Followers

Wednesday, 20 June 2012

Part 2: Induksi Bersalin. Cara dan Komplikasi




Apakah petunjuk-petunjuk(predictor) untuk induksi yang sukses ?

Kami tidak bolih sewenang-wenangnya ‘induce ‘ pesakit tanpa sebab walaupun pada masa kini terdapat beberapa indikasi-indikasi yang bersifat social,kemahuan pesakit dan juga untuk kesenangan doctor. Kami juga mahu kalau yang ideal ialah kejayaan 100% sukses bersalin normal. Tetapi hakikatnya,sukses induksi adalah dalam 60-80% sahaja. Olih kerana pemilihan siapa dan justifikasi yang betul amat penting. Walaupun anda gagal dalam induksi dan diperlukan pembedahan,adalah berbaloi jika justifikasinya disebabkan masalah obstetric atau medical.

Apakah petunjuk-petunjuk ini?

1.       Usia kandungan semasa induksi dilakukan.

Jika induksi dilakukan pada kandungan pramatang,peratusan kegagalan yang menyebabkan caeserean adalah tinggi jika dibandingkan kandungan yang cukup 28 minggu.

2.       Bilangan anak.

Kandungan anak pertama mempunyai pintu servik yang rigid maka induksi mempunyai peratusan kegagalan yang tinggi dengan kandungan kedua dan seterusnya.

3.       “Keranupan’ pintu servik.

Istilah in saya ambil dari perkataan ‘ripeness’. Maknanya kalau pintu servik itu ranum maka tinggilah peratusan bersalin normal.

Kami menggunakan Carta Skor Bishop mengukur ‘keranupan’ pintu servik. Ianya lebih bersifat subjektif dan bukannya mutlak.

Carta Skor Bishop

Skor
0
1
2
Posisi Servik
belakang
tengah
depan
Panjang Servik
2cm
1cm
<1 cm
Konsistensi Servik
Keras
Lembut
Lembut dan anjal
Pembukaan servik
0
1cm
>2cm
“Station”(jarak dari kepala bayi ke-tulang ischeal.
-2
-1
0

Skor > 7 mempunyai kebarangkalian ynag tinggi untuk bersalain normal selepas di ‘induce’.

Apakah caranya untuk membuatkan pintu servik “ranum”

Secara semulajadi dekat bersalin,pintu servik akan melalui proses “ripening” dan seterusnya di ikuti olih kontraksi rahim.’Ripening’ ini pintu servik menjadi lembut dan menjadi pendek dan menipis. Dengan bantuan kontraksi, pintu servik mula terbuka.
Apabila induksi di rancang,tidak semestinya siap sedia atau ranum.

Ada beberapa cara untuk meranumkan pintu servik sebagai permulaaan induksi.

·         “Sweep and Stretch(S & S)”

Memisahkan selaput ketuban/membranes dari servik menyebabkan penghasilan hormone prostaglandin. Prostaglandin adalah hormone penting untuk peranuman pintu servik. Kaedah ini dilakukan dengan memasukkan jari kedalam pembukaan pintu rahim dan memisahkan membran tersebut dari servik. Ini bolih menyakitkan ibu.

·         Menggunakan hormone Prostaglandin(PG)


Ini adalah agen pilihan untuk induksi. Contoh PG yang digunakan secara meluas adalah PROSTIN(Prostaglandin F3 alpha). PG digunakan apabila skor Bishop <7. PROSTIN terdapat dalam dua bentuk iaitu gel atau tablet.Ianya dimasukkan jauh kedalam vagina. PG akan akan dilepaskan pada pintu servik dan menyebabkan ianya lembut dan dengan bantuan kontraksi yang terjadi,pintu rahim bolih terbuka,. Kadangkala kami perlu mengunakan 2 atau 3 PROSTIN baru berjaya.

·         Infusi Oxytocin.

Hanya digunakan sekiranya skor Bishop >7. Oxytocin sejenis ubat yang menyebabkan kontraksi berlaku.Ianya digunakan selepas air ketuban di pecahkan bagi mengelakkan embolisma air ketuban kedalam paru-paru ibu. Embolisma air ketuban mempunyai mortality yang tinggi. Oxytocin didapati dapat peningkatkan paras prostaglandin pada servik.

·         Amniotomi/Air Ketuban di pecahkan



Amniotomi dapat merangsang prostaglandin di pinti servik dan ini akan menyebabkan pintu servik ranum dan kontraksi terjadi. “Amniotic hook’ digunakan untuk memecahkan air ketuban. Risikonya adalah infeksi jika banyak pemeriksaan dilakukan sepanjang bersalin. Amniotomi juga kami dapat tahu sama ada air ketuban hijau atau jernih. Hijau bermakna meconium(najis bayi ). Selepas amniotomi,infuse dengan oxytocin dilakukan.

·         Cara-cara lain

o   Hubungan seksual
o   Stimulasi putting payudara
Nota: Tiada bukti ianya berkesan dalam mnginduksi bersalin.


Apakah komplikasi-komplikasi dan risiko-risiko induksi bersalin?







 1.Pra-matang yang disengajakan seperti mengalami pre-eklampsia atau eklampsia. Mungkin tidak disengajakan kerana tersalah tarikh.

2. Tali pusat bayi jatuh/turun selepas amniotomi kerana kepala bayi tinggi.

3.Komplikasi agen-agen prostaglandin atau oxytocin
                Sakit dan tidak keselesaan
                Hiperstimulasi rahim yang bolih menybabkan bayi lemas
                Bayi lemas
                Rahim pecah(jarang sekali)
4.Prostaglandin bolih menyebabkan
                Meloya dan muntah
                Cirit birit
                Bronchocontriction bolih menyebabkan asma
                Demam panas
5. Caeserean disebabkan induksi gagal
6.Pertumpahan darah disebabkan rahim gagal mengecut
7.Jangkitan dalam rahim/Chorioamnionitis


 Kesimpulannya,induksi bersalin bukan diambil pudah keran ianya mempunyai risiko-risko kepada ibu dan juga bayi.Setiap induksi mestilah mempunyai indikasi yang betul.

3 comments:

  1. doktor, saya nak tny....
    skrg saya mengandung 38w ++
    tp isnin lepas sy scan,
    baby dah engaged,tp die mendongak
    maksudnye kepala dan badan mengadap ke depan...
    sepatut posisi tulang blkg ade kat tgh2 perut sykan....
    sy pujuk2 baby utk pusing,tp cm xde perubahan
    sy sgt risau skrg....
    boleh ke sy bersalin normal nnti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau medikal kami panggil posisi OP. Biasa adalah posisi OT maknanya tulang belakang baby dikiri atau kanan tulang pelvis bila engaged. Bila dekat sangat nak keluar dari OT bertukar ke posisi OA. Maknanya bay melihat kebumi. Tetapi belum labour lagi kena tunggu contractions. Kalau masih OP, proses bersalin slow dan sakit sangat kat belakang. Tapi masih bolih cuga normal delivery.

      Delete
  2. assalamualaikum doktor, saya ingin bertanye. kandungan saya overdue hampir 7 hari. saya masih belum rasa kontraksi / sebarang tanda bersalin dan bila buat pemeriksaan didapati baby tak engaged. boleh saya tahu apakah sebab dan adakah blh saya bersalin secara normal?

    ReplyDelete