Salam semua,terima kasih kerana membaca entri mengenai ‘seks
yang menyakitkan’. Seperti saya maklumkan dahulu , masalah ini memang orang tak
akan bincangkan secara terbuka kerana taboo dalam masyarakat kita. Walaupun kita
tahu sebenarnya banyak kes-kes seperti ini berlaku setiap masa.
Bahagian 1 dahulu saya telah terangkan sebab-sebab kenapa
dyspareaunia terjadi. Anda mungkin bersendapat dengan saya bahawa
sebab-sebabnya amat luas dan sukar untuk diagnosis dengan tepat. Tambahan pula
terdapat unsur-unsur emosi dan psikologi yang sama penting punca dyspareaunia
ini.
Apakah rawatan untuk dyspareaunia?
Pendekatan yang digunakan dan yang terbaik adalah secara
berpasangan dan bukan secara individu. Ini bermakna melibatkan bantuan dari
suami anda. Kalau bolih ianya ditumpukan kepada punca dysparaeunia ini.
·
Menggunakan pelincir,anestatik setempat,latihan
kegel untuk lantai pelvis bagi wanita yang mengalami vaginismus. Ini dapat
membantu ‘memecahkan’ kitaran kekejangan otot-otot pada vagina dan pelvis.
Rawatan yang berkesan bagi vaginismus adalah kombinasi modifikasi
perlakuan,dilatasi vagina dengan alatan dan kaunseling emosi. Salah satu teknik
yang digunakan adalah Terapi desensitizasi. Pesakit akan belajar untuk relakkan
otot-otot vagina dan emosi secara berperingkat-peringkat sehinggalah penetrasi
dan hubungan seksual dapat dilaksanakan.
·
Membanyakkan komunikasi dengan pasangan anda.
Anda bolih beritahu pasangan anda apa yang membuatkan anda berasa selesa dan
apa yang tidak seperti memperlahankan penetrasi.
·
Modifikasi teknik seksual
Membanyakkan ‘foreplay’ dan melengahkan
penetrasi sehingga kegairahan maksimum. Ini dapat membantu meningkatkan
lubrikasi semulajadi dan mengurangkan dysparaeunia.
Merubah posisi semasa seks bolih
membantu.Contohnya wanita diatas suami dimana posisi ini wanita dapat mengawal
penetrasi berapa dalam dan laju supaya dapat memberi keselesaan kepada mereka.
·
Terdapat wanita beranggapan vagina mereka kecil.
Tetapi semasa hubungan seks berlaku, vagina akan mengembang 35-40%. Bayangkan
vagina sebenarnya bolih menerima kepala bayi sebesar 10 sentimeter jadi ianya
bukanlah masalah yang betul.
·
Farmakologi
Bagi wanita yang sukar mendapat pelincir
semula ,pelincir atau lubricant seperti k-Y jelly dapat menbantu. Krim hormone
estrogen bolih digunakan bagi wanita yang telah menopos bagi menyegarkan kulit
vagina.Selain itu hormone gantian juga bolih digunakan.
Wanita yang mengalami sukar mencapai
kegairahan, sildefil(Viagra) ada di gunakan untuk meransang klitoris.
Suntikan steroid dan anestatik pada parut
episiotomy yang sakit bolih membantu untuk sementara waktu.
Bagi
inflamasi atau jangkitan kuman ,rawatan adalah khusus untuk masalah ini.
·
Surgeri
Rawatan ini cara yang terakhir di gunakan
kalaulah cara lain itu gagal.
Laparaskopi dapat merawat penyakit didalam
pelvis seperti ‘adhesions’ kerana jangkitan kuman atau endometriosis. Selepas
histerektomi terdapat kes dimana ovary-ovary ini tersepit dibelakang vagina.
Laparaskopi dapat mengalihkan ovary-ovari ketempat lain.
Kadangkala, parut episiotomy yang lama itu
perlu dibaiki dan membuang parut-parut lama yang sakit. Luka episiotomy yang
baru akan pulih dengan baik tanpa sakit bila bersama.
Kesimpulannya,wanita yang mengalami masalah sakit semasa
seks perlu kedepan untuk mendapatkan rawatan kerana kalau berdiam diri tidak
akan dapat menyelesaikan masalah.
good info dr..
ReplyDeleteThanks Madam. Pls share with others.
DeleteInformasi tentang pnyakit tsb hrs memasarakat shingga banyak yang mengetahui dan memahaminya karna klau itu tdk d mngerti oleh pasangan penderita bisa mengakibatkan keretakan dlm rumahtangga seseorsng.terima kasih
ReplyDelete