Kaedah-kaedah pemantauan kelahiran
pra- matang
Perlu di ingat tiada satu pun
cara yang benar-benar berkesan.Untuk di gunakan sebagai satu rutin bagi semua
wanita hamil adalah mustahil.Olih kerana itu hanya kes-kes yang berisiko tinggi
perlu pemantauan bagi mengurangkan kes bersalin terlalu awal ini.
Pemeriksaan pemantauan ini melibatkan
lawatan antenatal kerap setiap minggu atau 2 minggu dan mengukur ketebalan dan
keterbukaan pintu rahim. Pintu rahim yang normal berupa satu silinder tebal dan
keras. Purata tebal/panjang pintu rahim adalah 3 hingga 4 sentimeter dan pintu
rahim sentiasa tertutup rapat. Jika terdapat kontraksi atau secara spontannya
menjadi lembut,maka pintu rahim akan menipis/pendek,lembut dan bolih terbika
sendiri. Berasaskan fakta tersebut maka pintu bolih di ukur dengan:
1.
Pemeriksaan pintu rahim dengan secara klinikal. Ini merupakan
pemeriksaan dari vagina dengan menggunakan jari.
2.
Pemeriksaan pintu dengan menggunakan Transvaginal
ultrasound.
Contohnya wanita hamil hadir dengan kontraksi yang regular
dan pemeriksaan transvaginal ultrasound menunjukkan pintu rahim mempunyai ketebalan
< 15mm,maka risiko bersalin dalam masa seminggu adalah 49%. Sebaliknya jika
pintu rahim ketebalannya > dari 15mm,risiko bersalin hanya 1 % sahaja.
Kaedah yang baru bagi membuat ramalan/prediction kelahiran
pra-matang adalah menggunakan ‘Fetal Fibronectin(FFN)’.FFN adalah sejeni
sprotin yang terdapat pada selaput ketuban. Semulajadinya, FFN tidak terdapat
pada lelehan/discaj pinturahim atau vagina. Ujian amat mudah dengan mengambil
sedikit discaj/lelehan dan diuji diatas ‘test kit’ yang dihasil secara
komersial. Jika FFN POSITIF,kemungkinan besar wanita itu akan bersalin awal
dalam masa 7 hingga 10 hari. Ujian ini terdapat di hospital-hospital besar.
Bagaimanakah rawatan
yang diberi jika ibu mempunyai kerangkalian tinggi melahirkan anak pra-matang?
1.
Membuat diagnosis dengan pemeriksaan vagina,ultrasound
dan FFN
2.
Jika risikonya tinggi,dinasihatkan masuk ke
hospital.
3.
Jika hospital tersebut tidak mempunyai fasilitas
seperti doctor pakar,incubator atau perkhidmatan NICU, maka ibu akan dirujuk ke
hospital lain yang mempunyai fasilitas tersebut.
4.
Imbasan ultrasound untuk mengira umur,berat
badan dan kedudukan bayi. Bayi pra-matang mempunyai risiko kedudukan tidak
normal seperti songsang atau melintang.
5.
Suntikan Steroid. Steroid yang selalu kami
gunakan adalah Dexametasone dua kali dalam masa 24 jam.
Suntikan
steroid dapat mengurangkan kadar ‘respiratory distress syndrome’,perdarahan
dalam otak dan kematian neonatal/bayi.
6.
Menggunakan ubat tokolitik seperti
nefidipine,ritrodine bagi mencegah/memberhentikan kontraksi dan bersalin. Kejayaan
amat berbeza-beza diantara satu ubat dengan ubat yang lain. Ianya amnya tidak
berapa berkesan bagi memhentikan kontraksi. Tujuan tokolitik ini diberi adalah
untuk memberi masa steroid bertindak dan penghantaran in-utero bayi ke hospital
terdekat.
7.
Kes-kes kelahiran pra-matang bukannya hanya
untuk doctor obstetric sahaj tetapi melibatkan juga pakar kanak-kanak terutama
neonatologis.
8.
Jika kelahiran pra-matang tidak bolih dielakkan
maka cara mana bayi elok dikeluarkan sama ada lahir normal atau caesarean,pakar
obstetric akan berbincang dengan ibu-bapa bayi tersebut.
Isu pra-matang ini menjadi lebih
komplikated jika ianya di sertai dengan air ketuban pecah/leaking. Kebanyakkan
kes adalah air ketuban pecah tetapi bayi masih belum pra-matang. Istilah
perubatan adalah Preterm Prelabour
Rupture of Membranes(PPROM).
Maknanya air ketuban telah pecah sebelum
ada tanda-tanda mahu bersalin dan bayi masih lagi tidak cukup bulan!
PPROM adalah salah satu punca utama(33%)
kelahiran pra-matang.
Apakah
risiko-risiko PPROM?
·
Pra-matang/prematurity yang mana saya telah
jelaskan pada tulisan yang dahulu mengenai risiko-risko bayi pra-matang.
·
Jangkitan kuman/Infection sesuatu yang di takuti
bolih berlaku dan menyebabkan bayi terpaksa dilahirkan segera dan memburukkan
lagi masalah
·
Pulmonary hypoplasia iaitu keadaan dimans
paru-paru tidak bolih mengembang bila dilahirkan nanti
·
Limbs contractures yang mana di sebabkan air
ketuban telah kekeringan, maka anggota-anggota kaki dan tangan tersepit. Bila
bayi dilahirkan kaki atau tangan akan bengkok.
Bagaimana kita mengetahui air ketuban telah pecah?
Air ketuban adalah alkali,tidak
berbau,jernih seperti air paip dan air ketuban pecah ianya seperti seperti ‘empang
pecah’. Ianya banyak ‘gushing’ dan bolih berlaku dengan kontraksi ataupun tanpa
kontraksi. Kebanyakkan apabila ibu tengah berihat menonton TV misalannya atau
selepas bangun tidur. Kebanyakkan air ketuban akan berhenti dengan sendiri.
Apakah ‘chorioamnionitis’?
Chorioamnionitis adalah
komplikasi yang serius berlaku selepas PPROM. Chorioamnionitis disebabkan
jangkitan kuman didalam air ketuban dan menyebabkan sepsis pada bayi dan
ibu. Sepsis mempunyai kadar morbidity dan
mortality yang tinggi pada bayi didalam rahim.
Tanda-tanda chorioamnionitis
adalah ibu akan mengalami demam panas,sakit perut kerana kontraksi dan
jangkitan kuman dan discaj yang purulent/bernanah dan berbau sementara bayi
akan mengalami denyutan jantung yang tinggi dan distress.
Jika terdapat tanda-tanda
chorioamnionitis, bayi terpaksa di lahirkan segera selepas suntikan steroid dan
antibiotic secara normal tetapi kemungkinan besarnya secara caesarean yang lebih
cepat.
Jika tidak terdapat tanda-tanda
chorioamnionitis,rawatannya adalah konservatif sahaja. Suntikan steroid akan
diberi,kemasukkan kehospital diwajibkan dan antibiotic akan diberi bagi
mengurangkan risiko infeksi. Jika kandongan telah melebihi 36 minggu( mungkin
ada hospital 34 minggu), bayi akan dilahirkan secara induksi atau caesarean bergantung
kepada kesesuaian pintu rahim dan keadaan bayi dalam kandongan
Kesimpulannya masalah pra-matang
walaupun hanya 5 hingga 10% dari jumlah kelahiran, ianya adalah menyumbang
kepada 70% kematian neonatal. Bukan itu sahaja kos dalam penjagaan bayi
pra-matang adalah amat tinggi dan bolih membebankan ibu-bapa dan juga system kesihatan
kita. Tidak terdapat cara pencegahan yang efektif termasul juga pemantauan.
Penggunaan steroid yang berluasa,terdapat perkhidmatan NICU dan pakar
neonatologis dapat menyelamatakan bayi pra-matang.
Doktor boleh bg email x?saya ingin mengajukan soalan dengan doktor tapi akan tulis ke email doktor
ReplyDeletesuhaimi_isa@yahoo.com
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ilmu doktor..saya dah khatam kesemua entri doktor kat sini, mmg banyak membantu.
ReplyDeleteAnak pertama saya bersalin secara czer, sekarang tengah tunggu masa nak bersalin ank kedua, dr pakar kata xde masalah nak cuba bersalin normal sebab czer anak pertama hari tu takde masalah..harap dipermudahkan.
TQ.Kalau ambil epidural amat sangat membantu semasa bersalin normal nanti
Delete