Pengenalan
Salah satu punca utama kemasukan
ke hospital adalah diabetis semasa hamil. Sebab-sebab lain adalah perdarahan
antepartum disebabkan oleh plasenta praevia,kelahiran pra-matang,air ketuban
pecah pra-matang dan darah tinggi. Saya telah pun bincangkan tentang perkara-perkara
tersebut dalam entri-entri yang lalu kecuali
darah tinggi.
Saya percaya anda semua pernah
melalui ujian diabetis semasa anda hamil dan tentu sekali anda tidak menyukai
air gula yang pekat itu. Tentu anda berfikir kenapa anda perlu lalui semua ini
semasa mengandung.
Apakah yang
menyebabkan wanita hamil berpontensi
untuk mendapat diabetis semasa hamil?
Metabolisma glukosa semasa hamil amat berbeza. Ini amat
penting bagi menentukan janin mendapat cukup tenaga dalam bentuk glukosa bagi
menjaga organ-organ vital seperti otak semasa pembesaran dalam rahim.
Permintaan insulin semasa hamil meningkat sepanjang kehamilan berlaku dan
maksimum diakhir kehamilan. Hormon-hormon yang dikenali sebagai hormon
diabetogenik( human placental
lactogen,cortisol,glucagon,oestrogen dan progesterone) dikeluarkan olih
plasenta. Hormon-hormon tersebut akan menyebabkan simpanan glikogen dalam hati
menjalani proses glikogenlisis, Proses ini akan memecahkan simpanan glikogen
kepada molekul-molekul glukosa untuk kegunaan sel-sel dan organ-organ. Ibu
hamil yang normal akan dapat mengimbangi pengeluaran insulin dalam badan mereka
untuk ‘melawan’ kesan hormon diabetogenik ini. Ibu-ibu ini akan dapat mengawal
paras gula mereka pada 4.0 hingga 4.5 mmol/L. Ibu-ibu yang diabetis akan
mengalami kesukaran mengawal paras glukosa mereka. Ibu-ibu yang diabetic ini
bukannya mereka tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup tetapi disebabkan
masalah ‘insulin resistance’. Keadaan ini dimana sel-sel,organ-organ dan
otot-otot tidak dapat menggunakan insulin sebaiknya walaupun paras insulin itu
normal.
Semasa hamil,diabetis
bolih terdapat dalam 2 keadaan.
1. Diabetis Sedia-Ada/Established diabetes(ED)
2. Diabetis Kehamilan/Gestational Diabetes
1.Diabetis
Sedia-Ada(ED)
Pesakit jenis ini memang telah di ketahui diabetis sebelum
hamil lagi. ED hanya melibatkan sebahagian kecil wanita hamil sahaja(2%) .
Terdapat 2 jenis iaitu Diabetes Type 1 dan 2. Jika diabetis mereka tidak dapat
dikawal dengan baik,terdapat kenaikkan pada kadar mortaliti dan morbiditi neonatal.
Apakah kesan-kesan
diabetis terhadap kehamilan?
Keadaan ibu berada dalam hiperglisemia(glukosa berlebihan)
juga menyebabkan bayi mereka berada dalam keadaan hiperglisemia. Pada
bayi,sel-sel pancreas mereka akan bekerja kuat untuk menghasilkan lebih banyak
insulin bagi mengimbangi paras glukosa yang tinggi dalam darah mereka. Insulin
pada bayi bertindak sebagai ‘growth promoter’. Jadi kesannya adalah
makrosomia(anak besar),’organomegaly’(organ-organ dalam badan mereka turut
besar) dan peningkatan ‘erythropoiesis’(pertambahan sel-sel darah merah).
Sepertimana orang dewasa diabetis,bayi-bayi juga akan mengalami
‘polyuria’(kencing banyak kali) dan ini menyebabkan ‘polyhydramnios’(air
ketuban berlebihan/kembar air).
Semasa bayi dilahirkan,olih kerana paras insulin dalam darah
mereka berlebihan, tambahan pula sekatan bekalan glukosa secara tiba-tiba dari
ibu,maka bayi akan mengalami ‘hypoglycemia’(kekurangan gula dalam
darah).’Hypoglycemia’ jika tidak dirawat bolih menyebabkan kecacatan otak bayi.
Diabetis juga menyebabkan kekurangan ‘pulmonary surfactant’.
‘Surfactant ‘ penting untuk kematangan paru-paru bayi, Kerana itu sindrom
respiratory distress lebih banyak berlaku pada bayi-bayi yang dilahirkan olih
ibu-ibu diabetis.
Apakah kesan-kesan
kehamilan terhadap diabetis?
Kesan-kesan kehamilan terhadap diabetis hanya penting bagi
ibu-ibu yang mengalami diabetis kronik dan mempunyai komplikasi-komplikasi lain
seperti buah pinggang,jantung, mata dll. Ibu-ibu yang mendapat diabetis hanya
tika hamil ,tidak mempunyai kesan-kesan serius kepada diabetis mereka. Diabetis
mereka adalah bersifat sementara semasa hamil.
·
Ketoasidosis
Amat jarang berlaku dan dikaitkan dengan
muntah-muntah,jangkitan kuman,penggunaan tokolisis dan steroid.
·
Retinopathy
Mereka yang mengalami diabetis yang
kronik,akan mempunyai 2 kali ganda risiko mendapat dan perkembangan
retinopathy.Retinopathy bolih menyebabkan buta. Ini disebabkan olih pertumbuhan
saluran-saluran darah baru dalam retina mata.
·
Nephropathy
Kegagalan buahpinggang dan kencing berprotin
akan meningkat semasa hamil.Ianya besifat sementara. Ia akan meningkatkan
risiko pre-eklampsia/darah tinggi pada ibu dan masalah pertumbuhan dan
perkembangan bayi.
·
Ischaemic
heart disease/Serangan sakit jantung.
Ibu-ibu yang pernah mengalami serangan sakit
jantung mempunyai mortaliti 50% kalau hamil.
Apakah yang anda
perlu lakukan sekiranya anda adalah pesakit diabetis dan ingin hamil?
Rawatannya bermula dari sebelum anda mengandung lagi bagi
mengurangkan kesan-kesan diabetis terhadap kehamilan.
Kaunseling sebelum hamil
1. Kawalan optimal diabetis
Objektifnya untuk mendapatkan paras glukos dalam
darah se’ normal’ yang bolih.
2. Penilaian kesan-kesan diabetis terhadap
pesakit
Darah tinggi,retinopathy,nephropathy.neuropathy
dan penyakit jantung.
3. Pendidikan
Menerangkan kesan-kesan gula berlebihan
keatas bayi dan perlunya kawalan paras glukos yang ketat dan berjumpa pakar
segera sekiranya hamil. Beberapa ubat perlu diberhentikan jika hamil.
Contohnya: ACE inhibitors.Pesakit Diabetes Type 2 perlu menukar tablet kepada
suntikan insulin.
4. Kesihatan
Berhenti merokok,mengurangkan berat badan(
objektif mendapat BMI normal)
5.
Mengambil
Asid Folik bagi mengurangkan risiko kecacatan pada saraf tunjang.
6.
Status
Rubella di sahkan dengan ujian darah. Immunisasi jika tiada antibody.
7.
Kontraseptif
yang berkesan sebelum paras glukosa berada pada paras normal.
Part 2: Komplikasi diabetis
semasa kehamilan dan Diabetis Kehamilan/Gestational diabetis
Love this entry.Doc, obese woman yang pregnant memang chances nak dapt diabetic high..my quaestion is there any chnace to lose weight during pregnancy?
ReplyDeleteIt is difficult and i dont think it is possible. The nature of being pregnant is that you tend to eat a lot. But i think if you follow the recommendations 2500 kilocalories, it is more than enough. Having said that your baby will decide how much you should eat. I have read an article on this subject, there is no specific methods how to lose weight during pregnancy. Most important to stay healthy throughout your pregnancy.
ReplyDeleteNext about gestational diabets which is more common,
Salam Doc, Boleh buat entry mengenai gastric, heart burnt & pregnancy? Sy pregnant & mempunyai alahan/morning sickness yg teruk.. Harap Doc boleh share info berkenaan ini. Terima kasih
ReplyDeleteCheck Entri bulan MAC
DeleteI can be categorized as obese pregnant woman doc.Done the MGGT Test during 20th weeks of pregnancy.Lucky it is negative.Is there any chances to get diabetic when the the pregnancy reach the third trimester?Usually how many times we should do this test?
ReplyDeleteThanks in advance for the advise doc.
Until now I'm sure,pregnant ladies can be categorised as obese or nor. I'm sure all pregnant ladies are obese. I think BMI should only applicable to non pregnant. If you are a high risk category, then repeat at 26-28 weeks. If this is also normal,then no need to repeat.
ReplyDelete