Bahagian 1, saya telah jelaskan
mengenai diabetis yang telah sedia-ada/established dan kesannya kepada
kehamilan dan juga kesan kehamilan kepada diabetis itu sendiri. Bilangan
pesakit diabetis yang hamil adalah kecil kalau dibandingkan dengan bilangan diabetis
terjadi semasa hamil atau gestational diabetes. Pesakit diabetis kronik yang
mengalami komplikasi-komplikasi diabetis
seperti kegagalan buah pinggang(nephropathy),kerosakan retina
mata(retinopathy),kerosakan urat saraf(neuropathy),kehamilan menyebabkan
komplikasi-komplikasi medical mereka menjadi lebih serius.
Bahagian 2 ini saya akan
bincangkan masalah ‘Gestational Diabetes(GD)’
atau Diabetis Kehamilan.
Diabetis Kehamilan adalah
diabetis yang terjadi semasa hamil sahaja. Selepas bersalin diabetis akan
hilang dan berulang lagi pada kehamilan yang lain-lain. Lebih kurang 20-30%
mengalami diabetis semasa hamil,sebenarnya adalah pesakit diabetis type 1 atau
2 yang tidak diketahui sebelum ini. Pada bahagian 1 saya ada terangkan yang
semua wanita hamil mempunyai potensi untuk mendapat diabetis olih kerana hormon-hormon
diabetogenik yang dihasilkan dari plasenta.
Siapakah diantara ibu-ibu hamil yang akan dapat diabetis?
Untuk kita lakukan saringan
diabetis untuk semua wanita hamil adalah tidak praktikal dan ekonomikal. WHO
pun tidak menggalakkan saringan secara universal tetapi menggunakan saringan
secara selektif berpandukan kepada factor-faktor risiko.
Apakah faktor-faktor risiko untuk GD?
1.
Sejarah keluarga: persaudaraan degree pertama
seperti ibu
2.
Obesiti(BMI >30), berat badan > 85 kg
3.
Umur > 35 tahun
4.
Pernah melahirkan anak besar(>4 kg)
5.
Pernah mengalami kematian bayi dalam perut
6.
Pernah mengalami GD sebelum ini
7.
Sindrom Polisistik Ovari(PCOS)
8.
Kehamilan ini mengalami polyhydramnios(air
ketuban berlebihan)
9.
Kehamilan ini terdapat 2 kali glycosuria(air
kencing mengandungi gula)
10.
Ujian glukosa dalam darah secara rawak
a.
> 5.5 mmol/L semasa berpuasa atau 2 jam
selepas makan
b.
>7.0 mmol/L 2 jam sebelum makan
Jika anda mempunyai faktor-faktor
risiko seperti di atas, anda akan di uji dengan Ujian Oral Tolenrasi Glukosa(Oral Glucose Tolerance Test(OGTT/MOGTT))
Bagaimanakan ujian
MOGTT ini di lakukan?
Ujian ini biasanya di
lakukan pada minggu 26 hingga 28 tetapi ada juga doktor/jururawat melakukan
lebih awal lagi. Jika ujian awal MOGTT adalah normal, doctor akan ulang lagi
sekali pada minggu 26 hingga 28 dan ada juga yang masih ulang pada 34 minggu
jika MOGTT 26-28 minggu juga normal. Bagi saya minggu 26-28 sudah mencukupi
kalau ianya normal.
Caranya:
·
Anda akan berpuasa semalaman,minimum 8 jam.
·
Merokok tidak dibenarkan.
·
Di makmal, Fasting
blood sugar(FBS) akan diambil.
·
Selepas itu anda perlu minum segelas air yang
telah dicampur 75 gm glukosa. Anda perlu habiskan kesemua air tadi daam masa
20-30 minit.
·
Selepas 2 jam, 2 hour Post-prandial blood sugar(2hPP)akan diambil.
·
Selepas darah diambil anda bolih bersarapan
pagi.
Nota: Kebiasaannya sesiapa yang diabetis, mereka mempunyai
masalah untuk mengembalikan paras glukosa dalam darah ke paras normal selepas
di berikan gula.
Keputusan:
·
Diabetis
o
Fasting
blood sugar > 6 mmol/L
o
2hPP
bloob sugar > 8 mmol/L
Apakah ujian
selanjutnya selepas ujian MOGTT menunjukkan anda diabetis?
Setelah ujian MOGTT menunjukkan anda mengalami Gestational
diabetes, anda diperlukan membuat beberapa ujian darah lagi untuk ‘melihat’
sepanjang 24 jam adakah paras glukosa dalam darah anda tinggi dari normal.
Terdapat 3 cara:
1.
Pre-meals(4
kali) iaitu sebelum sarapan, makan tengahhari,makan malam dan sebelum
tidur( 11 malam)
2.
Post
meals(4 kali) iaitu 2 jam selepas sarapan,makan tengah hari,makan malam dan
11 malam.
3.
Pre dan
Post meals( 7 kali)
Nota: Jika keputusan post-meals digunakan,kawalan paras
glukosa adalah ketat.
Kawalan paras glukosa yang baik, kesemua keputusan darah pre
dan post meals mestilah dibawah 6.8 mmol/L.
Ringkasan rawatan
diabetis semasa hamil
·
Melibatkan pelbagai disiplin perubatan iaitu
obstetric,pakar diabetis,dietician
·
Cara mengawal diabetis
o
Mengawal permakanan dengan bantuan dietician
o
Menggunakan suntikan Insulin jika kawalan
glukosa gagal dengan permakanan atau paras gula yang tinggi.
Pemantauan “Blood
Sugar Profiles(BSP)”/Profil Gula dalam Darah
Pemantauan ini di lakukan setiap 2 minggu bagi mereka yang
menggunakan Insulin atau BSP yang lalu tidak memuaskan. BSP ini seperti yang
telah jelaskan seperti diatas bolih terdiri dari 4 poin iaitu pre-meals ataupun
post-meals. Ada juga doctor buat 7 poin. Disamping itu ujian darah HbA1c setiap bulan dapat mengukur
purata kawalan diabetis 3 bulan sebelum.
Terdapat dua cara:
1.
Hospital monitoring-Kemasukkan ke hospital
setiap 2 minggu untuk BSP dan dos Insulin di ubahsuai mengikut paras gula dalam
darah.
2.
Home monitoring- Ini memerlukan anda
membeli/meminjam glucometer(alat mengukur gula dalam darah termasuk jarum dan
lancet untuk mengambil darah dari jari). Cara ini mudah dan baik kerana anda
terlibat dalam mengawal selia darah anda sendiri. Suntikan Insulin pesakit
bolih di ubah mengikut paras glukosa. Segala masalah pesakit bolih menghubungi doctor/jururawat
yang bertanggung jawab. Segala keputusan darah akan direkodkan dalam buku diabetis.
Imbasan ultrasound
untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi setiap 2 minggu.Ultrasound juga dapat
memantau kes-kes polyhydramnios dan makrosomia. Ianya juga untuk melihat
sebarang kecacatan pada bayi.Risiko kecacatan meningkat jika diabetis tidak
terkawal.
Bilakah ibu-ibu
diabetis akan melahirkan?
Jika ibu-ibu tidak mempunyai komplikasi semasa hamil,kawalan
diabetis yang elok tanpa suntikan Insulin,bayi cukup bulan dan berat badan
mencukupi,kebiasaannya mereka akan di ‘induce’ pada minggu 38 hingga 40. Kami
tidak membenarkan lebih hari.
Jika ibu-ibu mempunyai komplikasi semasa hamil seperti makrosomia,polyhydramnios,menggunakan
suntikan Insulin,darah tinggi,mereka di induce pada minggu 38.
Bagaimanakah caranya
ibu-ibu diabetis melahirkan?
Bersalin normal adalah cara bersalin pilihan.Semasa di bilik
bersalin CTG di gunakan untuk memantau bayi.
Elektif caesarean bagi bayi-bayi yang besar.Anak besar
mempunyai risiko ‘shoulder dystocia’.
Penjagaan semasa
lepas bersalin
Selepas bersalin,penggunaan Insulin menurun dengan mendadak
dan ibu-ibu tidak perlu lagi menggunakannya kecuali paras gula masih lagi
tinggi. Penyusuan badan tidak mempunyai apa-apa masalah.
MOGTT akan di ulang selepas 6 minggu bersalin. Terdapat
ibu-ibu yang MOGTT mereka tidak normal. Mereka ini akan di rujuk pada klinik
diabetis.
Masa depan ibu-ibu
yang diabetis semasa hamil
.
Ibu-ibu yang diabetis
semasa hamil mempunyai 50% risiko akan mendapat diabetis type 2 dalam masa 25
tahun. Olih kerana itu,mereka mestilah
sentisa aktif secara fizikal dan mengelakkan obesity dari terjadi. Dengan ini
dapat mengurangkan risiko diabetis bila tua nanti.
Part 3: Suplimentri(Apakah komplikasi-komplikasi diabetis semasa hamil?)
Salam Doktor
ReplyDeleteBerapa penambahan normal bg seorang wanita mengandung selama 40W..sebab pengalaman sy mengandungkan kedua-dua anak sy, sy cuma mengalami penambahan berat badan sebanyak 7kg sahaja. 1st baby 2.4kg (36W4D) 2nd baby 2.52kg (37W2D)..adakah ianya penambahan berat sy normal kerana sy pernah jmpe seorang doktor di tempat sy buat check-up..normal berat seorang ibu mengandung akan mengalami berat sebanyak 12kg..boleh doktor jelaskan
Purata 14 hingga 16 kg semasa hamil tetapi ada juga seperti puan 5 hingga 7 kg. Purata naik berat badan 500gm seminggu, Bagi saya tidak perlu takut. Saiz anak-anak puan semula jadi bersaiz kecil. Walaupuntidak sampai berat yang 'normal' pertumbuhan bayi itulah yang paling penting dari berat ibu.
Deletesalam, sy mengandung ank ke 3 msk 30 minggu. ank 1, ada diabetis kena insulin selama sbln, lahir ceaser berat 2.94 (brt sy naik 6 kg). ank 2 tiada diabetis, lahir normal 3.17 (berat naik 7kg). hamil kali ini dah 4x buat BSP (ambik darah 4x sehari x4 =16x)dalm 16x itu ada 2 yg agak tinggi 7.3 dan 7.0. adakah saya dikira mempunyai diabetis bg kandungan ke3 ni?
ReplyDeletesaya rasa MOGTT pasti kategori diabetis sebab itu kena buat BSP. Walaupun 4 kali BSP normal, puan tetap dilabelkan diabetis tapi BSP normal.
Deletesalam, terima kasih. blog yg banyak membantu malah sy war-war kan pada semua tntng blog doc coz byk info. thanks
DeleteTQ
DeleteSalam doktor, saya rasa keliru.. adakah semua ibu hamil akan melalui ujian MGTT ini ? Ataupun yang berisiko tinggi seperti disebutkan di atas sahaja?
ReplyDeleteLagi satu, betul ke orang cakap imbasan ultrasound tak elok dibuat selalu ? Tq doktor
Tidak wajib melainkan anda mempunyai risiko risiko yg telah saya jelaskan. Tidak ekonomikal untuk saringan semua ibu kerana peratus ibu hamil yang diabetik adalh kecil. Usound secara teori bolih menyebabkan tisu tisu atau sel sel rosak. Ianya adalah mikrowave. Tetapi secara praktikalnya, ianya adalah amat selamat.
DeleteAskm. Saya hamil minggu yang ke 34. Pertambahan berat melebihi 1Kg dlm masa 2 minggu mybbkan saya perlu menjalani mogtt. Hasilnya fbs5.0mmol dan selepas 2jam dan minum a.gula bacaan naik ke 8.1mmol.Adakah saya GDM kritikal. minta pjelasan dan apakah kesan ke atas kandungan.
ReplyDeletesalam dr..sya hamil minggu ke 35. bsp saya naik 6.7/6.8/6.5/7.2. sblum ini normal. adakah sya kn inject insulin? trima ksih.
ReplyDeletesalam doktor... saya baru melakukan ujian MOGTT. result saya ketika berpuasa 4.6 mmol and selepas minum air gula 7.5mmol. Adakah saya dikatakan mempunyai diabetis ketika mengandung dan perlukah melakukan BSP berkala?
ReplyDeleteAs' salam doc..sy dah kene minum air gula tu n hasilnya tinggi.jd sy dikehendaki mmbuat BSP.paras gula pd waktu pg 5.2mmol tp utk 3 kali lg (tgh hari, ptg n mlm) semua under 5mmol.so sy nk tau,5.2 tu normal or x.? Terima kasih
ReplyDelete