Followers

Thursday, 7 June 2012

Rubella dan Kehamilan.Apakah kesan kepada bayi anda?




Salam semua,
Semasa hamil anda tidak terlepas dari dijangkiti pelbagai jenis jangkitan berjangkit. Tidak semua jangkitan berjangkit ini mempunyai simtom-simtom yang jelas. Banyak jangkitan virus umpamanya sukar di ketahui kerana tiada simtom tetapi memerlukan pemeriksaan secara ‘indirect’ untuk mengetahui keujudan virus dalam badan kita. Olih kerana itu semasa pemeriksaan antenatal,terdapat beberapa ujian darah dilakukan untuk mengetahui anda dijangkiti kuman atau virus tersebut. Tentu anda bertanya kenapa tidak dilakukansaja  kesemua ujian-ujian darah untuk kita mengetahui kuman atau virus dalam kita. Mustahil kita dapat lakukan untuk semua wanita yang hamil kerana tidak praktikal dan tambahan pula banyak jangkitan virus tidak mempunyai apa-apa rawatan yang khusus.

Banyak penyakit berjangkit yang bolih dihidapi olih wanita yang hamil seperti

·         Rubella(German measles)
·         Cytomegalovirus
·         Varicella(Chicken pox)
·         Parvovirus 19
·         Toxoplasmosis
·         Herpes Simplex
·         Hepatitis B
·         Group streptococcus(GBS)
·         Syphilis
·         Listeria
·         Malaria
·         HIV
Saya percaya anda tentu pernah terbaca dan terdengar beberapa contoh jangkitan berjangkit yang bolih hadir semasa hamil. Ada beberapa penyakit berjangkit diatas yang kami buat ujian secara rutin dalam pemeriksaan antenatal. Contohnya Rubella,Hepatitis B,Syphilis dan HIV. Pentingnya jangkitan penyakit diatas adalah ianya memberi implikasi tidakbaik  pada bayi anda.

Rubella

Rubella adalah virus RNA yang berjangkit melalui titisan hingus dari manusia ke manusia. Rubella mudah berjangkit pada 7 hari sebelum dan selepas kehadiran ruam pada badan. Masa inkubasinya adalah 14 hingga 21 hari.

Apakah simtom-simtom Rubella?


Tidak semua orang yang dijangkiti Rubella mempunyai simtom dan dianggarkan 50-75% mempunyai simtom. Diantara simtom-simtomnya adalah demam,ruam ,sakit sendi dan bengkak kelenjar limfatik.
Diagnosisnya memerlukan ujian darah serologi berpasangan. Ini bermakna ujian pertama dilakukan semasa penyakit ini akut/mempunyai ruam dan simtom-simtom lain dan ujian keduanya 3 hingga 4 minggu selepas itu. Anda dijangkiti Rubella sekiranya antibodi IgM ada dalam darah atau kenaikan 4 kali ganda IgG.(Tidak mengapa jika anda tidak faham ini sekarang)

Apakah implikasi kepada bayi anda?

Kecacatan kongenital berkait dengan Rubella:
·         Pekak sensorineural. Pekak disebabkan olih kerosakan pada saraf pendengaran.
·         Kecacatan jantung seperti VSD dan PDA
·         Mata-Katarak kongenital,mikrooftalmia dan glikoma
·         Microcephaly dan mental retardation

Cara Pencegahan

Pelalian semasa kanak dengan vaksin MMR. Program pelalian Rubella semasa di sekolah telah lama dijalankan olih kerajaan. Adalah disyorkan supaya anda buat ujian darah untuk mengetahui status  immuniti anda terhadap Rubella. Jika tidak mempunyai immuniti, anda perlu ambil pelalian Rubella selepas bersalin. Suntikan Rubella tidak bolih diambil semasa hamil dan setelah suntikan anda perlu tunggu selama 12 minggu sebelum cuba mengandung.

Risiko kepada bayi anda dari jangkitan Rubella(jika ibu menghidapai Rubella) adalah mengikut usia bayi anda.

1.       Kandungan < 13 minggu,risiko transmisi kepada bayi adalah 80% dan hampir semua bayi dijangkiti akan mengalami kecacatan kongenital. Anda dinasihatkan gugurkan kandungan ini.
2.       Kandungan 13 hingga 16 minggu,risiko transmisi kepada bayi adalah 50% dan 35% yang dijangkiti akan mengalami kecacatan kongenital. Kebanyakkannya adalah kecacatan pendengaran.
3.       Kandungan >16 minggu,mempunyai risiko transmisi 25% dan amat jarang bayi mengalami kecacatan kongenital. Kandungan ini bolih diteruskan.
Kesimpulannya pasangan yang akan ke pelamin periksalah immuniti anda terhadap Rubella. Kalau anda tidak immune,ambillah suntikan pelalian Rubella dari mana-ana klinik. Bagi ibu yang disyaki menghidapi Rubella segeralah berjumpa dengan doctor.

Nota: Saya akan buatkan entri-entri penyakit berjangkit yang lain dimasa-masa akan datang

6 comments:

  1. Salam Dr, saya kini mengandung 31 minggu dan mendapat rawatan antenatal di hosp swasta. Saya ada seorang kwn yg mengandung sama minggu dgn saya, tapi mendapatkn rawatan di klinik kerajaan. Kawan saya ada cakap yg dia ada menerima satu suntikan ( tak pasti suntikan apa ) di klinik tersebut pada usia kandungan 5 bulan. Tapi kwn saya kata suntikan tu wajib/harus utk ibu mengandung. Tapi sepanjang saya mengandung tak pernah pulak terima apa2 suntikan dari doktor. Boleh Dr terangkan suntikan apa yg dmaksudkan kwn saya tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suntikan itu adalah anti tetanus/kancing gigi. di swasta ramai juga yang tidak bagi. suntikan ini untuk mencegah kancing gigi di sebabkan olih kuman klostridium. olih kerana semua peralatan di sucihama maka doktor tak bagi suntikan ini. Bagi saya saya pun tak bagi . tapi saya bagi tahu kalau mahu saya akan suntukan. Saudarai tidak perlu susah hati tentang perkara ini. Teruskan kandungan.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. apa kesan suntikan ATT kepada bayi..jika ibu menerima suntikan ATT pada usia kandungan 8 atau 9 bln

    ReplyDelete
  4. Assalam dr.sy nak tanya..dulu masa sy tingkatan 3.ada nurse dtg skolah utk bagi injection.tapi sy tak dtg masa tu.keeseokannya sy dpt tau,tp yg peliknye injection tu laki & perempuan kena.sy tanya cikgu injection apa rubela ke dia kata bukan tp kancing gigi.skarang,sy dah pregnant 3minggu.sy ckp dgn nurse sy tak pernah kena suntikan rubela.die ckp dah pregnant tak boleh suntik dah.sekarang sy risau kandungan sy,takut effect apa2 dekat baby nnt.boleh doktor tolong bagi pandangan apa yg harus sy buat.takut pun ada juga ni..trima kasih

    ReplyDelete