Followers

Monday, 18 June 2012

Part 1: Induksi Bersalin. Apakah indikasinya?


Salam semua,

Walaupun 80-90% bersalin terjadi secara spontan,terdapat 10-20% bersalin akan di “induce”. Induksi bermakna memulakan proses bersalin. Satu lagi istilah yang kami gunakan ialah augmentasi. Ianya semacam induksi tetapi augmentasi kita mempercepat atau memperkuat kontraksi supaya proses bersalin akan berjalan laju dan lancar.
Analogi yang selalu saya gunakan untuk membezakan diantara kedua-duanya adalah kita memandu kereta. Induksi seumpama kereta yang statik dan perlu digerakkan dengan menghidupkan enjin,masuk gear pertama dan menekan minyak . Maknanya kita mahu “mengerakkan” proses bersalin ini secara artifisial dan sudah tentu menggunakan beberapa kaedah. Apabila kereta kita sudah bergerak sedikit, dengan menekan lebih minyak kereta akan bergerak lebih laju. Disini adalah umpama augmentasi dimana proses bersalin yang telah berjalan tadi,akan dipercepatkan dengan ubat.
Secara purata kejayaan induksi adalah 60-80%.Olih itu hanya digunakan jika faedah bersalin normal melebihi dari risiko jika kandungan diteruskan. Indikasi induksi bolih dibahagikan kepada dua iaitu obstetrik dan medikal. Induksi disebabkan kemahuan pesakit atau untuk ‘convenience’/kesenangan doktor perlu dielakkan kerana intervensi ini mempunyai risiko-risiko terhadap ibu dan bayi. Trend mahu di induce semakin galak pada masa kini.
Apakah indikasi-indikasi obstetric untuk induksi bersalin?
1.       Lebih hari(41-42 minggu)
2.       Pertumbuhan bayi terbantut(Intra uterine growth restriction)
3.       Oligohydramnios(Air ketuban berkurangan)
4.       Ujian Doopler keatas arteri rahim dan talipusat tidak elok
5.       Lakaran CTG tidak memuaskan
6.       Air ketuban pecah pra-matang(PPROM)
7.       Darah tinggi atau pre-eklampsia
8.       Bayi telah meninggal dalam perut
9.       Perdarahan antepartum yang diketahui punca
10.   Chorioamnionitis(jangkitan air ketuban)
Nota: Terdapat beberapa indikasi-inkasi yang “tidak masuk buku” jadi kadangkala indikasi agak longgar.
Apakah indikasi-indikasi medical?
1.       Darah tinggi yang serius
2.       Diabetis
3.       Penyakit buah pinggang dengan fungsinya mula teruk
4.       Kanser untuk mempercepatkan rawataaan.
Nota:Dengan si ibu mempunyai masalah medical,dengan kita melakukan induksi dapat mengawal risiko-risiko kepada ibu ketika hamil. Kesesuaian minggu kehamilan amat penting untuk mengimbangi ‘interest’ ibu dan potensi risiko pra-matang.
Part 2: Apakah petunjuk-petunjuk untuk kejayaan induksi dan kaedah-kaedahnya.

No comments:

Post a Comment