Salam semua.OK ini
adalah bahagian terakhir entri Diabetis dan Kehamilan.Memang panjang. Ada orang
kata,”Doc, bolih buat buku nanti”. Rupa-rupa menulis dalam blog lagi ‘seksa’
berbanding dengan menulis dalam newspaper setiap minggu. Oh ya,kalau anda
membaca BERITA MINGGU,terdapat satu kolum untuk soal jawab untuk saya menjawab
soalan-soalan yang dianjurkan. Selagi ada yang membaca saya akan terus menaip.
Kalau anda semua mempunyai blog,FB atau kawan-kawan minta sebarkan blog ini
kalau ianya bolih membantu orang lain.
Mengapa anda perlu
serius dalam mengawal diabetis anda?
Seperti mana penyakit-penyakit lain,diabetis juga mempunyai
komplikasi-komplokasi terhadap kandungan anda.
Ibu-ibu yang diabetis
mempunyai risiko-risiko berikut:
·
Mudah mendapat jangkitan pundi kencing
·
Kerap mendapat jangkitan kulat candidiasis pada
bahagian vagina
·
Meningkat risiko untuk mendapat darah tinggi/pre-eklampsia
·
Gagal bersalin normal kerana anak makrosomia
·
Meningkat risiko caesarean dan penggunaan vakum
atau forsep
·
Meningkat risiko
retinopathy,nephropathy,penyakit jantung.
Bayi-bayi yang ibu
mereka diabetis semasa hamil pula mempunyai risiko-risiko berikut:
·
Meningkat keguguran
·
Kecacatan kongenital
·
Bersalin pra-matang
·
Polyhydramnios
·
Macrosomia
·
Terbantut pertumbuhan(IUGR)
·
Meninggal dalam perut secara tiba-tiba.
Bayi-bayi yang baru dilahirkan
juga mempunyai risiko-risiko berikut:
·
Polycythaemia-sel-sel darah merah berlebihan.
·
Jaundis
·
Hypoglycemia-kurang gula
·
Hypocalcemia-kurang kalsium
·
Hypomagnesaemia kurang Mg
·
Hypothermia-sukar mengawal suhu badan
·
Cardiomegaly-jantung besar
·
Kecederaan semasa bersalin-tersangkut bahu,patah
tulang,Erb’s palsy,asphyxia
·
Sukar pernafasan
Disini anda lihat dalam semua kategori kehamilan bayi anda
akan menghadapi risiko-risiko tersebut.
TQ.
Salam doc..
ReplyDeletenak tanyer boleh ker ibu pregnant minum yakult?untuk makluman doc, saya pregnant 4 bulan.ketahanan badan agak kurang, badan sentiasa letih/lesu, manjang nak tido jer..ada tak vitamin/supplement bg nak atasi masalah ini? skrg ni saya makan obimin jer.
TQ
Tiada masalah ambil yakult. Letih.lesu,nak tidur memnagsimtom pregnancy. Tetapi anemia jga mcam ini . Check darah untuk anemia dulu. kalau normal then disebabkan olih pregnancy. Tak ada ubat magik bagi nak hilangkan.kalau anemia, kena tambah zat besi.
DeleteSalam doc...
ReplyDeleteSaya nak tanya...saya mengandung kali pertama kena minum air gula sebanyak dua kali...kali ke-2, bacaan saya tinggi dan saya kena ambik BSP 4 kali sehari setiap 2 minggu....selepas bersalin, check balik di klinik...kena minum air gula dan bacaan saya tinggi....mungkin berat badan saya tak turun banyak masa tu dan saya banyak makan nasi sebab anak menyusu...
Kemudian sekarang saya mengandung kali ke-2,baru 6 minggu,BMI saya sekarang normal,saya jaga berat bdn selepas bersalin pertama, dan check di klinik ketika bulan puasa ni, bacaan saya 4.8, adakah saya akan mengalami diabetes lagi jika minum air gula? dan kena ambil insulin? TQVM
MGTT/ujian minum air gula tidaklah tepat untuk mengesahkan seseorang itu diabetis. Tapi saje yang boleh diterima kerana jika seseorang normal,kalau di chalenge dgn glukos, glukos dalam darah masih tetap normal. Ini asas ujian tersebut. Diabetik yang boleh hilang dan muncul semula adalah semasa mengandung. Ujian selepas bersalin majoriti besar adalah normal. Bagi kandungan seterusnya, risiko adalah tinggi dan sebab itu perlu dilakukan MGTT itu semasa mengandung. Kalau BSP normal tidak perlu insulin hanya kalau semua paras glukos melebihi 6.8 mmol.
DeleteSalam doc.
ReplyDeletekandungan saya sudah hampir 6 bulan dan saya mengalami masalah keputihan yang agak banyak. bila berjumpa doktor, doktor bertanyakan samada ada rasa sakit atau gatal di vagina tetapi saya tidak mengalami simptom tersebut.
Kemudian doktor telah membuat ujian terhadap keputihan itu dan selepas ujian dibuat, doktor meramalkan mungkin terdapat jangkitan kulat di vagina dan memberikan candid V1 kepada saya. Adakah apa apa cara lain lagi yang boleh saya lakukan seperti mengambil pemakanan tertentu? untuk makluman doktor, urine test saya menunjukkan urine saya agak kotor. tq
As salam doc, apa effect kalau darah merah berlebihan kepada ibu jika mengandung dan tidak mengandung?saya baru lepas buat blood test, tak pregnant tapi bacaan haemoglobin tinggi. Mohon pencerahan doktor. TQ
ReplyDelete