Followers

Friday, 22 June 2012

Hepatitis B dan Kehamilan


Assalamualaikum semua,

Salah satu dari ujian semasa hamil adalah pemeriksaan Hepatitis B. Anda juga sebelum ini mungkin pernah mengambil suntikan Hepatitis B . Pada masa sekarang,anak-anak semua akan diberikan suntikan vaksin Hepatitis dan  vksin ini termasuk dalam jadual vaksinasi yang wajib.

Apakah yang menyebabkan anak-anak sekarang di wajibkan mengambil vaksin Hepatitis B?

Penyakit Hepatitis adalah disebabkan olih virus Hepatitis B. Hepatitis  B merebak melalui darah yang tercemar,produk-produk darah dan kontak seksual. Inkubasi hepatitis adalah 2 – 6 bulan sebelum darah menunjukkan tanda-tanda tercemar.
Pesakit akan mengalami jaundis,gatal seluruh badan,hilang selera makan dan juga bengkak hati. Dalam jangka masa panjang ia akan menyebabkan sirrhosis hati,kegagalan hati dan kanser hati.Anda tahukan hati kalau rosak tidak ada rawatan kecuali pemindahan hati dilakukan.


Apakah makna setiap ujian Hepatitis itu?

·         HBsAg Positif-menandakan anda di jangkiti Hepatitis sekarang
·         HBeAg Positif-berlaku replikasi virus secara aktif
·         HBsAg Antibodi Positif-menandakan anda mempunyai immuniti sama ada dari jangkitan atau vaksinasi. 

Apakah risiko-risiko kepada ibu hamil yang jangkiti Hepatitis B?

·         65% yang subklinikal akan pulih sepenuhnya
·         25% akan mendapat penyakit hepatitis akut
·         10% menjadi pembawa Hepatitis B kronik
·         < 0.5% mendapat hepatitis yang serius yang bolih membawa kepada kematian.

Apakah risiko-risiko kepada bayi yang dikandung?

Transmisi virus kepada bayi biasanya berlaku semasa bersalin dan <5% berlaku semasa menandung kerana perdarahan pada uri. Jangkitan Hepatitis B kepada bolih membawa kepada kematian dan kebanyakannya menjadi pembawa kronik yang mempunyai risiko sepanjang hayat untuk mendapat sirrhosis hati dan kanser hati.

Risiko transmisi menegak/vertikal(jangkitan dari ibu ke bayi) semasa hamil bergantung kepada statuspembawa ibu semasa bersalin’
·         HBsAg dan HBeAg POSITIF- 95% risiko transmisi menegak
·         HBsAg POSITIF dan HBeAg NEGATIF-<15% risiko transmisi menegak

RAWATAN

1.       Saringan Hepatitis B secara rutin kepada semua ibu-ibu hamil
2.       Vaksinasi Hep B sebelum mengandung
3.       Bayi-bayi yang dilahirkan olih ibu-ibu yang jangkiti Hep B atau pembawa kronik Hep B, perlu mendapat suntikan Hep B antibody(IgG) dan vaksinasi Hep B dalam masa 24 jam selepas bersalin.Cara ini mungkin dapat mencegah 95% jangkitan Hep B semasa bayi.

Kesimpulannya jangkitan Hepatitis B mempunyai komplikasi kepada hati ibu dan juga bayi.Dengan kita mengetahui status ibu semasa hamil,persediaan seperti suntikan antibody Hep B bolih diberikan. Disamping itu doctor atau jururawat yang membantu and semasa bersalin bolih langkah pro aktif dari mereka dijangkiti Hep B.

2 comments:

  1. hi doc,
    pernah tak menerima klien ibu hamil dan pada masa yg sama menghidap thyroid? kalau ada,mgkn blh kongsikn cara rawatan ketika hamil?
    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thyroid disease semasa hamil tak banyak. 1 in 500 pregnancies. Rawatannya sama macam tak pregnant. Nanti saya buat entri pasal tiroid.

      Delete