Followers

Saturday, 2 June 2012

Bagaimana anda tahu yang anda hamil dan apakah yang anda perlu lakukan?




Bagi pasangan yang baru berkahwin, ramai yang teruja untuk hamil cepat.Tetapi bagi mereka yang belum bersedia, eloklah mengambil langkah-langkah bagi mengelakkan mengandung ter’accident’. Bagi saya perkara macam ini memang norma. Hampir semua pasangan yang saya tanya mengatakan kandungan yang dikandung terjadi kerana ‘accident’. Kebanyakkan wanita kita ‘menerima’ anugerah Allah ini walaupun dalam hati mereka tidak berapa ‘ready’. Dalam entri yang lalu saya ada menghuraikan cara-cara menangguhkan kehamilan khusus untuk pasangan yang baru berkahwin.

Diantara cara-cara yang saya rasa sesuai adalah pil perancang dan kondom. Cara-cara lain seperti suntikan,implanon atau IUCD tidak berapa sesuai. Contohnya IUCD berpontensi menyebabkan saluran fallopian tersumbat kerana jangkitan kuman. Suntikan dan Implanon bolih melingahkan anda untuk mengandung kerana kedua-duanya akan melambatkan kesuburan.

Seperkara lagi bagi pasangan yang baru berkahwin ini ,mereka selalunya bertanya bagaimanakah kita tahu yang kita mengandung.

Ok kali saya hendak bincangkan simtom-simtom hamil dan apa yang anda perlu lakukan sekiranya anda hamil. Trimester pertama adalah waktu yang kritikal jika anda tahu akan komplikasi-komplikasi yang bolih berlaku.

Apakah komplikasi-komplikasi yang bolih terjadi pada awak kehamilan?

1.Kandungan Luar Rahim atau Kandungan Ektopik.
Kehamilan Ektopik amat serius dan kalau tidak di ketahui awal bolih membawa kematian ibu.Begitulah pentingnya pada peringkat awal mengetahui dimana kedudukan janin anda sama ada didalam atau di luar rahim. InsyaAllah saya akan bincangkan mengenai kehamilan ektopik dalam entri akan datang.
2. Kandungan Anggur atau Kandungan Molar
Kandungan Molar jika lewat di diagnosis bolih menyebabkan pertumpahan darah dan alahan mengandung yang teruk. InsyaAllah saya akan bincangkan dalam entri khusus untuknya.
3. Keguguran.
Keguguran telahpun saya bincangkan dalam entri yang dulu. Sila semak dalam entri-entri bulan May.

Apakah simtom-simtom kehamilan dan yang anda perlu lakukan?

·         a.Haid terlewat
Menandakan hari pertama haid turun setiap bulan adalah amat penting terutamanya yang selalu terlupa dan haid yang tidak menentu. Ada ibu yang datang bila saya tanya bilakah hari pertama darah haid terakhir,ramai yang tidak pasti. Kami kira due date seseorang ibu itu bersandarkan pada hari pertama haid dan bukannya hari terakhir!
Kami menggunakan formula Naegele untuk mengira ‘due date’. Terdapat perbezaan tarikh ‘due date’ jika kita menggunakan carta roda obstetrik yang banyak klinik-klinik pakai. Perbezaan mungkin dalam beberapa hari sahaja.
Terdapat beberapa faktor yang bolih menyebabkan tarikh ‘due date’ jauh berbeza dengan tarikh ultrasound. Diantaranya adalah haid tidak tetap,penyusuan badan dan pengambilan pil-pil hormone,suntikan dan Implanon sebagai cara mencegah kehamilan.
Lebih kurang 40% hari.

Apakah yang perlu anda lakukan sekira anda tidak pasti bila haid turun atau anda menyusu badan atau menggunakan hormon perancang?

Mudah saje. Segera mendapatkan imbasan ultrasound. Diantara 8 hingga 13 minggu, ultrasound memberikan ukuran yang paling tepat kalau dibandingkan dengan kandungan pada trimester 2 dan 3. Jika terdapat lebih dari 2 minggu perbezaan dari tarikh mengikut haid,maka tarikh ‘due date’ menggunakan ultrasound bolih dipakai.

Kelebihan lain selain dari untuk tarikh,ultrasound juga di gunakan untuk menentukan yang kehamilan itu berlaku dalam rahim,bukan kandungan molar dan bukan juga kes-kes keguguran.
·         b.Loya dan Muntah

Ini adalah lumrah pada trimester 1 dan bolih berlaku bila-bila masa dan kadangkala sepanjang mengandung. Muntah selalunya akan hilang selepas 16 minggu.Dalam entri yang lalu saya telah bincangkan dengnan terperinci. Anda bolih semak semula.
·        c. Kerap kencing

Ini disebabkan pengeluaran air kencing banyak semasa hamil kerana volum plasma meningkat semasa hamil. Keduanya disebabkan tekanan rahim pada pundi kencing.
·         d.Keletihan/Kepenatan

Ini yang paling ketara pada wanita-wanita yang selama ini mereka amat aktif. Keletihan yang amat sangat mendorong mereka menghabiskan masa tidur dan menjadi ‘malas’. Ini akan hilang selepas 12 minggu.
·         e.Payudara bengkak,sakit dan sensitif

·         f.Pergerakan bayi

Biasanya pada usia kandungan 20 minggu bagi anak pertama dan 18 minggu anak kedua keatas.
Apakah ujian awal yang anda bolih lakukan sebelum berjumpa dengan doctor untuk ultrasound?
Sudah tentu ujian air kencing/Urine Pregnancy Test(UPT). Saya rasa tunggu seminggu lewat baru ujian UPT dilakukan. Di luar sana banyak kit-kit ujian air kencing. Jadi yang mana elok? Terdapat 2 jenis ujian UPT in. Kebanyakkan ujian kit UPT hanya akan positif jika paras hCG dalam air kencing lebih dari 50 IU/l. hCG adalah hormone yang dihasilkan olih tisu trofoblastik kehamilan. Kit-kit ini murah dalam RM 10 sahaja. Ada juga kit-kit ujian UPT ini yang bolih positif biarpun paras hCG dalam kencing serendah 25 IU/l. Kit-kit ini selalunya lebih mahal dalam RM 30-40.

Dalam kes-kes yang ‘doubthful’/kurang pasti sama ada seseorang itu mengadung atau tidak,hCG juga bolih di ukur dengan menggunakan darah. Ujian hCG menggunakan darah amat sensitive dan telah menunujukkan positif selepas persenyawaan berlaku!

Paras hCG dalam darah akan meningkat 2 kali ganda setiap 48 jam bagi kehamilan yang normal. Jika kandungan ektopik,kenaikan paras hCB tidak 2 kali ganda. Bagi kandungan Molar pula, paras hCG adalah amat tinggi sekali.

Menggunakan ultrasound pada peringkat awal kehamilan, mungkin sukar kerana dibawah 6 minggu amat sukar melihat embrio dalam kantongnya. Bagi saya dapat melihat kantung kandungan sudah mencukupi bagi peringkat awal dan saya akan sahkan embrio ada 2 minggu kemudian. Paling awal jantung embrio dapat dilahat dengan ultrasound adalah 6 minggu jika kita scan dari bawah/vagina dan 7 minggu jika ultrasound secara biasa. Janin akan mula bergerak seawall 9 minggu. Pergerakan ini hanya dapat dilihat dengan menggunakan ultrasound.

Kesimpulan dari perbincangan diatas,jika anda berasa anda hamil,lakukan ujian UPT selepas seminggu lewat haid dan waktu yang sesuai untuk ultrasound adalah 7 minggu. Ujian ultrasound pada awal kehamilan mempunyai banyak kebaikan selain dari mengesahkan anda hamil ianya juga membantu mengesahkan usia kandungan,dimana kehamilan ini berlaku dan mempastikan kandungan bukan kandungan Molar dan keguguran.


105 comments:

  1. hi doc,
    semasa membuat imbasan 6minggu, doc cakap macam ada 2 kantung (tak pasti panggil apa) tapi dlm masa yg sama mengingatkan sy bahawa 'too early to celebrate'.
    adakah kemungkin sy mengandung kembar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Early pregnancy selalu juga nampak dua kantung therefore mungkin twins. Tapi majoriti hanya tinggal satu coz satu lagi tak jadi. Jadi kena tunggu scan sekali lagi.

      Delete
  2. tq doc for the good info dan sudi menjwb persoalan yg sy emailkan aritu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cukji. You are welcome. Kalau ianya very informative bagi tahu orang lain. Tq for your support

      Delete
  3. Salam doc..

    sekarang ni usia kandungan saya masuk 15minggu..morning sickness masih tak hilang lagi.setiap kali gosok gigi samada waktu pagi atau petang mesti muntah, sampaikan rasa nak terkeluar isi perut.doc ada petua tak tentang keadaan ini..

    tk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebiasaannya akan hilang bila pregnancy >dari 16 minggu.Klau masih lagi muntah kena check kencing kotor. Hormon thyroid tinggi juga bolih menyebabkan muntah. Kalau ambik ubat tahan muntah sebelum tidur bolih cover pagi punya vomiting. Ambik ubat sejam sebelum petang punya vomiting. Tapi ada yang sampai bersalin masih muntah. sebab tak tau.

      Delete
    2. terbaca komen doc.
      seperti saya dari umur kandungan 2minggu mula muntah2 sehingga la baby keluar iaitu 9bln lama ye.....hospital adalah rumah ke2 saya sepanjang tempoh kehamilan. cucuk sana sini ambil darah. anak p1 dan anak k2 sama sahaja.

      Delete
  4. Salam doc.Sy dh lewat period 18 hari.tanda2 loya n letih memang ada.tp sebelum kahwin,period sy x menentu.sy juga risau kerana anak sulung sy baru berusia 1 tahun 2 bulan.perlukah sy membuat UPT?tq

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UPT should be positif by now kalau hamil. Buat UPT.

      Delete
  6. tq doc suhaimi..really appreciate.

    ReplyDelete
  7. doc,smlm sy buat UPT.alhamdullillah POSITIF.tp rasenye pregnant kali ni teruk sikit alahan dia.x mcm yang pertama dulu.moga2 Allah permudahkan.amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca entri mengenai alahan. Bulan mac

      Delete
  8. assalammualaikum doc...
    utk pgthuan doc sy dh berkahwin 1thn 1/2....keterujaan nak ada anak mmg la besar memandangkan sy dan suami hnya dpt berjumpa 3bln sekali. last kami bersama this month period sy msih xdtg.klu ikut kiraan selalunye dalam 29 @ 30 hari kitaran period sy berlaku. last period sy hari tu 11 May 2012. so ble agkny blh sy lakukan UPT sekiranya period sy msih xdtg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau last period 11 05 2012, jadi sekarang baru 3-4 hari lewat. Selalunya kena tunggu satu minggu lewat. Jadi buat pada 19 hb ini. Kalau pregnancy sekarang and tentu dah berasa pelik sikit.

      Delete
  9. Ooo mksd sy 11hb tu 1st day period yg last...ap yg sy rs skrg bdn sy cpt letih....slalu ngntk....n ske nk mrh2....tp xtaw r my b tu simptom nk dtg bln ke.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perassan cepat letih,moody,mengantuk adalah simtom simtom pregnancy. Kalau urine test positif, then betullah. Rawatan tiada.

      Delete
  10. Salam doktor, saya sekarang pregnant 11 minggu tapi tak mengalami sebarang alahan morning sickness ke apa. Cuma perut rasa berangin, bloated, dan pernah muntah sekali dua aje itupun kerana perut masuk angin, lambat makan. Tanda2 lain yang ada keletihan yang melampau sampai sekarang masih belum hilang tapi dah beransur kurang. adakah ni normal ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua itu adalah tanda tanda mengandung peringkat awal. Pregnancy ini pelik dan macam macm simtom yang tak bolih di explain dengan sains. Saya rasa mestilah berkaitan dengan paras hormon yg tinggi. Ianya akan hilang dalam masa 16 minggu. Sabar.

      Delete
  11. salam dok..sy ingin btanya.sy sda bkhawin 4tahun.dan pernah mngalami keguguran .. tp tak pg klinik nak cuci...ptama kali sy kguguran,kluar satu ktulan darah yg sy andaikan itu adalah janin,sy bkhawin pd usia yg muda brsama suami.kurg tahu ttg pantang stlh kguguran dan sy serta suami mlakukan hubungan klamin slpas sbulan sy kguguran.2 bulan slps 2 ,sy mengalami pdarahan ttp sy tidak pasti adakah ia nya effect drpd kguguran sy yg sblum nya atau pun ianya keguguran sangkut sbb x ada ktulan darah yg kluar..tp rs sakitnya sma spt sy kguguran kali ptama..sy mgalami infeksi trichomonas slpas mgalami pndarahan stelah kguguran d mn kluar lendir hijau dan berbau hamis dr vagina... namun sy sangka ianya biasa sj.. sy x pg dptkn nasihat doktor kat klinik sbb malu...sy cuma mgunakan panty liner herba produk avail.skg sy cuma mngalami Bacterial vaginosis sj d mn lendir yg sy alami bwarna putih pekat..dah 4 tahun sy masih x hamil,smakin lama haid sy juga kurg teratur.kdg2 lewat 4 hari,kdg2 awal drpd tarikh spatutnya.tp slepas mgamalkn supplemen jamu ratu dara 5bulan lalu,haid sy mula teratur.sy pun amik la iberet folic sbb nk rancang khamilan.slps amik asid folic ,haid sy on time juga tp kluar darah cuma dua hari je.dah 3 bulan da camtu.sy pun brenti la mkn asid folic tu.risaw la doc..smpi skg period sy tetap mcm tu.pd pndapat doc,

    1)adakah sy masih ada pluang sy untuk hamil lg bdasarkan mslh haid sy skg ni stelah kguguran tanpa d&c?
    2)apakah sy mengalami kguguran sbnyak 2 kali?
    3)adakah sy berisiko mnghidap pcos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah haid tidak ada kena mengena dengan d nc dilakukan atau tidak. Lagi pun dah terlalu lama. Sama anda pregnant atau tidak, susah nak cakap. Bagi kami mesti ada ujian air kencing positif dan ultrasound ada menunjukkan pregnancy. Saya rasa mungkin tidak. Masalah besarnya sekarang adalah sukar hamil tambahan haid dah mula tidak normal. Haid dan kesuburan berkaitan rapat dengan berat badan. Jadi check fakta ini. Adakah anda BMI lebih dari 30. PCOS adalah punca haid dan kesuburan dan kerap kita jumpa. Saya cadangkan berjumpa pakar kesuburan kerana mereka bolih menolong anda.

      Delete
  12. sy seorang yg bbadan sederhana.tidak gemuk dan tdk tlalu kurus..bgimana pula klu haid on time tp kluar darah shari dua sj slpas sy mula amalkn asid folic...adakah bmasalah utk hamil doc? klu period nk dtg pun,xpernah da ada simptom sakit bawah perut spt sblumnya...cuma payudara sedikit sakit..risaw juga tp,.nk jumpa doc utk rujuk kes sy ni,malu pula.. :)

    ReplyDelete
  13. Selagi haid datang setiap memang peluang tinggi. Kalau malu susah saya nak cakap.Eloklah berjumpa dengan doktor. Adakah akan rugi kalau berjumpa?

    ReplyDelete
  14. Maaf mengganggu...
    saya ingin bertanyakan mengenai 1 perkara yang berlegar2 di ruang kepala saya. saya telah melahirkan anak pertama pada 3 tahun yang lalu pada 2009 secara pembedahan. semasa pembedahan tersebut, tiub fillapio sebelah kanan saya telah di buang akibat fibroid yang selama ini tidak saya ketahui.Alhamdullillah ank yang di lahirkan cukup sifatnya...selepas pembedahan tersebut... saya telah bertanyakan kepada doktor berkenaan mengenai peluang saya untuk mendapatkan anak ke 2..doktor tersebut memberi tahu.. peluang masih ada.. tetapi sekurang-kurangnya saya telah mempunyai seorang anak... yang menjadi pertanyaan di hati saya.. adakah betul apa yang di katakan oleh doktor berkenaan memandangkan saya agak sukar untuk mengandung.

    doktor... masih adakah peluang untuk saya mengandunga dan mendapatkan anak ke 2...?

    ReplyDelete
  15. Salam Dr,

    saya ingin bertanya pandangan Dr. Saya telah melahirkan anak pada 9 Disember 2011 yang lalu dan Alhamdulillah menyususkan anak saya sepenuhnya sehingga kini. Saya didatangi haid selepas bersalin pada 24 Mei 2012 tetapi darah haid keluar dalam kuantiti sedikit selama 5 hari. Namun sehingga kini saya masih belum didatangi haid lagi. Untuk pengetahuan Dr, sebelum hamil haid saya tetap setiap bulan dan saya tidak mengambil sebarang ubat pencegahan hamil. Pada pandangan Dr, adakah selepas bersalin kebarangkalian haid tidak tetap berlaku atau perlukah saya melakukan UPT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua masalah haid ini disebabkan oleh penyusuan badan. Kalau full breast feeding hinggakan 2 tahun tak datang pun ada. Jadi azira tidak perlu risau kalau begini TETAPI azira perlu risau kalau ter'pregnant'. Ramai orang semasa breeast feding terpregnant. Saya cadangkan and pakai IUCD supaya hati lebih tenteram!

      Delete
  16. doc sy nk bertanya...haid saya sudah lewat slma 2 mggu...dlm ms lewat tersebut semua tanda kehamilan itu ada...pada hr ke-15 sy telah dtg haid...adakah itu normal... sy juga tlh membuat ujian UPT tapi -ve

    ReplyDelete
  17. doc..sy nk bertanya..haid sy sudah lewat 1 mnggu..sy telah melakukan ujian UPT dan keputusannya +ve..sy juga telah menemui doc utk menjalani ujian scan utk mengesahkan kehamilan sy..tetapi doc tidak dapat mengesan kandungan sy..doc itu juga telah melakukan ujian UPT sekali lg dan keputusannya juga +ve..jika mengikut perkiraan sy telah hamil 5 mnggu..pada pendapat doc mungkinkah terdapat kesilapan pada ujian UPT ataupun sy mmg hamil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama macam kes saya..ikut pengiraan saya telah hamil 5 minggu tetapi bila scan tak nampak kantung pun tetapi bila buat ujian upt +ve..harap doc bisa jawab kenapa ya begitu adakah saya hamil atau tidak.

      Delete
  18. salam doc sy dah kawen selama 1thn pd bulan lepas haid sy lewat 10 hari dan pd bln ni sepatutnya period sy datang pada 22hb nov kitaran haid sy 32 hari tapi sekarang dah lewat 3 hari soalan sy patut tak sy buat UPT sekarang atau tunggu lagi 2 minggu baru buat upt.????

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum w.r.b doktor,
    Saya telah pun menjalani pembedahan BTL pada tahun 2008 setelah 3 kali melahirkan secara ceaserean.
    1st day period saya pada 25/10. Mengikut perkiraan saya, next date of my period should be 21/11 (28 hari)tetapi sehingga ke hari ini saya masih belum period. Adakah saya akan hamil doktor?

    ReplyDelete
  20. Salam doc.. saya baru lepas check upt.. +ve.. saya baru miss period dalam 6 hari.. boleh tak saya g klinik untuk scan.. sebab saya nak tahu perkembangan bayi.. sebb saya pernah keguguran 4 blan yang lepas.. terima kasih

    ReplyDelete
  21. salam doc..
    saya nak tanya. saya period bulan lepas 1 november.. kitaran dalm 29-30 hari.. bulan ni sepatutnya 30 nov atau 1 dis saya dah period..
    tapi sampai skrang 17 dis 2012 masih tak period.. dah buat ujian air kencing hcg tu tapi negatif.. air kencing pekat..tapi dlm masa yg sama perut rasa cam keras, pinggang sakit, belakang pun skt.. adakah ini tanda pregnant atau saya kene pegi cek doc? sbb dah buat 2 kali urin tapi negatif
    yantie_7891@yahoo.com

    ReplyDelete
  22. Salam Dr.
    Last period saya adalah 23.10.2012. bulan 11 saya tak datang period. bila saya check memang saya positif mengandung. apa yang menjadi kerisauan saya, saya baru bersalin anak kedua secara pembedahan pada 5.1.2012. maksudnya anak saya baru sebelas bulan. adakah rahim saya sudah cukup kuat untuk mengandung lagi. dan bolehkah saya mengambil gamat healing atau pati ikan haruan ketika saya mengandung sekarang supaya luka di dalam sembuh. ada effect tak makanan tambahan tersebut.

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Dr.. Saya ingin bertanyakan tentang pengguna UPT tersebut. Bilakah hari yang sesuai untuk membuat UPT selepas persetubuhan? Di sini saya kurang faham tentang tarikh yang sesuai untuk menyuruh pasangan saya membuat ujian UPT kerana 3 hari selepas kami melakukan persetubuhan, pasangan saya telah pun datang haid pada 4hb hingga 11hb. Adakah pasangan saya boleh menjalankan ujian UPT di antara 18hb-19hb ataupun perlu menunggu waktu haid yang seterusnya? Kami khuatiri yang kami mungkin akan lewat tahu tentang kewujudan kandungan pada pasangan saya kerana kami ingin mengenal pasti bilakah tarikh kandungan minggu pertama tersebut akan wujud sekiranya ujian UPT didapati positf. Diharap Dr dapat membalas soalan secepat mungkin.
    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  24. salam doc...sy ada kemusykilan sedikit.. pd 20-9-12 tarikh sy mula period dan erupakan bulan terakhir sy period.bermakna sudah 3 bulan yg x period.. perut sy membulat, payudara mula kehitaman dan naik urat2 hijau.. kaki mula mbengkak..tetapi malangnya bilabuat upt kputusannya -ve.. apa pndapat doc?? sy masih belum scan krn berdasarkn pengalaman ibu sy dulu, beliau hanya dapat mengesan kandungannyanstelah berusia 4bulan..apa pendapat n doc??? ini merupakan kehamilan pertama jika ada rzeki saya..

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum doc...saya melahirkan anak melalui pembedahan pada tahun 2011 dan pembedahan tu mempunyai masalah dimana dinyatakan see through uterus (dari rekod doktor dalam file). tetapi doc tak menyatakan apa2 kepada saya mengenai hal ni atau meminta saya membuat susulan. Apa maksud see through uterus dan apakah kesannya pada saya? Bolehkah saya mengandung lagi?

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum , doc saya nak tanya .. dalam bulan 9 haritu sye ade test sama ada sya mngandung atau tidak , masa tuh keputusan dya positif , selepas seminggu period saya datang balik.period bulan 10, 11 datang .. jadi sya ta rasa saya mngandung sebab ta dew ape2 alah smpy sekrg .. lepastu , baru2 nyh hujung bulan 12 sya ada test lagi pregnant tapi negatif plak ..tapi saya mula demam dan rasa tak larat. period sya tak menentu .. mmg dari start period dulu . mgkin kerana badan saya agak gempal . tapi saya tak pernah amalkan apa2 produk . Apakah mungkin saya mngandung ata tidak . sebab sekarang period saya belom datang lagi .. mohon diperjelaskan. terima kasih :)

    ReplyDelete
  27. Kalau last period dia 16/8 hari tuh. Kira2 dah berapa bulan ya. Mohon respon.

    ReplyDelete
  28. Assalamualikum doc..
    saya mempunyai haid yg teratur pd setiap bulan iaitu selang 22 hari & tak pernah terlewat tapi sekarang ini period sy terlewat selama 1minggu..saya buat ujian UPT & ujian itu menunjukkan keputusan positif kemudian saya basuh ujian itu dgn sabun..lebih kurang 1 jam kemudian line kedua tue menjadi samar2 & mengecut..adakah saya mengandung doc kerana saya tidak mengalami simptom2 hamil kecuali lelah, payudara sakit & terasa mual2..dulu pernah mengandung tapi gugur & selepas hampir 2 tahun saya cuba utk hamil semula..

    ReplyDelete
  29. Asslm dokter, last period sy pada 6/12/12, sekarang masih blom period lg. Prot rase krem, pinggang sakit n pening2 tp mungkinkah itu tanda nak period atau pregnant? Normalkah kalau kitaran haid sy selang 40 atau 45 ari?

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum Dr. Saya telah berkawin selama 1 1/2 tahun..sejak bulan 12 tahun lps setiap kali sampai waktu period hanya ada Calitan coklat dan kuantiti darah yg amat sedikit berbanding biasa..period saya hanya datang 3 ke 4 hariuntuk 2 bulan ni..sudah banyak kali saya buat ujian UPT tapi hasilnya semua -ve... Baru2 ni saya telah pergi berurut dengan seorang pakar saraf dari jepun kerana ada rasa kurang selesa di bahagian belakang tapi beliau mengatakan yang saya mungkin hamil 7 minggu tetapi oleh kerana banya lemak di bhgn rahim saya kandungan agak lemah Dia berkata berdasarkan keadaan rahim Dan buah dada saya..Saya pergi ke klinik untuk buat pengesahan UPT teapi hasilnya tetap -ve dan Ujian scan juga tida kelihatan apa2....Saya sendiri sekarang agak tertanya2 apakah saya mengandung atau tidak..harap Dr dapat beri sedikit pendapat terhadap masalah saya ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm nor hidayah...so skrg awak mcmn? Mengandung atau x?

      Delete
  31. As salam dr.

    Saya baru lewat period 3-4 hari. Sy ada melakukan upt dan hasilnya -ve. Tapi sy ada merasakan simpton2 pregnant (loya, breast membengkak dsb). Pagi tadi saya ke klinik dan masa scan doktor maklumkn seperti nampak kantung, tp bla buat upt masih -ve. Dr minta untuk tunggu seminggu lagi. Mungkin titik yg dilihat itu adalah buble. Apa maksud bubble?

    ReplyDelete
  32. As salam dr.

    Sy bnikah pd bln okt2012..sy last period pd 21nov..pd 20dis sy g check klinik n tlh dsahkan prgnant 4mggu. kmudian pd 24jan2013sy mnglami spoting coklat n tlh ke klinik utk buat scan kli ptama. imbsn scan mnunjukkn sy hamil 6 minggu mgikut saiz kantung. Sy ingin tahu adakah spotting tsebut normal dan sy konfius sbnrnye kndgn sy 6 mggu atau 8mggu.

    ReplyDelete
  33. As salam Dr, sy telah berkahwin selama 5thn yg mana sy blm pernah hamil.. mentrual sy agak teratur. Biasanye selang 32hr. LMP sy pd 30-11-2012.. sy telah mengalami demam n sakit belakang pd 29&30 -12-2102. Kemudian diikuti dgn loya n muntah pd sepjg 2 minggu lepas sehingga kini. Persoalan nye blh kh sy membuat ujian UPT setelah hampir sebln lbh tidak didatangi haid? Sy agak gementar memandangkan sy belum pernah hamil sepjg 5 thn berkahwin.

    ReplyDelete
  34. Doctor,
    Saya ada satu kemusykilan..last period saya adalah pd 18.12.2012 dan saya telah bersama suami pd 25, 28, 31.12.2012 & 11.01.2013. Mengikut kitaran haid, saya sepatutnya period pd 15.01.2013 ttp smpai skrg belum ada.. Saya telah melakukan ujian kehamilan sebanyak 5 kali iaitu pd 18, 20, 21, 24 & 28.01.2012 ttp semuanya negative (-ve).. Adakah saya hamil atau adakah saya mengalami masalah lain? Untuk pengetahuan doc saya pernah mengandung di luar rahim (ectopic pregnancy) pd thn 2011..

    ReplyDelete
  35. Salam doktor,period terakhir saya pada 4/12/2012,period yang sepatut nyer pada 4/1/2013 tapi saya x period. Pada 25/1/2013 saya ke klinik checkup and dktor ckap saya hamil 7 minggu(1 bulan lbih) dan di suruh buka buku pink. Hari nih 30/1/2013 saya tlah wat scan di hospital putrajaya,kiraan doktor usia kandungan saya 8 mnggu,smasa scan dktor ckap kantung baby ada tapi msih x nmpak baby,maybe masih kcil lgi and di suruh datang scan dalam 1 mnggu lagi. Pada pendapat doktor,kenapa masih x nmpak baby lg walaupun usia kandungan saya sudah 8 minggu?

    ReplyDelete
  36. Salam doc. Sy nk tanya.. saya da lewat period selama 15 hari. Last period 13/12/12. Tapi bila saya buat UPT keputusannya -ve. Apa yang perluu saya buat?

    ReplyDelete
  37. Salam doc...
    Sy last period pd 16.12.12
    sy de rse sakit n cramp pd ari2 sminggu sblm tarik next period...16.1.13 still xperiod..do upt -ve...so wait for 1 week more...still no period...and got symptom of pregnant cepat letih..kadg2 rse semput...xlarat..perot rase kembong n berangin je...24.1.13 i check upt it +ve....but i still fell abdomen cramping cam senggugut..it is normal doctor?and then 2.2.13 i got a small blood clot size
    watermelon seed...but no bleed..
    Sakit dibahagian ari2 still today...it is normal for pregnant women or i need to do some investigation at hospital?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its normal klu mmg u pregnant.buat upt

      Delete
  38. doc, saya nak tnya, saya last period 14/12/12 n then saya x dtg period sampai sekarang...sy ada upt ms hari ke 17 lewat tp -ve...ada saya pregnant atau ada mslh lain?

    ReplyDelete
  39. salam doc,

    saya sepatutnya period pada 6hb feb, tp sampai sekarang masih belum period, saya ada check utp pada 9hb feb tp negative dan sampai harini saya belum buat lagi utp...saya mempunyai period yang teratur setiap bulan tp hanya bulan nie saja period saya tidak teratur..untuk pengetahuan doc pada march ini, perkahwinan saya sudah masuk dua tahun, tp masih belum diberikan rezeki lagi..apa yang merungsingkan saya lagi ialah saya akan melakukan operation pada 21hb feb untuk membuang hempedu dan batu di perut saya..sekiranya saya pregnant adakah ianya menganggu kehamilan saya..apa yang patut saya buat?

    ReplyDelete
  40. Askum DR..sy nk tanya,,usia perkahwinan sy baru 4bulan,sbelum ni period sy teratur,24hb pada setiap bulan,,sy berkahwin pd 18 nov 2012,last period sy 24hb.12.2012,sehingga sekarang 16.2.2013,sy tidak dtg haid..sy da buat upt tapi hasil nya negative,,,so mcmana tu dr

    ReplyDelete
  41. hiii... saya mao tanya.. jika saya dengan suami saya adakan seks. selepas berapa hari baru saya tahu ada hamil apa tanda2 nya ?? tetapi sampai sekarang sudah lepas 1 bulan membuat seks belum ada apa2 tanda..

    ReplyDelete
  42. hye..sy btul2 prlukan pnjelasan..sy dah lwat priod 1mggu..kmrin cek upt +ve..tp samar2.. tp msalah yg sy hadapi adalah sudah 1mggu sy skit senggugut...tp skejap2... sy blum cek dktr lg.. normal mcm tu? skit nya memulas2..tiada bleeding lgi...tolong la sy.. klau sy prgnant,ni 1st bby sy...

    ReplyDelete
  43. slm doc, nak tanya, LMP sya pada 18 Jan 2013, pada 6&7 Feb saya de keluar lendir brownish sedikit sahaja, sepatutnya saya dh period skrg ni..masih x period...saya cuba buat UPT tapi negative, ada peluang ke untuk sya Pregnant doc? Dah lama tggu untuk pregnant.Lendir brownish tu kenapa ye doc?

    ReplyDelete
  44. hai doc,saya dah 3 tahun kawin n last datang period 4.2,bila saya boleh buat upt

    ReplyDelete
  45. alam,
    Tlg hide nama sy,sy nak tanye pendapat u all smua,sy dh sebulan lebih x datang period,..beberapa minggu yang lepas sy ada pergi jumpa mak bidan kerana sebelum 2 sy makan mesti kuar balik,dan agin dalam badan.bila jumpa mak bidan die bagi tau sy yang sy pragnant 3 minggu....tp bila sy balik rumah sy check pakai upt cuma 1 line...tp sekarang nie setiap hari sy akan rasa sakit kat peranakkan sy...kadang kali rasa sakit perut...adakah sy mengandung???seperti mane y di perkatakan oleh mak bidan

    ReplyDelete
  46. Salam Doktor,

    Saya baru berkahwin pada 1 feb lepas. Kira2 dah sebulan lebih la.
    Saya mula period 6 feb. Last period 10 feb.
    Utk bulan mac, sptotnya period saya 6 mac, tp dh lewat 5 hari.
    Saya buat pregnancy test di rumah, ada double line tp line yg kedua tu kabur. Dah 3x saya buat, hari yg berlainan, di waktu pagi masa bangun tidur. Adakah saya mengandung? Perlu ke saya pergi berjumpa dgn doktor? Atau masih awal lagi utk berjumpa doktot?

    Terima Kasih...

    ReplyDelete
  47. Salam Doktor,

    Saya masih ragu2..1st period 16 feb 2013.tapi kiraan period saya membang 25 hari aje.so sekarang dah timbul sintom loya, payudara sakit dan berdenyut, pinggang teramat sakit sangat..adakah saya hamil..

    ReplyDelete
  48. Salam Sejahtera Doctor,

    Kandungan saya sekarang ialah 30minggu, doktor kata saya memang kena ceaserean due i have complication Slip disc n Foot drop. So, saya nak tanya, minggu ke berapa sesuai untuk seseorang buat ceasearean? Saya tidak boleh menahan back pain saya disebabkan slip disc. Ia akan memudaratkan saya lagi. Boleh doktor nasihatkan miggu ke berapa merupakan sangat sesuai untuk ceaserean? Ini kerana, saya difahamkan ceaserean boleh dijalankan pada minggu 36 sekiranya, kandungan tidak ada sebarang masalah. Terima kasih.

    ReplyDelete
  49. Salam Sejahtera Doctor,

    Kandungan saya sekarang ialah 30minggu, doktor kata saya memang kena ceaserean due i have complication Slip disc n Foot drop. So, saya nak tanya, minggu ke berapa sesuai untuk seseorang buat ceasearean? Saya tidak boleh menahan back pain saya disebabkan slip disc. Ia akan memudaratkan saya lagi. Boleh doktor nasihatkan miggu ke berapa merupakan sangat sesuai untuk ceaserean? Ini kerana, saya difahamkan ceaserean boleh dijalankan pada minggu 36 sekiranya, kandungan tidak ada sebarang masalah. Terima kasih.

    ReplyDelete
  50. hi doctor,

    last period saya ialah 6/2/13..saya dah check UPT(positif)...tapi bila saya refer doctor on 14/3/13.. dia buat ultrasound but tak dpt lihat anything...then dia buat blood test on the same day. dia bagi tau sy yg saya tak pregnant..perut saya rasa kembung, kerap kencing. doctor boleh advice tak tentang situasi saya ini...

    ReplyDelete
  51. Salam doktor..
    Pada bulan 12 2012 sy disahkan mengandung molar dan telah mencucinya..bacaan Beta hcg saya pd 2 bulan sblm ini telah menurun kpd 1.2 berturut2..namun begitu,pd 19/3/13 Bhcg sy kembali meningkat kpd bacaan 795 & sy disahkn mengandung sekali lg hsil pemeriksaan UPT oleh pihak hospital..2 hari kemudian,bacaan Bhcg sy meningkat kpd 2000 & hasil dr scan,mmg terdapat pembentukan dlm rahim sy & menurut dr hospital,kandungan sy 6minggu..

    Apa yg meragukan sy skrg,adakah kandungan sy kali ini bebas dr molar..dan knapa tiada denyutan jantung semasa scan dibuat sedangkan usia kandungan berusia 6minggu...

    ReplyDelete
  52. Salam,
    Sy nk tnya. sy bru je 5 hri period lwt dri biasa. dah buat upt 2 x . 1st line terang tpi 2nd line macam samar2 tpi nmpk cm line la. apekah yg sy perlu lakukan. kena tunggu seminggu atau cmner bru boleh pegi klinik. hrp doc dpt membantu

    Asiah

    ReplyDelete
  53. Doc,sya bru je brkahwin 4bulan lepas.sya nak tnya,bln ni saya ada lambat 2hari dri masa period saya yg trun stiap bulan.slalunya hari ke 28 mmg sya period dh.first day saya period bln lpas adalah 21/3.masa saya period tu darah period saya mcm bukan sprti biasa.dan ia awal kering.selalunya sya priod 8-12hri.tpi x tau la 6hri dh kering.sya mmg slalu rasa penat,lesu dan sering mengantuk.kdang2 sya rasa nak pengsan jer sbb penat.slpas period bln lpas buah dada saya masih sakit lagi sampai skarang.adakah itu normal?hari ni sya dh lmbt 2 hri period utk bln 4 ni.tba2 pulak tdik da sedikit darah yg brwarna coklat dkat my underware.saya rsau la.sya pun tak tau sma ada saya mngandung ke tdak.apa pndangan doc tentang sya?

    ReplyDelete
  54. morning doc, sya telah disahkan pregnant 6weeks early april...last week jumpa doc and buat 2nd scan...nampak kantung and fetus..tapi doc cakap mcm ada bayang2 fibroid..sya nak tanya first time sya scan on early end of april (7w5d)doc tak nampak pun ada fibroid, but 2nd scan (9w5) doc mcm nampak pula...sya nak, bahaya tak fibroid ni...furthermore normal tak kalau sya xda alami sebarang alahan..

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum, beberapa hari lepas, saya berasa tak sihat, jadi ke klinik untuk mengambil mc, apabila ditanya doc berapa hari lambat period, saya baru saja lambat 4 hari period, jadi doc suruh saya membuat ujian air kencing, and result positive, tapi dia x inform berapa minggu or etc..jadi saya nak tanya, is it possible baru lambat 4 hari dah positive? and apa yg perlu saya lakukan skrg untuk dapat lebih information? terlalu awal ke saya kalau nak jumpa doc pakar wanita?

    ReplyDelete
  56. salam.. nak tanye la boleh ke medical check up yang biasa sperti yang disyaratkan sebelum bekerja di sesuatu tempat mengesan yang kita hamil?

    ReplyDelete
  57. Salam,saya nk tanya,sepatutnya saya period pada 7/8 june,memang ada keluar tompokan darah pada 7june lalu,tapi sedikit,sy ingt period la,then sampai esok xde pulak darah keluar,biasanya saya period keluar byk darah,sampai 8june malam baru keluar sedikit sgt tompok darah(bukan merah tapi mcm coklat2)...lepas tu xde keluar ape2..adakah saya mengandung..sebulan sebelum ni saya kerap sgt kencing,kdg2 tu sampai xtahan,letih,pening kdg2,bdn rasa panas(biasanya sebelum period mmg rasa panas)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam case awak sama n syer lah...but saya dah lewat piriod 3 bln....huhuhuhu nk tyer lh kn kli ada kncing kotor n bdan gmuk upt mmg ngetif ea....sye pregnnt tp upt ngetif...

      Delete
  58. salam...
    saya telah berkahwin padi 10/11/12
    sy telah mengalami kguguran bulan lpas,
    pada mulanya saya tidak tahu yg salah telah kguguran,
    shingga sy pergi berurut sebab sakit perut beberapa hari,
    tukang urut bgtahu yg sy telah kguguran yg berusia 3 mggu..
    lalu dia urut supaya dpt 'cuci'..sbb itu last period (16/5/13-24/5/13) sy sgt sakit lbih dari senggugut (biasa hadapi bila period) dan darah ketul besar dan berlendir2...
    period kali ni agak pnjg tempohnya,saya dah suci bbrapa hari kmudian keluar darah semula,
    jadi sy jmpa Dr...Dr beri sy Norcolut, utk stop bleeding.
    kemudian darah 'cuci' keluar (1/6/13-5/6/13)....
    persoalannya,sy kini merasakan diri sy mudah letih,termengah2 lpas mlakukan kerja harian yg ringgan, rasa moody,mudah marah dan tersentuh hati. perubahan saiz perut yg ketara..org kata tangan sy panas bila sentuh mereka...pada (21/6/13) sy buat UPT..ada 2 line..tp line ke2 sgt2 kabur..semlm loya dan mual2..then hari ni(28/6/13) jam 1:30pm,sy uji skali lg..-ve pula...sy jadi keliru.

    ReplyDelete
  59. 1 more point Dr....hari jugak sy keluar darah spotting2 since tghari hingga skrg..adkah period or bleeding ringan?

    ReplyDelete
  60. salam doc...saya nk tnye,sy ad wat upt,tp -ve...vle sy g scan doc ckp dh 4 mggu...br nmpak kntung..sy nk tnyer,y ane ag tepat?

    ReplyDelete
  61. Kalau lewat 3 hari shj, pastu dtg haid... tak hamil lah ek..

    ReplyDelete
  62. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  63. Assalam doc...saya sudah khwn hampir setahun tapi jarang jumpa suami.sebelum khwn period saya teratur tapi setelah khwn period datang dua bulan sekali setiap pertengahan bulan. Tapi last saya period pd 15-20/6 n sampai sekarang belum datang period. Saya sudah buat upt tp -ve tapi boleh ke kalau saya pergi jumpa doc untuk kepastian

    ReplyDelete
  64. salam,doc.. sy nak tanya..last period sy 13/06/2013... after 2 months x period lagi 3 weeks ago sy ada buat ujian upt..ternyata positive. a week later sy g klinik scan.. tp bile scan kantung baby ada tp baby xnpk sbb 6 weeks.. bagaimana ia jadi 6 weeks sedangkan mengikut last period sy sepatutnya kandungan suda berusia 10 weeks. Then refer HPJ stil sama..doctor bagi sy masa 2 minggu lagi to repeat scan..so nk tanye ape faktor penyebab itu? possible x baby akan muncul dlm kantung tu?

    ReplyDelete
  65. Salam...doc sya nak tya...anak saya yg kecil skrng dah berumur 5thn..dan skrng saya ingin mengandung lg...memandangkan saya dah 5tahun cuti..so skrng nak mngandung balik..adakah senang utk saya hamil?saya xpernah ambil sebarang pil perancang..dan skrng ni saya rasa sakit pada kedua payudara..pening2 tp xmuntah,malas cepat penat dan perut saya selalu rasa kembung..sakit kat ari2 pastu asyik nak kencing.sya ada buat test upt tp -ve..kalau ikutkan period saya lg 3 ari lg..adakah saya dah hamil?

    ReplyDelete
  66. Assalam, sy nak tnya sikit.. saya period last (hari pertama) 14hb/8. sy dapat rasakan perubahan pada badan sy. sy rasa sy pregnant..perut pon rasa mcm ade sesuatu. tp tiba2 13hb/9 keluar darah.. sy takut itu darah keguguran..tetapi tiade keluar ketulan. ape yg harus sy buat doc? atau ade x sesiape yg prnah terjadi seperti sy mohon pencerahan :)

    ReplyDelete
  67. Salam, saya ingin bertanya saya keguguran sebanyak 2 kali, kali pertama pada bulan 24/12/2012 dan pada 3hb-14hb/8/2013 kali kedua keguguran, untuk yang kedua ini pada bulan 9 saya masih tidak datang period adakah ini normal? payudaya sudah 2 minggu sakit, perut sesekali rasa seperti saat period keluar, sehingga sekarang masih belum kedatangan period.

    ReplyDelete
  68. sy baru sebulan kahwin,dan mengalami haid sedikit semasa seminggu selepas brkahwin,sering letih mengantuk,selepas period,saya masih lagi mengalami gejala yang sama.kerap sakit dan mengantuk letin,sy pernah melakukan upt,negative,waktu tengahari,pada minggu lepas,sekarang apa yang harus sy lakukan,semasa sebelum haid,dokter ade mengatakan gula saya terlalu rendah

    ReplyDelete
  69. Salam Doc.,
    Saya bersama suami pada 3 hari sebelum ovulasi. Hri pertama haid terakhir adalah pada 16 September. Dalam seminggu ni, kadang-kadang saya rasa loya, sakit di bahagian payudara dan sebelum haid (2 hari yang lepas), saya mengalami pendarahan sedikit tetapi warna darahnya kecoklatan. Ianya cuma 2 hari. Pagi tadi, saya membuat UPT. Result nya negatif. Kalau di ikutkan menstrual calendar, hari ini sepatutnya saya datang haid. Tetapi haid saya tak teratur.

    Saya berasa sedikit pelik, Doc. Saya mengalami beberapa simptom hamil tetapi keputusannya negatif.. Apa yang perlu saya lakukan Doc?

    ReplyDelete
  70. Pembetulan, Doc. Pendarahan sedikit kecoklatan tu bukan '2 hri yg lepas'. Saya tak pasti. Yang pasti, ianya muncul sebelum haid sepatutnya (hari ni)

    ReplyDelete
  71. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  72. Salam doc..sy baru 2bulan mendirikan rumah tangga..tp masih belum hamil..sebulan seblum saya menikah saya ade mencucuk hipetitis..adakah itu menyebab kn saya masih belum hamil ?

    ReplyDelete
  73. As salam doc...
    Saya hamil 5 minggu,adakah simtom kehamilan berkait dgn sakit pinggang,disebabkan banyak jalan atau salah tidor.....

    ReplyDelete
  74. Salam doc..period last sy 15.9 (8.9 day 1st priod) cycle 41 hri..smp skarang sy blum period..masa lewat 2 mnggu sy ada buat upt tp -ve..sy ada tnda2 pregnant mcm loya sakit blakang..spotting 4 hri 9-13/11..smalam sy check upt lg skali tp msih -ve..blh doc bntu sy??

    ReplyDelete
  75. Salam doc, 6 bln lalu saya mgalami keguguran, doktor cek upt saya nmpk +ve tetapi scan x nmpk apa2. Doktor sahkn saya keguguran dan rahim saya d cuci..2 3 hari slpas saya cuci rahim, saya mgalami demam teruk dn d msukkn semula ke hospital dn di beri antibiotok slama 3 hari. Ketika itu doktor2 yg memeriksa nmpk 2 ketulan d luar rahim dn slpas saya menjlni ct scan saya d sahkan ada cyst d kedua belah ovari..doktor pakar mgesahkn ianya bukan kanser dn saya akn mjlni pemeriksaan kesihatan 4bln lg selepas tu jika ianya membesar kemungkinan ia akan d buang. Skrg setelah 2mggu slpas haid, ada brown blood dtg selama 2 hari tp dlm jmlah yg sedikit sahaja. Mggu ketiga slpas haid ni saya rasa mual2, muntah, pening kepala, payu dara sakit.. Sebelum ni tanda saya nk haid hnya payudara sakit dn sengugut.. Adakah saya mengandung atau hnya simptom nak haid je. Saya blm bersedia hendak buat upt sbb saya takot kecewa dan simptom tu semua hnya la simptom dtg haid atau di sebabkn olh cyst itu.. Ada ka peluang utk saya mgandung walaupun ada cyst d kedua belah ovari saya.. Sekian..

    ReplyDelete
  76. Salam doc, sy nak tahu adakah sy pregnant? Slalunya sya punya period dtg 24 or 25. Tp bulan nih period sy 27hb. Blood sy pun sikit x byk mcm selalu. Tiap kali gosok ggi msty nak muntah smpai sakit perut. And kerap kali pening kepala. Byk yg sy baca psal pregnant ciri-ciri dia semua hampir sama. Sekian

    ReplyDelete
  77. salam doc, sy nak tahu adakah sy prgnt ? sy baru lewat 4hari.

    ReplyDelete
  78. Salam doc,sy dh lewat period 12 hari tp tb2 hr ni sy period.ada org kt yg ini adlh slh satu tnda yg sy hamil.adakh ini benar?

    ReplyDelete
  79. Salam doc...sy telah lewt haid sbuln...tp lepas ptgahan bulan 3 sy period...slpas 1 mggu sy rase lemah badan dan tlah pergi ke klinik...ujian khamilan mnunjukkn sy positif...tp waktu sy g scan tk 6pk ape2..n buat ujian khamilan lg..tujuk negatif...tp sy ada tanda sperti hamil...sy juga mgambil insulin dan pill kolestrol...adakah ianya bahaya...

    ReplyDelete
  80. pil cytotec 200mcg.. khas untuk gugurkan kandungan & cuci rahim untuk kandungan 24minggu ke bawah... untuk wanita berisiko mengandung,wanita yg masih dlm pantang( bersalin operation),nak jarakkan anak,ada sakit belakang..dijamin gugur & cuci smpai bersih.. segala keterangan akan diberi kan sampai cuci... berminat call/sms/whatssap 013-9505341.(HATI-HATI PIL TIRUAN BOLEH MENYEBABKAN CANCER RAHIM & KEMATIAN)

    ReplyDelete
  81. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  82. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  83. Asslmkm doc, bilakah masa yang sesuai untuk buat upt?

    ReplyDelete
  84. Assalam doc.. sy mempunyai kemusykilan.. sy bru berkahwin pada disember yg lalu.. dan sy mmg sudah terlewat haid.. tarikh akhir haid ialah 14/3/14 dan hanya 2 hari penuh shja haid yg keluar... ada juga sy mencuba upt tp kptsn negatif...dan ada juga terasa mual2 tetapi tidak kerap... sy blm lg pergi ke klinik utk membuat pemeriksaan.. apakah pndpt doc mengenai ini..adakah sy hamil atau tidak... tahun lps smsa masih bujang sy penah lewat haid sehingga 4 bln...hrp perhatian dan jwpn dr doc...

    ReplyDelete
  85. Doc, sya nak tnya sikt bg pihak istri... istri sya sudah tidak period 4 hri selepas trikh 20.6.14.... pa kah msalh istri sya doc? Sebab 25 june 2014 dia ada kluar drh sikt dri kmaluan dia... kmi ingtkn priod tp bkan jga priod

    ReplyDelete
  86. Doc...sy nk tanya sikit..sy sudah lewat 1 mggu dtg period..sy bimbang jika sy megandung sedangkan sy baru sahaja melahirkan baby pada awal januari 2014...
    dan sy tak bersedia untuk mengandung lagi di sebabkan bayi sy masih baru berusia 5 bulan..ada tak cara lain untuk selesaikan masaalah sy..

    ReplyDelete
  87. salam doc.sy lewat period 2 minggu lebih.and ad tanda2 pregnant jdi dkt sy mcm kuat mkn,kerap kencing,and yg paling teruk sy kena sakit dkt ari2.smpai sy tak dpt nk bgn sehari suntuk.sakit tu berpanjangan smpai nk dkt 3 hri.lps tu sy still tak period.then sy period,tapi sy rasakan yg period sy tak byk mcm slalu sy kena time period bulan2 sebelum.and sy rasa mcm something wrong.then bila dh nk hbis period,dkt ari2 tu sakit balik.ad kemungkinan ke sy boleh pregnant?

    ReplyDelete
  88. Salam..nak tye. Piyod saya mmg xbetul skit...utk bulan 3 sy kena awal bulan 4..utk bulan 4 sy kena awal bulan 5...dan strusnye...tp yg bulan 6 sy xpiyod..sy g klinik dktor kte kmgkinan je hamil...die kate nnti dtg scan baru boleh tgok mgndung ke x..
    Tapi saya tak tahu bile mase yg sesuai nak scan ye ..sbb dktor kate kalau awal2 xnampak apa2..jd nak dtg scan masa bile ye? Tq

    ReplyDelete
  89. salam doc. i think i am not in the list of pregnant mothers. hehe. but, i need to ask u on my period. it can be said i had only 3,4 times period in ayear. also, it will only appear in not more than five days. my first period is when i am in standard 4, at the end of the year. and after that i am no longer getting period until i was in standard 6. then the cycle continues. but when i was in form5, i dont have period for almost half a year. and then the period goes on. until my second year in university, i didnt get my period for almost 8 months. when i went for a check up, the doctor ask me to test on pregnncy and the result of course negative. then she asked me to do an ultrasound. but there is nothing wrong with my ovary she said. then i take the hormone pills that she gave to me. after a month, i got my period back. but after few months, my period didnt come for once a month. it will be like 3,4 months ahead. i am so worried that after i get married the chance of getting pregnant is low.

    1. when i am not having my period for few months, is it any ovulation occur? or it means my ovary didnt produce any of them?

    thank you

    ReplyDelete
  90. as salam doc...saya ingin bertanya apakah perbezaan di antara tanda kehamilan dan effect mengambil ubat? saya sebenarnya tgh mengambil pil glucophage XR (1000) untuk kencing manis setelah dinaikkan dos dr 750mg jumaat lepas..semalam hingga ke hari ini saya asyik mengalami loya, muntah2, x sedap perut, sakit kepala, selesema dan sedikit batuk..saya jugak cepat sejuk tak seperti selalu..badan juga terasa letih..malam semalam saya rasa seperti sakit senggugut period tapi tiada darah yg keluar..pada masa yg sama, period saya telah lambat selama 3 hari..jadi apa nasihat doc?

    ReplyDelete