik bolih menyebabkan kecacatan kepada saraf tunjang bayi(Neural Tube defects). Sudah mencukupi 4 mg sehari ( 1 biji) dan ianya merupakan pil yang kecil dan mudah diambil.
Zat besi( Iron)-Zat besi bukannya supplemen yang diambil secara routine tetapi jika anda mempunyai masalah anemia/kurang zat besi eloklah diambil sebelum berkahwin. Anda bolih buat pemeriksaan darah bagi mengesahkan kandungan Hb dalam darah. Saya masih hairan sampai sekarang, ramai ibu-ibu yang mengandung sulung mempunyai masalah anemia disebabkan masalah permakanan yang tidak betul. Agak sukar diterima kerana negara kita mempunyai banyak jenis makanan dan mudah didapati. Saya rasa ramai bakal-bakal ibu ini,makan tetapi makanan yang kurang berzat terutama yang mengandungi zat besi.
Kalsium-mungkin anda memerlukan supplemen kalau pengambilan kalsium adalah rendah.  Yang ideal adalah mengambil kalsium melalui permakanan. Terdapat banyak susu-susu khusus untuk ibu hamil jika kita kuatir tentang kekurangan kalsium.
Iodin-Di negara kita kekurangan iodin tidak berlaku kerana kita dikelilingi oleh laut yang mana sumber iodin bolih didapati.  Kekurangan iodin menyebabkan ‘cretinism’ dan ‘hypothyroidism’. Bayi mempunyai masalah pembelajaran bila besar.
Zink- Kekurangan zink dikaitkan dengan meningkatnya risiko kelahiran pramatang dan pertumbuhan bayi yang tidak normal.
Nota: Pengambilan vitamin A melebihi 700 mikrogram bolih menyebabkan kecacatan bayi.Vitamin banyak terdapat dalam hati/liver.

Penyakit-penyakit medikal yang sedia ada
Kehamilan bolih memberi kesan buruk kepada penyakit-penyakit medical yang sedia ada.
·         Kesannya bolih bersifat sementara dan kembali normal selepas bersalin seperti ‘gestational diabetis’ dan bolih juga kekal dan progresif dan kadangkala membawa kepada kematian ibu. Contohnya kegagalan buahpinggang dan penyakit jantung yang serius.
·         Bagi bakal-bakal ibu yang telah sedia-ada mempunyai penyakit seperti darah tinggi ,kencing manis,asma, tiroid dan lain-lain lagi perlu mendapatkan kaunseling dari pakar sama ada mereka bolih mengandung atau tidak. Kadangkala jika kehamilan mempunyai risiko yang amat tinggi kepada ibu,saya rasa jangan cuba mengandung.
·         Jika ibu mempunyai penyakit-penyakit medikal ,eloklah penyakit-penyakit ini dikawal sebaik mungkin sebelum berkahwin seperti asma dan diabetis. Mungkin ubat perlu dikurangkan atau di tukarkan kepada ubat yang lebih selamat. Terdapat ubat-ubat yang bolih menyebabkan kecacatan pada bayi. Contohnya ubat epilepsy.
·         Ibu yang mempunyai penyakit kronik autoimmun seperti SLE, mereka hendaklah berada pada peringkat’ remission’,stabil supaya kehamilan ini nanti mempunyai’ outcome’ yang terbaik.
Nota: Penggunaan computer dan video tiada perkaitan dengan outcome’ yang tidak elok. Sesiapa yang terdedah kepada bahan kimia dan radiasi memerlukan kaunseling dari jabatan-jabatan tertentu.
Apakah perlu pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan kepada pasangan yang ingin berkahwin?
Anda tentu bersetuju “Cinta mengatasi segalanya!”. Kalau anda amati balik senikata lagu tersebut, luahan mengatakan dia akan berkahwin dengan sesiapa sahaja! Betul ke? Saya tak nak masuk campur pasal agama,budaya atau apa-apa jua tentang percintaan dan perkahwinan tetapi disini saya mahu anda fikirkan keputusan sama ada hendak kahwin atas dasar cinta ataupun dasar medical. Wow! Susahkan. Dulu-dulu mana kita terfikir tentang masalah pasangan kita sama ada dia ada penyakit yang bolih menyebabkan kita merana sama atau keturunan anak cucu kita membawa penyakit-penyakit genetic-genetik yang kronik. Seperti yang telah cakapkan tadi apa jua penyakit yang ada pada pasangan kita, “cinta mengatasi segalanya”.
Ok,sekarang ini banyak makmal-makmal luar dan juga hospital-hospital swasta yang menawarkan pemeriksaan kesihatan bagi bakal-bakal pengantin/ibu dan ayah. Bagi saya pemeriksaan kesihatan adalah satu langkah kehadapan kerana dengan kita mengetahui pasangan  kita sihat sudah tentu kita aman untuk bersatu. Sebaliknya jika salah satu pasangan kita mempunyai masalah perubatan, beberapa langkah tertentu perlu diambil bagi mengurangkan risiko-risiko kepada kita dan bayi yang bakal dikandung. Contohnya  penyakit HIV,Sifilis dan lain lain lagi. Kaunseling genetic perlu bagi pasangan-pasangan yang membawa gen-gen penyakit tertentu  dalam kromosom mereka. Kaunseling amat penting untuk pasangan ini faham akan risiko anak mereka akan mendapat penyakit sebut dan berapa pula risiko anak-anak mereka akan membawa gen-gen tersebut dan ‘pass’ ke cucu-cucu mereka.
Diantara pemeriksaan kesihatan pra-perkahwinan yang patut dilakukan adalah:
·         Pemeriksaan Am termasuk tekanan darah,jantung dan paru-paru.
·         Melakar sejarah keluarga yang membawa penyakit-penyakit keturunan dan kecacatan yang lain.
·         Ujian darah untuk Haemoglobin,Kumpulan darah danTalassemia ( mungkin diabetis)
·         Status Rubella dan Hepatitis. Kalau anda tidak immune kepada penyakit-penyakit ini,immunisasi perlu diambil. Elakkan dari mengandung dalam masa 3 bulan selepas imunisasi.
·         Saringan HIV
·         Saringan air kencing untuk protin dan gula.
Ok apakah kesimpulannya?
Bagi saya kalaulah pemeriksaan kesihatan ini wajib maka saya akan menyokongnya. Kadangkala dalam hidup ini cinta itu mengatasi  segalanya walaupun kita tahu akan risiko seperti HIV. Tetapi dengan kita tahu pasangan kita mempunyai masalah perubatan termasuklah genetic,kami dapat memberikan langkah-langkah tertentu bagi mengurangkan komplikasi-kompliksi tersebut. Sebagaimana pentingnya medical check-up untuk masuk U atau kolej dan juga kerja ,begitu juga penting pemeriksaan sebelum anda berkahwin.
Apa pendapat anda?

7 comments:

  1. salam doktor,sy nak tanya kalau air ketuban sikit masa dua kehamilan terawal,kehamilan ketiga pun ada risiko yg sama ke,terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam marsitah. Nampaknya gitu.saya tak rasa ada apa-apa masalah.

      Delete
  2. Salam doktor,

    Saya sekarang pregnant 8 minggu dan saya ada kemusykilan berkenaan vitamin A berlebihan tu. Sumber vitamin A banyak dalam susu, telur dan hati kan. Maknanya kita kena kurangkan pengambilan makanan tu ke macam mana ?

    Lagi satu, saya ni tak minum susu tepung. Tapi susu kotak berperisa saya boleh minum. Saya risau kandungan kalsium saya tak cukup, jadi masa pergi KK untuk check up tempoh hari, saya ada mintak pil kalsium tapi nurse tak galakkan makan pil kata dia. Takut berlebihan.

    Mintak pandangan doktor macam mana, terima kasih.

    -Izzatul-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vit A dalam makanan tidak tinggi dan tidak membahayakan. Yang tidak bolih tablet vit a dan diambil berlebiahan akan menyebabkan kecacatan pada bayi.
      Kalsium dalam susu kotak tak banyak. Susu tepung untuk ibu banyak kalsium sebab itu rasanya pelik.

      Delete
    2. pil kalsium tidak memudaratkan. OK kalau diaambil.

      Delete
  3. Assalamualaikum Dr..
    InsyaAllah saya akan bernikah 3 bln akan dtg..
    bolehkah sy ambil asid folic dalam bentuk kapsul yg dibeli difarmasi untuk persediaan mengandung?
    saya & bakal suami ingin menimang cahaya mata awal.. :)
    jika boleh adakah brand yg tertentu yg terbaik yg boleh Dr. sarankan?
    terima kasih..
    jazakillah..

    ReplyDelete