Ok, kita sambung lagi bahagian yang terakhir mengenai perdarahan
berlaku semasa kehamilan. Dulu saya telah huraikan mengenai plasenta praevia
tentang risiko-risiko dan mesalah pertumpahan darah yang serius. Topik kali ini
pun mengenai ‘placenta abruption’ pun mempunyai risiko-risiko yang sama tetapi
ianya lebih sedikit kepada bayi yang dikandung.
Plasenta ‘abruption’
Kalau ‘praevia’ bermakna ‘di bawah’, ‘abruptio’ pula
bermakna ‘terpisah’,’tercabut’. Keadaan in amat jarang sekali berlaku dan lebih
terpencil dari plasenta praevia. Jadi tidak hairanlah kalau anda semua tidak tahu
mengenainya. ‘Abruptio” adalah merupakan kes kecemasan dalam obstetric dan
tindakan segera perlu diambil untuk keselamatan ibu dan bayi yanag dikandung.
Apakah plasenta abruption?
Jika plasenta praevia,perdarahan berlaku kerana kedudukan
uri ditempat yang salah iaitu di segmen bawah rahim, ‘abruptio’ pula bukan
kerana kedudukan uri tetapi kerana uri terpisah/separation dari dinding rahim.
Maknanya kedudukan uri adalah ditempat yang betul. Perdarahan yang berlaku
bolih berada dibelakanguri,masuk kedalam rongga rahim atau keluar melalui pintu
rahim.
Jadi plasenta ‘abruptio’ bolih di bahagikan kepada dua
jenis:
1.
Perdarahan yang dapat di lihat/revealed kira-kira
80%
2.
Perdarahan yang tidak dapat di lihat/concealed
kira-kira 20%.
Cara presentation plasenta abruotion(PA) pun berlainan
sedikit dari presentation plasenta praevia(PP):
·
PA datang dengan sakit dibahagian perut yang
amat sangat bila berlaku perdarahan sementara PP perdarahan berlaku tanpa
sakit.( Nota: 20% PA tiada perdarahan.)
Majoriti akan complain sakit yang datang dengan
tiba-tiba,kuat dan ‘constant’.
·
Rahim keras dan sakit bial diperiksa dan
selalunya terdapat aktiviti kontraksi.Sementara PP,rahim lembut dan tiada
kontraksi bila diperiksa.
·
50% PA datang macam bersalin tetapi PP tidak.
·
PA,ibu bolih datang dalam keadaan ‘shock’ kerana
perdarahan yang banyak. Walaupun tiada perdarahan,ibu masih bolih mendapat ‘shock’.
Tekanan darah turun dan ibu mungkin tidak sedarkan diri. PP adalah sebaliknya.
Jarang sekali PP pertumpahan darah dengan banyaknya berlaku semasa hamil.
·
PA, kemungkinan besar CTG menunjukkan anak lemas
atau meninggal dunia berbanding dengan PP.
Olih kerana kes-kes PA kebanyakkan berisiko tinggi kepada
ibu dan juga bayi,mereka memerlukan pembedahan caesarean sebagai alternative terbaik.
Kesimpulannya sebarang perdarahan yang berlaku semasa
kehamilan di trimester 2 dan 3 ,perlu mendapat rawatan di hospital . Terdapat
dua masalah utama iaitu plasenta praevia dan plasenta abruption yang kedua-dua
mempunyai risiko-risiko masing-masing.
Salam Doktor
ReplyDeleteBoleh tak doctor terangkan secara terperinci psl pendarahan semasa hamil di sebabkan Polyps Serviks,dan ape kesannya ke atas kandungan,dan kesannya semasa dan selepas mengandung
Ini di sebabkan semasa sy mengandungkan anak ke 2,tahun lepas sy di sahkan ade Polyps selepas bleeding semasa 6M pregnant..dan bile doc check dan amik sampel,its Polyps dan utk pengetahuan Doc semasa usia kandungan saya 6M, doctor melakukan PapSmear dan dilation sy 1cm selepas buat Pap Smear dan doctor mengatakan rahim sy pendek iaitu kurang 22cm dari biasa..
Persoalan sy
Ape kesan Polyps tu selepas bersalin,adakah ianya akan hilang atau kene melakukan proses pembuangan seperti sy alami ketika 6M pregnant dan adakah rahim sy menjadi pendek di sebabkan Polyps
Salam puan,perdarihan dari polyp serviks adalah satu punca perdarahan semasa hamil.Olih itu pemeriksaan perlu dilakukan sebagaimana puan telah lalui dahulu. Kesan polyp kepada bayi yang dikandung TIADA tapi pada ibu merunsingkan. Polyp ini tidak kanser jadi tidak perlu takut apa-apa. Polyp TIDAK menyebabkan servik pendek. Memang ada wanita yg mempunyai servik pendek tetapi tidak menyebabkan kelahiran pramatanag. saya percaya anak dulu adalah bayi cukup bulan.. Puan tidak perlu buat apa-apa.
DeleteSalam dr, boleh tak dr terangkan apa itu menopaus dan andropaus??dan bagaimana penjagaan kesihatan golongan nie..?? sorry lari drp topik...
ReplyDeleteSalam nadila. Memang ada plan. Tak tau mana nak dulukan insyaallah. Topik panjang and kena research lebih.
ReplyDeleteSalam Dr...sy mengalami masalah ad polyp di bahagian salur servis..sy kerap bleeding dari 4W sehingga lah kini 12W..pada awalnya Dr ingtkan sbb initial implementation..tp bila buat ultrasound everything ok..so sy just d advise u bykkn rehat..one day sy bleeding byk dari biasa..so pg hosp n Dr check mcm ada polyp.then sy direfer jmp pakar...bila jmp pakar mmg confirm ada polyp around 2cm..n as u said above, pakar ckp ianya xde kesan pd baby cuma siibu akan rungsing..polyp itu xdpt dibuang time pregnant sbb Dr kata risiko bleeding lg truk...so Dr apply silver nitarate d area polyp bg stopkn bleeding..tp after treatment(2,3) darah byk kluar n sy xsakit apa2..cumaada rasa kesan pedih sbb maybe sbb t/bls silver nitrate.cuma sy wonder knp msh bleeding? adakah dsbbkan trkena alat y digunakan?
ReplyDeleteanak pertama lahir emergency czer sbb abrutio placenta...huhu,tym tu mmg bleeding gila..CTG baby pun tak cantik.nak tanya Dr ni,besa apakah punca utama yg menyebabkan abruptio placenta tu berlaku...???
ReplyDelete