Followers

Thursday, 17 May 2012

Part 3: 'Sekali caesarean, semua kena caesarean'. Adakah ini benar?



Diktum ini adalah tidak benar sama sekali. Ini hanya untuk wanita yang pernah menjalani satu caesarean. Anda tentu tahu yang kalau 2 kali caesarean,ketiga dan keempat semua kena caesarean.
Jika seseorang itu pernah menjalani caeseraean sekali,sebenarnya mereka bolih mencuba bersalin secara normal. Kemungkinan bersalin secara normal adalah tinggi dalam 70-80 %. Olih itu jika peluang ini tidak digunakan untuk anak kedua makannya anda meminta caesarean lagi sekali,maka kandongan yang akan datang iaitu ke 3 dan ke 4 sememangnya 100% kena caesarean. Kerana itu saya katakan kandongan kedua selepas sekali pembedahan penting dan adalah menentu bilangan anak anda.
Apakah yang doctor membenarkan bersalin normal selepas satu caesarean?
Jawapan: Rahim pecah/Uterine rupture
Risiko rahim pecah/terkoyak semasa bersalin adalah amat kecil sekali.Dianggarkan risikonya 50 dalam 10,000 jika proses besalin berlaku secara spontan dan 1 dalam 10,000 jika 2 kali caesarean. Walu pun kadarnya adalah rendah tetapi jika berlaku, mortality bagi kedua-dua ibu dan anak adalh tinggi. Olih keran itu kami hanya beri peluang bersalain secara normal untuk ibu yang hanya pernah caesarean sekali sahaja.
Sekiranya anda di ‘induce’ ,maka risko rahim pecah dengan sendirinya meningkat:
·         8:1000 jika infusi oxytoxin di gunakan
24:1000 jika hormone prostaglandin di gunakan.
Penggunaan oxytoxin adalah sangat meluas dalam dewan bersalin untuk membantu ibu bersalin. Walaupun oxytocin mempunyai risiko tersebut,kami masih menggunakannya pada ibu yang telah mempunyai satu caesarean keran ubat masih dikira selamat digunakan jika kita cermat dan memantau proses bersalin sepanjang masa.
Terdapat beberapa sebab yang bersalin secara normal tidak dibenarkan . Seperti mana kalau kita bermain golf, kita diberi ‘handicap’ mengikut ke’terror’an kita,begitu juga kalau kes-kes ibu yang mengandung terutamanya caesarean.
Mempunyai satu caesarean,ibu telah mempunyai satu ‘handicap’. Jadi sebarang ‘additional’ handicap selain caesarean dikira tidak baik untuk bersalin normal. OK ini bukannya mutlak dan orang terbaik menasihati anda adalah doctor anda sendiri.
Contoh kes-kes yang perlu di ulang caeseraean adalah;
·         Caesarean + anak songsang/breech
·         Caesarean + plasenta previa/uri bawah
·         Caesarean+preeclampsia/darah tinggiserius
·         Caesarean+diabetic(?)
·         Caeserean+ pembesaran anak terbantut/IUGR
·         Caeserean+Kembar
·         Caeserean pertama adalah jenis klasikal.
o   Caeseraean Klasikal adalah hirisan pada rahim dilakukan secara vertical/menegak di bahagian segmen atas rahim/uterine body. Jenis ini risiko rahim pecah adalah lbih tinggi dari jenis caesarean di segmen bawah rahim(LSCS). Lower segment caesarean adalah yang kita gunakan bagi semua caesearian.
Apakah syarat-syarat untuk bersalin normal selepas satu caesarean?
1.       Tiada handicap-handicap yang tersebut diatas
2.       Mesti bersalin dihospital yang lengkap dengan dewan bedah dan pakar dan juga darah
3.       Pemantauan berterusan sepanjang bersalin.
Epidural bagi mengurangkan sakit semasa bersalin bolih digunakan.
Apakah tanda-tanda ‘uterine rupture’?
·         Kesakitan yang amat sangat. Epidural bolih mengaburi simtom sakit ini.
·         Perdarahan darah merah dari vagina
·         Kontraksi terhenti
·         CTG menunjukkan ‘anak lemas/fetal distress’ atau jantong terhenti
·         Tekanan darah ibu merudum dan ibu pengsan.
Kesimpulan
Bersalin normal selepas satu caeseran adalah tinggi dan risiko seperti rahim pecah adalah yang kuatiri bolih berlaku. Risikonya adalah amat rendah. Pemantauan yang lebih diberikan pada kes-kes seperti ini. Bagi mengurangkan risiko tersebut, bersalin mestilah di hospital yang lengakap.





25 comments:

  1. Salam,

    Doktor, pada august 2010, saya telah melahirkan bayi saya secara ceaserean kerana fetal distress. Pada October 2011, saya sekali lagi telah dibedah kerana ecthopic pregnancy dan tiub falapio sebelah kanan telah dibuang.

    Soalan saya, bilakah waktu terbaik untuk hamil semula dan jika ditakdirkan hamil semula, bolehkah saya bersalin secara normal atau perlu dibedah memandangkan saya sudah dua kali dibedah.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ZC2012,Caeserean dan Ectopic tidak ada kena mengena walaupun cara pembedahan pada perut mengikut hirisan yang sama. Tapi saya rasa ektopik itu di buat secara laparaskopi. Bila bolih mengandung lagi? Bila dah ready! sebab ia tidak ada kaitan dengan caeserean. Kena ingat yang sekali ektopik, risiko ectopik kali tinggi kanaikan 10 %. kalau terhamil cepat confirm dengan scan. Memang peluang melahirkan secara normal memang tinggi.

      Delete
    2. Terima kasih atas jawapan doktor itu.. masa pembedahan ethopic tu saya x pasti secara apa, tetapi semasa pembedahan saya dibius penuh.

      Delete
  2. salam doc..

    saya telah dibedah utk kesemua kelahiran (3 kali) dan sudah diikat (terpaksa setuju krn prosedur hosp)

    masalahnya saya nk mengandung lagi, bolehkak ikatan ini dibuka?

    bagaimana caranya, apakah prosedurnya?

    harap2 doc boleh tolong jelaskn..

    saya benar2 ingin mengandung lagi :)

    terima kasih doc...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam salwana,Kami diswasta selalunya sampa anak ke 4 baru diikat. Ok dah tak bolih buat apa-apa lagi. Kalau mahu juga mengandung hanya satu saje pilihan iaitu IVF. Kos dalam 15 ribu satu percubaan. Tidak bolih di reverse lagi kerana komplikated dan risiko ektopik tinggi.

      Delete
    2. salam..

      ada tak kaedah yg lebih mudah dan murah?

      di hosp kerajaan kaedah yg doc sebut itu ada ke?

      Delete
    3. Tak ada hanya IVF. Di UKM 13K. Kalau kerajaan lain say tak tau mereka mahu buat ketidak sebab salwana tidak di beri keutamaan kerana sudah ada anak. swasta mungkin OK

      Delete
  3. Salam Doktor...

    saya pertama bedah, ke 2 normal, ke 3 bedah (songsang) ke 4 bedah (sebab dah 2 kali bedah) dan terus ikatttt.....

    memang sebenarnya x leh mengandung lagi yek?? saya bersalin di hospital ampang dan kene ikat kerana mereka ckp 3 kali bedah terus ikat. sy sebenarnya nak cuba lagi skali sbb ke 4-4 anak adalah lelaki...

    tak mengapala.. dah ikat pun.. tp nak tahu.. sebenarnya boleh tak kalu sy mengandung lagi (andai tidak ikat) untuk kali yang ke 5? adakah risiko jaahitan pecah semasa mengandung boleh berlaku?

    terima kasih

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  4. salam Sumijelly. Ok memang tidak mengandung secara normal tetapi kalau nak jugak kena IVF. sekarang ramai diantara kami bagi sampai baru diikat. Ada juga yang lebih dari 4 pembedahan .Risiko amat tinggi untuk placenta praevia dan rahim pecah. Sebab itu kalau pembedahan 2 kali kami terus bedah semua untuk keselamatan ibu dan anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih doktor atas penjelasan tersebut.

      Sumijelly.com

      Delete
  5. Salam Dr. Suhaimi...

    Saya kini mengandung 27w, kandungan ketiga selepas keguguran pada 8/2010 dan setelah melahirkan anak secara CS pada 7/7/2011. Saya telah kembali hamil pada April 2012 ketika anak pertama berumur 9 bulan. Soalan saya: Ada ketika saya rasa sakit(pada bahagian kulit, scar tissue). Adakah keadaan rahim ok sekiranya merasa seakan 'strech' pada bahagian bawah rahim?MAsihkah ada peluang untuk saya bersalin normal?Ini kerana kandungan saya baru berusia 27w pada masa ini dan masih ada +/-13minggu lagi untuk kandungan saya membesar.

    Jawapan daripada Dr. adalah sangat saya hargai. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. alam dr saya maisarah, saya ingin bertanya pada dr. beberapa soalan yg menghantui saya saya baru kehilagan anak baru ini iatu pada 27.03.13...pada mulanya saya bersalin secara normal tapi tidak berjaya dan saya diputuskan untuk bersalin secara pembedahan namun anak saya meninggal selepas 4 hari. semasa dikeluarkan secara pembedahan anak saya tidak menangis malah koma selama 4 hari. Semasa sy meneran normal saya mcm risau anak saya tak dapat dikeluarkan masa tu dah 30 minit saya mula meminta dr bedah saya kerana bimbang tapi hospital kerajaan ini mengatakan prosedur 1jam kalau tak boleh bedah...saya hanya tawakal sahaja namun semasa nak ke dewan bedah tiada monitoring baby saya ok ke tak yang saya tahu mereka sibuk membaca2 arahan risiko dan saya tandatangan surat pemdehan setelah siap baru ditolak kedewan bedah dan saya discan saat itu dr kelam kabut tolak ke dewan bedah...dr ckp denyutan jantung anak saya dah rendah. kemudian setelah keluar anak saya tak bernafas setelah buat cpr barulah ada sedikit denyutan tetapi anak saya koma, saya tak tahulah sama ada kecuaian atau takdir. dr ada amik ujian metabolisme keputusan dah keluar semua negetif bayi saya tak sakit...sekarang saya masih dalam penjelasan dr bila saya tyn anak saya lemas ke dr pediatrik tak ada jawapan dan saya kena refer dr pakar sakit puan. saya nak tanya dr adakah saya boleh bersalin normal selepas ini semasa pebedahan dirahim saya ditoreh bentuk t dr kerajaan syor saya bedahh selepas ini dan saya boleh dapat dua anak sj melalui pembedahan sebagai seorang wanita saya nak lebih darai dua kalau saya buat pembedahan diswasta boleh tak lebih dr dua maksudnya tiga...dan saya sangat fobia dan trauma dr pediatik kata anak saya penuh asid dan saya hairan bagaimana terbentuk bila saya tanya pediatik dia kata kena tanya pakar sakit puan adakah anak saya ni lemas saya harap dr dapat membalas....dan berkongsi ini email saya maisara832002@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. salam dr...saya ain.. saya telah melahirkan anak pertama secara pembedahan pd sep 2010, (poor progress) dan anak ke-2 juga secara pembedahan pada mac 2012
    (fetal distress)... untuk menjarakkan kehamilan saya pakai iucd pada okt 2012..tapi pada julai 2013 saya dapati saya telah mengandung ..apabila scan iucd saya telah jatuh sedikit ke bwh..saya telah jumpa pakar , mereka mulanya hendak menarik keluar iucd tersebut,,tetapi apabila diberitahu risiko akan gugur saya membantah..jadi skrg saya mengandung bersama iucd..soalan saya

    I) adakah selamat kandungan saya hingga waktu bersalin..
    ii) apakah risiko kehamilan saya ini.
    iii)bolehkah saya cuba bersalin normal
    iv) sekiranya saya bersalin czer kali ini, bolehkah saya ingin mengandung lagi anak ke4 di hospital kerajaan

    ReplyDelete
  8. salam dr.saya baru sje bsalin dgn cara emgncy czer dan rahim sbelah knan terkoyak sebanyak 5cm.soalan saya..adakah sy masih boleh lasak setelah rahim koyak?apa aktviti yg bolwhmbahayakn rahim sy?sekarang sudah 26hari bpntang tp sy masih rse ngilu di bhgian dlm esp bhgian knan perut.adakh itu normal?tq.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Asslm sy nk tny pendpt..bole ke sy amik pil kesuburn untk dptkn kembr untk kehamiln kali ke4.sbb ank 1st dgn 3rd sy cser lscs..sy nk ank rami..dn nak cuba dptkn ank lelaki memdng sy ade 3 ank perempuan.t.ksh doc

    ReplyDelete
  11. Asslm sy nk tny pendpt..bole ke sy amik pil kesuburn untk dptkn kembr untk kehamiln kali ke4.sbb ank 1st dgn 3rd sy cser lscs..bse hsptl gov kali ke3 cser dan kene ikat..sy nk ank rami..dn nak cuba dptkn ank lelaki memdng sy ade 3 ank perempuan.t.ksh doc

    ReplyDelete
  12. Asslm sy nk tny pendpt..bole ke sy amik pil kesuburn untk dptkn kembr untk kehamiln kali ke4.sbb ank 1st dgn 3rd sy cser lscs..bse hsptl gov kali ke3 cser dan kene ikat..sy nk ank rami..dn nak cuba dptkn ank lelaki memdng sy ade 3 ank perempuan.t.ksh doc

    ReplyDelete
  13. salam doktor saya ingin bertanya satu soalan adakah masih ade peluang untuk saya bersalin normal jika sudah 2 kali melalui proses pembedahan untuk pengetahuan doktor anak sulung saya berumur 9 tahun bersalin pembedahan kerana masalah tekanan darah tinggi manakala anak kedua saya berumur 3 tahun dan masalah kencing manis..masihkah saya ade peluang untuk bersalin normal? terima kasih doktor

    ReplyDelete
  14. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda Bahaya Kehamilan. Pengetahuan yang sangat penting untuk ibu yang sedang hamil.

    ReplyDelete
  15. Salam doc sy nk tanya risiko x bg sy utk hamil lg sdgkan ank pertama baru berusia 1tahun..dan kelahiran ank pertama tu sy bersalin operet..skrg ank umor 1thn sy tengah mengandung 1bulan..risiko x buat sy

    ReplyDelete
  16. Asslm Dr.sy lahirkn kdua2 anak sy scra bedah.jarak anak sy 3 thn seorang.jika sy megandung anak ketga.skrang anak bongsu sy sdh 10 thn.blhkh sy lahir anak ketiga secara normal.boleh Dr jelaskn pd sy.sy lau boleh nak lahir secra normal.sy d bedah kerana kdua2 anak sy lemas.sbb 2 sy kena bedah.arap sy blh normal.

    ReplyDelete
  17. Asslm Dr.sy lahirkn kdua2 anak sy scra bedah.jarak anak sy 3 thn seorang.jika sy megandung anak ketga.skrang anak bongsu sy sdh 10 thn.blhkh sy lahir anak ketiga secara normal.boleh Dr jelaskn pd sy.sy lau boleh nak lahir secra normal.sy d bedah kerana kdua2 anak sy lemas.sbb 2 sy kena bedah.arap sy blh normal.

    ReplyDelete
  18. Asslm Dr.sy lahirkn kdua2 anak sy scra bedah.jarak anak sy 3 thn seorang.jika sy megandung anak ketga.skrang anak bongsu sy sdh 10 thn.blhkh sy lahir anak ketiga secara normal.boleh Dr jelaskn pd sy.sy lau boleh nak lahir secra normal.sy d bedah kerana kdua2 anak sy lemas.sbb 2 sy kena bedah.arap sy blh normal.

    ReplyDelete