Followers

Friday, 8 June 2012

Bayi Songsang/Breech. Apa yang perlu anda tahu?



Kerapkali bila saya bila saya lakukan ultrasound untuk pemeriksaan antenatal biasa,bila saya beritahu yang bayi berkedudukan songsang/breech, ramai ibu-ibu panic. Ini saya dapat baca dari air muka mereka dan soalan-soalan mereka. Bagi saya pada peringkat awal kandungan, saya tidak perlu kuatir langsung. Saya sentiasa percaya yang bayi akan pusing kepada kedudukan yang normal bila sampai waktunya. Kenapa? Saya tahu kedudukan breech ini hanya 3 % sahaja bila cukup 38 minggu nanti! Dalam perkataan lain jika 100 kehamilan hanya 3 bayi saja yang masih tidak tahu nak pusing menjadi kepala bawah.
Jadi anda juga patut tidak perlu bersusah hati sampai tidak dapat tidur kerana breech diperingkat awal kehamilan adalah perkara biasa. Peratusan akan menurun sehinggalah cukup 38 minggu hanya tinggal 3 % sahaja.
Ok bagi yang tidak tahu makna songsang atau breech ini, bila mana punggung bayi berada di bahagian pelvis ibu(bawah abdomen) dan kepalanya pula berada diatas’

Breech ini terdapat 3 “jenis” mengikut keadaan kaki mereka.


Extended breeches bila kedua-dua kaki lurus dengan pergelangan kaki berada sebelah kepala mereka. Jadi jika kita periksa dari bawah,kita dapat merasakan punggung mereka. Fesyen ini paling ramai (70%). Jenis ini juga bayi bolih dibersalin secara normal.
Flexed breeches bila kedua-dua kaki berlipat di sendi lutut dan bila diperiksa dari bawah kita dapat merasakan kedua-dua pergelangan kaki dan punggung,Jenis ini cuma 15 %  sahaja.
Footling breeches bila satu kaki berlipat di sendi lutut dan satu kaki lagi lurus atau kedua-dua kaki lurus kebawah, Pemeriksaan dari bawah terdapatnya pergelangan kaki di pintu rahim. Jens ini Cuma 15 % sahala. Jenis ini memerlukan pembedahan caesarean kerana kuatir tali pusat akan turun kebawah bersama air ketuban. Ini dipanggil ‘cord prolapse” dan risiko kekurangan oksigen pada otak bayi amat tinggi.

Apakah sebabnya mereka songsang?

·         Tidaklah kami tahu apa sebabnya. Kenapa ‘bearing’ mereka salah.
·         Pra-matang. Ini yang paling biasa kami temui. Sebab itu anda tidak panic. Bayi anda tahu bila nak pusing balik.
·         Dahulu pun breech juga.
·         Rahim mepunyai kecacatan seperti fibroid dan ‘septum’/dinding yang menghalang bayi mahu U-Turn.
·         Plasenta praevia yang menutupi pintu rahim. Kepala bayi tidak boleh engaged maka mereka bolih berpusing.
·         Bayi cacat
·         Hamil kembar,triplet dll.

Apakah komplikasi-komplikasi jika bayi anda sonsang?

Bayi
·         Meningkat risiko hypoxia/kurang oksigen dan trauma semasa bersalin
·         Jangka masa panjang pun bayi-bayi songsang mempunyai risiko-risiko khusus kalau dibandingkan dengan anak lahir kepala dahulu. Ini mungkin dikaitkan dengan kaitan kecacatan kongenital yang memang tinggi pada breech babies dan juga sifat breech yang banyak pra-matang.

Ibu

·         Kebanyakan songsang dilahirkan secara caesarean.

Bagaimana cara bayi songsang dilahirkan?

Pada ketika dahulu,bayi-bayi songsang kebanyakkan dilahirkan secara normal, tidak kira ianya anak pertama atau kedua . Risikonya pada dahulu jika anak pertama adalah kami tidak mengetahui akan keluasan tulang punggung ibu tetapi ibu-ibu yang telah pernah meahirkan normal ianya tidak menjadi masalah sehinggalah banyak kajian-kajian dijalankan terutamanya di Eropah dan bila dianalisa, pembedahan caserean telah dapat menunjukkan pengurangan mortality neonatal dan morbidity jangkapendek dan tidak morbidity jangkapanjang. Ini telah merubah pandangan doctor-doktor dan sekarang anak-anak songsang di UK,USA dan Eropah dilahirkan secara caesarean. Walupun seseorang ibu itu mempunyai kriteria-kriteria yang ideal untuk bersalin normal,caesarean masih memberikan banyak kebaikan pada bayi kalau disbanding dengan kelahiran normal. Setakat ini ini sahaja bukti yang ada untuk mengatakan anak songsang patut(bukan wajib) dilahirkan secara caesarean. Mungkin jika ibu datang pada peringkat advanced stage bersalin,kembar kedua atau pra-matang mungkin bolih dilahirkan secara normal. Ini bergantung kepada doctor anda.

Apakah ECV(External Cephalic Version)?

Saya rasa istilah zaman dulu ialah “pusingan bayi dari songsang menjadi kepala dibawah”. Prosedur telah lama di praktikkan olih bidan-budan kampong zaman dulu dan masih kekal dizaman moden ini. Bezanya ianya bukan lagi dilakukan olih mak bidan tetapi olih doctor terlatih dibawah pengawasan ultrasound,CTG dan dewan pembedahan! Saya akan terangkan kenapa.

ECV ini dilakukan pada usia kandungan 36 hingga 37 minggu kerana awal dari itu bayi akan pusing balik menjadi songsang dan kalau lewat pula,sukar dilakukan kerana air ketuban telah berkurangan. Saya yang penting disini adaalh jika berlaku komplikasi semasa ECV yang memerlukan bayi dilahirkan secara caesarean maka 36 minggu keata  sudah tidak lagi menjadi masalah tentang kematangan mereka. Sebab itu ECV mesti dilakukan olih yang telah terlatih,dihospital yang ada dewan bedah dan pemantauan bayi dengan CTG. Kejayaannya adalah 50% dan dengan ini kita bolih mengurangkan setengah dari risiko caesarean. Kira-kira 3 % akan pusing balik menjadi songsang.
Tidak semua ibu yang mempunyai kandungan songsang bolih melakukan ECV.

Mereka yang tidak bolih ECV dilakukan:
·         Kes-kes yang memang sudah plan nak caesarean
·         Perdarahan antepartum
·         Anak yang terbantut pembesarannya/IUGR
·         Kekurangan air ketuban
·         Isoimmunasasi Resus
·         Pre-eclampsia
·         Pernah di Caeserean.

Kriteria untuk kelahiran normal bagi anak songsang
·         Bayi mesti sihat
·         Berat <4 kg
·         Sakit bersalin secara natural
·         Breech jenis Extended.
Saya harap penjelasan dapat membantu anda.

18 comments:

  1. Really appreciate this entry doctor. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you. Please tell your friends about my blog.

      Delete
  2. salam, sy baru check-up kehamilan 30 minggu tapi baby songsang n sedikit melintang tetapi doc tidak membenarkan utk urut krn masih awal n baby boleh pusing balk katanya. minggu keberapakan doc boleh putuskan yang baby boleh pusing balk atau sebliknya? kalu x pusing, kena ceaser ke? TQ

    ReplyDelete
  3. By minggu 36 semua baby dah finalise kan kedudukan mereka. Tapi kamimasih sampai final 38 minggu jugak. Kalau ECV adalah pilihan anda, bolih dilakukan pada 37 minggu. Bawah dari itu,majoriti bilih pusing sendiri tanpa ECV. Jadi betul kata doktor tak perlu pusingkan. Kalau anak pertama,breech kena caeserean. Kalau anak ke2 dan dulu normal delivery ,ada peluang normal. Tapi faktor2 lain perlu diambil kira bukan saje breech. Discuss dengan doktor anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum doc. Doc, sy nk tanye ecv tu kita bole request kt hospital atau doc akan suggestkam? Sbb bru ari rabu lepas saya scan baby melintang kepala kiri kaki kanan. Minggu dpan bru masok 36 weeks n ada check up di hospital. Sy sbnrnye agak kerisauan. Terima kasih

      Delete
  4. assalamualaikum Dr.Suhaimi,
    adik saya baru sahaja disahkan Breech. semasa routine checkup heartbeat baby sangat tinggi dalam lingkungan 180++. adik ada mengadu kerap merasakan contraction namun usia kandungan baru sahaja 35 minggu. telah dirujuk ke hospital dan doc telah membuat CTG. graf ada menunjukkan contraction namun doc kata kita anggap sahaja ini bukan contraction kerana baru 35 minggu. contraction mmg sangat kerap sehingga kadang2 tak boleh tidur.

    adakah contraction ini yang menyebabkan heartbeat baby tinggi? benarkah ianya normal merasai contraction yg kerap seawal 35 minggu? semalam adik dirujuk semula ke doc dan doc menetapkan untuk ceasarean pada usia kandungan 38 minggu. adakah disebabkan breech maka diawalkan bersalin atau ada faktor lain sebenarnya. harap Doktor dapat membantu. terima kasih saya ucapkan atas kesudian dr.suhaimi membaca masalah adik saya. terima kasih sekali lagi

    ReplyDelete
  5. Assalamualiakum dr. Disini saya ingin bertanya,anak saya dilahirkan sonsang..ada masalah pada lutut anak saya..bengkak dan membengkok.ianya seperti tangan yg d luruskan dan membengkok sedikit keatas..adakah masalah ini akan berpanjangan???

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...thanks doc untuk info ini...untuk pengetahuan doctor kandungan sy sudah mencecah 37 minggu..now bby breech..esok sy akan buat ECV di hospital klang...hopefully berjaya. sy nk sgt bersalin secara normal..tp kalo dah terpaksa caeserean sy redha dan pasrah jela...

    ReplyDelete
  7. Salam,

    sekarang kandungan saya baru nak masuk 37minggu. Adakah terdapat senaman-senaman yang boleh dilakukan untuk baby pusing pada kedudukan yang betol?

    Nurul 101

    ++++++++++++++++++++++++
    http://seenicecare.blogspot.com
    http://www.facebook.com/seenicecare
    http://www.facebook.com/seeniceart

    ReplyDelete
  8. salam doktr kandungan sy 37 minggu dan td br baru melakukan ECV.. apakah yg perlu sy hadapi sekiranya ank sy didapati breech smla krn slps membuat EcV td dktr mngatakan ank saya masih floating

    ReplyDelete
  9. Salam,
    Saya dah selamat czer 1 nov 2013 pada 38weeks. Since specialist cakap, baby saya still songsang dan tali pusat kat bawah...
    Soalan: mmg saya takde chance angsung ke untuk vbac? sbb specialist saya ckp, kalau bahaya kalau tunggu...

    Nurul 101

    ++++++++++++++++++++++++
    http://seenicecare.blogspot.com
    http://www.facebook.com/seenicecare
    http://www.facebook.com/seeniceart

    ReplyDelete
  10. Salam doc..sy br sj bsalin normal tp bb extended breech... sy rasa sgt btuah dpt melalui pengalaman ini... ye la ikutkn pmintaan sy utk ECV tdk dpt dlakukn krn bb kecil nair ktban... tarikh ceaser pn dh dberi iaitu 38 mnggu.. tp dgn kuasa yg esa shari sblm admit dh ada contraction tp doc prepare ceaser... tp bl doc scan n bb extended breech, try mnta n dluluskn... sbb bb kecil.. mulanya risau gak tp alhamdulillah bjaya n sgt mudah... cuma jahitan sj byk... ribuan trima kasih pd laman doc yg byk mbantu mberi informasi pd sy... n tuk kpakaran doc n staff nurse hosp bsalin P. Pinang yg bjaya mlaksanaknya... alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman puan memberi semangat utk saya melahirkan bby secara normal,bby kecik pastu saya pun extended breech,harap di permudahkan.

      Delete
  11. Salam..sy anak pertama songsang..doc bg tarikh utk czer pd 38 minggu..beberapa hari sebelum tarikh czer, sy n husband bergegas balik kg..ckeck up kt hospital kt kg untuk tarikh czer yg baru..doc scan, baby kepala kt bawah..kena stay kt wad 3 hari doc nk pantau..3 hari tu baby stay kepala kt bawah..then, blk tggu sampai sakit nk bersalin..last2 41 week kena induced. tp kena czer jg sebab baby x keluar selepas 1 hari kt labour room..skrg dh pregnant 2nd baby 35 minggu..baby melintang..minggu dpn kena jumpa doc pakar..klu melintang jg, mungkin dpt tarikh utk czer jg..hrp baby pusing blk n dpt bersalin normal..

    ReplyDelete
  12. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips Betulkan Bayi Songsang

    ReplyDelete
  13. Sy 36week baby songsangšŸ˜­
    Next week scan lg harap² kepala baby turun bawah masa 37w nanti, ,risaunya

    ReplyDelete
  14. Hopefully dapat lahir normal. Sekarang dh 36weeks. Huhu. Sekarang still dok songsang Hmm

    ReplyDelete
  15. sy 35mnggu baby songsang.. hopefully baby akn pusing ke laluan yg btl masa scan nti 36mnggu..

    ReplyDelete